Ramai orang mahu menurunkan berat badan dari digelar gemuk hingga kurus. Namun bagaimana pula dengan lelaki yang berbadan kurus hingga sukar untuk dia menaikkan berat badan ke tahap yang ideal sepertimana lelaki sihat yang lain.
Kita kena tahu bahawa, jika terlalu gemuk anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan namun, jika terlalu kurus sama juga anda tidak sihat kerana badan kekurangan zat.
Dalam badan manusia, terdapat 2 jenis lemak, iaitu lemak sihat dan lemak tidak sihat serta merbahaya kepada manusia. Lemak yang baik memainkan peranan yang penting untuk perkembangan otak untuk mencegah inflamasi serta pembekuan darah.
Terpanggil dengan isu tersebut, seorang pengguna twitter Syam berkongsi melalui twitter thread bagaimana untuk menambahkan berat badan dengan ideal & sihat. Posting tersebut mendapat 6540 ulang kicau, serta 7769 tanda suka.
Tahukah anda bau badan yang busuk mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap seseorang. Mereka akan mempunyai keyakinan diri yang rendah, mempunyai masalah untuk bergaul dengan orang lain serta mungkin dipulaukan kerana bau bada mereka.
Sebagai lelaki kita harus sentiasa peka dengan bau badan sendiri. Ramai menganggap bau badan busuk hanya disebabkan oleh faktor kebersihan diri. Namun ia sebenarnya boleh berlaku di atas punca-punca yang lain.
Jadi bagaimanakah untuk kita kenal pasti apakah puncanya?
Jom ikuti perkongsian MASKULIN pada kali ini tentang masalah yang bukan sahaja boleh menjauhkan bakal jodoh anda tetapi masa depan anda dalam bidang kerjaya dan sebagainya!
1. Bakteria
Bau badan adalah gabungan peluh dan bakteria. Bakteria memecahkan peluh kepada ‘aromatic fatty acids’ yang menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Badan berbau boleh juga dipengaruhi oleh perasaan, diet, sembelit dan ubat-ubatan tertentu. Kesan sampingan daripada ubat-ubatan tersebut boleh menyebabkan peluh berlebihan.
2. Toksin
Bahan buangan yang terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna juga di antara punca badan menjadi kerap berbau. Toksini ini akan disingkirkan sekiranya ginjal, hati, dan saluran usus berfungsi dengan baik.
Akibat sistem pencernaan tubuh yang tidak berfungsi dengan baik, maka toksin akan terkumpul di dalam badan. Mereka yang gemar makan daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline.
3. Kafien dan rempah
Pengambilan kafein dan bahan berempah seperti bawang putih juga akan menyebabkan bau badan yang keterlaluan. Kurangkan makanan tinggi Choline bagi mengelakkan tubuh diselebungi bau.
4. Genetik
Bau badan juga boleh disebabkan faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.
1. Mandi dengan kerap sekurangnya tiga kali sehari.
2. Pilih pakaian dari fabrik kapas dan longgar bagi meminimumkan rembesan peluh.
3. Elak makanan tinggi Choline.
4. Cukur rambut halus di bahagian sulit secara berkala.
5. Amalkan pemakaian deodoran yang mengandungi bahan antiseptik.
6. Amalkan penggunaan cecair pencuci mengandungi tiga peratus hidrogen peroksida, pewangi dan anti peluh.
7. Jika ia serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tengah syok beraya, tiba-tiba tersondol batu sampaikan kaki terseliuh. Langkah awal yang biasa kita buat bila kaki terseliuh ialah sapu minyak panas atau urut bahagian kaki yang terseliuh itu untuk mengurangkan kesakitan.
Sebenarnya cara yang kita biasa lakukan ini rupanya salah kerana ia boleh menyebabkan kecederaan yang semakin teruk. Sekiranya kaki terseliuh, anda boleh kurangkan kesakitan mengikut tip yang dikongsikan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Semoga perkongsiannya ini akan bermanfaat untuk anda lebih-lebih lagi untuk mereka yang kerap melakukan aktiviti berlari, berjoging atau bersenam.
“Doktor, lepas pergi urut, kaki saya semakin bengkak.”
Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim, dan kebanyakan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh jadi semakin teruk.
Untuk elakkan perkara itu berlaku, JANGAN lakukan perkara-perkara berikut:
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka(mungkin open fracture).
Berikut pula perkara-perkara yang anda PERLU lakukan sebaik sahaja tercedera:
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.
Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 selepas kecederaan.
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.
Itulah rawatan yang JANGAN dan rawatan yang PERLU dilakukan sejurus selepas terseliuh pergelangan kaki, agar cepat sembuh.
Setelah bengkak dan kesakitan surut, anda perlu lakukan senaman untuk kuatkan semula sendi yang tercedera. Boleh belajar senamannya di pusat fisioterapi.
Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kecederaan ini boleh akibatkan kesakitan kronik.
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Biro Rehabilitasi Medtweetmy
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sesiapa sahaja yang menyertai senaman aerobik atau pergi ke gimnasium sebagai satu jadual harian pasti pergi dengan tujuan untuk mendapatkan tubuh badan yang menawan dan sihat. Umum ketahui, bersenam dapat memberi banyak kelebihan kepada tubuh badan anda secara keseluruhan tetapi senaman juga dapat menjadikan anda lebih cantik.
Lupakan semua bedak asas, krim muka atau alat solek. Utamakan dahulu senaman seperti berjalan atau berlari untuk menyuburkan sel-sel kulit anda. Apabila anda bersenam dan kadar degupan jantung meningkat, ianya dapat membantu meningkatkan aliran darah. Aliran darah kemudiannya membawa oksigen dan nutrisi untuk memastikan sel-sel di seluruh badan anda berfungsi termasuk kulit anda. Jadi untuk mencapai kulit muka yang bersinar dan muda anda perlu pastikan kadar degupan jantung anda dan aliran darah anda lancar.
Bersenam selama 30 minit dapat membantu mengekalkan hormon yang berkaitan dengan tekanan di tahap yang sihat. Pakar ada mengatakan bahawa dengan melakukan senaman dapat menyokong pertumbuhan kologen yang di mana dapat memastikan kulit anda kekal tegang dan lembut. Terdapat kajian menunjukkan lelaki yang bersenam secara purata selama 45 minit dalam tempoh 3 hari menunjukkan kurang tanda-tanda penuaan berbanding lelaki yang tidak aktif.
Selain aliran darah yang lancar, bersenam juga dapat menyegarkan kulit anda dan memastikan oksigen mengalir dengan lancar dalam tubuh anda. Ini dapat membantu menyingkirkan toksin keluar daripada badan. Tambahan, berpeluh juga dapat membersih pori-pori kulit yang tersumbat. Jika boleh, elakkan bersenam dengan muka yang penuh dengan bahan solekkan.
Perkara terakhir yang anda harapkan berlaku apabila anda pergi ke gimnasium adalah memiliki rambut yang lebih sihat. Kitaran dan aliran darah yang baik hasil daripada bersenam membantu rambut anda lebih sihat dan kuat. Senaman juga dapat mengurangkan tahap tekanan anda. Jika tahap tekanan anda tinggi, ia akan mengakibatkan rambut anda rapuh, lebih teruk lagi, gugur. Cuba anda luangkan masa anda selama 30 minit untuk lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk melihat rambut dan kulit anda kembali sihat.\
Mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata? Anda tidak keseorangan. Kerana ramai di antara anda yang mempunyai masalah untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Dengan bersenam, ia akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika anda bersenam di waktu petang, ia dapat membantu anda untuk tidur dengan lebih lena dan lebih cepat membawa anda ke alam mimpi yang indah. Semasa tidur anda yang lena, tubuh anda akan merangsang pertumbuhan hormon yang membantu dalam membaiki dan membina semula tisu-tisu badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.