Berpandukan visi yang berasaskan ketukangan dan kecanggihan, BONIA tampil dengan pembukaan kedai konsep baharu jenama itu.
Terletak di aras bawah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, gedung seluas 1,500 kaki persegi yang dilancarkan pada 30 Ogos 2023 itu memperkenalkan konsep kedainya yang belum pernah berlaku sebelum ini yang direka oleh arkitek dalaman berpangkalan di London, Oskar Kohnen yang terkenal dengan reka bentuknya yang menonjolkan sempadan menggabungkan ekspresi artistik dengan ruang berfungsi.
Konsep kedai BONIA ini adalah bukti nilai jenama estetika elegan abadi di mana objek idaman yang indah dihoskan dengan tujuan untuk menyelami dan memberi inspirasi kepada setiap pelawat di dunia BONIA, daripada beg tangan dan aksesori kepada penawaran terkini jenama dalam koleksi Ready-To-Wear untuk lelaki dan wanita.
IKLAN
Nadi kedai ini terletak pada pemilihan bahan yang teliti, di mana sentuhan tersendiri Kohnen paling ketara. Interaksi unsur-unsur seperti kayu melengkung dalam kayu birch, perabot paparan walnut, dinding kulit suede, dan lantai jubin simen menetapkan pentas untuk suasana yang menarik dan canggih.
IKLAN
Bahan-bahan yang dipilih dengan teliti ini bukan sahaja menyumbang kepada daya tarikan visual kedai tetapi juga mencipta pengalaman sentuhan untuk pengunjung.
IKLAN
Apabila kedai ini membuka pintunya kepada orang ramai, ia menjanjikan pengalaman lebih dari sekadar membeli-belah. Palet reka bentuk menampilkan gabungan harmoni tona warna neutral dan bahan semula jadi, mewujudkan suasana mewah yang bersahaja.
Reka bentuk ini meningkatkan pengalaman runcit kepada bentuk seni dan mengukuhkan kedudukan BONIA sebagai mercu tanda keanggunan dan kecanggihan abadi dalam bidang jenama gaya hidup antarabangsa.
Siapa yang tak teruja bila loan rumah atau pinjaman bank untuk kediaman yang memakan masa berbelas malah berpuluh tahun akhirnya selesai.
Tapi dalam keterujaan itu ramai juga yang terlupa atau ambil mudah untuk membuat perkara penting agar rumah yang dibeli menjadi hak milik mutlak kita sepenuhnya. Perkara ini dikongsi oleh Perundingan Kewangan Nadia Izzati.
Ikuti prosedur yang perlu dilakukan seterus selepas menyelesaikan pinjaman perumahan terutama berkait dengan dua urusan pelepasan gadaian.
Ramai yang terlepas pandang buat urusan pelepasan gadaian
Loan rumah dah habis bayar dengan bank. Tapi ramai yang terlepas pandang untuk buat urusan pelepasan gadaian.
Walaupun anda sudah habis bayar loan rumah dengan bank, tapi rumah tersebut tak secara automatik jadi hak milik mutlak anda sepenuhnya selagi anda belum daftarkan PELEPASAN GADAIAN di Pejabat Tanah.
Pelepasan gadaian bank
Urusan Pelepasan Gadaian yang dilakukan oleh peguam dilantik
Ini pun ramai orang tak tahu sebenarnya. Mereka ingat bila sudah habis bayar loan rumah dengan bank terus dapat geran rumah daripada bank. Lepas tu boleh simpan geran rumah.
Tidak begitu sebenarnya. Anda perlu buat urusan pelepasan gadaian terlebih dahulu. Kena batalkan dulu nama bank sebagai pemegang gadaian dalam geran. Kemudian barulah rumah jadi hakmilik mutlak anda sepenuhnya. .
INFO: Bagi memudahkan boleh lantik peguam untuk menguruskan semua urusan ini.
Bagi yang ingin diet tapi tak mahu makan berat di waktu malam, apa kata buat jus diet ini. Selain menggunakan bahan yang menyihatkan, jus diet ini juga boleh mengenyangkan perut.
Ingin tahu cara membuatnya? Ikuti perkongsian jus diet oleh Sharinaz Redwan menerusi laman Facebooknya. Cara nak membuatnya juga mudah dan hanya menggunakan lima bahan sahaja iaitu timun, epal hijau, lemon, madu dan air suam.
Pagi ni Kak Naz nak share satu resepi jus peberet Kak Naz ni. Lepas minum korang akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit je.
Bahan asas dia ada timun, epal hijau, lemon dengan madu.
Khasiat timun
Korang tau kan TIMUN ni ada banyak KHASIAT dia. Antaranya ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh buang toksin dalam badan dan bagi sejuk badan.
Khasiat epal hijau
Untuk KHASIAT EPAL HIJAU pulak, ia dapat kurangkan kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Siapa yang ada masalah sembelit, elok makan epal hijau ni tau.
Khasiat lemon
KHASIAT LEMON pulak tak dinafikan lagi ia tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
Kalau nak cerita ada banyak lagi khasiat buah-buah ni. Korang ringankan jari, tekan google tau. Satgi panjang berjela pulak posting Kak Naz ni, cemuih pulak nak baca. Kihkihkih.
Ok, ni sukatan jus yang Kak Naz buat untuk 1 gelas gedabak ni ye.
Pengaruh budaya popular dari Korea Selatan kini tidak lagi terhad kepada muzik, drama, filem atau program aneka ragam. Kini budaya masyarakat Korea seperti pemakanan juga sedikit sebanyak telah melebarkan pengaruhnya ke seluruh dunia termasuklah di Malaysia.
Kejayaan Korea untuk mengkesport budaya mereka ke luar negara merupakan satu perihal yang cukup mengagumkan. Terbaru minuman tempatan yang terkenal dengan produk kecergasannya. Power Root Berhad memperkenalkan minuman terbaru yang menggabungkan elemen tempatan dan juga tradisi Korea.
Minuman terbaru ini yang dilancarkan pada minggu lalu dikenali dengan nama Per’l Yuzu. Ia menggabungkan elemen pemakanan yang terbaik dari Korea dengan herba tradisional Melayu yang dipercayai turun-temurun telah dilancarkan hari ini.
Jenama Per’l merupakan produk mereka yang terkenal dengan minuman berunsurkan kacip Fatimah akan menyaksikan perkembangan istimewa apabila Per’l Yuzu diperkenalkan kepada orang ramai. Minuman ini sememangnya gandingan buah dan herba yang menakjubkan dari dua negara Asia Timur yang ulung. Dengan Per’l Yuzu, pengguna akan dapat menikmati khasiat buah Yuzu bersama-sama kacip Fatimah dan kolagen.
KHASIAT BAIK
“Kebanyakan rakyat Malaysia sudah mengetahui kehebatan kacip Fatimah dan kolagen dalam mengekalkan kecantikan dan kesihatan wanita tetapi ramai yang masih belum mengenali rahsia kebaikan buah Yuzu. Jika kacip Fatimah ialah ratu segala herba tradisional di Malaysia, buah Yuzu boleh dianggap sebagai raja segala buah di Korea.
Pengerusi Bersama Power Root, Y.A.D Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj Bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj.
“Sebenarnya, buah Yuzu mempunyai khasiat vitamin C yang tiga kali ganda lebih daripada buah lemon dan 10 kali ganda lebih banyak kalsium daripada buah epal. Walaupun buah Yuzu juga ditanam di negara China dan Jepun, buah Yuzu yang paling berkualiti datang dari Korea,” kata Pengerusi Bersama Power Root, Y.A.D Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj Bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj.
Setelah menjalankan kajian dan penilaian pasaran, syarikat Power Root berjaya menghasilkan Per’l Yuzu. Ia adalah produk terbaru dibawah jenama Per’l, yang merupakan minuman-minuman berunsurkan kacip Fatimah pilihan utama dalam pasaran.
Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj yakin bahawa Per’l Yuzu akan menarik perhatian segenap lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, jantina dan umur serta memenuhi kehendak dan citarasa mereka.
DUTA JENAMA
Untuk mempromosikan minuman terbaru ini, syarikat Power Root telah melantik penyanyi dan pelakon sensasi Jang Han Byul sebagai duta jenama Per’l Yuzu. Lebih dikenali sebagai Han Byul, beliau ialah seorang artis Korea yang semakin popular di Malaysia dan sering muncul dalam rancangan-rancangan tempatan, terutamanya di Astro Ria.
Bintang Han Byul mula menyerlah apabila beliau muncul juara musim kedua program realiti, Big Stage, dengan lagu, Luka dan Bahagia, pada tahun 2019.
“Kami memilih Han Byul kerana perwatakan dan personaliti beliau yang sesuai dengan konsep dan objektif syarikat kami dalam memperkenalkan Per’l Yuzu kepada masyarakat umum,” ujar Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj.
Syarikat Power Root akan menjalankan kempen iklan dan promosi secara besar-besaran selepas majlis pelancaran Per’l Yuzu hari ini. Iklan-iklan yang memaparkan Han Byul dengan Per’l Yuzu akan muncul dalam akhbar-akhbar utama, di kaca televisyen, melalui radio dan secara digital melalui Internet.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
"Kalau boleh putar balik masa, saya sebenarnya kena sambung belajar. Bukan setakat SPM sahaja", demikian luahan pelakon dan usahawan Aeril Zafrel ketika tampil sebagai Man Of The Moment Maskulin.