Walaupun bekerja di pejabat dan setiap hari memakai kemeja dan slack, jangan hadkan hanya satu jenis seluar ini sahaja dalam koleksi anda.
Begitu juga bagi yang bekerja bebas dengan berpakaian. Usah hanya menyarung seluar jeans lusuh sahaja brader!
Ini kerana terdapat banyak jenis seluar dan cara bergaya yang boleh anda aplikasikan untuk tampil segak, segar, menarik perhatian dan paling penting memberi keselesaan kepada anda sepanjang hari.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis seluar yang WAJIB ada dalam koleksi anda sebagai seorang lelaki kacak dan handsome!
Seluar yang sering dianggap basic dan mudah digayakan dengan apa jua jenis baju. Untuk chinos, pemilihan warna adalah sangat penting. Yang lebih gelap sesuai untuk ke majlis lebih formal, manakala untuk majlis santai pula sesuai menggunakan warna yang lebih cerah seperti kelabu atau coklat.
2. CORDUROY
Material yang sangat popular terutamanya ketika era 70-an hingga 90-an. Menggayakan corduroy sebenarnya tidak mudah. Ini kerana fabrik agak unik dan mudah untuk dikenali. Namun, ia sesuai dipakai dengan t-shirt berwarna gelap atau sweatshirt longgar.
3. DRAWSTRING TROUSER
Ads
Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, populariti drawstring trouser telah kembali. Selain selesa dipakai, ia juga mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian. Malah, ia juga senang digayakan dengan sneakers.
4. SLIM FIT
Ia sedikit berbeza dengan skinny jean kerana seluar jenis ini diperbuat daripada bahan yang berlainan. Namun secara teknikalnya, ia memberikan gaya yang lebih kurang sama. Cuma, seluar ini boleh anda tampilkan lebih formal dan sesuai digayakan dengan kot juga kemeja.
5. RELAX LEG
Ads
Bagi anda yang tidak sesuai atau tidak gemar menggayakan seluar cutting skinny atau slim, ini adalah pilihan tepat. Potongannya lebih longgar dan memberikan keselesaan kepada pemakai. Namun, seluar jenis ini lebih sesuai digayakan dengan potongan kaki yang lebih singkat.
6. JOGGER
Peminat streetwear khususnya pasti meminati seluar jenis ini. Ia bukan sahaja memberikan keselasaan, malah menepati gaya yang mereka cari. Gayakan sahaja dengan sneakers putih, anda pasti tampil bergaya.
7. CARGO
Suatu ketika dahulu, seluar cargo dikaitkan dengan lelaki yang tidak pandai berfesyen. Namun zaman sudah berubah, kini ia dianggap antara seluar yang memberikan dinamik berbeza buat penampilan seorang lelaki. Jika ingin menggayakannya, elakkan memakai cargo yang mempunyai poket sisi terlalu besar supaya penampilan anda tidak nampak lebar.
Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kasut bola keranjang kini menjadi sebahagian daripada material trendy bagi penggemar sukan dan fesyen. Antara jenama yang sentiasa menampilkan rekaan-rekaan dengan teknologi hebat ialah Under Armour.
Menerusi kolaborasi bersama pemain bola keranjang terkenal iaitu Stephen Curry, Under Armour menyerlahkan rekaan hebat menerusi koleksi ‘Curry’. Ia kini sudah memasuki edisi ketujuh dengan Curry 7.
Terbaru, Under Armour memperkenalkan Curry 7 Chinese New Year. Ia merupakan koleksi istimewa penghargaan mereka sempena kemunculan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
Dari segi rekaan luaran ia sama seperti model Curry 7 yang lain. Apa yang membezakannya ialah inspirasi kemasa lukisan serta warna pilihan. Koleksi ini menyerlahkan pengaruh daripada lukisan tradisional Cina dikenali sebagai guóhuà.
Colourway terbaru Curry 7 kali ini menampilkan kombinasi tona warna kelabu dan juga gabungan elemen peony blooms.
Ia juga memberi penghormatan kepada populariti sukan bola keranjang yang berkembang dengan sangat pesat di China.
Selain itu Curry 7 dilengkapi dengan teknologi UA HOVR dan Micro G Cushioning yang bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi meningkatkan kualiti permainan di atas gelanggang. Koleksi edisi istimewa ini boleh didapati di semua outlet Under Armour bermula pada 20 Januari 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apakah pengertian definisi lelaki sebenar? Bukan hanya semata-mata berbadan sado ataupun mempunyai gaya fesyen yang menarik, malah keseluruhan personaliti kamu juga diambil kira untuk dilabel sebagai lelak sebenar. Hari ini, kaum lelaki banyak terdedah kepada peredaran trend fesyen semasa yang memberi banyak panduan kepada mereka untuk tampil lebih bergaya dan segak. Tetapi, kamu harus ingat, sebagai seorang lelaki sebenar, beg adalah aksesori wajib dan terbaik yang kamu harus ada kerana beg mampu menaikkan aura maskulin kamu supaya lebih teserlah. Nah! Sekarang ini, bagaimana pula dengan barang-barang yang harus ada dalam beg kamu untuk menjadi seorang lelaki hari ini? Jom kita tengok!
BUSINESS CARD CASE
Jika kamu seorang ahli perniagaan, business card adalah benda penting yang wajib ada bersama kamu, setiap masa. Selain untuk mengembangkan tahap sosial kamu, ia juga membantu kamu merebut peluang keemasan yang datang secara tak diduga, menjadikan kamu seorang yang lebih bersedia dan profesional. Business card case ini memastikan bahawa kad kamu sentiasa dalam kualiti yang baik, dan tanpa ragu, kamu bisa memberi pada pihak yang berkenaan.
PORTABLE CHARGER
Dunia hari ini, semuanya bermain dengan kuasa teknologi. Manakan tidak, hendak mencari sesebuah lokasi pun masih memerlukan internet. Jadi, portable charger ini membantu kamu untuk melancarkan jadual harian kamu dengan meastikan tefon bimbit kamu sentiasa ada bateri penuh. Supaya menjadi lebih efektif. Malah, proses kerja kamu lebih mudah.
BUKU NOTA
Walaupun kelihatan sedikit old school, namun dengan membawa buku nota menjadikan kamu seorang yang sofistikasi dan fokus dalam karier kamu. Buku nota bukan sahaja mudah dibawa, malah ia menyenangkan kamu sekiranya ada informasi yang harus kamu catat dengan tiba-tiba dengan pantas. Ia juga tidak mudah hilang. Senang bukan?
PHONE CASE
Kadang-kadang apabila kita berada dalam situasi yang tidak menentu, kelam-kabut dan sebagainya, pasti ada perkara di luar jangkaan yang berlaku. Contohnya, telefon bimbit kamu terjatuh. Selalu kan? Jadi, untuk mengelak dari berlakunya perkara ini terjadi, apa kata kamu bawa phone case di dalam beg kamu. Just in case, siapa tahu?
MINI UMBRELLA
Terperangkap dalam hujan lebat, bersama wanita yang kamu idamkan adalah saat romantis dan bonus bagi kamu! Bukankah kamu akan tampak lebih gentleman dengan membawa payung bersama? Dulu mungkin ada orang bilang “hey tak lelaki lah tak kena hujan!” Tidak! Bukan hari ini! Daripada kamu demam dan selsema terkena hujan, lebih baik kamu mencari jalan untuk mencegahnya. Membawa payung seolah-olah kamu membawa duit lebih untuk membayar kereta kamu yang tiba-tiba rosak di tepi jalan.
PORTFOLIO
Jika kamu menceburi bidang kreatif, portfolio ini wajib ada bersama kamu. Successful men keep it clean. Kamu harus sentiasa memastikan barangan kamu terurus dengan rapi. Susun dengan tertib. Portfolio ini sangat memudahkan kamu apabila kamu bisa memasukkan telefon bimbit, tablet, kad kredit dan notepad.
POCKET COMB
Rambut. Ada apa dengan rambut? Ramai orang tahu rambut ini seumpama mahkota kita. Terutamanya lelaki, gaya rambut yang tepat mampu mengubah keseluruhan penampilan kamu kepada gaya yang stailo. Salah satu kunci untuk kamu sentiasa nampak kemas adalah dengan membawa pocket comb. Mudah dan senang digunakan. Jadi, kamu boleh sentiasa bersedia untuk memikat mana-mana gadis di depan kamu!
WALLET
Ini adalah kunci kepada pelengkap gaya kamu. Well, memanglah jika kamu tidak membawa wallet, bagaimana pula ingin membayar segala perbelanjaan harian kamu, kan? Tetapi pemilihan jenis wallet itu harus tepat supaya kena dengan gaya kamu. Untuk menghasilkan gaya yang menarik, why not kamu try jenis leather yang didatangi dengan pelbagai warna. Sudah tentu, hitam dan coklat adalah pilihan utama untuk kamu jadi lebih cool dan steady.
Nak tengok wallet dan beg lelaki branded yang smart? Klik sini dan gunakan kod promo 38WOMENDAY:
PEN
Jika kamu membawa buku nota, kamu juga harus membawa sebatang pen. Tidak lengkaplah gaya lelaki sofistikasi kamu jika tidak membawa pen. Namun, jika kamu bijak, pilihlah jenis pen yang betul-betul menunjukkan kematangan kamu sebagai seorang lelaki. Biar orang sekeliling memberi fokus kepada kamu apabila kamu mengeluarkan pen kamu. Sebatang pen itu melambangkan keseluruhan personaliti kamu, dan juga citarasa kamu juga.
LIP BALM
Ramai di antara lelaki di luar sana yang tidak memberi penekanan terhadap bibir kering. Tahukah kamu, apabila bibir kamu kering, ia bermakna kulit kamu kering. Tubuh badan kamu tidak cukup dengan air. Apabila kamu membiarkan bibir kamu kering, seolah-olah kamu memberitahu orang lain tentang hidrasi kulit kamu. Jadi, tidak salah jika kamu melabur duit kamu dengan membeli lip balm. Usah khuatir. Lip balm tidak menampakkan kamu seperti perempuan. Begitu banyak pilihan lip balm yang ada di kedai, yang berwarna mengikut darah dan yang tiada warna juga tersedia untuk anda. Pilihlah dengan bijak mengikut kesesuaian kamu!
TISU BASAH
Nah! Lelaki paling tidak suka untuk melabur duit semata-mata untuk membeli tisu basah. Hey! Jika kamu seorang yag kulit berminyak, tisu basah (non-chemical/ non-alcohol) sangat membantu kamu untuk tampak segar dan bersih. Tidak perlu membasuh muka kamu yang barangkali boleh membasahkan baju serta seluar kamu, guna sahaja tisu basah yang sesuai dengan kulit muka untuk menghilangkan minyak di muka!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apakah perkara yang menjadi faktor utama anda ketika memilih seluar dalam? Sesetengah lelaki amat mementingkan aspek keselesaan, ada juga yang menjadikan faktor fesyen dan praktikaliti sebagai kayu pengukur.
Apa pun sebab anda memilih sesuatu stail, terselit juga sedikit refleksi personaliti anda.
Jadi, anda tergolong dalam kategori yang mana satu?
Seluar dalam dan personaliti lelaki
1. BRIEFS
Seluar dalam jenis kecil yang agak ketat, mempunyai potongan yang boyish dan biasanya dipakai semasa zaman kanak-kanak.
Anda mungkin : seorang yang praktikal, namun belum bersedia untuk menjadi dewasa. Pendek kata, anda seorang yang tidak berapa matang.
2. BOXER
SELUAR DALAM JENIS BOXER MEMPUNYAI VARIASI WARNA DAN CORAK, SELAIN MENJADI PILIHAN LELAKI KERANA POTONGAN YANG LONGGAR DAN SELESA.
Anda mungkin: seorang yang relaks dan easy-going, lelaki yang tradisional dan tidak ambil pusing sangat dengan trend fesyen terkini.
3. BOXER BRIEFS
Seluar dalam petak seperti boxer, namun dengan struktur seakan briefs sesuai untuk jejaka yang menggayakan seluar slim fit atau ketika workout di gym.
Anda mungkin: seorang yang fleksibel, seksi dan yakin diri. Anda mementingkan aspek kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan, tetapi tidak mengabaikan keterampilan di khalayak.
4. THONGS/BIKINI BRIEFS
Jenis seluar dalam lelaki dengan potongan yang ‘seksi’.
Anda mungkin: seorang lelaki metroseksual yang amat mengambil berat akan penampilan diri, bersifatoutgoing dan mungkin juga gemarkan perhatian.
5. GOING COMMANDO
Tidak memakai seluar dalam.
Anda mungkin: seorang individu yang mempunyai paradigma yang liberal, tidak suka dikongkong dan memperjuangkan prinsip kebebasan. Mungkin juga anda cuma kehabisan stok seluar dalam kerana tidak dibasuh!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.