Dalam masyarakat hari ini tidak sah kalau tidak meminjam. Meminjam bukan sahaja dalam bentuk wang , tetapi meminjam juga boleh dikaitkan dengan apa sahaja bentuk barangan, termasuk barang-barang bernilai seperti kenderaan ataupun apa sahaja aksesori kesayangan. Etika kali ini, mengajar anda untuk lebih beretika apabila sudah meminjam barang orang lain, walaupun rakan karib sendiri.
1-Pulangkan dalam keadaan asal
Ini masalah orang kita sekarang. Tahu meminjam tetapi tidak pandai menjaga harta barang yang dipinjam. Sebelum meminjam pandai berjanji untuk belanja makan ataupun tengok wayang. Tapi rupanya indah khabar dari rupa. Barang yang dipulangkan koyak rabak dan rosak sana sini. Jika barang yang dipinjam berbentuk kenderaan, pastikan tidak ada kerosakan yang teruk. Jika sebaliknya, ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada si peminjam yang akan di cop tidak tahu menjaga harta benda tetapi mungkin peluang untuk diberi pinjam tidak akan berulang lagi selepas itu.
2-Jangan suka buat harta
Kalau boleh anda sendiri yang tetapkan masa untuk memulangkan barang yang dipinjam. Jangan meminjam barang terlalu lama sehingga diberi amaran dan peringatan oleh empunya tuan. Bayangkan orang mengesa-gesa anda meminta kembali barang mereka. Tentu anda sendiri berasa rimas bukan? Jadi elakkan membuat harta simpanan seolah-olah barang tersebut milik anda sahaja. Apa kata setelah selesai guna, pulangkan sahaja barang tersebut dalam kondisi baik dan selesa.
Ads
3-Tetapkan jangka masa meminjam
Pinjam untuk tempoh sekejap tetapi perapnya berminggu-minggu, adakalanya berbulan-bulan. Kalau boleh biarlah kita yang meminjam ini yang menetapkan tarikh mengikut masa yang sesuai. Kalau tidak boleh memulangkannya dalam masa terdekat, jangan lupa beritahu awal-awal supaya tidaklah si pemberi pinjam tertanya-tanya atau buat spekulasi sendiri. Mungkin boleh dibawa berbincang atau setidak-tidaknya memberitahu punca sebenar anda tidak dapat memulangkan barang tersebut tepat pada masanya.
Ads
4-Bersikap jujur dan amanah
Jujur bukan hanya digunakan dalam urusan jual beli sahaja. Malah dalam Islam kita digalakkan berlaku jujur dalam semua aspek. Dalam hal pinjam-meminjam ini, sikap jujur haruslah ada untuk memberi rasa percaya kepada orang yang memberi pinjam. Jika ada kerosakan apa sahaja, jangan berdiam diri,seolah-olah dia tidak akan tahu. Beritahulah hal yang sebenar jika ada kerosakan biarpun kerosakan itu kecil. Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang jujur dan bertanggungjawab dalam semua benda yang diamanahkan. Ingatlah, jika kita bersikap jujur dengan semua orang, orang akan bersikap jujur kepada kita.
5-Jangan terlalu kerap meminjam
Ads
Jangan amalkan!. Biarpun si dia baik hati, anda mengambil kesempatan ke atasnya.
Pinjam berkali-kali barang sehinggakan orang itu tiada privacy dan kebebasan hak anda meminjam buku yang digemarinya sehinggakan suatu hari ketika dia ingin menggunakan buku tersebut, didapati buku itu ada pada anda. Bagaimana perasaannya? Pasti kecewa bukan? Kalau ini yang berlaku, jangan haraplah anda diberi peluang meminjamnya lagi.
6-Belajarlah ucap terima kasih
“ Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”. Tetapi banyak di antara
kita yang enggan atau lupa mengatakannya ketika kita sudah mendapatkan apa yang kita harapkan. Jadi, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kerana pasti si beri pinjam berasa dihargai dan tidak berkira untuk memberi anda meminjam lagi pada masa akan datang. Jangan lupa setelah pinjam sesuatu barang, ucaplah terima kasih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SESETENGAH DIET INI JUGA MEMBAHAYAKAN DIRI. DIET YANG TERLALU RENDAH KALORI BOLEH MENGAKIBATKAN KELETIHAN, KETIDAKSELESAAN DAN KEKEJANGAN OTOT. KEKURANGAN PROTEIN DAN KARBOHIDRAT PULA MENYEBABKAN RASA PENING, KELETIHAN DAN PELBAGAI PENYAKIT LAIN.
Diet fad dikatakan menjadi semakin popular kerana ramai yang suka mencuba diet fad yang menjanjikan hasil yang cepat berbanding berusaha mengurangkan berat badan dengan melakukan perubahan jangka panjang menerusi tabiat pemakanan dan senaman.
Sementara itu, strategi pemasaran yang agresif oleh syarikat pengeluar diet fad juga mengambil kesempatan atas fakta ini.
DIET TERLALU RENDAH KALORI
Diet yang mengandungi kurang daripada 800 kalori sehari. Apabila pengambilan tenaga rendah, tubuh akan mendapatkan tenaga yang diperlukan daripada simpanan lemak. Bagaimanapun, tubuh akan menjadi lebih efisien dan berfungsi menggunakan tenaga yang rendah itu dan kadar metabolisme tubuh akan menurun, juga cenderung untuk menggunakan tisu tanpa lemak daripada otot.
RISIKO:
Diet ini dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan dan komplikasi seperti pembentukan batu dalam pundi hempedu, kehilangan jisim otot, ketosis dan peningkatan asid urik dalam darah akibat ketidakseimbangan tenaga.
Kematian mengejut boleh berlaku pada pesakit yang mempunyai penyakit lain terutama pengambilan kurang daripada 600 kalori sehari.
DIET RENDAH LEMAK
Menghindarkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak akan mengakibatkan pengurangan pengambilan jumlah kalori harian.
RISIKO:
Sesetengah pengikut diet rendah lemak memberi gambaran yang salah seperti menyebarkan mitos bahawa selulit adalah disebabkan bahan toksik dan amalan diet ini boleh membantu mengurangkan lemak terutama pada paha atau pinggang.
DIET TINGGI SERAT
Diet tinggi serat boleh membantu penurunan berat badan kerana ia memberi rasa yang mengenyangkan dengan pengambilan kalori yang sedikit.
RISIKO:
Jumlah serat yang disarankan biasanya terlalu tinggi dan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti senak perut (kembung) dan cirit-birit.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sistem penghadaman, ia akan memburukkan lagi keadaan. Pengambilan bran yang banyak akan mengurangkan penyerapan mineral seperti zat besi dan zink.
DIET TINGGI PROTEIN
Pengambilan karbohidrat dihadkan kepada kurang daripada 30 gram sehari. Pengambilan protein dan lemak yang terlalu tinggi melambatkan perut kosong. Ini mengurangkan keinginan untuk makan dan mengehadkan pengambilan tenaga.
RISIKO:
Diet ini mungkin meningkatkan pengambilan kolesterol dan lemak tepu. Diet ini juga kurang kandungan serat daripada sumber berasaskan karbohidrat terutama bijirin penuh daripada tumbuhan.
Pengamal diet ini mungkin mengalami sembelit dan fungsi kognitif yang terjejas. Pengambilan protein yang tinggi meningkatkan paras asid urik dalam buah pinggang dan berisiko untuk pembentukan batu dalam buah pinggang.
Kesimpulannya, seseorang itu tidak sepatutnya mencuba diet fad tanpa mendapat nasihat daripada doktor. Jika anda berasa sesuatu yang tidak kena, hentikan diet terbabit dengan segera. Tahap keberkesanan diet ini juga rendah malah ia boleh menyebabkan kesan sampingan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak kecil, saya hanya lah seorang budak lelaki biasa yang meminati dan mencintai Formula 1 (F1) sepenuh hati. Saya masih ingat, saya gemar bercerita kepada bapa, soal segala sesuatu tentang perlumbaan F1. Semasa saya berusia 12 tahun, saya beritahu dia bahawa saya mahu menjadi seorang pelumba F1. Tak disangka, ketika sambutan ulang tahun saya yang ke-12 tahun yang sama, bapa saya membuat kejutan yang saya kira paling memberi kesan pada hidup saya. Dia mendaftar saya masuk ke Akademi Go-Kart. Di sini saya belajar asas dan selok belok baik dari segi pemanduan mahupun perlumbaan. Then, I’ve been suck into the motorsport world since.
Perkembangan
Syukur saya berhasil memenangi pelbagai kejohanan F3. Antaranya All Stars Karting Championship (KF3) dan Malaysian Karting Championship (Junior) sebagai juara keseluruhan pada tahun 2011. Kini, saya memegang gelaran sebagai Johan Formula BMW Asia Cup National Series 2013 dan 2014, buat dua tahun berturut-turut.
Projek semasa
Saya sedar bahawa perlunya pendedahan media. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, lewat tahun lepas, saya terpilih untuk mengacara dokumentari kembara terbaru GO ASEAN iaitu GO FAST OR GO HOME. Saya lihat ia sebagai peluang besar buat saya mementaskan bakat saya yang lain, di samping membawa juga imej utama saya sebagai seorang pelumba F3. Yang istimewa, GO ASEAN memberi saya peluang untuk membawa dokumentari ini dari sudut pandang seorang pelumba. Saya juga dalam rangka awal mencipta aplikasi telefon pintar saya sendiri yang saya beri nama UNWRAPPKL. It’s a lifestyle apps and it would be great.
Idola / Pengaruh
Pada hemat saya, Lewis Hamilton. Dia seorang pelumba yang berjaya merubah landskap dunia balapan supaya menjadi lebih hidup. Kebanyakan pelumba sebelumnya, mereka harus menjadi profesional. Sangat kaku. Segala yang merekalakukan harus kelihatan profesional. Lewis Hamilton is flipping the racing world upside down, he active in fashion, proper lifestyle, he’s having fun and at the same time he brings personality.
Saya juga mahu mengetengahkan personaliti diri. Sama ada di hadapan kamera mahupun di media sosial. Saya tetap saya. I’m a normal human being, with weird , cocky and silly personality. I’m not perfect by any means, but I’m showing myself, and that Lewis Hamilton doing as well.
Current state of mind
Back on 2015, I hit rock bottom in every possible way. It’s warm up and it’s all been a character building. Ia membuatkan saya lebih tabah. Mengajar saya untuk menjadi lebih bersemangat dan gembira. Setakat ini , 2016 memberi saya suatu perasaan kegembiraan yang tak pernah saya rasa. I don’t know what is the future hold but a lot is happening in this short time. Saya lihat cahaya. This is the beginning.
Harapan
Supaya saya bakal menjadi pelumba F1 yang mengharumkan nama negara. It’s so hard. In this sport, at the end of the day, it’s all about money. Barangkali 20% bakat, 10% media dan 100% wang. Saya terbuka untuk mencuba bakat saya di luar balapan untuk menggapainya.
Harapan dari sudut kehidupan pula, saya mahu berjaya. Saya tahu ia suatu kata yang punya makna luas, tetapi dalam hidup ini, yang paling saya takuti, kalau-kalau saya tidak dapat merasa apa yang saya mahu rasa. That is my genuine fear of life. Saya mahu merasa perasaannya berlumba. Saya mahu merasa perasaan mengelilingi dunia bersama media. Saya mahu mencipta aplikasi telefon pintar saya sendiri. Merasa apps itu berjaya, mahupun merasa ia gagal. Ya, saya mahu merasa pengalaman. I just want to learn.111
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
PELUMBA SIC Racing Team, Adam Norrodin tidak gusar dengan catatan masa ke 15 terpantas yang diraihnyanya pada seisi kelayakan Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.
Bakal memulakan perlumbaan dipetak ke 15, Adam mencatatkan masa 2 minit 13.847 saat namun pelumba kelahiran Parit Raja, Batu Pahat Johor ini tekad melakukan yang terbaik pada perlumbaan esok.
“Saya masih dalam perlumbaan dan hari ini adalah penentu untuk Moto3 ini, jarak dengan pelumba didepan tidaklah jauh sangat, saya yakin masih ada ruang untuk terus ke hadapan.
“Keadaan motosikal juga berada dalam keadaan terbaik jadi tidak mustahil untuk saya memberikan saingan kepada pelumba dihadapan,” katanya yang bersedia untuk perlumbaan penting esok.
Mengulas sasaran dan tekanan yang bakal dirasai beraksi dilaman sendiri, pelumba Petronas Sprinta ini mengakui akan tekanan namun mengambil pendekatan positif dengan menganggap ia motivasi.
“Bagi pelumba, apabila beraksi dilaman sendiri pasti ada tekanan, ia normal. Melihat sokongan padu dari ahli keluarga dan rakan akan menaikkan motivasi dan semangat untuk melakukan yang terbaik.
“Sudah pasti saya ingin menamatkan perlumbaan dikedudukan 10 terbaik dan doakan kejayaan saya,” ujarnya yang menghargai sokongan peminat Malaysia terhadapnya.
Musim lalu di Litar Antarabangsa Sepang, Adam gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabit dengan perlanggaran ketika perlumbaan dipusingan pertama.
Catatan Seisi Kelayakan Masa Terpantas Moto3
1 – Joan Mir ( Leopard Racing / 2’12.078 saat)
2- Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3 / 2’12.457 saat)
3- John Mcphee (British Talent Team / 2’12.816 saat)
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.