Bulu ketiak, elok dicukur atau dicabut? Penjagaan diri bukan lagi eksklusif untuk wanita. Lelaki moden semakin sedar akan pentingnya kebersihan dan penampilan diri  termasuk bahagian yang jarang dibincangkan seperti bulu ketiak.

Bulu Ketiak, Elok Dicukur Atau Dicabut?

Tapi timbul satu soalan klasik, patutkah bulu ketiak dicukur atau dicabut?

Bulu Ketiak, Elok Dicukur Atau Dicabut?

Kenapa Bulu Ketiak Perlu Dijaga?

Bulu ketiak bukan hanya isu kosmetik. Ia sebenarnya berkait rapat dengan:

*Kebersihan: Bulu yang lebat menahan peluh, jadi tempat pembiakan bakteria yang menyebabkan bau badan.

*Keselesaan fizikal: Terutama bagi mereka yang aktif bersukan.

*Imej diri: Ketiak bersih dan kemas memberi keyakinan, terutama bila anda bertopi singlet atau angkat tangan di gym.

Cukur: Cepat Dan Tanpa Sakit

Mencukur ialah cara paling popular, mudah, cepat, dan boleh dilakukan sendiri di rumah.

Kelebihan:
✔ Tidak sakit
✔ Proses pantas dan praktikal
✔ Sesuai untuk kulit sensitif jika guna pisau cukur yang baik

Ads

Kekurangan:
✘ Bulu cepat tumbuh balik (2–3 hari)
✘ Gatal atau kasar bila mula tumbuh
✘ Risiko luka kecil jika tergesa-gesa

Tip Maskulin: Gunakan pisau cukur bersih, sapukan gel pencukur, dan elakkan mencukur ketika kulit kering.

Bulu Ketiak, Elok Dicukur Atau Dicabut?

Cabut: Hasil Licin, Tapi Perlu Tahan Sakit

Mencabut bulu ketiak memberi hasil yang tahan lebih lama tapi ia bukan untuk semua.

Kelebihan:
✔ Bulu lambat tumbuh balik (hingga 4 minggu)
✔ Kurangkan pertumbuhan bulu dalam jangka panjang

Kekurangan:
✘ Sakit, terutamanya bila mencabut satu per satu
✘ Risiko bulu tumbuh ke dalam
✘ Kulit boleh alami iritasi atau bengkak

Ads

Tip Maskulin: Gunakan pinset bersih dan tarik ke arah tumbuhnya bulu. Elakkan selepas bercukur kerana pori masih terbuka.

Bulu Ketiak, Elok Dicukur Atau Dicabut?

Alternatif Lain: Waxing dan laser

Waxing: Cabut banyak sekaligus, hasil lebih bersih tapi menyakitkan. Elok dilakukan oleh profesional.

Laser: Mahal, tapi penyelesaian jangka panjang bagi yang mahu kurangkan bulu secara kekal.

Tidak ada satu cara paling ‘betul’. Ia bergantung kepada tahap keselesaan, sensitiviti kulit, dan gaya hidup anda.

*Nak cepat dan senang? Cukur.

Ads

*Mahu hasil tahan lama? Cabut atau waxing.

*Mahu penyelesaian jangka panjang? Laser.

Apa jua pilihan, kebersihan dan keselesaan adalah keutamaan. Penjagaan ketiak yang baik adalah sebahagian daripada gaya lelaki moden.

BACA: Ketiak Basah Jejaskan Penampilan Lelaki

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI