Bagi ramai lelaki, bercukur bukan sekadar rutin pag. Ia merupakan satu bentuk terapi yang tenang, tapi penuh karakter. Bunyi mata pisau menyentuh kulit, bau krim pencukur yang menyegarkan – semua itu beri satu rasa puas yang susah nak digambarkan.
Tapi realitinya, tak semua tahu cara bercukur dengan betul. Silap gaya, kulit boleh luka, pedih atau penuh kesan calar. Dan bila itu terjadi, penampilan pun terus terganggu.
Nak elak semua tu bukan susah cuma perlukan teknik yang betul dan sikit ilmu asas. Bila bercukur dengan cara yang sepatutnya.
Bukan saja hasilnya lebih kemas, tapi kulit pun nampak lebih sihat dan segar. Sebab itu, kalau nak jadi lelaki yang betul-betul jaga gaya, kena mula dengan asas – cara bercukur yang betul.
BERSIHKAN WAJAH – LANGKAH PERTAMA LELAKI BERGAYA
Sebelum pisau pencukur mula ‘bekerja’, ada langkah penting yang jangan sesekali dipandang remeh. Kulit muka kau pun perlukan ‘warm-up’ sebelum sesi bercukur.
Kalau anda jenis bercukur waktu pagi, bagi muka tu masa sikit. Sekurang-kurangnya 10 minit lepas bangun tidur. Biar kulit relaks dulu, jangan terus redah.
Lepas tu, basuh muka dengan pencuci yang sesuai. Tujuannya? Untuk singkirkan sel kulit mati, buka liang pori, dan lembutkan bulu janggut serta misai. Bila kawasan tu dah bersih dan lembut, proses bercukur bukan saja lebih lancar, tapi jauh lebih selesa dan kurang risiko luka.
Ingat bro, bercukur bukan main hentam. Muka tu aset, jaga elok-elok.
Ads
GUNA AIR SUAM
Satu perkara lagi yang perlu anda lakukan sebelum mula bercukur ialah dengan melekapkan wajah dengan tuala basah dengan air suam. Anda perlu melakukan proses ini sejurus selesai mencuci wajah. Ia membantu pori-pori terbuka dan memudahkan proses mencukur nanti.
Kira-kira 3 minit selepas itu, anda boleh mula sapukan krim pencukur. Sapukan dengan berus dengan gerakan berputar. Berus yang dipilih haruslah mempunyai bulu yang halus dan lembut agar kulit wajah anda lebih selesa dan boleh elak wajah tercalar.
Pilihlah krim pencukur yang mengandungi minyak dan kandungan formulasi sesuai dengan kukit wajah sekali gus mengelak iritasi.
MULA MENCUKUR
Bahagian yang perlu anda fokuskan terlebih dahulu semasa bercukur ialah rahang, leher dan pipi. Ia perlu dilakukan di bahagian ini dahulu kerana ia mengikut lengkungan wajah dan mengelakkan daripada kulit wajah alami luka.
Bahagian misai dan janggut pula perlu diberikan perhatian khusus kerana ia lebih banyak rambut. Cukur janggut pada satu arah sahaja iaitu mengikut tumbuhnya anak rambut. Gerakkan pisau dengan jalur searah agar tak cedera.
GUNTING DENGAN GAYA – BILA NAK SIMPAN MISAI & JANGGUT
Jika anda jenis yang suka menyimpan janggut atau misai—bukan cukur habis—maka ketelitian adalah kunci utama. Jangan biar ia tumbuh serabut tak tentu arah.
Untuk kekalkan bentuk seperti yang anda inginkan, gunakan gunting kecil yang khas. Bukan gunting dapur, bukan gunting kertas. Gunting grooming yang sesuai akan bantu memastikan potongan lebih kemas dan tidak menjejaskan pola yang anda dah rancang.
Jika mahukan hasil yang lebih terperinci dan tajam, hair-clipper adalah senjata utama. Tapi sebelum guna clipper, pastikan anda gunting dahulu bahagian tepi janggut atau misai yang terlalu panjang. Ini bagi memudahkan proses kemasan bila clipper mula ‘beraksi’.
Ingat—janggut bukan sekadar bulu muka, ia lambang gaya dan identiti. Jadi, jaga kemasan itu seperti mana anda menjaga stail pakaian. Kemas. Tegas. Lelaki sejati.
Lepas siap bercukur dan dah kemas apa yang patut, jangan lupa langkah terakhir yang ramai lelaki suka ambil mudah—bilas muka dengan air sejuk. Bukan saja bagi kesegaran, tapi bantu tutup semula liang pori yang dah terbuka tadi.
Lap muka dengan tuala bersih, bukan yang dah lama tergantung kat bilik air tu. Kalau nak muka kekal segar dan tak kering, sapu sikit pelembap atau penyegar muka. Bonus point kalau ada bau maskulin—baru rasa confident sepanjang hari.
Pisau cukur pula, jangan tinggal macam tu je. Rendam sekejap dalam air suam, kemudian bersihkan betul-betul.
Dapatkan produk bercukur atau shaving yang berkualiti dan murah di sini!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pandangan pertama akan menentukan kejayaan sesuatu hubungan kerana tanpa tip grooming, individu yang ingin didekati mungkin tidak berminat dengan anda. Sebenarnya, lelaki nak amalkan tip grooming tak susah, kena jaga beberapa perkara sahaja.
Tambahan pula anda harus percaya dengan ungkapan ‘dari mata jatuh ke hati’ kerana setiap wanita mahupun lelaki akan lebih tertarik pada rupa atau impresi pertama.
Apa yang menarik perhatian mereka mungkin berbeza dari satu wanita kepada wanita yang lain namun kesemua mereka sepakat mementingkan pemerincian gaya dalam setiap penampilan.
Sehubungan itu, Maskulin kongsikan 5 perkara yang boleh memberikan impresi baik atau buruk tentang diri anda pada si dia. Jadi berhati-hatilah pada pandangan pertama!
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat. Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
2. Gigi
Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu. Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih
3. Bulu leher
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
4. Kuku jari
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda. Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian. Pasti terasa segar.!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki kalau sudah memasuki usia 40-an sememangnya akan berdepan dengan rambut putih atau uban. Ia merupakan ‘fenomena’ normal yang berlaku kepada kebanyakan lelaki. Petanda bahawa usia sudah semakin meningkat dan juga faktor biologi dalam diri anda.
Namun bagaimana jika uban tumbuh pada usia yang lebih awal. Sebagai contoh pada penghujung 20-an atau awal 30-an. Pastinya ia meresahkan anda, bukan?
Bagi sesetengah lelaki mungkin rambut putih tumbuh lebih awal kerana faktor genetik. Namun ada beberapa sebab luaran yang lain boleh menjadi penyebab kepada mengapa uban atau rambut putih tumbuh pada usia lebih muda.
Jadi apa punca penyebabnya? Terdapat 10 punca utama yang boleh membuatkan rambut putih anda tidak segan silu untuk menyapa dunia luar lebih awal.
KETURUNAN
Sama seperti masalah kelemumur, rambut beruban juga boleh terjadi sekiranya anda mewarisi genetik yang cepat beruban. Jika kedua-dua ibu bapa anda jenis orang cepat beruban, maka anda juga ada risiko yang sama.
Jangan terkejut, haba dari peranti elektronik seperti pengering dan penggulung rambut boleh menjadi punca rambut tumbuh uban lebih awal. Jika anda seorang yang kerap menggunakannya , rambut akan jadi mudah rapuh. Suhu panas juga turut mengganggu penghasilan melanin lalu menyebabkan rambut cepat beruban.
STRES
Pernah tak dengar orang kata “banyak uban ni sebab banyak berfikir”. Ya, ia telah terbuktilah faktor tersebut juga boleh menjadi penyumbang kepada rambut beruban. Selain uban, stres juga boleh menyebabkan rambut rosak dan gugur.
SELALU MAKAN FAST FOOD
Mengambil makanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan jajan boleh menjadi punca rambut rosak. Malah tabiat pemakanan seperti ini boleh memberikan kesan negatif terhadap penghasilan melanin dalam rambut. Hasilnya rambut menjadi putih.
KERAP WARNAKAN RAMBUT
Memang nampak lebih mengancam jika rambut ada warna. Namun tahukah anda prosesnya boleh merosakkan sel melanin sehingga menjadikannya putih.
Faktor ini berkait rapat dengan jenis syampu yang anda gunakan. Disebabkan itulah sangat penting untuk anda pilih dan guna syampu yang bebas bahan kimia bahaya. Ini kerana kerana bahan kimia itu boleh menjadi punca rambut beruban dengan cepat.
MEROKOK
Tabiat yang menjadi punca kepada banyak masalah kesihatan! Sebuah kajian yang pernah diterbitkan oleh J.G. Mosley pada tahun 1996 mendapati, perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut beruban.
Kekurangan asid folik, zat besi dan vitamin B12 dalam tubuh akan melambatkan serta menjeas pertumbuhan rambut baru yang sihat.
DIET TAK SEIMBANG
Pemakanan yang tak seimbang boleh mengakibatkan tubuh kekurangan nutrisi. Jika badan kurang nutrisi, sistem dalam badan tidak dapat berjalan dengan baik.
KURANG VITAMIN B12 & ZAT BESI
Uban yang tumbuh di usia muda boleh juga kerana kadar vitamin B12 yang rendah. Selain itu, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi adalah disarankan untuk sering mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B12 dan zat besi.
Pesan MASKULIN, kepada anda yang sudah ada uban yang banyak usahlah risau. ‘Embrace’ uban dengan sepenuh hati. Ingatlah uban itu tak bermakna anda tidak boleh menjadi lelaki awesome!
Berbeza dengan kaum wanita, lelaki sebenarnya tak memerlukan terlalu banyak produk penjagaan dan penggayaan rambut. Malah dalam penjagaan harian pun lelaki kebanyakannya lebih selesa menggunakan syampu dan perapi untuk membersihkan rambut.
Manakala untuk penggayaan rambut pula ramai yang lebih selesa menggunakan salah satu daripada 3 produk rambut paling popular iaitu pomade, wax dan gel.
Selain digunakan untuk penggayaan produk-produk rambut ini juga mampu membantu anda mendapatkan gaya rambut yang diingini. Selain itu juga ia juga sarat dengan pelbagai khasiat dan vitamin yang sesuai untuk kesihatan kulit kepala.
Tapi tahukah anda apakah bezanya di antara pomade, wax dan gel?
POMADE
Ingat lagi tak dalam tempoh beberapa tahuh sebelum ini? Boleh dikatakan semua lelaki memiliki pomade. Adakah ia masih lagi popular sekarang? Mungkin. Buat pengguna pomade pastinya adan sudah tahu bahawa ia mempunyai 3 jenis iaitu water based, oil based dan mix based.
Produk pomade dihasilkan daripada minyak mengandungi lemak serta zat berminyak seperti wax. Ia memberi kesan rambut licin, bersinar, kering dan tahan lebih lama berbanding wax dan gel. Tahukah anda pada zaman dulu bahan utama pomade dihasilkan daripada lemak beruang? Perkataan ‘pomade’ pula berasal daripada Bahasa Perancis yang bermaksud ‘salep’, sejenis gel dari buah-buahan. Sebab itulah kebanyakan pomade mempunyai pelbagai bau sama ada buah-buahan atau bau yang diinspirasikan daripada minyak wangi.
Berbeza dengan pomade, penggunaan wax pula pernah popular pada era rambut kembang dan punk rock. Wax dihasilkan daripada bahan lilin yang biasanya sesuai untuk kulit rambut. Wax mengambil masa beberapa jam untuk kering dan tidak beri kesan berkilat serta merta.
Kesan kilat wax juga tak tahan lama. Ia hanya bertahan selama 2 hingga 3 jam sahaja. Penggunaan wax sesuai untuk gaya rambut pacak atau tidak berstuktur. Disebabkan itulah ia sangat popular di kalangan penggemar gaya punk rock!
GEL
Sesuai dengan bentuk fizikalnya, gel merupakan produk rambut yang dihasilkan berasaskan air. Penggunaan gel biasanya adalah mengekalkan gaya fesyen rambut tanpa memberi kesan berkilat. Tetapi terdapat juga sesetengah jenama gel yang mampu memberikan efek kilat atau bersinar. Cuma ketahanannya kurang sedikit berbanding pomade.
Ia biasanya menjadi pilihan kepada orang yang tidak melakukan aktiviti luaran dan lebih banyak dalam kondisi berhawa dingin. Selain itu, gel juga lebih mesra kulit kepada kerana asanya daripada air. Namun bila terkena air fungsinya akan terus hilang dengan mudah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hazard light tak boleh suka-suka tekan: Ini fungsi sebenar hazard light. Hazard light atau lampu isyarat kecemasan merupakan satu ciri penting yang terdapat pada semua kenderaan moden.