Sihat dan cergas merupakan dua perkataan yang membawa definisi yang berbeza. Sihat membawa maksud tidak uzur dan berfikiran wajar dalam pertimbangan manakala cergas ialah bertenaga, aktif dan giat dalam kehidupan. Ini boleh dirumuskan bahawa setiap orang mampu untuk hidup sihat namun tidak semua mampu untuk hidup dengan cergas dalam menjalani kehidupan seharian.
1. Senaman
Dengan melakukan senaman, kita dapat menggerakkan pelbagai otot serta sendi yang jarang kita gunakan. Senaman perlulah dilakukan dengan mengikut cara dan kaedah yang betul kerana kesalahan dalam melakukan senaman akan mendatang kecederaan pada masa hadapan.
2. Konsisten
Ads
Semua orang boleh melakukan senaman atau perkara-perkara yang menceriakan mereka tetapi mereka gagal untuk menjadikan perkara itu sebahagian dalam rutin kehidupan mereka. Sudahnya, tidak mendatangkan hasil untuk jangka masa panjang. Impak positif hasil latihan kebiasaannya boleh dilihat sekurang-kurangnya enam hingga lapan minggu dengan latihan senaman yang konsisten.
3. Sediakan jadual
Ads
Ada baiknya sekiranya kita mempunyai jadual senaman kerana kita dapat melihat secara mendalam sama ada latihan senaman menunjukkan kemajuan atau sebaliknya. Jadual tersebut perlulah mudah dibaca tetapi mempunyai isi yang padat. Terapkan beberapa info penting seperti jenis serta jumlah latihan, tempoh latihan dan objektif latihan dari masa ke masa.
Latihan yang padat tidak akan berhasil tanpa rehat yang cukup. Kita perlu mempunyai tidur yang cukup bagi memulihkan kembali otot ke tahap yang optimal. Kita dapat lihat orang yang kurang rehat akan mengalami kelesuan, prestasi kerja yang merudum dan peningkatan stres. Bukan sahaja tubuh badan anda letih malah ini akan mengganggu otak dan mengganggu pemikiran anda.
5. Pemakanan
Amalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan gula, minyak dan lemak berlebihan. Anda perlu bijak dalam memilih hidangan makanan yang seimbang dengan melebihkan karbohidrat dan mengurangkan makanan yang mempunyai lemak. Kurangkan makanan yang tinggi kalori pada waktu malam kerana kita tidak memerlukan tenaga yang banyak pada waktu itu dan lebihkan buah-buahan dan air mineral.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nasi kerabu sememangnya memiliki daya tarikan unik yang tersendiri terutamanya pada nasinya yang identitikan dengan warna biru.
Meskipun mempunyai campuran lain sebagai ulam-ulaman, warna biru pada nasi kerabu tetap jadi antara yang paling menyerlah pada setiap masa.
Antara rahsia yang menjadikan nasi kerabu kelihatan warna biru adalah dengan menggunakan bunga telang sebagai bahan asasnya.
Namun memasuki era moden, sudah ada peniaga atau pengamal masakan tradisi ini menggunakan pewarna tiruan untuk hasil yang lebih cepat.
Bagi yang masih mengekalkannya, anda perlu tahu bahawa bunga telang yang digunakan untuk memberikan warna biru itu dikenali sebagai butterfly-pea (Clitoria ternatea).
Menurut petikan kajian Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea, memang terdapat banyak khasiat daripada bunga telang itu sendiri.
Berdasarkan rekod sedia ada, ia telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan seperti untuk sembuhkan pelbagai penyakit.
Sekiranya anda masih memakan nasi kerabu yang menggunakan bunga telang sebagai asas pewarnanya, anda patut bersyukur kerana menu tersebut membuatkan anda :
1. Meningkatkan keupayaan berfikir dan mengurangkan masalah hilang ingatan.
2. Melawan kanser dan pertumbuhannya.
3. Merawat keradangan dalaman dan pembengkakan tubuh.
4. Merawat penyakit mata seperti ‘pink eye’ atau konjunktivitis.
5. Menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga.
6. Anti-penuaan
7. Menyuburkan, menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut.
Dalam erti kata lain, setiap tumbuh-tumbuhan yang dikurniakan di atas muka bumi ini memiliki fungsi yang tersendiri.
Dalam sebagai manusia, tak salah untuk kita bersyukur dan menggunakan bahan-bahan asli dalam setiap masakan untuk khasiat yang tidak boleh disangkal lagi!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memandangkan raya bakal menjelma pada minggu depan, ramai yang sedang membuat persiapan diri untuk nampak kacak dan smart.
Selain bakal mengenakan baju yang cantik, lelaki juga ingin dilihat semakin sado dan bahagian yang menjadi tumpuan adalah kaki.
Sehubungan itu, method plyometric perlu dilakukan untuk mencapai misi tersebut sehingga berjaya dan terima pujian apabila berjumpa time raya nanti.
Method plyometric adalah salah satu cara untuk mendapatkan bentuk otot kaki yang sempurna dan seimbang dalam mencipta keseluruhan fizikal yang ikonik.
Plyometric merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam latihan untuk mengembangkan ‘exposive power’ dengan melakukan beberapa ‘super set’ yang disesuaikan dengan kemampuan diri.
Latihan plyometric lebih memperlihatkan ‘intensity’ kekuatan penuh otot dengan respons yang sangat pantas dan beban yang dinamik serta ketegangan otot yang optimum lantaran memaksa anda untuk mengeluarkan kekuatan dan tenaga penuh agar mencapai ‘peak performance’.
Bagi mendapatkan otot kaki yang sempurna, lakukan latihan kaki dua kali seminggu dan ‘split’ kaedah berbeza mengikut hari dengan latihan ‘heavy leg workout’ dan ‘plyo leg workout’.
Jalani teknik ini dengan menggunakan ‘squat rack’. Letakkan barbell pada rak yang sudah diselaraskan dengan ketinggian dada anda.
Kemudian, pegang barbell dari arah bawah dengan posisi tangan menyilang lantas angkat barbell dari rack.
Mulakan gerakan squat dengan melipatkan lutut sekitar 90 darjah dan kembali berdiri. Ulangi langkah ini sebanyak empat set dengan ulangan lima belas kali.
Latihan ringkas yang menggunakan otot kaki secara maksima. Berdiri di hadapan box dalam jarak sesuai.
Kemudian lompat di atas box tersebut dengan kedua belah kaki mendarat secara bersamaan lantas lompat kembali ke posisi asal dan ulangi sebanyak dua puluh lima kali sebanyak empat set.
Lakukan dengan berdiri tegak dan memegang dumbbell pada kedua-dua belah tangan di sisi.
Bengkokkan salah satu bahagian kaki sehingga melutut dan menyentuh lantai serta lakukan pertukaran antara bahagian kaki mengikut kiraan masa.
Lakukan secara berulang sebanyak lima belas kali dalam empat set.
Berdiri di hadapan ‘bench’ sambil memegang dumbbell di sisi kedua-dua belah tangan. Naik ke atas ‘bench’ dengan dimulai dengan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri sehingga berdiri di atas ‘bench tersebut.
Kemudian, turun semula daripada ‘bench’ dengan dimulai dengan kaki kanan kemudian kaki kiri. Ulangi semula pergerakan tersebut dengan menggunakan kaki kiri dan lakukan secara berulang sebanyak lima belas kali dalam empat set.
Posisikan postur kaki selari dengan keluasan bahu. Silangkan kedua bahu anda di bahagian dada.
Lakukan gerakan squat dengan membengkokkan kaki sehingga paras 90 darjah .
Kemudian lompat sehingga kaki anda berada dalam keadaan lurus dan kedua-belah tangan kekal bersilang lantas mendarat dengan posisi squat.
Lakukan secara berulang sehingga tiga puluh lompatan dalam sempat set.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri yakin barisan pemain Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang kerap menyertai perlawanan di seluruh dunia mampu merealisasikan impian untuk memartabatkan bola sepak negara melalui ilmu serta pengalaman yang diperoleh.
Jelasnya, usaha dilakukan PPBN adalah langkah bijak dan tepat dalam usaha memberi keyakinan dan pengalaman berguna yang akan membantu pemain itu sendiri.
“Ia sangat bagus melihat semua anak-anak muda ini mempunyai semangat untuk bermain bola sepak dan sentiasa memperbaiki diri mereka untuk lebih maju.
“Melihat mereka sekarang, saya boleh mengatakan bahawa mereka pasti akan mempunyai masa depan yang cerah dalam bola sepak dan bakal mewakili negara yang tercinta ini satu hari nanti,” ujar bekas pemain T-Team, Kelantan dan kini menyarung jersi Harimau Kumbang pada majlis berbuka puasa Adidas bersama pemain (PPBN) di One World Hotel, Petaling Jaya, semalam.
Majlis berbuka puasa ini memberikan ruang dan peluang kepada pemain muda negara untuk memperoleh inspirasi, terutamanya 25 pemain PPBN yang terpilih ke Clairefontaine, Perancis bagi menghadapi perlawanan persahabatan.
Pasukan akan berlepas ke Perancis pada 5 Jun untuk menentang pasukan B-15 Clairefontaine dan pasukan B-15 Paris Saint-Germain (PSG). Selepas itu, mereka akan terbang pula ke Amsterdam pada 11 Jun untuk perlawanan persahabatan dengan Feyenoord (13 Jun), SBV Vitesse (20 Jun) dan akan mengambil bahagian dalam kejohanan B-15 yang disertai pasukan Liga Belanda seperti AZ Alkmaar, FC Copenhagen, PSV Eindhoven dan SBV Vitesse.
Adidas selaku penaja rasmi pakaian PPBN juga menyerahkan but Dust Storm Pack (Ace, Nemeziz & X) kepada 25 pemain B-15 pasukan elit itu. Ia adalah satu cara bagaimana adidas menunjukkan sokongan terhadap sukan bola sepak dengan memastikan pemain muda harapan negara dilengkapi dengan kasut terbaik.
Dust Storm Pack mengandungi Nemeziz, but terkini dari adidas sebagai salah satu item utama di samping Ace dan X. Nemeziz stadium, jalanan dan “cage” memperkenalkan beberapa reka bentuk baru seperti AGILITYKNIT 2.0 dan teknologi TORSIONTAPES untuk fit terbaik dan rasa ringan bagi ketangkasan pemain dalam perlawanan. But – dilancarkan dengan warna bold black dan putih – sudah berada di outlet runcit adidas seluruh negara.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPBN, Safirul Azli Abu Bakar berkata, majlis ini adalah sangat bermanfaat untuk pasukan kami terutamanya kepada pemain muda dan kami berterima kasih kepada adidas atas peluang ini yang hadir tepat pada masanya sebelum pasukan berlepas ke Perancis.
“Ini adalah satu rangsangan besar dan pemain pastinya teruja untuk menerima but terbaru adidas, Dust Storm Pack, “jelasnya yang turut memaklumkan pada majlis tersebut sesi soal-jawab pemain PPBN dengan Faiz turut diadakan untuk membolehkan pemain berpengalaman tersebut berkongsi suka duka dalam perjalanan kariernya.
Lebih 7,500 peserta menyertai Toyota Start Your Impossible Outrun 2026, sekali gus berjaya mengumpul RM200,000 bagi membantu National Cancer Society of Malaysia.