Sebelum ini, nama Wak Doyok menjadi perhatian pengguna media sosial selepas selepas teruk dikecam netizen insiden dari beberapa isu. Pernah digelar sebagai ikon fesyen tanah air, nama Wak Doyok memang tak asing lagi di Malaysia ini malah fesyen beliau yang kemas dan segak menjadi ikutan anak muda masa kini.

Ramai tahu Wak Doyok dulu cuma berasal dari seorang budak kampung yang tiada apa-apa. Fesyen yang digayakan membuatkan dirinya terkenal dan membuka pintu rezeki. Terbaru, berkat usaha gigih Wak Doyok selama ini, beliau berkongsi foto rumah banglo miliknya yang dibina untuk kedua ibu bapa dan impiannya untuk membawa ibunya ke tanah suci Mekah tahun ini.Namun dalam captionnya juga Wak berkata beliau sanggup lakukan apa sahaja demi membahagiakan orang tuanya.

Terbaik Wak!

Bukan Nak Menunjuk Matlamat Wak Doyok Hanya Untuk Membahagiakan Ibunya, Terbaik La Wak!

IKLAN

“Alhamdulilah saya bersyukur yang teramat sangat kepada Allah hari ni saya dapat senyumkan,ketawakan,gembirakan ibu saya yang selama ini menjaga saya membesarkan saya menberi pendidikan akhlak yang baik untuk menjadikan saya insan yang berbakti kepada kedua ibu bapa saya. Tiada yang berharga dalam hidup saya ia adalah untuk membahagiakan ibu dan bapa membalas jasa meraka. Saya bekerja siang dan malam mencari rezeki selama beberapa tahun saya usahakan dengan mengunakan nama saya iaitu Wak Doyok walaupon dicaci dihina dimaki disosial media.

Matlamat saya adalah untuk keluarga saya selagi ibu saya masih ada selagi itulah saya terus menjaga dia. Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah hadiah saya sebuah rumah banglo saya buat khas untuk ibu saya yang berusia 76 tahun saya berilah sedikit keselesaan untuk nya menikmati sisa-sisa hidupnya di rumah baru ini. Tuan-tuan mesti tahu yang saya dulu adalah orang yang sangat susah sekali rumah buruk retak seribu anai-anai berkampung disitu. Betapa peritnya saya laluai liku-liku hidup untuk berada di tahap sekarang ini.

Saya berjaya bukan saya menipu orang atau menjatuhkan orang lain. Saya berjaya atas berkat doa kedua ibu bapa saya selama ini tak putus-putus berdoa agar anak nya berjaya. Bukan untuk kaya raya tetapi sekadar hidup selase di samping ibu dan bapa tercinta. Insyallah tahun ini saya bersyukur yang teramat sangat saya dapat usahakan ibu saya pergi ke baitullah hiharam insyallah kalau tak ada apa-apa halangan sampai lah dia bertemu sebagai tetamu Allah. Akhir kata apa yang saya kerjakan selama ini adalah untuk ibu saya bukan kerana kekasih hati teman wanite saya. Itu semua boleh dicari tak hari ni tak lusa. Tatapi ibulah hanya satu dalam sejuta. Sayang gi lah ibu kita kerana dia adalah kunci segala rezeki dalam dunia ini. Dialah amanah Allah untuk kita menjaga sehingga hembusan nafaz terakhir. “

Perkongsian Wak Doyok ini menerima banyak pujian dari pengikutnya di Instagram. Iyalah bukan senang nak nak jumpa anak macam Wak ni sekarang kan.

Bukan Nak Menunjuk Matlamat Wak Doyok Hanya Untuk Membahagiakan Ibunya, Terbaik La Wak!

IKLAN

Bukan Nak Menunjuk Matlamat Wak Doyok Hanya Untuk Membahagiakan Ibunya, Terbaik La Wak!

IKLAN

Bukan Nak Menunjuk Matlamat Wak Doyok Hanya Untuk Membahagiakan Ibunya, Terbaik La Wak!

Moga kejayaan Wok Doyok ini boleh jadi sumber inspirasi untuk semua. Buat lah kerja apa pun yang penting jangan lupakan ibu bapa.

Sumber : Instagram Wak Doyok

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI