Bagi anda yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia senaman gim pastinya memerlukan bimbingan yang betul. Meskipun banyak panduan yang boleh didapati menerusi video atas talian, ia tidak akan sama dengan bimbingan yang diterima secara langsung.
Oleh itu, khidmat jurulatih kecergasan peribadi (personal trainer) sangat penting untuk memulakan langkah anda dalam gaya hidup yang lebih cergas.Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil kira sebelum mengambil khidmat jurulatih peribadi.
Pastikan mereka ‘kenal’ anda
‘Kenal’ yang disebutkan di sini bukanlah bermaksud jurulatih berkenaan perlu mengenali anda secara peribadi. Sebaliknya, mereka perlu kenal keadaan fizikal anda. Selain dari mengetahui apa matlamat kecergasan anda, mereka juga perlu tahu kekuatan dan kelemahan sedia ada anda.
Sumber foto: Google.
Paling penting, mereka perlu tahu sejarah penyakit dan juga kecederaan yang pernah anda alami sebelum ini. Dengan ‘mengenali’ anda sebegini, jurulatih mampu untuk menyediakan program latihan yang bersesuaian dengan matlamat dan kemampuan anda. Matlamat anda mungkin sama dengan orang lain, namun latihan anda mungkin berbeza dari mereka.
Pastikan mereka utamakan keselamatan anda
Keselamatan anda sepatutnya menjadi keutamaan nombor satu jurulatih. Jurulatih kecergasan sepatutnya tahu untuk mengenal pasti risiko kecederaan dan kemalangan semasa latihan serta mencegahnya sebelum ia berlaku. Mereka juga perlu tahu cara terbaik untuk mengendalikannya jika ia benar-benar berlaku.
Sesetengah latihan di gim sangat berbahaya jika dilakukan tanpa pemantauan, banyak kemalangan telah dilaporkan berlaku dan ada yang sehingga membawa maut! Ingat, sebarang kecederaan hanya akan membuatkan anda tersasar lebih jauh dari matlamat kecergasan anda. Anda selaku klien yang membayar juga berhak untuk menegur jurulatih anda jika anda dapati mereka leka dari memantau anda ketika melakukan senaman.
Semak kelayakan mereka
Tidak dinafikan ramai individu yang pernah menyertai pertandingan bina badan turut menawarkan khidmat kejurulatihan kepada orang awam atas dasar mahu berkongsi ilmu dan pengalaman mereka sendiri. Namun, mempunyai pengalaman dan pencapaian dalam pertandingan bina badan itu bukanlah kayu pengukur kelayakan seorang jurulatih.
Tidak semestinya seseorang yang berbadan sasa itu mempunyai kelayakan formal sebagai jurulatih. Tidak semua jurulatih berkelayakan turut mempunyai tubuh yang sasa, adakalanya mereka hanya sekadar fit.
Tidak salah jika anda mencuba khidmat mereka namun penting untuk anda ambil maklum tentang pentauliahan kejurulatihan mereka terlebih dahulu. Hal ini disebabkan, mungkin teknik yang mereka kuasai hanyalah berdasarkan pengalaman peribadi mereka sendiri sahaja.
Teknik itu terbukti berkesan pada mereka namun tidak semestinya ia bersesuaian dengan anda. Seorang jurulatih bertauliah perlu berupaya untuk mencipta program latihan khusus mengikut keperluan dan kemampuan individu. Paling penting, mereka perlu terlatih untuk mengenal pasti dan mengendalikan sebarang kecemasan atau kecederaan.
Semak status jurulatih
Sebahagian jurulatih kecergasan adalah terikat secara langsung dengan gim tertentu dimana mreka bekerja secara langsung di bawah pengurusan gim. Oleh itu, kadar bayaran mereka juga tertakluk pada ketetapan gim berkenaan. Selain itu, sesi latihan hanya boleh berlangsung di gim berkenaan sahaja. Jurulatih sebegini biasanya memang terlatih kerana telah dihantar untuk kursus pentauliahan oleh pihak pengurusan gim sebagai syarat untuk bekerja.
Ads
Sumber foto: Google.
Bagi jurulatih bebas (freelance) yang tidak terikat dengan pengurusan mana-mana gim pula, harga adalah tertakluk pada ketetapan mereka sendiri dan anda masih boleh berunding. Mereka juga bebas untuk menjalankan sesi latihan mengikut lokasi pilihan anda selagi ia masih di dalam jarak kawasan mereka. Bagaimanapun, ada kemungkinan yang mereka bukanlah seorang jurulatih bertauliah melainkan mereka pernah bekerja sebagai jurulatih di mana-mana gim sebelum bergerak secara bebas.
Semak peraturan gim
Jika anda menggunakan khidmat jurulatih bebas, pastikan gim yang anda ingin gunakan itu membenarkan jurulatih bebas untuk menjalankan sesi latihan di situ. Sesetengah gim mempunyai peraturan ketat lebih-lebih lagi jika gim berkenaan memang mempunyai jurulatih kecergasan mereka sendiri.
Sumber foto: Google.
Kehadiran jurulatih bebas di gim sebegitu akan dianggap sebagai saingan kepada jurulatih mereka sendiri. Ada juga kemungkinan mereka enggan menanggung risiko sekiranya berlaku perkara buruk di gim mereka disebabkan jurulatih bebas yang bukan di bawah seliaan mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terdapat beberapa cara mudah yang boleh anda amalkan untuk ‘mencuci’ tubuh. Tidak perlu berdiet secara keterlaluan, hanya mulakan dengan menukar beberapa kebiasaan anda.
Minum lebih banyak
Sekurang-kurangnya dua liter air sehari dan mulakan hari anda dengan air perahan buah lemon, sebelum mengambil sarapan. Lemon akan menolong menghidratkan semula tubuh anda dan membantu proses penghadaman. Ini akan membantu proses perkumuhan bahan-bahan buangan dari tubuh anda. Selain perkumuhan, air juga menolong menyokong sistem sel dan buah pinggang.
Jadikan senaman sebagai tabiat harian
Senaman membantu peredaran darah dan sistem limpatik, seterusnya memperbaiki penghadaman, melincirkan sendi-sendi dan menguatkan tubuh. Jika anda sering bersenam, kandungan toksin dalam badan akan berkurangan. Berjalan pantas, berjoging atau ‘strength training’ adalah cara mudah untuk mula bersenam. Mulakan dengan sesi 20 hingga 30 minit sebaik-baiknya dua kali sehari . Cubalah Yoga yang bagus untuk sistem limpatik.
Minum lebih banyak Teh
Bukan teh tarik tapi teh herba seperti teh hijau, teh serai, teh ‘chamomile’ atau teh hitam. Teh mempunyai banyak antioksidan dan ia juga menghidratkan tubuh. Kafein dalam teh sebenarnya lebih baik untuk perut anda jika dibandingkan dengan kafein dari kopi.
Makan banyak makanan organik
Cuba tukar cara pemakanan dan banyakkan sayur-sayuran serta buah-buahan dengan pelbagai warna, kekacang, legum dan bijirin. Elakkan makanan yang telah diproses, sehinggakan kadar nutrisinya hampir tiada. Makanan organik akan mengurangkan toksin yang masuk ke dalam sistem tubuh anda.
Lebihkan probiotik
Makanan mengandungi probiotik seperti yogurt tanpa perasa , minuman berkultur dan tempe, bertindak menambah bakteria baik di dalam laluan pencernaan dan seterusnya membantu proses penghadaman.
Makan lebih banyak serat
Apa yang kita perlu ingat adalah setiap apa yang dimakan perlu juga keluar dari tubuh. Ambil sekurang-kurangnya 20 hingga 35 gram serat sehari. Serat bukan sahaja membantu perkumuhan tetapi boleh membantu mengelakkan barah rektum, penyakit jantung dan diabetes dewasa. Seelok-eloknya tambah pengambilan serat secara sedikit-sedikit untuk mengelakkan ketidakselesaan perut.
Tahukah anda yang mempunyai bahu yang lebih lebar mampu menyerlahkan penampilan anda secara ketara? Ini antara sebab mengapa anda perlu mengambil serius mengenai latihan otot bahu anda.
Bentuk Tubuh yang Seimbang
Bahu yang kuat dan lebar memberikan kesan tubuh yang seimbang. Bahagian bahu yang lebar dapat membantu menciptakan ilusi pinggang yang lebih ramping, sekaligus meningkatkan keseimbangan tubuh anda secara keseluruhan.
Latihan bahu membantu menguatkan otot-otot yang menyokong tulang belakang dan postur tubuh. Dengan postur yang lebih baik, anda akan kelihatan lebih yakin dan menarik.
Bahu yang lebar dapat membantu pakaian anda untuk terletak elok pada badan anda apabila disarungkan. Anda tidak perlu pakaian yang mahal untuk menyerlahkan penampilan diri, sebaliknya tubuh anda sendiri yang sebenarnya menyerlahkan pakaian berkenaan.
Latihan bahu yang baik dapat membantu membentuk bentuk tubuh “V-shape”, di mana bahu lebih lebar dan pinggang lebih ramping mampu memberikan penampilan atlethic.
Mengembangkan otot bahu mampu meningkatkan keyakinan diri anda. Anda akan merasa lebih baik tentang penampilan anda dan ini dapat dilihat melalui cara anda bergerak dan berbicara.
Latihan bahu juga menyokong kesihatan anda secara keseluruhan. Otot-otot bahu yang kuat dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan pada kawasan leher dan bahu. Ia juga membantu menjaga keseimbangan bahu yang penting untuk aktiviti harian anda.
Latihan bahu melibatkan banyak otot bahagian atas seperti otot deltoid dan trapezius. Ini dapat meningkatkan daya tahan tubuh bagian atas, sekaligus membantu anda dalam pelbagai aktiviti fizikal.
Ingatlah untuk melakukan latihan bahu dengan teknik yang betul dan dalam batas kemampuan Anda. Konsistensi dan variasi latihan juga penting untuk mencapai hasil yang optimum. Dapatkan konsultasi daripada seorang jurulatih atau mereka yang lebih pakar sebelum mencuba latihan yang baharu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalu bila kita masukkan putik kapas dalam telinga untuk membersihkan earwax ataupun lebih dikenali sebagai tahi telinga. Namun, ia sebenarnya dedahkan telinga kita kepada bahaya yang lebih dahsyat.
Dr Ezairi M. Sallih, merupakan seorang Pegawai Kesihatan untuk Telinga, Hidung & Tekak (ENT). Dia menjelaskan tentang bahaya penggunaan putik kapas serta besi yang digunakan untuk mengorek keluar tahi telinga.
Berikut adalah penjelasannya, mari sama-sama kita ikuti.
Bahaya Putik Kapas
Beliau berusia tiga puluh lima tahun. Sudah tiga hari mengalami sakit telinga sebelah kanan. Pendengaran rasa tersumbat. Seakan ada sesuatu yang menghalang. Pedih. Perit.
Hari itu sudah ada cecair kuning yang keluar daripada telinga. Katanya, ia bermula dengan rasa gatal teramat sangat, menyebabkan beliau menggunakan putik kapas, cotton bud sehingga kemudiannya menggunakan pencungkil besi untuk mengorek telinga. Lega. Sedap.
Namun, rasa itu hanya bertahan seketika. Lagi kerap ia dilakukan, semakin sering cuba dikorek dan dibersihkan, ia perlahan-lahan bertukar menjadi sakit. Berdenyut-denyut.
Keadaan ini kami sebut sebagai ‘otitis externa’ iaitu jangkitan atau keradangan yang belaku pada salur telinga luar pesakit ‘external auditory canal’.
Sebab itu doktor selalu pesan tak elok amalkan tabiat mengorek telinga. Tidak kira sama ada menggunakan besi, cotton bud dan apa sahaja.
Ear wax, cerumen atau tahi telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri.
Apa fungsi dan istimewanya cerumen ini?
1. Ia akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.
2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.
3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.
Jadi, ia tidak perlu dibuang MELAINKAN dua sebab iaitu:
1. Mengalami kurang dengar.
2. Sakit akibat cerumen yang terlalu keras disebut sebagai ‘impacted ear wax’
Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini :
1. Lakukan pemeriksaan telinga bersama doktor.
2. Ubat titis telinga akan diberi jika doktor mendapati ‘ear wax’ terlalu keras.
3. Rujukan ke Klinik pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di hospital boleh dilakukan jika perlu.
4. Di klinik ENT, saya akan lakukan pembersihan telinga dengan bantuan alatan seperti otoendoscope atau microscope. Lebih selamat dan rendah risiko kecederaan pada telinga.
Nasihat saya, jika anda ada sebarang masalah pada telinga sama ada gatal, tidak selesa dan sakit, jumpalah kami untuk diperiksa. Kalian akan dibantu.
Moga bermanfaat.
Dr. Ezairy M.Sallih
Ini akan berlaku sekiranya anda berterusan amalkan tabiat ini. Gegendang telinga ‘tympanic membrane’ boleh mengalami kebocoran!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.