Pernah tular satu masa dahulu, air kurus viral menggunakan bahan dari dapur ini boleh anda jadikan alternatif untuk mendapatkan badan ramping.
Malah jika minum secara konsisten, air kurus viral ini juga boleh mencantikkan kulit sekali gus membuatkan tubuh badan anda berbau wangi.
Cara nak membuatnya juga mudah. Anda boleh ikuti petua air kurus viral ini menerusi perkongsian laman Facebook Aisyah Badar Bajrai. Selain menjaga pemakanan yang sihat dan bersenam, mana tahu air kurus viral ini boleh membantu merealisasikan hasrat anda untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.
Semoga bermanfaat. Selamat mencuba!
Ni la resepi air kurus viral yang jadi igauan kakak-kakak kat luar sana. Bila restock jek mesti licin disambar orang. Tak sempat Aisyah nak pelok-pelok selfie ngan KMC ni.
Camano laa tak jadi rebutan. Yang dulu pakai baju size XL, lepas minum air kurus viral ni terus pakai baju size M. Yang berat 73 kg, lepas raya boleh pulak berat tinggal 63 kg.
Yang penting, air kurus viral ni kita buat sendiri kat dapur. Guna bebahan dapur jek. Tak de bahan pepelik. Jadi tak de la kita risau nak minum kann.
Jom tengok resepi air kurus viral, kalau bahan dah cukup, malam ni boleh rebus. Untung untung minum 3 hari turun skilo?
AIR KURUS VIRAL
Ni la watak watak utama air kurus viral. Kayu manis ceylon tu patahkan 2 tau. Jadi rasa dengan khasiat dia lagi cepat keluar masa rebus.
1 liter air
2 batang serai, diketuk
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara-caranya:
1. Rebus kayu manis Ceylon, halia, serai, dan cengkih kecuali madu dan lemon dengan 1 liter air.
2. Rebus sampai mendidih tau, agak-agak 15-20 minit gitu. Pastu tutup api.
Ads
3. Amik 1/2 gelas air kurus viral.
4. Pastu tambahkan lagi dengan 1/2 air panas. Tapi masa ni Aisyah letak air masak biasa, sebab air kurus viral baru masak.
5. Oraitt, pastu perahkan dengan lemon. Satu hiris jek cukup. Jangan korang belasah pakai limau kasturi pulak, khasiat dia tak sama.
Ads
6. Last sekali, masukkan 1 sudu besar madu. Pastikan pakai sudu plastik tau. Kalau pakai sudu besi nanti khasiat dia terjejas.
7. Tadaaa, kacau rata-rata sambil selawat. Pastu niat nak sihat tubuh badan dan KURUS. Minum 30 minit sebelum makan.
8. Balance air rebusan tu korang masukkan dalam bekas air bertutup. Pastu simpan dalam esbok. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Minum waktu suam tau, baru mujarab.
Ads
Khasiatnya:
Air ni bukan tuk kuruskan badan jek, tapi kalau amalkan minum hari-hari, nanti badan kita KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI sebab bebahan yang kita guna semua best best.
KMC
– boost metabolisme badan
– kurangkan kolestrol
– Kurangkan selera makan
– lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
– lancarkan period dan servis dalaman
Serai
– bantu penghadaman
– buang toksin dalam badan
– kurangkan bau badan
– cantikkan kulit
– kurangkan stress
– cairkan lelemak degil
– anti kanser
– kurangkan kencing manis
– kurangkan jerawat kat muka
Halia
– buang angin dan toksin dalam badan
– pecahkan lemak
– hilangkan bau badan
– lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam
Lemon
– cuci kerak kerak lama dalam usus
– bakar lemak degil
– ada vit c, bagus untuk kulit
– anti kanser
– mengempiskan perut
Cengkih
– boleh mencegah stroke, cegah darah beku
– lancarkan pencernaan
– cantikkan kulit
– wangikan badan
Madu
– melancarkan darah
– tambahkan tenaga
– antioxidant
– mencegah kanser
– pemanis semula jadi
Siapa nak badan KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI. Wajib try resepi ni. Memang bestt sangat.
Korang dah kurus belum??
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru-baru ini, tular kenyataan seorang pelakon wanita yang mendakwa tidak selesa bekerja dengan rakan artis yang didakwa kurang menjaga kebersihan diri sehingga menimbulkan isu bau badan di set penggambaran. Isu itu hangat diperdebatkan di media sosial, sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
Tapi berbeza dengan mereka yang memilih untuk menuding jari, Faizal Hussein tampil dengan respon penuh kelas. Faizal berkongsi pengalamannya dengan tenang dan berhemah.
“Kalau ada pelakon badannya berbau, tak kira lelaki atau perempuan, takkan ada siapa pun tahu. Saya sendiri pernah alami banyak kali. Tapi saya takkan bawa ke sosial media. Saya simpan sendiri, hadap dan hadam sahaja.”
TAK PERLU VIRALKAN SEGALA-GALANYA
Ayat itu mungkin kedengaran biasa, tapi ia menggambarkan satu prinsip penting dalam dunia lelaki iaitu jaga aib orang, jaga maruah sendiri. Dalam budaya hari ini yang cepat menularkan setiap kelemahan orang lain demi konten atau perhatian, sikap Faizal adalah satu bentuk kejantanan yang semakin hilang — gentleman silent, but strong.
“Kalau saya tak suka seseorang, orang itu tak akan tahu. Mungkin sebab itu bayaran saya mahal,” tambahnya, berseloroh tapi penuh maksud.
BAU BADAN ITU NORMAL, JANGAN LEBIH-LEBIH
Bagi Faizal, isu seperti bau badan bukan perkara luar biasa. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja, lebih-lebih lagi dalam keadaan berpeluh atau berada dalam lokasi penggambaran yang mencabar. Bahkan beliau mengaitkan pengalaman itu dengan suasana solat Jumaat.
“Macam-macam bau kita akan hidu. Sama juga macam bau mulut masa puasa… itu bau kasturi. Normal je. Simpan sendiri, tak perlu nak beritahu semuanya.”
Lelaki sejati tahu beza antara keperluan untuk bersuara dan keperluan untuk menjaga keharmonian kerja.
PUBLISITI MURAH TAK PANJANGKAN KARIER
Mengulas tentang pelakon yang gemar mencipta publisiti dengan membuka isu remeh seperti ini, Faizal mengingatkan bahawa bukan semua populariti itu bermanfaat.
“Zaman sekarang, good publicity or bad publicity tetap publicity. Tapi cara seperti ini tak bantu panjangkan karier mereka. Sepatutnya kita pilih cerita yang bawa karier kita ke depan.”
Faizal Hussein bukan hanya pelakon berpengaruh, tetapi kini menjadi simbol kematangan dalam industri. Di sebalik dunia seni yang penuh gosip dan drama, beliau berdiri teguh dengan nilai diam itu jantan.
Lelaki pun malu jika bahagian badan gelap dan berdaki terutamanya lutut, siku, buku lali dan kaki. Selain boleh buat anda hilang keyakinan diri, bahagian badan yang gelap dan berdaki ini juga menggambarkan kebersihan dalam diri anda.
Jika anda nak cerahkan bahagian badan yang gelap dan berdaki, sabun saja tidak mencukupi. Perkongsian tip mudah menerusi akaun Twitter Ama Azmi ini boleh anda tiru untuk cerahkan bahagian badan yang gelap dan berdaki.
Yang penting, kena rajin dan barulah nampak hasilnya.
Tip cerahkan lutut, siku, buku lali dan kaki berdaki, gelap, berkerak sangat
Berus kayu untuk kawasan kulit tebal
Body wash boleh pakai apa-apa jenama
Losen untuk cerahkan kawasan yang gelap
Tidur pakai stoking
Pakai coffee scrub atau liquid/gel scrub
Testimoni lepas buat tip ini
Berus tak semestinya beli kat Body Shop
Ramai yang bermasalah tapi segan nak tanya
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada masa kini sudah tidak menghairankan apabila lelaki tidak ketinggalan sama berlumba-lumba melaburkan sedikit wang mereka untuk produk penjagaan diri khususnya untuk kulit wajah.
Jika dahulu ia terhada hanya kepada produk dalam bentuk pencuci muka, pelembab dan sebagainya, kini telah muncul inovasi baharu yang tampil dalam bentuk peranti pintar seperti FOREO Luna 3 Men. Peranti tata hias atau grooming gadjet kini menjadi segmentasi yang sedang meningkat naik terutamanya untuk penjagaan wajah lelaki.
Sebagai antara jenama yang sering menampilkan pelbagai inovasi hebat, FOREO yang berasal dari Sweden ini mempunyai kepakaran yang cukup tersenduri.
Rutin penjagaan wajah merupakan perkara harian yang dilakukan oleh lelaki. Dan dengan FOREO Luna 3 Men terbaru ini, ia menjadi pelengkap yang bertindak menjadi alat untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih licin, sihat dan lebih menyegarkan.
Menurut FOREO, pengguna tidak perlu lagi menggunakan gerakan tangan menggosok kulit wajah apabila melakukan cucian. Peranti tawaran mereka ini memiliki fungsi dalam pelbagai tetapan. Ia memberikan bantuan rutin wajah untuk cucian lebih mudah, berkali ganda lebih berkesa dan juga bertindak memberikan elemen urutan yang pastinya sangat melegakan serta mengurangkan stres.
Selai permukaan kulit wajah, Luna 3 Men juga dikatakan mampu menyegarkan di sekitar bahagian mata dan juga hidung. Versi terbaharu FOREO untuk lelaki ini juga boleh digunakan ketika basah atau sedang mandi.
Dilengkapi teknologi getaran T-Sonic, ia mampu membuang sehingga 95% kotoran pada wajah, minyak, sel kulit mati dan membantu mengurangkan breakout serta blackhead tanpa merosakkan tahap kelembapan kulit.
Lebih menarik, lelaki berjambang juga tidak perlu gusar menggunaka peranti ini kerana ia tidak menggangu rambut pada wajah. Friming Massage Mode pula boleh digunakan sebagai melakukan urutan di atas kulit dengan simulasi getaran yang selesa.
FOREO Luna 3 Men juga tampil dengan ultra-hygienic silicone body dan boleh dicaj menggunakan port USB. Setiap pengecasan penuh ia mampu digunakan sehingga 650 kali.
Ia kini boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi FOREO, official store FOREO di Lazada, FOREO official store Zalora, Sephora dan outlet Sephora terpilih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.