BMW Malaysia memperkenalkan model terbarunya BMW X5 xDrive45e M Sport. Jentera hebat ini merupakan model elektrik terkini dipasang secara domestik. Ia juga merupakan model perintis dalam barisan kenderaan BMW X.
BMW X5 telah terbukti menjadi jentera Sports Activity Vehicle (SAV) premium yang paling efisien dan berkuasa tinggi pernah menyusuri jalan raya. Tahun lalu, BMW X5 telah menyumbang lebih daripada 25% serahan kenderaan BMW X yang diterjemahkan kepada 3,000 lebih unit.
BMW Malaysia menyatakan keyakinan mereka bahawa BMW X5 xDrive45e M Sport akan terus meneruskan legasi model-model ikonik yang terdahulu.
Model terbaru ini juga tampil dengan nuansa serba atletik berasal dari susur galur BMW X yang disinambungkan dengan bentuk yang lebih besar bagi menaik taraf aspek ruang dan keselesaan.
SAV baharu ini turut menampilkan pembaharuan dalam iras kelasakannya yang ikonik, termasuk lampu hadapan Adaptive LED yang langsing dengan BMW Selective Beam, serta lampu kabus LED di hadapan yang melengkapi komponen signatur gril ‘kidney’ yang megah.
Dengan pakej M Sport, BMW X5 xDrive45e terbaharu menampilkan set roda aloi ringan ‘M’ bersaiz 20 inci dalam penggayaan Star Spoke 740 M Dwiwarna, berserta dengan brek M Sport.
Ads
BMW X5 xDrive45e M Sport juga dikuasakan oleh enjin enam silinder berkapasiti tiga liter yang lengkap dengan teknologi BMW eDrive. Menerusi output maksimum gabungan berjumlah 290 kW/394 kk dan puncak tork gabungan berjumlah 600 Nm, SAV baharu ini menjana kelajuan tertinggi mencecah 235 km/j.
Pecutan abad dapat dibuat oleh kenderaan ini dalam masa 5.6 saat sahaja. Menerusi mod elektrik tulen,
BMW X5 xDrive45e M Sport mempunyai capaian panduan elektrik berjarak 77 km setelah dicaj penuh, dan mampu mencatat kelajuan tertinggi mencecah 135 km/j.
Ads
Di samping itu, SAV ini menggunakan paras bahan api yang rendah, iaitu 2.5 l/100 km serta emisi karbon bertahap rendah pada paras 56 g/km.
Enjin luar biasa jentera ini dilengkapkan oleh transmisi lapan kelajuan dengan dinamik penukaran gear yang dinaik taraf. Keempat-empat roda dibekalkan kuasa melalui sistem pacuan semua roda xDrive.
Ads
BMW X5 xDrive45e M Sport terbaharu juga kini menampilkan suspensi udara 2-gandar pada komponen gandar hadapan dan belakang, sekali gus memaksimumkan keupayaan dan keselesaan dinamiknya.
Bantuan pemanduan tahap baharu disediakan oleh BMW X5 xDrive45e M Sport melalui BMW Personal CoPilot, yang merangkumi Amaran Pengeluaran Laluan dan Amaran Penukaran Laluan.
Sistem tersebut juga menampilkan Amaran Perlanggaran Hadapan dengan intervensi brek, Amaran Perentasan Trafik di Belakang, Pencegahan Perlanggaran Belakang serta info had kelajuan.
Di samping itu, BMW X5 xDrive45e M Sport turut dilengkapi dengan Parking Assistant Plus dengan Kamera Pandangan Keliling, berserta dengan Bantuan Mengundur yang menawarkan fungsi bantuan yang mengagumkan ketika mengolah masuk dan keluar dari ruang parkir serta mengundur masuk ke ruang yang sempit.
Bantuan Mengundur berkenaan menyimpan rekod panduan 50 meter yang terakhir pada tahap kelajuan setinggi 35 km/j, dan ia juga menawarkan bantuan untuk mengundur keluar daripada ruang parkir atau ruang yang sempit dengan mengambil alih kawalan stering.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memang lumrah cuaca di Malaysia yang agak panas kan, tapi bila kereta di letakkan di bawah terik matahari dan tempat tak berbumbung, buka-buka je “Wow! Panasnya!” . Tiada siapa yang sukakan suasana panas ketika memasuki ke dalam kenderaan mereka, lebih-lebih lagi pada waktu tengah hari.
Sampaikan nak pegang steering pun tak mampu sebab panas betul. Terpaksa bukak pintu kereta luas-luas, start enjin dan pasang air-cond kuat-kuat dan biarkan ianya sebentar sampailah kereta sejuk sikit, betul tak?
Tapi kami ada solusi untuk menyelesaikan problem korang tu.
Tidak susah mana pun, cuma perlu menekan satu butang sahaja, Sewaktu memandu pastikan korang tutup flap air cond kereta. Ini berfungsi agar perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.
Sekiranya anda mahu meletakkan kereta anda di kawasan tidak berbumbung ketika cuaca panas, jangan ditutup flap air cond itu, sebaliknya, biarkan sahaja ianya terbuka. Tujuannya untuk menggalakkan ventilation agar udara panas tidak terperap dalam kereta agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas. Jadi tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation.
Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas. Tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation. Bahaya kalau orang cungkil melalui cermin untuk nak curi kereta kan. Yelah malangkan tak berbau.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Yamaha Y125ZR merupakan model popular di Malaysia. Kapcai berkenaan berada di pasaran tempatan sejak 1999. Dan..ia merupakan model dua lejang yang masih digunakan sehingga kini.
Terbaru, model ‘panas’ itu didatangkan dengan Edisi Terhad MotoGP. Harga jualan model berkenaan ialah RM8,846.76 seunit. Namun begitu, sebaik tiba di pusat jualan pastinya harga Y125ZR akan meningkat kerana bilangannya yang terhad.
Apakah perbezaan yang terdapat pada model terhad ini?. Edisi Terhad MotoGP didatangkan dengan warna dan grafik Movistar bersama lencana bernombor pilihan sendiri.
Pada masa yang sama, Hong Leong Yamaha Motor turut menawarkan set kotak khas kepada pemilik baru edisi MotoGP berkenaan.
Sudahpun berada di pasaran, setiap pembelian Y125ZR itu akan menerima sijil tulen, t-shirt 125ZR, sarung lengan Yamaha dan poskad memorabilia.
Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai, galeri seni, aktiviti interaktif serta pertunjukan aksi.
Berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), 29 dan 30 Julai lalu, telah merekodkan lebih 40,000 pengunjung untuk dua hari. Satu pencapaian yang seharusnya dibanggakan.
Edisi keenam ini juga memperkenalkan pengisian terbaru iaitu AOS Invitational Bike Build Off 2017 yang dijayakan oleh Petronas menyaksikan 10 pembina buatan khas dari Malaysia dan Singapura bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & hadiah wang tunai RM5,000 (pilihan awam).
Keputusan menyeluruh pemilihan juri adalah Muhammad Khalid Musa dari Rusty Factory. Anak muda berusia 30 tahun dari Ipoh juga membawa pulang hadiah wang tunai Pilihan Awam dengan undi yang paling banyak mengalahkan 9 pembina khas yang lain.
Di samping itu, acara ini juga menyaksikan kerjasama khusus jenama ikonik di Malaysia iaitu Boon Siew Honda dan Art of Speed. Gabungan kolaborasi Boon Siew X Art of Speed juga menjanjikan antara acara kemuncak utama, dimana empat ikon gaya hidup seperti Legend Racing Garage, BWB, District Shop Gallery dan Ah Ho Motors mempamerkan seni binaan khas ciptaan mereka.
Para pengunjung acara AOS 2017 dihiburkan oleh kumpulan kugiran Oh Chentaku pada hari Sabtu dan kumpulan kugiran Hujan pula akan menutup acara ini pada hari Ahad. Kehadiran selebriti tempatan seperti Nora Danish dan Alif Satar memeriahkan juga acara ini.
Acara kemuncak AOS 2017 pastinya adalah aktiviti yang paling dinantikan iaitu cabutan bertuah. Tahun ini menyaksikan kelainan apabila kedua-dua hari acara menyediakan hadiah cabutan bertuah! Sebuah motosikal CMC XY400 akan diberikan pada hari Sabtu kepada Abdul Halim Mat dan sebuah motosikal binaan khas kustom lengkap Yamaha RX-Z dua enjin hasil karya FNG Works dan Beautiful Machines akan diberikan kepada Mohd fadly Mohd Zerain dari Perlis pada hari Ahad.
Mengekalkan tradisi acara AOS, penganjur sekali lagi membawa masuk kenderaan binaan khas dari Jepun. Pada tahun ini, pengunjung dijamukan dengan:
Pengasas Art of Speed Malaysia, Asep Ahmad Iskandar berkata, edisi tahun ini pastinya pengelolaan yang paling terbaik dengan kepelbagaian dan kerumitan pemilihan kenderaan malah kami juga menambah baik bilangan aktiviti sepanjang dua hari untuk memenuhi permintaan semua pengunjung yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.
“Ini termasuk juga pertandingan Show & Shine di dalam dewan berhawa dingin seluas 150,000 kaki persegi yang akan dipenuhi dengan kenderaan kustom dan klasik didalam Dewan A, ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C yang akan dikelolakan oleh NoEqual, galeri seni yang bernama Moto Circus yang disertai oleh artis tempatan dan antarabangsa, Kustom dan Koffee Talk, dan juga aktiviti mesra keluarga seperti bergambar dengan ahli kostum Star Wars, acara Soap Box Show & Go!, acara bazaar jualan dan arena belia dengan taman papan luncur yang dihoskan oleh House of Vans,” katanya.
Aktiviti khas di Art of Speed 2017 adalah:
Di samping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang menyeronokan seperti:
Art of Speed 2017 juga menganjurkan Mega Club Gathering dan Roda Rumble yang dikelolakan oleh Retro Mania memberi nafas segar kepada semua pemilik kenderaan klasik, retro dan olskool.
Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan motosikal akan memenangi percutian dan hadir ke acara MOONEYES Yokohama Hotrod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.
Senarai pemenang AOS2017:
KELFOLKS
TRIUMPH MALAYSIA
Mohd Faiz Rushdi from Rachun MC
Abdul Wahab Bahari
AOS Invitational Bike Build Off
Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – HONDA CX500 (Malaysia)
Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – HONDA CX500 (Malaysia)