Berjalan dengan pantas atau lebih dikenali sebagai ‘Brisk Walking’ memiliki pelbagai kebaikan untuk kesihatan lelaki. Walaupun aktivitinya mudah dan ringan kerana hanya berjalan, namun banyak manfaat kesihatan yang dapat diperoleh daripada aktiviti ini.
Merujuk Healthline, ini 5 kebaikan aktiviti berjalan cergas buat kesihatan kita:
‘Brisk Walking’ Senaman Ringkas Cepat Bakar Kalori, Ini 5 Kebaikan Lain!
Mengurangkan berat badan
Dengan berjalan cergas, anda dapat mengurangkan berat badan berlebihan pada tubuh. Aktiviti ini membantu anda membakar kalori tetapi bukan itu sahaja.
Pengurangan kalori juga boleh menyebabkan anda kehilangan jisim otot. Melalui aktiviti berjalan cergas dan senaman lain, anda boleh mengekalkan otot pejal ketika berat badan semakin menurun.
Berjalan cergas juga merupakan aktiviti senaman aerobik yang boleh membantu mengurangkan lemak perut. Menurut Healthline, bukan sahaja lemak bawah kulit (subkutaneus) yang dapat dikurangkan, malah juga lemak tersembunyi dalam abdomen (visera).
Ads
Malah, senaman seperti berjalan cergas juga didapati meningkatkan kesihatan mental dengan cara menaikkan mood. Ini juga membuatkan anda lebih konsisten berjalan seterusnya membantu menurunkan berat badan dengan lebih baik.
Menambah baik kesihatan mental
Aktiviti berjalan cergas bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, malah mental.
Kajian mendapati, senaman seperti jalan cergas boleh meningkatkan keyakinan diri, membaiki tidur, membina kekuatan otak dan pelbagai lagi manfaat lain.
Ads
Membakar kalori
Aktiviti senaman seperti berjalan cergas memang diketahui boleh membantu tubuh membakar kalori. Namun, bukan semua orang dapat membakar kalori pada kadar yang sama melalui senaman sebegini.
Kadar pembakaran kalori setiap orang berbeza mengikut berat badan, umur, jantina, jumlah otot pejal, intensiti senaman dan tempoh senaman. Untuk membakar kalori yang lebih banyak, anda perlu berjalan dengan lebih pantas dan lebih lama.
Jadual di bawah menunjukkan jumlah kalori yang dibakar berdasarkan berat badan dan kelajuan berjalan jika anda berjalan selama satu jam.
Meningkatkan kesihatan kardiovaskular
Ada kajian mendapati, berjalan cergas sebanyak lima kali seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Ads
Malah, senaman kardio yang berterusan juga membantu menurunkan tahap lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) – yang turut dikenali sebagai kolesterol jahat – dalam darah.
Merendahkan kadar gula dalam darah
Dengan berjalan cergas, anda juga boleh meningkatkan kepekaan insulin. Kepekaan insulin membantu sel dalam otot menggunakan insulin untuk menyerap glukos menjadi tenaga, baik sebelum atau selepas senaman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seperti yang kita tahu penyakit COVID-19 telah menyerang di negara kita kembali, termasuk hari ini hampir 55 kes dilaporkan dan beberapa organisasi telah disahkan positif COVID-19.
Ya memang benar jika syarikat atau kediaman anda tiada sebarang jakitan COVID-19, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga anda digalakan untuk memastikan tempat kerja anda bersih dan bebas dari sebarang kuman. Kerap lap di permukaan dan alatan dengan bahan disenfektan.
Kerapkan diri membasuh tangan dengan betul selama 20 saat. Letakkan ‘hand sanitizer’ di tempat mudah untuk dicapai di tempat kerja dan sekiranya habis refill semula dengan kadar yang segara. Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.
Sediakan topeng muka dan tisu di tempat kerja untu pekerja yang selesema atau berkahak. Malah sediakan juga tempat lupuskan tisu yang bersesuaian.
Buat semua ketua, pastikan anda menasihati pekerja untuk dapatkan nasihat perjalanan sebelum melakukan tugas yang memerlukan perkerja bertugas di kawasan yang di landa wabak.
Beri takmimat kepada perkerja dan pelanggan sekiranya COVID-19 mula berjangkit dalam komuniti sekitar anda dan galakkan kuarantin di rumah sekiranya di dapati tidak sihat.
Senaman ini membantu anda melancarkan peredaran darah. Apa yang anda noleh lakukan ialah, padang kehadapan dan kelip mata sebanyak dan sepantas mana yang boleh, tanpa memberi fokus kepada apa-apa keadaan dan barang sekitar anda selama 1 minit. Jika anda fokus dengan kelipan mata anda, hasilnya mata anda akan lebih segar dari penat menghadap cahaya computer atau keadaan sekeliling. Antara sebab mengapa mata anda sering kabur penglihatan dan kering, adalah kerana anda tidak kelip mata anda selalu, sebab itu kadang-kadang mata anda akan penat.
Selain daripada kelip mata selama 1 minit, anda juga boleh gerakkan kepala anda untuk melancarkan perjalanan darah anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah, gerakkan kepala anda atas dan bawah, 30 saat dan kiri kanan selama 30 saat, dan anda akan lengkapkan 60 saat untuk senaman ini. Dalam pada masa yang sama, mata anda perlu tegak kehadapan. Hanya gerakkan kepala sahaja.
Kalau tadi anda menggerakkan kepala anda, kini anda perlu menggerakkan mata anda sahaja. Gerakkan atas bawah dan kiri kanan. Lakukan senaman ini selama 1 minit. Setelah habis 1 minit pejam mata anda selama beberapa saat, dan kembali bekerja. Ini akan membantu ketegangan saraf mata anda kurang penekanan sedikit.
Pakar mata mempercayai pejamkan mata sekurang-kurangnya 30 saat boleh menguatkan photoreceptor cell yang membantu dalam penglihatan anda. Kepentingan biologi yang besar dari photoreceptors ialah mereka menukar cahaya (radiasi elektromagnet kelihatan) menjadi isyarat yang boleh merangsang proses biologi. Jangan serabutkan fikiran anda dengan perkara-perkara negatif. Ini untuk anda yang selalu berdepan dengan komputer tanpa jemu.
Ketegangan di bahagian mata akan menyebabkan anda sakit kepala. Jadi untuk senaman kali ini, apa kata kalau anda ambil masa beberapa saat untuk anda memicit kepala anda. Caranya picit bahagian kiri dan kanan di antara pipi dan dahi dengan jari selama 30 saat.
Anda hanya perlu pejamkan mata dan gerakkan bebola mata atas dan bawah sebanyak 5 kali. Lakukan senaman ini 5-10 set. Mudah kan?
Untuk mendapatkan pandangan mata yang bagus, anda tak perlu ke pusat rawatan, lakukan senaman ini disamping makan secara sihat. Selamat mencuba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jangan ingat lelaki berbadan kurus sentiasa sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit. Hakikatnya, lelaki berbadan kurus juga tidak terlepas daripada dihidapi penyakit kardiovaskular.
Penyakit jantung dan strok menyumbang kepada satu perempat daripada jumlah kematian di Malaysia, malah semakin ramai golongan muda yang mengalaminya.
Penyakit jantung atau lebih khusus, penyakit kardiovaskular merangkumi penyakit seperti angina, serangan jantung dan strok. Ia berpunca daripada lemak yang terkumpul (atau plak) di dalam arteri dalam jangka masa lama dan proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.
Apabila arteri menjadi terlalu sempit, sel darah merah yang kaya dengan oksigen tidak cukup untuk sampai ke jantung dan otot lalu menyebabkan sakit dada yang teramat sangat – kesakitan ini dikenali sebagai angina.
Sebaliknya, jika sebahagian daripada plak pecah, platelet berkumpul di kawasan yang cedera dan membentuk darah beku. Akhirnya, darah beku akan menghalang aliran darah ke jantung dan menyebabkan serangan jantung berlaku. Darah beku yang menghalang aliran darah ke otak pula dipanggil strok.
Risiko kegagalan jantung ialah 34 peratus lebih tinggi bagi individu lebih berat badan dan 104 peratus lebih tinggi bagi mereka yang obes. Mereka yang lebih berat badan atau obes lebih cenderung kepada risiko penyakit kardiovaskular yang lain seperti paras kolesterol dan trigliserida darah yang tinggi, tekanan darah tinggi serta diabetes.
Tekanan darah tinggi meningkatkan beban ke atas jantung dan salur darah. Lama-kelamaan tekanan darah tinggi akan merosakkan dinding arteri. Plak mula terbentuk di kawasan yang rosak, arteri menjadi semakin sempit, tekanan darah semakin meningkat dan apabila plak pecah, darah beku terbentuk serta menghalang aliran darah.
LDL (lipid ketumpatan rendah) atau kolesterol ‘jahat’ ialah sumber utama plak yang menyumbat arteri. HDL (lipid ketumpatan tinggi) sebaliknya membantu mencegah penyakit kardiovaskular dan faktor risiko berkaitan. Tabiat makan yang tidak sihat, lebih berat badan atau obes dan gaya hidup tidak aktif ialah faktor utama menyumbang kepada paras kolesterol tinggi.
Makan terlalu banyak makanan yang mengandungi kolesterol atau lemak tepu adalah tidak baik. Semua jenis makanan jika diambil berlebihan tidak baik; diet yang sihat untuk jantung (dan tubuh) perlu seimbang dan kaya dengan pelbagai khasiat.
Orang dewasa yang menghidap diabetes mempunyai risiko dua hingga empat kali lebih tinggi terhadap kematian berpunca daripada penyakit jantung berbanding mereka yang tidak mengalami diabetes. Paras glukosa rendah dan paras glukosa sewaktu berpuasa yang terganggu meningkatkan risiko strok dan penyakit kardiovaskular.
Di samping itu, kerintangan insulin berkait rapat dengan obesiti dan orang menghidap diabetes sering menghidap tekanan darah tinggi dan merekodkan paras kolesterol yang tidak sihat. Gabungan faktor risiko terbabit meningkatkan kebarangkalian penyakit kardiovaskular dalam kalangan penghidap diabetes.
Merokok seperti tekanan darah tinggi, juga merosakkan dinding arteri anda yang membawa kepada pembentukan plak. Bahan kimia di dalam setiap batang rokok juga menyebabkan darah menjadi pekat dan membentuk darah beku di dalam arteri serta menjurus kepada penyakit kardiovaskular. Merokok sekotak rokok sehari boleh menggandakan risiko penyakit jantung.
Tabiat makan yang tidak sihat (diet yang tinggi lemak tepu / trans dan kurang serat, pengambilan garam berlebihan) berserta kurang melakukan aktiviti fizikal secara berkala akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Berazamlah untuk mencapai gaya hidup yang sihat untuk mencegah penyakit kardiovaskular.
Makan semua makanan daripada pelbagai kumpulan di dalam piramid makanan dalam saiz sajian sederhana dan pilih pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan. Hadkan makanan bergula, berminyak dan bergaram yang boleh memburukkan faktor risiko penyakit kardiovaskular.
Serat membantu mengawal paras kolesterol dan glukosa dalam darah, mengekalkan berat badan sihat dan mengurangkan risiko penyakit kardiovasular contohnya obesiti. Untuk mendapatkan serat, tambah legum, bijirin penuh, buah dan sayur ke dalam diet harian anda. Produk makanan bijirin penuh seperti beras perang, oat dan roti bijirin penuh ialah sumber baik bagi serat.
Makanan terbabit juga mengandungi vitamin dan mineral lain. Oat khususnya, mengandungi serat larut yang likat dikenali sebagai beta-glukan. Ia membantu mengurangkan jumlah kolesterol ketumpatan rendah (LDL) di dalam darah anda.
Aktiviti fizikal terutama senaman aerobik, membantu menguatkan otot jantung, mengurangkan stres, memperbaiki metabolisme dan meningkatkan paras kolesterol HDL. Panduan Diet Malaysia menyarankan 30 minit senaman berintensiti sederhana, lima hingga enam kali setiap minggu diikuti bergiat aktif sepanjang hari dengan membuat pilihan yang lebih aktif contohnya, menggunakan tangga berbanding lif, berjalan pergi dan balik daripada makan tengah hari atau kedai berhampiran berbanding menaiki kereta.
Mengekalkan berat badan yang sihat atau mengurangkan lebih berat badan boleh menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan faktor risikonya (contohnya paras kolesterol dan tekanan darah) dengan ketara. Berazam untuk capai Indeks Jisim Tubuh (IJT) di antara 18.5-24.9. Ukuran lilitan pinggang 90 sentimeter (35 inci) atau lebih bagi lelaki atau 80 sentimeter (32 inci) atau lebih bagi wanita, dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti diabetes jenis dua, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Jadualkan pemeriksaan tahunan bagi tekanan darah, paras kolesterol dan glukosa anda. Penyakit kardiovaskular boleh wujud tanpa sebarang simptom atau simptomnya tidak begitu jelas kelihatan. Oleh itu, mengetahui sama ada anda berisiko terhadap penyakit kardiovasular melalui saringan boleh membantu doktor menasihati anda mengenai kaedah rawatan sesuai.
Stres sebenarnya boleh meningkatkan tekanan darah, begitu juga jika tidak cukup tidur. Cuba dapatkan lapan jam tidur yang berkualiti, belajar untuk menenangkan tubuh, minda dan jiwa anda dari semasa ke semasa.
Sesiapa yang merokok satu kotak rokok sehari menggandakan risiko serangan jantung berbanding mereka tidak merokok. Perokok yang berhenti merokok mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan serta-merta!
Anda boleh mencegah dan mengawal banyak faktor risiko penyakit kardiovaskular melalui perubahan gaya hidup yang sihat lantas menikmati kehidupan lebih gembira bersama orang disayangi. Perubahan terbabit bukan saja melindungi jantung anda tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.