
Masih ingat ketika Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ketiga Belas, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah ada susuk tubuh kecil yang turut serta dalam istiadat pertabalan iaitu Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.
Ketika itu baginda masih lagi kecil, dan kini baginda dikenali sebagai kerabat diraja yang sangat meminati sukan ragbi hingga turut bermain dalam liga ragbi profesional iaitu Piala Agong pada tahun 2017.
BACA: Bukan Hanya Sukan Polo, Ini 5 Sukan Lain Yang Diminati Oleh Keluarga Diraja British
Berikut adalah beberapa koleksi gambar yang berjaya dirakamkan oleh Agensi Foto Sukan Ragbi, Tiger Super Sports yang mana ketika itu baginda sedang dalam perlawanan menentang pasukan ragbi negeri Kedah.
Pada perlawanan tersebut, Pasukan Ragbi Terengganu berjaya menewaskan Kedah dengan catatan mata sebanyak 29-14 yang mana perlawanan itu berlangsung dalam keadaan yang sangat sengit.
Sepertimana ayahanda baginda, Tengku Muhammad Ismail juga merupakan seorang penunggang kuda.
Kredit: Tiger Super Sports
Instagram: Tengkumuhammadismail
Berhabis Duit Demi Pasangan, Hati-Hati Anda Mungkin Terjebak Hubungan ‘Toxic Financialship’!

Demi cinta dan kasih sayang sanggup diberikan segalanya. Namakan apa sahaja kemahuannya pasti akan dituruti. Hingga ada yang sanggup hidup hutang keliling pinggang demi memuaskan kemahuan pasangan.
Cuba fikir dan tanya diri sendiri adakah kita sedang dipergunakan pasangan atau anda sendiri menggunakan pasangan. Bagi pasangan yang sudah berkahsin kita faham tugas sebagai seorang lelaki untuk memberikan nafkah yang mencukupi.
Tapi dalam masa yang sama jangan pula ia melebihi batas. Takkan anda mahu hidup dalam hutang tidak tertanggung demi memenuhi permintaan yang tidak kena dengan pendapatan sendiri.
Tahukah anda sebenarnya ramai lelaki mahupun wanita yang tidak sedar mereka sedang dipergunakan oleh pasangan. MASKULIN tertarik dengan perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad, seorang penulis buku kewangan cukup berpengaruh tentang isu ‘toxic financialship’.
APA ITU TOXIC FINALCIALSHIP?

Toxic financialship merupakan fenomena di mana ia berlaku di kalangan mereka yang sedang hangat atau angau bercinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk pasangannya dari segi kewangan.
Mereka yang dalam hubungan ini sanggup melakukan apa sahaja dari segi kewangan untuk memuaskan hati pasangannya walaupun ia memudaratkan. Berikut beberapa petanda bagaimana nak kenali sama ada seseorang itu dalam toxic financialship.
SELALU BERHUTANG ATAU BAYARKAN HUTANG
Dalam sebulan memang tak sah kalau si dia tak meminjam wang anda. Ayat seperti ‘nanti I ganti la’ itu satu perkara normal yang muncul setiap bulan. Lebih parah lagi duit yang dia berhutang itu digunakan untuk berjoli sakan dan tidak pernah diganti pun.
Bila ditanya akan dijawab dengan pelbagai alasan malah mencipta simpati. Dan lebih teruk lagi bila hutangnya dengan orang lain juga disuruh anda tolong langsaikan.
BOROS & BERBELANJA GUNA DUIT ANDA
Tanyalah mana-mana lelaki ketika berada di alam percintaan memang sukar untuk menolak permintaan buah hati. Kadang-kadang terpaksa ikat perut demi membahagiakan pemintaannya. Namun tahukah anda bila sudah tahap terpaksa berlapar itu bermakna anda sedang dipergunakan.
Bukan itu sahaja anda sahaja yang terpaksa mengikat perut tapi gaya kehidupan si dia macam orang senang pula dan selalu boros berbelanja wang anda. Jadi tidak salah untuk anda menolak permintaannya jika ia melebihi kemampuan anda.

DIPERGUNAKAN BERTERUSAN
Toxic financialship juga tidak semestinya bermakna anda berbelanja besar untuk si dia. Ia juga boleh melibatkan perbelanjaan kecil tapi dalam kuantiti yang banyak dan tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh setiap hari anda terpaksa gunakan wang sendiri untuk beli tambah nilai telefon, belikan makanan, isi minyak, belikan buku dan bermacam lagi perbelanjaan yang dikira kecil.
Kesemua permintaannya itu tidak pula pernah dibayar semula. Jika sekali dua itu tidak mengapa tapi kalau itu sudah jadi satu rutin normal itu bermakna anda berada dalam masalag.
Menarik: Lupa Password Log In FB? Ini Cara Paling Mudah Untuk Dapatkannya Semula
TANGGUNG SEPERTI SUAMI
Seperti MASKULIN katakan tadi jika seorang suami itu memanglah wajib untuk dia menunaikan tanggungjawab memberi nafkah. Jadi sebab itu jika belum berkahwin jangan anda amalkan belikan semua barang keperluan untuk pasangan sebagai tanda kasih sayang.
Sudah ramai lelaki yang terkena dengan ‘jaga jodoh orang’ sebenarnya. Di mana kekasih yang ditatang bagai minyak yang penuh itu akhirnya kahwin dengan orang lain.
Ingat, sayang itu bukan kebendaan yang diberikaan segala tetapi biarlah berpada-pada. Paling penting anda harus ada kesedaran dan tanya diri sendiri sama ada anda dipergunakan atau tidak.
JANGAN PULA KEDEKUT
Berwaspada dalam berbelanja kepada kekasih hati bukanlah bermaksud anda perlu menjadi kedekut seperti Haji Bakhil pula. Tidak salah berbelanja kepada seseorang yang anda ingin jadikan isteri di masa akan datang. Cuma janganlah pula anda dijadikan mangsa ‘scam cinta’ hingga sanggup habis ribuan ringgit demi memuaskan hatinya.
Buat pembaca MASKULIN yang masih bujang atau sudah berkahwin sekalipun semoga perkongsian ini memberikan kesedaran dan manfaat untuk anda. Bahagiakanlah si dia dengan sepenuh hati namun janganlah sampai hati anda pula sengsara.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Wanita Lebih Suka Lelaki Ada Sifat Humor Tersendiri Bukannya Kelakar Tak Bertempat, Ada Bezanya!

Pernahkah anda tertanya mengapa wanita suka lelaki boleh buat mereka ketawa? Sejarah membuktikan lelaki yang mempunyai perwatakan ceria dan lucu mudah mendapat perhatian kaum wanita.
Mereka yang ada sense of humor ini juga mudah mendapat kepercayaan kaum berlainan jantina.
Apakah yang boleh kita definisikan sebagai seorang lelaki yang lucu dan kelakar? Dan apa pula bezanya dengan lelaki yang ada sense of humor?
Lelaki kelakar – Lelaki yang sentiasa menjadikan setiap percakapan atau perbuatannya menjadi lawak/ kadang-kadang menjadikan ia sebagai kerjaya.
Lelaki ‘Sense of humour’ – Tidak sering berlawak tetapi setiap tindakannya menggembirakan dan menyenangkan hati orang di sekeliling.
PILIHAN WANITA
Sebenarnya wanita lebih memilih dan mengejar yang mempunyai sense of humour berbanding lelaki kelakar. Ini kerana, kebanyakan lelaki kelakar agak merimaskan hidup mereka.
Tidak serius dengan percakapan dan perbuatan mereka tidak meyakinkan. Jika ada masalah dan anda asyik berlawak tidak kira masa dan tempat, pasangan akan menganggap anda tidak bermakna kerana tidak membantu mereka dalam apa sahaja situasi.
Berbanding lelaki SOH, mereka lebih relaks apabila bercakap dan memberi impak lucu kepada yang mendengar serta mendamaikan jiwa. Di dalam sesuatu hubungan, lelaki sebegini merupakan satu kebaikan kepada hidup anda.
Mereka mudah membahagiakan pasangannya. Jika berselisihan faham atau bergaduh, lelaki ini bijak memujuk dengan cara tersendiri dan tidak membiarkan masalah melanda tergantung begitu sahaja.

Ciri-ciri lelaki Sense Of Humours
Gentlemen – mudah menerima kenyataan dan mendahulukan perkara yang sepatutnya. Tidak terlalu serius dengan kehidupannya dan tidak juga lepas tangan dengan perbuatannya. Mendengar dan bertindak dengan sewajarnya.
Cepat tenang – tidak stres dalam hidup dan kehidupan mereka sihat kerana menerima positif dan negatif dengan terbuka.
Positif – bukan hanya berlawak kosong tetapi diselitkan dengan pengajaran sekali. Selalunya pasangan akan merasa jiwanya terisi dengan kehadiran lelaki sebegini.
RAHSIA LELAKI UNTUK WANITA
Dengan info di atas, maka anda sudah mengetahui satu lagi rahsia dari seorang lelaki. Dunia lelaki cukup mudah tetapi agak sukar untuk difahami oleh wanita.
Jika anda wanita mempunyai pasangan kelakar, syukur kerana hidup anda dilimpahi dengan keriangan tetapi mungkin anda dapat membantunya menjadi lebih bijak dengan memberi nasihat di atas. Jika anda memiliki pasangan lelaki SOH, ternyata anda cukup bertuah!
Kalau Nak Sejukkan Badan Pada Waktu Malam, Jom Try 6 Minuman Berkhasiat Ini

Badan boleh jadi panas tak kira masa sama ada siang mahu pun malam. Kadang-kadang, tengah tidur pun boleh berpeluh dibuatnya.
Keadaan ini boleh menyebabkan tekak terasa kering, badan lemau, berpeluh sepanjang masa dan pening kepala kalau dah sampai tahap panas hingga ke kepala.
Jadi, kalau anda ingin atasi masalah tersebut, apa kata anda cuba sejukkan badan anda dengan minuman-minuman ini:
1. Kundur
Kebanyakan pasti akan salah sangka yang buah kundur ini adalah mentimun. Sebenarnya bukan. Kundur ialah daripada keluarga Cucurbitaceae, dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai winter melon. Masyarakat cina mempercayai air buah kundur dapat memastikan keseimbangan dan menstabilkan suhu badan. Jus kundur juga dapat membantu menghidrasikan badan anda dengan lebih cepat berbanding air dan menyahkan toksin.
2. Krisantimum
Teh krisantimum adalah antara minuman popular dikalangan masyarakat cina. Ia amat baik untuk simptom seperti gusi sakit dan berdenyut, sakit gigi biasa, sakit kepala, sakit mata, suhu badan menurun dan mencegah serangan panas.Caranya menyediakannya mudah sahaja. Anda hanya perlu mendapatkan bunga krisantimum dan letakkan di dalam air panas beserta gula batu. Ia juga terdapat dalam minuman tin.
3. Cincau
Anda sudah tentu dah kenal dengan cincau. Ia boleh didapati dalam minuman ABC, sirap bandung cincau dan air cincau sendiri. Cincau ini terhasil daripada adunan campuran daripada tumbuhan mesona chinesis, ditambah dengan kanji yang disejukkan sehingga kepekatan seperti agar-agar. Cincau ialah penyejuk semula jadi yang membantu mencegah serangan panas dan demam serta mencegah ruam dan kulit kering.
4. Sengkuang cina
Sengkuang cina ini bukan sahaja boleh menyejukkan badan anda yang sedang panas, bahkan ia juga dapat menyahkan toksin yang tersumbat dalam badan anda. Selain itu, mereka yang menghidap cystitis dan jangkitan saluran kencing boleh diberikan sup sengkuang cina bagi mencegah daripada menjadi lebih teruk. Jus yang diekstrak juga boleh mencegah rasa senak dan loya.
5. Air kelapa muda
Alangkah indahnya kalau ditengah-tengah cuaca panas ini kalau dapat menikmati air kelapa muda. Sungguh menyegarkan! Air kelapa muda memang dikenali sebagai penyejuk badan semulajadi dan digunakan dalam perubatan tradisional untuk demam dan menghilangkan panas dalam.Syaratnya, perlu minum begitu sahaja tanpa ais dan gula.
6. Biji kembang semangkuk
Kembang semangkuk juga amat sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang. Sebenarnya, selain sedap untuk dimakan, kembang semangkuk juga dikatakan turut mempunyai khasiat ubatan.
Ia dikatakan mampu menjadi ubat untuk penyakit asma, batuk kering, buasir, pelbagai jenis demam panas, pendarahan hidung, perut, usus atau pundi kencing, melawaskan pembuangan air besar, merawat masalah kulit yang terlampau terdedah kepada cahaya matahari, masalah ginjal dan masalahcacing dalam perut dan usus.
Petua tradisional mudah sahaja. Anda hanya perlu rendam biji kembang semangkuk, getah anggur, gula batu dan air selama sejam dan minum!
Sumber: lelakisihat.com