Bagi menghargai pengguna setia minyak pelincir Shell Helix Ultra, Shell Lubricants memperkenalkan kempen ‘Shell Advantage and Rewards’ (SHARE). Pelanggan dapat menikmati ganjaran hebat sebaik mendaftar atas talian menerusi www.shell.com.my/share.
CARA MENDAFTAR:
LANGKAH 1: Imbas kod QR atau layari laman web Shell untuk mendaftar akaun
LANGKAH 2: Masukkan kod produk 12 digit yang terdapat pada botol Shell Helix terpilih
LANGKAH 3: Lengkapkan butiran dan hantar
Ads
ENAM GANJARAN BAKAL DINIKMATI DI BAWAH SHARE :
1) Bonus pendaftaran: Baucar Lazada bernilai RM15 selepas mendaftar di SHARE. Baucar ini hanya sah untuk sebarang pembelian produk Shell Helix.
2) Shell Helix Ultra percuma untuk penukaran minyak kali ke-4.
3) Peringatan penukaran minyak pelincir menerusi SMS.
4) Nikmati promosi bermusim daripada Shell.
Ads
5) Shell Helix Waranti Enjin: Jaminan hingga 12 tahun atau 200,000km perbatuan (mana-mana tiba dahulu) sekiranya berlaku kerosakan enjin dengan pembelian minyak pelincir Shell Helix Ultra atau HX7.
6) Jaminan produk tulen: Setiap pembelian Shell Helix Ultra didatangkan dengan kod khas bagi mengelak pengguna terbeli minyak pelincir tidak tulen.
Perlu diingatkan bagi layak mendapatkan Shell Helix Waranti Enjin kriteria yang perlu dipatuhi ialah:
Ads
1) Pembelian minyak Shell Helix Ultra, Shell Helix HX7 engine oil atau Shell Helix High Mileage.
2) Kereta mesti berusia di bawah lapan tahun.
3) Perbatuan kenderaan perlu di bawah 150,000km.
4) Pengeluar kereta/OEM mengesyorkan penggunaan minyak dengan kadar kelikatan produk Shell Helix.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi peminat sukan permotoran kelajuan merupakan faktor sangat penting buat mereka. Apatah lagi bila berbicara dalam sukan automotif seperti perlumbaan drag. Kereta yang direka untuk berlumba dalam kategori ekstrem ini dikenali memiliki kelajuan sangat tinggi.
Terbaru, Toyota memperkenalkan kereta lumba drag rekaan terbaru untuk siri 2022 NHRA Funny Car Championship yang tampil dengan rekaan radikal. Untuk siri tahun hadapan Toyota telah mengubah penyertaannya dari kerangka model Camry kepada GR Supra.
Pertandingan NHRA Funny Car merupakan perlumbaan drag jalan lurus sejauh 1/4 batu yang telah dimulakan pada tahun 1969. Berbeza dengan kebanyakan rekaan kereta drag biasa yang tampil runcing seperti jarum, kereta drag yang memasuki pertandingan Funny Car menampilkan bpdy karbon fiber yang menyerupai model konsional di pasaran atau dikenali sebagai production car.
Sejak tahun 2012, Toyota telah menyertai perlumbaan ini pada setiap tahun dengan dengan Camry Funny Car. Namun untuk edisi akan datang ia bakal tampil dengan GR Supra pada perlumbaan di Pomona, Calirfornia.
Selain Toyota beberapa jenama automotif terkenal yang turut mengambil bahagian ialah Ford bersama Mustang, Chevrolet dengan Camara dan Dodge dengan modelnya Charger.
Walaupun mempunyai penampilan Supra dari segi estetika luarannya kereta ini sebenarnya dikuasakan dengan enjin BW enam silinder supercharged 8.2 liter V8. Ia mampu menjana sehingga lebih 11,000 kuasa kuda untuk pecutan tayar gergasinya di bahagian belakang.
Difahamkan GR Supra Funny Car ini mapmu memeceut sehingga 530 km/j dalam tempoh empat saat sahaja. Ia satu catatan yang sangat luar biasa. Buat anda peminat perlumbaan drag pastinya cukup teruja jika berpeluang melihat sendiri jentera hebat ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Triumph mendedahkan video teaser model Bonneville Speedmaster baharu yang bakal dilancarkan pada 3 Oktober depan.
Tidak banyak maklumat yang didedahkan pada video berdurasi 26 saat itu. Hanya tertera beberapa perkataan antaranya ‘British attitude’, ‘classic custom style’ dan ‘classic leading capability’. Latar belakang video berkenaan secara samar-samar menunjukkan bahagian enjin, lampu depan dan imej penuh model tersebut.
Berdasarkan video pendek itu, dapat dilihat Speedmaster baharu masih mengekalkan ekzos yang panjang dan berada dalam posisi yang rendah.
Selain itu, bahagian enjin juga seakan menggunakan jana kuasa lebih besar. Mungkin pihak Triumph akan menggunakan enjin yang ada pada Thruxton dan Bobber.
Untuk makluman, Speedmaster bukanlah nama baharu. Produk berkenaan berada dalam rangkaian Triumph sejak 2002. Speedmaster yang asal dijana oleh enjin 790cc yang kemudiannya ditingkatkan menjadi 865cc pada 2005.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Saat yang dinantikan sudah semakin tiba! ‘RODA PANAS’ musim kedua yang dibawakan secara eksklusif ke kaca TV anda oleh Nu Ideaktiv bakal ke udara pada Ahad ini, 16 Januari 2022 pada jam 6 petang di saluran Astro RIA dan juga platform penstiman Astro GO.
Sambutan yang cukup menggalakkan diterima oleh ‘RODA PANAS’ pada musim pertama tahun lalu menyaksikan momentum deras diteruskan untuk musim terbaru yang menjanjikan kemunculan kereta, motosikal dan pelbagai kenderaan beroda lebih mantap. Musim terbaru yang bakal tiba ini juga menyaksikan kemunculan hos baharu.
Jika musim lalu menyaksikan Remy Ishak sebagai hos, kini pelakon yang juga seorang usahawan berpengaruh, personaliti selebriti dunia automotif dan juga pengacara serba boleh, Fizo Omar bakal menerajui keseluruhan episod untuk ‘RODA PANAS’ pada musim ini.
Bagi MASKULIN, pemilihan Fizo Omar sebagai hos merupakan calon paling tepat kerana dia juga cukup dikenali sebagai seorang peminat tegar dunia permotoran. Kami sempat menemubual Fizo secara eksklusif di lokasi pergambaran ‘RODA PANAS’ baru-baru ini. Ikuti temu bual tersebut di bawah;
BOLEH KONGSIKAN PERASAAN BILA DIPILIH MENJADI HOS BAHARU ‘RODA PANAS’
Pertama sekali apa yang boleh saya cakap ia umpama impian menjadi realiti. Sebagai seseorang yang ‘gila’ kereta, throttle dan enjin memang sudah lama saya ada pasang impian untuk menjadi pengacara atau hos program permotoran seperti ini. Kalau diikutkan jadual saya memang penuh sangat. Namun sebab minat itu mendalam, saya cuba adjust dan akhirnya dapat juga tunaikan komitmen untuk jadi hos ‘Roda Panas’.
Program seperti ini juga akan banyak memberi saya ilmu dan belajar dengan expert serta pemilik kereta yang menjadi tetamu undangan. Bila lihat content line up itu, saya terus teruja dan tak sabar untuk merealisasikannya.
PERBEZAAN YANG FIZO AKAN TAMPILKAN BERBEZA DENGAN REMY ISHAK PADA TAHUN LALU?
Remy is Remy. Fizo is Fizo. Ya, Remy juga merupakan seorang yang sangat sukakan motorsport terutamanya motosikal. Malah kami pernah juga ride sama-sama dulu. Mungkin perbezaan yang boleh saya bawakan ialah cara penyampaian. Saya seorang ‘kaki motor’ yang lebih santai dan sempoi. Jadi bahasa penyampaian itu mungkin lebih kepada seorang macam abang-abang kaki motor atau kaki auto yang biasa orang lihat.
Nak tahu apa perbezaan saya bawakan janganlah lupa untuk tonton ‘RODA PANAS’ ya!
APAKAH KEISTIMEWAAN ‘RODA PANAS’ BAGI FIZO?
Musim pertama telah mendapat respon yang sangat baik. Ia secara tidak langsung menunjukkan ada ramai penonton yang mahukan kandungan seperti motorsport. Jadi musim kedua ini ‘RODA PANAS’, setiap episod akan ditampilkan dengan lebih teliti, menyeluruh danjuga agresif.
Lihat sahajalah pelbaai kandungan di atas talian tentang motorsport. Memang jumlah tontonannya cukup tinggi. Ia niche market yang ramai orang setia untuk ikuti. Oleh itu saya ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada Ideaktiv dan Astro kerana lahirkan program seperti ini.
Kereta pertama saya adalah Perodua Kancil yang ‘dibikin’ menjadi Daihatsu Mira. Waktu itu ubah suai kereta kancil seperti ini memang sangat popular. Ia merupakan kereta yang mempunyai nilai sentimental tersendiri untuk saya. Masa beli kereta ini, saya masih lagi belajar. Arwah ayah banyak mengajar saya cari duit sendiri dan berdikari.
Demi menampung perbelanjaan dan bayaran ansuran kereta sebanyak RM180 sebulan, saya berniaga nasi lemak. Dari situ saya belajar hargai rezeki yang diperolehi. Sebab itulah kereta itu masih saya simpan dengan rapi di kampung saya, Kelantan.
Ia mempunyai nilai sentimental yang sangat istimewa. Bayangkan pada masa tu saya baru 19 tahun dan sedang belajar bagaimana untuk mencari wang.
BAGAIMANA PULA DENGAN KERETA SEKARANG?
Saya ada beberapa buah kereta yang saya gunakan untuk ikut tujuan berbeza. Saya ada kereta untuk offroad, kereta untuk layan corner dan juga MINI , MINI AGRperfect small car, kereta untuk family sepeti SUV dan MPV untuk acara kerja. Kenderaan lasak 4×4 untuk hardcore atau suatu hari nanti. Untuk motosikal pula saya sekarang lebih suka BMW GS yang bagi saya lebih santai untuk touring.
Ikuti lebih banyak perkongsian menarik dari Fizo Omar bersama MASKULIN dan juga program TV RODA PANAS nanti ya! Jangan lupa temu janji kita pada 16 Januari 2022 jam 6 petang di Astro RIA.
Ingat RODA GEMPAK, INGAT RODA PANAS!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.