
Borak SeeNI, program bual bicara pagi di saluran Astro Prima (saluran 105), kini telah genap mencapai usia setahun.
Program yang mantap dengan pengisian terkini dan semakin menjadi pilihan ramai ini, telah bersiaran dengan lebih 200 episod sehingga September 2025.
Borak SeeNI dibarisi oleh gabungan hos berpengalaman seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan, Hunny Madu, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman.
Program yang bersiaran secara langsung setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi ini semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Kejayaan Borak SeeNI terserlah melalui angka capaiannya yang memberangsangkan. Jumlah capaian penonton kini mencecah sehingga hampir 20 juta.

Populariti program ini turut melonjak di media sosial, di mana kandungan ringkas di platform seperti Facebook, Instagram, dan TikTok mendapat jumlah penonton terkumpul sehingga 74 juta.
Ini menunjukkan jenama program ini yang semakin dikenali dan mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Topik perbincangan Borak SeeNI membawakan pelbagai subjek menarik, merangkumi isu kekeluargaan, segmen gaya hidup dengan demonstrasi masakan, aktiviti kemasyarakatan, dan topik kesihatan bersama barisan pakar, di samping kisah individu inspirasi.
Platform PKS dan Teknologi XR/AR
Masih mengekalkan penggunaan teknologi moden studio Extended Reality (XR), dan keupayaan Realiti Tambahan (AR) yang diterapkan, Borak SeeNI semakin menjadi pilihan dalam kalangan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka secara dinamik.
Menurut Datin Norashikin Habibur Rahman, Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), “Apa yang membezakan program Borak SeeNi berbanding program bual bicara langsung yang lain ialah suntikan elemen hiburan dan interaktif yang dekat di hati penonton tetapi masih mengekalkan isu-isu semasa dan topik yang relevan untuk segenap lapisan Masyarakat.
“Dalam masa yang sama, program ini turut menjadi platform kepada usahawan-usahawan tempatan bagi meningkatkan kesedaran jenama mereka dan secara tidak langsung membantu menjana pendapatan mereka dan ekonomi negara,” jelasnya lagi.

Sambutan Ulang Tahun Istimewa di Monkeys Canopy
Bagi meraikan istimewa ulang tahun pertama, siaran Borak SeeNI pada 1 dan 2 Oktober bakal membawakan kelainan dengan bersiaran secara rakaman di Monkeys Canopy, sebuah taman tema yang sesuai untuk seisi keluarga.
Pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan bakal disajikan, menampilkan barisan tetamu undangan seperti Kumpulan Alpha, Wani Kayrie, Fahimi Rahmat, Firdaus Rahmat, Sissy Iman dan Apich Lo, bersama hos jemputan Roy Azman yang pasti meriah dengan gelagat dan keletah mereka.
BACA LAGI : Bukan Sekadar Drama, ‘Generasi: Perfect 10’ Angkat Semangat Atlet Malaysia


Program Borak SeeNI bersiaran secara langsung setiap Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi di Astro Prima, dengan ulangan pada jam 8.00 malam hari yang sama.
Program ini juga boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta Astro Gempak, Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang










