Tidak ada kurangnya jika lelaki punya kulit hitam manis. Jika ramai orang berlumba-lumba untuk memutihkan kulit, aura lelaki kulit hitam manis tak kurang hebatnya.
Lelaki hitam manis memiliki tarikan tersendiri yang buat mereka menjadi rebutan ramai wanita. Jika anda salah seorang yang miliki kulit hitam manis, anda patut rasa bangga kerana 10 kelebihan ini.
1. Jangan tidak percaya, lelaki yang memiliki kulit hitam manis ini sebenarnya kelihatan lebih awet muda berbanding lelaki yang berkulit cerah.
2. Hampir 60% orang kulit hitam manis tidak taksub nak putihkan kulit dengan membeli pelbagai produk pemutihan kulit. Malah kebanyakan orang kulit hitam manis lebih yakin dengan diri mereka sendiri.
3. Lelaki kulit hitam manis ini lebih nampak maskulin berbanding lelaki berkulit putih yang kebanyakan nampak jambu.
Ads
4. Jika anda memiliki kulit hitam manis, anda akan dikatakan seorang atlet sukan atau aktif bermain sukan sehingga menyebabkan kulit anda nampak gelap.
5. Seseorang yang berkulit hitam manis dilihat berbakat terutamanya berkaitan seni. Tengok saja artis-artis lelaki yang berkulit gelap seperti Remy Ishak, Fendy Bakri, Sharnaaz Ahmad, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.
Ads
6. Walaupun mempunyai tona gelap, Orang kulit hitam manis ini memiliki kulit yang lebih licin berbanding orang kulit putih.
7. Walaupun orang berkulit hitam manis berjemur di bawah matahari, amat sukar untuknya mengalami keperitan kulit disebabkan kulit terbakar.
8. Orang berkulit hitam manis nampak lebih maskulin, berani dan macho. Ini menjadi tarikan wanita kerana merasakan lelaki kulit hitam manis boleh menjadi pelindung mereka.
Ads
9. Lelaki berkulit hitam manis juga memiliki aura lelaki yang hebat sehingga membuatkan wanita mudah jatuh cinta.
10. Lelaki berkulit hitam manis dikatakan beruntung kerana lapisan kulitnya sudah dilapisi dengan sunblock semula jadi yang dipanggil melanin.
11. Orang berkulit hitam manis mampu mempamerkan tanda penuaan yang tidak ketara, malah wajah nampak lebih muda berbanding orang berkulit cerah. Kadar melanin yang tinggi pada orang berkulit gelap akan membantutkan tempoh penuaan termasuklah kemunculan pigmentasi, bintik hitam, kedutan dan kulit kasar.
12. Lebih penting, ramai wanita anggap lelaki kulit gelap ini lebih menarik berbanding lelaki kulit putih. Menurut kajian ahli sosialogi, Dr Shyon Baumann, “Kami mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan sekadar tanggapan, tetapi hakikat. Warna kulit menjadi daya penarik dan antara ciri utama rujukan sosial. Boleh dikatakan, apa yang dianggap sebagai mitos kini menjadi fakta.”
Kesimpulan
Lepas ni tak perlulah nak susah payah putihkan kulit. Bersyukurlah dengan apa sahaja warna kulit yang anda miliki kerana Allah SWT telah mencipta anda sebaik-baik manusia. Jangan disebabkan kita tidak bersyukur, kita sanggup mengubah cipta-NYA.
Setiap warna kulit itu ada baik dan buruknya. Janganlah terlalu obsesi untuk menjadi putih sehingga membahayakan tubuh badan sendiri dengan mengambil produk yang tidak sah. Yang penting, berbanggalah kerana anda miliki kulit hitam manis!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kajian dan penemuan telah membuktikan bahawa beras antara sumber yang telah banyak digunakan dalam dunia kecantikan pada masa kini.
Anda mesti sudah sedia maklum tentang khasiat dan kebaikan yang terdapat dalam beras selain dijadikan makanan ruji di Malaysia. Bukan hanya untuk wajah, tetapi ia juga mempunyai kebaikan untuk rambut!
Rahsia nak rambut cantik ini biasanya orang kongsi jenama syampu dan perapi yang ada di kedai-kedai tetapi kali ini ada seorang lelaki yang mengamalkan air beras untuk jaga rambutnya.
Agak menarik dan mestilah boleh jimat dengan penggunaan air beras macam ini. Menerusi ciapan Hunain Kebulor petua ini sangat popular di Jepun. Anda boleh rujuk caranya seperti di bawah.
Guna Air Beras Cuci Rambut
Cara nak guna air beras ini cuci rambut dengan syampu dulu kemudian lepas bilas baru basuh rambut itu balik dengan air beras. Selepas itu urut rambut tu dalam 5 minit dan bilas balik guna air bersih.
Rendam Dulu, Jangan Terus Pakai
Owh ya, air beras ni nak buat dia kena rendamkan dalam beras dengan air selama 30 minit. Sebelum rendam basuh dulu beras tu.
Haaa… jangan keliru, basuhan pertama atau kedua ni stepnya untuk airnya.
1. Sediakan 1/2 cawan beras.
2. Kemudian, cuci hingga bersih.
3. Salin beras ke dalam mangkuk dgn tambah 2-3 cawan air.
4. Biarkan selama 30 minit.
5. Akhir sekali, tapiskan beras ke dalam mangkuk yang bersih.
Antara khasiat yang terdapat dalam air beras :
Asid amino: Menjaga dan merangsang pertumbuhan rambut baharu
Vitamin B: Memberi oksigen dan nutrisi pada kulit kepala dan akar rambut
Vitamin E: Menjaga dan memperbaiki rambut yang rosak
Mineral: Memberi nutrisi pada kulit kepala dan mencegah kerosakan hujung rambut.
Anti-oksidan: Mencegah dan merawat rambut yang kering.
Tapi jangan buat hari hari, seminggu sekali dua sahaja dah cukup.
Cara ini adalah lebih efektif bagi mendapatkan hasil pada tahap maksima untuk rambut anda. Selamat mencuba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang lahir dengan wajah yang tampan dan susuk badan yang menarik sememangnya insan bertuah. Mereka ini cukup sekadar menjaga kebersihan diri dengan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Anda pula macam mana? Usahlah bandingkan dengan mereka ya. Tapi tak bermakna anda tidak boleh turut tampil kacak!
Bayangkan seharian anda sibuk dengan pelbagai tugasan kerja. Keluar pagi pulang senja. Andakah mandi sahaja sudah cukup untuk menjaga kesihatan kulit wajah?
Tahukah betapa berminyaknya kulit muka anda selepas sehari terdedah dengan pelbagai kondisi sekeliling?
Anda seharusnya tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah itu jika tak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah.
Inilah antara punca mengapa jerawat dan pelbagai kondisi masalah kulit wajah berlaku. Bayangkan senario seperti ini. Anda keluar bersama rakan-rakan lepak di kedai mamak menikmati teh tarik. Atau bermain futsal sampai satu badan berpeluh.
Jadi semestinya anda perlu mencuci wajah anda sebelum tidur, bukan?
BERSIHKAN WAJAH
Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
HALANG BAKTERIA
Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!
Foto: reviewed.com
PROSES BAIK PULIH
Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
BANTU REGENERASI
Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
KEKALKAN KELEMBAPAN
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip Ekstra MASKULIN:
Jika anda rasa terlalu penat letih untuk cuci wajah setiap malams ebelum tidur, anda boleh lakukannya lebih awal sekitar jam 7 hingga 8 malam. Lebih baik daripada langsung tidak buat langsung.
Jadi jomlah ubah diri untuk tampil lebih menarik dan kacak! Subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bab penjagaan betul rambut perlu diberikan perhatian khusus agar ia sentiasa sihat dan nampak menarik. Ingat, rambut merupakan antara aspek penting penampilan anda kerana ia merupakan antara anggota badan yang menjadi fokus komunikasi secara langsung.
MASKULIN kongsikan beberapa tip penjagaan rambut yang boleh anda amalkan.
KURANGKAN SUHU
Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.
SELALU TRIM RAMBUT
Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.
Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
JANGAN TERLALU KERAP BASUH
Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja.
KERINGKAN DENGAN BAIK
Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.
SIKAT RAMBUT DENGAN BAIK
Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.
GUNA TELUR
Ya, telur ada banyak khasiat seperti protein dan mineral. Sekali-sekala anda boleh gunakan kuning telur sebagai perapi semulajadi. Biarkan ia menyerap masuk ke bahagian liang folikel rambut anda.
JAUHI KLORIN
Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.
GUNA PRODUK BERPADA-PADA
Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.
SYAMPU BERFORMULA KHAS
Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.
BASUH TAPI JANGAN ULANG
Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.
ELAK WARNA
Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.
ALAT YANG BETUL
Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.
TOPI KETAT
Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.
PEMAKANAN YANG SIHAT
Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.