Dia boleh datang dan pergi macam biskut. Dan gerak-gerinya memang licik mengalahkan penjenayah dalam drama Gerak Khas.

Bila dia ‘gembira’ kita akan dengar dia ‘menyanyi’ dengan bukan main galak lagi. Lokasi yang sering jadi kegemaran ialah tak lain tak bukan berdekatan dengan lampu kalimantang.

Siapakah di dia yang MASKULIN maksudkan itu? Ya, tak lain tak bukan cicak!

Binatang perosak yang sering muncul di kediaman kita ini bukan sahaja menggelikan malah dia berak merata-rata. Jika tidak dikawal kemunculannya maka habislah kotor rumah. Selain itu cicak juga suka makan makanan terbuang terutamanya di kawasan tong sampah. Jadi bagaimana cara mudah untuk kita mengawalnya dalam kediaman.

BACA: Wanita Tunjuk Cara Mudah Buat Perangkap Lipas Dalam Kereta, Hanya Guna 3 Bahan Je!

Seorang pengguna Facebook, Hani Mynis telah melakukan posting perkongsian tip bagaimana untuk menguruskan cicak dan menghalau mereka dengan 10 cara mudah.

Ikuti perkongsian yang sangat berguna dari beliau di bawah;


 

Hani tahu ramai yang tunggu hani post pasal pengurusan cicak kat rumah ni. Hani anti kat cicak ni bukan lah sebab semata-mata sebab geli dengan cicak tapi najis nya yg merata-rata tu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila dah kering 

Punyalah hani anti (dan geli) dengan cicak, ha hambik satu post hani buat khas utk dia haha

Sebelum hani kongsi macam mana nak elak atau taknak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ni dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapus”kan dia hehe 

Biodata cicak

Makanan cicak: binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.

IKLAN

Pemangsa cicak: burung

Habitat cicak: Tempat yang hangat (disebabkan sekarang ni kan musim hujan sebab tu banyak cicak masuk rumah, dorang sejuk kat luar tu ?), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.

Kesukaan: persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju

Kebencian: bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat

Berdasarkan profile cicak kat atas ni meh hani senaraikan 10 cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita

10 LANGKAH DAN CARA HILANGKAN CICAK DI RUMAH

Bosan Rumah Jadi Sarang Cicak, Ini 10 Langkah Mudah Untuk Halau Mereka!
250ml air biasa (air paip)
50ml cuka (cuka murah2 je cuka sintetik pn ok)
3 sudu plastik dish soap (hn guna Joy)
1 sudu plastik dettol

1

Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanan dia takda kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau takda lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak.

IKLAN

2

Disebabkan cicak takut kat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha takyah sampai cmtu sekali memadai sediakan jejak burung seolah2 ada burung kat rumah kita dgn cara:

Bosan Rumah Jadi Sarang Cicak, Ini 10 Langkah Mudah Untuk Halau Mereka!

  • letak beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana2 tempat cicak boleh masuk. Dia nampak je telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah haha
  • lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.

3

Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau kat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut2 mcm bingkai cermin dan gambar.

4

Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai2 panggil geng dia sbb banyak makanan dia kat rumah tu haha

5

Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas utk setiap barang2.

6

Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.

7

Bosan Rumah Jadi Sarang Cicak, Ini 10 Langkah Mudah Untuk Halau Mereka!

IKLAN

Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tak digalakkan.

8

Lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleaner, resepi kat caption gambar) utk elakkan cicak melintas atas meja makan kita

9

Bosan Rumah Jadi Sarang Cicak, Ini 10 Langkah Mudah Untuk Halau Mereka!

Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan utk org penggeli cicak mcm hani hahaha hani x berani buat ni 

10

bela kucing sbb kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang2 sumpah2 pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia

So pilihlah cara yg mana satu yg nak diguna utk singkirkan cicak kat rumah.

Semoga bermanfaat. 


Semoga perkongsian dari saudari Hani Mynis ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba ya!

Posting asal Hani Mynis

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI