Penah terfikir tak kenapa semakin malam semakin kita jadi penat dan mengantuk?Hal ini adalah disebabkan oleh hormon melatonin oleh kelenjar pineal meningkat seiring dengan kegelapan malam. Hormon melatonin ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan yang cerah. Adanya sinar atau cahaya akan menyebabkan penghasilan hormon ini terhenti.

Ramai antara kita yang suka pasang lampu waktu tidur atau tidur dalam keadaan bilik cerah waktu malam. Tapi yang korang tak tahu tidur begini sebenarnya boleh mendedahkan kita kepada risiko penyakit kanser.

Bukan Hanya Kajian Saintifik,Hadis Sahih Turut Saran Matikan Lampu Sebelum Tidur

Rasulullah Berpesan Supaya Matikan Lampu Ketika Tidur

Bertepatan dengan tujuan Allah swt mencipta manusia, fungsi tubuh badan kita semuanya sudah dirangka rapi. Oleh itu adalah bersebab kenapa waktu malam itu gelap dan kenapa manusia dikehendaki tidur pada waktu malam yang hening.

Menurut sumber yang menceritakan tentang sirah Rasulullah saw, dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:

“Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)

Untuk pengetahuan semua, hormon Melatonin akan bantu memberi reaksi positif buat tubuh bagi mempersiapkan tubuh untuk beristirehat. Selain itu, ia juga mempengaruhi tubuh untuk terhindar dari segala penyakit berbahaya -memperkuat daya kekebalan tubuh (sistem imunisasi) seseorang.

IKLAN

Terbukti Tidur Dalam Gelap Lancarkan Penghasilan Melatonin

Joan Roberts, seorang pengamal biologi telah menjalankan satu kajian terhadap haiwan. Haiwan uji kaji tersebut dibiarkan tidur dalam keadaan lampu menyala pada waktu malam dan kadar hormon melantoninnya dicatat. Ternyata, hasil kajian mendapati, daya kekebalan haiwan tersebut jatuh berbanding apabila ia tidur dalam keadaan gelap pada waktu malam. Ini seraya membuktikan, cahaya yang dinyalakan ketika sedang tidur dapat membunuh dan menghentikan penghasilan hormon melantonin kerana ia hanyay mampu terhasil apabila tubuh berada dalam keadaan gelap.

Bukan Hanya Kajian Saintifik,Hadis Sahih Turut Saran Matikan Lampu Sebelum Tidur

Jadi sebelum kamu membuat keputusan untuk tidur dalam keadaan lampu menyala atau terpasang, ingatlah bahawasanya:

IKLAN

1. Hormon melatonin boleh bekerja dengan baik dalam keadaan gelap untuk mengawal kesihatan dan mencegah penyakit kronik seperti kanser.
2. Keadaan gelap memberi lebih peluang kepada kita untuk tidur nyenyak dan tenang.
3. Sel-sel tubuh kita yang rosak lebih cepat dibaiki oleh tubuh dalam keadaan gelap.

Apa pun kita perlu kita akur Tuhan itu mencipta malam dalam keadaan yang gelap ada tujuannya. Ini mungkin salah satu daripadanya.

IKLAN

Semoga artikel ini memberi manfaat dan selamat mencuba!

Sumber : Womansday, detiksihat.com

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI