Pada zaman kini perkahwinan pada usia muda bukan lagi satu senario pelik. Pada usia ‘setahun jagung’, sudah memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Ternyata ia tanggungjawab yang mencabar. Silap percaturan, perkahwinan dilanda musibah dan anak-anak menjadi mangsa.
Enakmen Majlis Agama Islam di Malaysia jelas menunjukkan lelaki boleh berkahwin bila berumur 18 tahun ke atas, manakala perempuan pula pada 16 tahun ke atas. Namun isu kahwin muda ini dilihat semakin membimbangkan. Ini akibat pelbagai bahana buruk yang timbul di perairan komuniti bila ia melibatkan pengabaian hak anak-anak, niat menggugurkan sehinggalah kepada penceraian. Mengalas peranan sebagai seorang bapa muda, adakah anda sudah bersedia segala tanggungjawab?
1-TANGGUNGJAWAB EKONOMI
Bergelar seorang bapa tidak mudah. Sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga, menyediakan keperluan asas adalah tanggungjawab utama. Fenomena ‘bapa muda’ kebiasaannya melibatkan mereka yang masih lagi melanjutkan pelajaran mahupun baru bertatih di dalam bidang pekerjaan.
Ya, ia sedikit sebanyak memberikan cabaran bagi seorang bapa untuk memenuhi keutamaan ini. Bahkan bila sudah ada anak, seorang bapa harus bersedia dari segi fizikal dan mental untuk memenuhi kehendak dan keperluan isteri serta anak-anak. Pengabaian hak boleh meruntuhkan sesebuah institusi.
Antara tanggungjawab ekonomi yang perlu dilunaskan oleh mana-mana bapa muda ialah keperluan asas termasuk rumah, makan minum, pakaian dan lain-lain, pendidikan serta kehendak asas mengikut kemampuan dan daya ekonomi.
Sesudah berkahwin, anda bukan lagi hidup berseorangan. Segalanya berkongsi malah anda juga harus bersedia untuk berkongsi dengan orang-orang di sekeliling. Kurangnya didikan serta pengaruh sosial boleh memberi kesan jangka panjang dalam mana-mana institusi rumah tangga.
Contoh, sekiannya anda berpindah ke mana-mana kawasan kejiranan, menjadi tanggungjawab dan keprihatinan anda untuk bersosial dan bergaul dalam merapatkan ukhuwah. Pada masa yang sama bergaul dalam mana-mana komuniti dapat mendidik anda untuk menjadi lebih tanggungjawab kepada keluarga.
Ads
3-TANGGUNGJAWAB EMOSI
Ya, menggalas peranan sebagai bapa pada usia muda ternyata mencabar. Bukan sahaja emosi diri sendiri perlu dijaga, malah harus bijak mengawal serta memberikan perhatian kepada perasaan ahli keluarga yang lain. Mengabaikan emosi dan perasaan mereka boleh menghasilkan atmosfera kurang ceria lalu memberi kesan pada kelangsungan perhubungan.
Berdasarkan kajian HealthyTeenNetwork.com, antara punca emosi mudah melemahkan satu-satu sistem rumah tangga disebabkan tidak arif dalam mengawal emosi ketika berlakunya perselisihan faham, tidak mengendahkan perasaan ahli keluarga, isteri dan anak-anak serta menganggap emosi mainan perasaan semata-mata dan tidak bertindak atau bertindak lambat untuk menyelesaikan sebarang isu.
4-TANGGUNGJAWAB KEROHANIAN
Ads
Didikan agama juga ternyata tanggungjawab paling penting. Didikan agama berupaya untuk memandu mana-mana institusi kekeluargaan terutama bagi mereka yang masih muda ke arah kehidupan lebih baik.
Berdasarkan kajian fakta daripada Dato’ Dr. Hj. Mhd Fadzilah Kamsah, sebanyak 65% pasangan muda bercerai disebabkan asas pendidikan agama yang longgar seperti tidak bersolat, tiada pegangan agama yang betul dan kurang pengetahuan dalam membentuk keluarga berasaskan ajaran Islam.
Kadang-kadang mungkin kita agak pelik kenapa SUAMI ORANG juga wanita bujang terkejar-kejar. Seronok sangat ke ganggu rumah tangga orang lain?
Lelaki yang dah berkahwin, amat jauh bezanya dengan lelaki yang belum kahwin. Memetik laporan Kosmo!, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan golongan ini cenderung memilih suami orang berbanding lelaki bujang.
1. Lebih stabil
Antara alasan wanita bujang yang terjebak dengan hubungan sulit ini kerana suami orang itu dianggap lebih memahami, matang dan stabil serta kukuh serba-serbi. Ibaratnya kalau berkahwin kelak, soal nafkah tak perlu risau kerana si lelaki lebih dari mampu.
Jadi, boleh dilihat di sini bahawa sesetengah wanita lebih cenderung memilih pasangan sudah stabil walaupun berstatus suami orang berbanding lelaki bujang yang masih ‘merangkak’ mencari wang dengan membanting tulang melakukan dua kerja pada satu satu masa.
2. Baik dan setia
Selain itu, kajian saintifik dari Universiti St. Andrews (2018) pernah membuktikan mengapa seseorang wanita itu tertarik dengan lelaki orang.
Perbuatan tersebut digelar sebagai mate-choice copying iaitu bentuk peniruan terhadap pelakuan yang dilakukan oleh haiwan apabila spesies betina suka memburu jantan yang sudah berpasangan.
Kajian tersebut juga menunjukkan berlakunya mate-choice copying pada manusia, apabila kebanyakan wanita tertarik kepada lelaki yang sudah berpasangan atas alasan mereka boleh menjadi pasangan baik dan setia.
Seperti disebutkan di atas, faktor terjadinya perilaku itu adalah kerana wanita mahukan pasangan yang kukuh dari semua segi, tidak kiralah bab kewangan, karier, kesetiaan dan juga elemen tambahan, sisi romantis.
Sementara itu, IDN Times melaporkan suami orang terlihat jauh lebih menarik daripada lelaki bujang disebabkan beberapa faktor seperti berikut:
3. Pandai berkomunikasi yang berkesan
Pengalaman lelaki yang sudah tinggal sebumbung selepas bernikah, menjadikan golongan alpha ini begitu mahir dengan selok-belok wanita.
Pengetahuan ini menjadikan cara suami orang berkomunikasi lebih berkesan berbanding lelaki bujang, yang umumnya tidak mengetahui lebih lanjut tentang perangai atau tabiat wanita.
Jadinya, bila suami orang bercakap akan nampak lain, lebih sensitif dan boleh membuatkan wanita bujang turut rasa difahami.
4. Sikap suami orang lebih dewasa
Sangat memenatkan untuk bercinta dengan seseorang yang emosinya tidak matang. Hal ini juga menyebabkan suami orang kelihatan lebih menarik, yang secara umumnya mereka lebih matang daripada lelaki bujang.
Tanggungjawab terhadap keluarga, pelbagai masalah rumah tangga yang dihadapi, telah membentuk suami orang untuk bertindak bijak. Kualiti inilah yang dicari ramai wanita dalam pasangan idaman mereka.
MASKULIN : Seseorang yang dah kahwin, biasanya ada sifat sabar yang tinggi. Sifat matang yang kental dan pandai memberi pandangan serta nasihat yang amat lain. Which is, tak ada kat lelaki muda-muda. Sebab itu ramai wanita terpikat.
Dari dahulu sehingga sekarang, lelaki yang mempunyai perwatakan ceria dan lucu mudah mendapat perhatian kaum wanita. Kenapa? Ikuti penerangan tentang lelaki berperwatakan lucu oleh pakar motivasi, Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohamad di bawah.
Lelaki kelakar – Lelaki yang sentiasa menjadikan setiap percakapan atau perbuatannya menjadi lawak/ kadang-kadang menjadikan ia sebagai kerjaya.
Lelaki ‘Sense of humour’ – Tidak sering berlawak tetapi setiap tindakannya menggembirakan dan menyenangkan hati orang di sekeliling.
Jadi mana satu pilihan anda? Senang cerita beginilah, kaum wanita gemar mengejar lelaki yang mempunyai sense of humour (SOH) berbanding lelaki kelakar. Ini kerana, kebanyakan lelaki kelakar agak merimaskan hidup mereka. Tidak serius dengan percakapan dan perbuatan mereka tidak meyakinkan. Jika ada masalah dan anda asyik berlawak tidak kira masa dan tempat, pasangan akan menganggap anda tidak bermakna kerana tidak membantu mereka dalam apa sahaja situasi.
Berbanding lelaki SOH, mereka lebih relaks apabila bercakap dan memberi impak lucu kepada yang mendengar serta mendamaikan jiwa. Di dalam sesuatu hubungan, lelaki sebegini merupakan satu kebaikan kepada hidup anda. Mereka mudah membahagiakan pasangannya. Jika berselisihan faham atau bergaduh, lelaki ini bijak memujuk dengan cara tersendiri dan tidak membiarkan masalah melanda tergantung begitu sahaja.
Gentlemen – mudah menerima kenyataan dan mendahulukan perkara yang sepatutnya. Tidak terlalu serius dengan kehidupannya dan tidak juga lepas tangan dengan perbuatannya. Mendengar dan bertindak dengan sewajarnya.
Cepat tenang – tidak stres dalam hidup dan kehidupan mereka sihat kerana menerima positif dan negatif dengan terbuka.
Positif – bukan hanya berlawak kosong tetapi diselitkan dengan pengajaran sekali. Selalunya pasangan akan merasa jiwanya terisi dengan kehadiran lelaki sebegini.
Dengan info di atas, maka anda sudah mengetahui satu lagi rahsia dari seorang lelaki. Dunia lelaki cukup mudah tetapi agak sukar untuk difahami oleh wanita. Jika anda wanita mempunyai pasangan kelakar, syukur kerana hidup anda dilimpahi dengan keriangan tetapi mungkin anda dapat membantunya menjadi lebih bijak dengan memberi nasihat di atas. Jika anda memiliki pasangan lelaki SOH, ternyata anda cukup bertuah!.
Memiliki keazaman tinggi untuk menguruskan badan yang sebelum ini mencecah 120 kilogram, mengubah segalanya. Minat dan kesungguhan untuk bersenam di gim kini menjadi satu kebiasaan. Motivasinya sekarang adalah meningkatkan prestasi kesihatan, kecergasan dan kekuatan tubuh badan.
Bagi Fattah, melihat kesan perubahan bentuk badannya sekarang adalah satu kejayaan yang sangat memuaskan. Namun sebagai seorang yang masih mengekalkan rutin senaman hampir setiap hari, banyak perkara lagi yang peru diperbetulkan terutama di bahagian kekuatan dan simetri tubuhnya.
Bukan hanya sekadar ingin menurunkan berat badan, matlamatnya kini adalah untuk membimbing dan mendidik masyarakat di Malaysia tentang kepentingan menjaga kesihatan. Sudah tentunya dari segi pemakanan dan cara bersenam yang betul, terutama bagi mereka yang mengalami kesukaran ketika bersenam seperti sakit “lower back” atau perempuan mengandung.
Sebagai persediaan untuk itu, pemuda berjiwa kental ini telah mengambil sijil jurulatih kecergasan yang dikeluarkan oleh American Council on Excercise (ACE). Seterusnya sijil-sijil lain yang boleh melayakkannya bergelar jurulatih kecergasan.
Fattah akui, cabaran paling utama yang terpaksa dilalui sepanjang proses menurunkan berat badan adalah untuk mengawal nafsu makan. Oleh kerana dia juga terlibat dengan menyertai pertandingan bina badan, soal makan tidak pernah diabaikan. Kebanyakan makanan yang dimakannya setiap hari dimasak sendiri untuk mengawal jumlah setiap nutrien.
“Jika kita mempunyai keazaman tinggi untuk capai sesuatu, usaha dan tanpa putus asa adalah kunci paling utama. Saya mahu orang yang memiliki berat badan berlebihan mengetahui kisah dan melihat saya sebagai cabaran. Jika saya boleh, anda juga boleh”, ujar Fattah.
PROFIL
Nama penuh: Muhammad Abdul Fattah bin Suffi
Asal: Kajang, Selangor Darul Ehsan
Pekerjaan: ACE certified Personal Trainer
Tinggi: 177cm
Berat: 90kg
Motto: Nothing Beats Solid Foods
Idola kecergasan: Mike O’Hearn
TIPS CERGAS
1- Makan makanan yang sihat dan sentiasa pastikan badan terhidrat
2- Elakkan pengambilan gula dan minyak yang berlebihan
3- Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
4- Jangan tinggalkan senaman kardio
5- Senaman kaki adalah WAJIB
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.