Bateri biasanya boleh bertahan dari setahun setengah hingga dua tahun. Jadi sebagai pemilik kenderaan, anda dinasihatkan untuk menukar bateri jika kuasa bateri telah mencapai tahap 40% dan ke bawah.
Namun bagaimana anda ingin mengetahui bila bateri kereta anda perlu ditukar? Penting untuk anda mengenal pasti simptom-simptom awal yang bateri anda sudah lemah.
Ads
– Sistem penggera jadi tidak menentu seperti berbunyi tiba-tiba
– Keluar pelbagai mesej amaran secara rawak
– Radio bermasalah seperti hilang signal atau tetapan frekuensi perlu diset semula
– Jam perlu kerap diset semula atau tidak lagi menunjukkan waktu yang tepat
– Lampu kereta jadi malap dan terkedip-kedip
Namun jika bateri kereta anda terus kong, jangan bimbang. Ini adalah cara yang perlu anda ‘jump start’ dengan betul.
Ads
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Ads
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas Indonesia, tiba pula giliran Malaysia membawa masuk model BMW G 310R. Model sekian lama dinantikan itu akan dilancarkan secara rasmi pada Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy 2017 Malaysia Asia Tenggara pada hujung minggu ini.
Setelah cukup lama dibincangkan, akhirnya BMW G 310R siap hadir buat pengguna yang mahukan jentera dengan cita rasa premium, berprestasi dan ditawarkan pada harga berpatutan. Tentunya kehadiran BMW G 310R pada harga RM 26,900 seunit (di atas jalan tanpa insurans, termasuk GST) bakal meramaikan pasaran naked bike tempatan.
Model dengan usaha sama TVS dan BMW Motorrad itu dipadankan dengan enjin 313 cc. Enjin berkenaan memiliki ciri yang unik kerana kedudukan silindernya terbalik dalam reka bentuk dek terbuka. Kepala silinder diubah sebanyak 180 darjah.
Ia mampu menghasilkan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork maksimum 28Nm pada 7, 500rpm. Pengendalian dinamik disumbangkan oleh berat jentera 158.5 kilogram. Keselesaan tunggangan dipertanggungjawabkan kepada fork jenis upside-down pada bahagian depan manakala bahagian belakang menggunakan lengan ayun aluminium bersama topang gegelung yang dipasang terus di atas.
Sama seperti semua motosikal BMW, G 310R baharu dilengkapi sistem brek ABS sebagai ciri standard. Ia menggabungkan satu sistem brek yang berkuasa dengan ABS dua saluran. Roda depan dipasang dengan brek cakera tunggal bersama angkup empat omboh dan cakera brek berdiameter 300 milimeter untuk memastikan jentera dapat dihentikan dengan stabil dan meyakinkan.
Pada roda belakang, fungsi itu disempurnakan oleh angkup terapung 2 omboh bersama cakera brek bersaiz 240 milimeter. Kluster instrumen G 310 R terdiri daripada paparan cecair kristal yang menawarkan kejelasan terbaik dan pelbagai jenis maklumat.
Anda perlu bersabar kerana motosikal berkenaan bakal berada di bilik pameran sah BMW Motorrad mulai minggu depan. Selain itu, BMW Motorrad turut memperkenalkan model BMW S 1000 R dan BMW R 1200 GS Adventure baharu.
SPESIFIKASI
ENJIN: Penyejukan air, silinder tunggal, 4-lejang
GEREK X LEJANG: 80mm x 62.1mm
SESARAN: 313 cc
KUASA MAKSIMUM: 34PS @ 9,500
TORK MAKSIMUM: 28 Nm @ 7,500
TRANSMISI: 6-kelajuan
NISBAH MAMPATAN: 10.6 : 1
PECUTAN MAKSIMUM: 143 km/j
PXLXT: 2,005mm x 820mm x 1, 080mm
TINGGI PELANA: 785mm
JARAK RODA: 1, 374mm
BERAT: 158.5kg
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lexus LC 500 diperkenalkan pada Detroit Auto Show 2016. Perkataan LC membawa maksud ‘Luxury Coupe’. Model premium coupe milik Lexus itu bakal bersaing dengan Aston Martin, Jaguar F-Type dan Mercedes-Benz SL bagi segmen kereta sport premium.
Selepas Indonesia, Malaysia merupakan negara kedua melancarkan model tersebut di peringkat Asean. Di negara asalnya, LC 500 menerima sambutan menggalakkan. Buktinya, jualan LC 500 telah melepasi sasaran tahunan yang ditetapkan sebanyak 600 unit dan melonjak tiga kali ganda.
Tidak mahu menghampakan peminat kereta coupe sport tempatan, Lexus Malaysia, selaku pengimport dan pengedar rasmi berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak 10 unit LC 500. Sayangnya, lapan unit telah ditempah dan hanya berbaki dua unit sahaja lagi.
Di sini penulis senaraikan 12 perkara perlu anda ketahui tentang Lexus LC 500:
1) Harga jualan seunit LC 500 di Malaysia bermula dari RM 940, 000 (harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans).
2) Lexus Malaysia menawarkan varian LC yang dijana oleh enjin 5.0 liter V8 petrol. Ia berupaya menghasilkan kuasa 470PS dan tork 540Nm.
3) Penghantaran kuasa ke roda belakang digabungkan dengan kotak gear 10-kelajuan direct shift.
4) LC 500 menggunakan platform baharu GA-L (Global Architecture-Luxury). Platform itu juga menjadi asas kepada model sedan LS generasi terbaru.
5) Mengambil ilham dari model konsep LF-LC yang pertama kali dipamerkan pada 2012, pembangunan LC diselia rapat oleh Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda yang turut mencuba sendiri versi prototaipnya.
6) Pecutan sifar sehingga 100km/j mampu dilakukan dalam tempoh 4.4 saat.
7) Untuk pengetahuan anda, LC dikeluarkan di kilang yang sama dengan model LFA.
8) Penampilan luaran yang sporty diserlahkan menerusi gril krom, lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED dan rim bersaiz 21 inci.
9) Bahagian kabin tampil elegan dengan panel pintu, konsol tengah dan pad sentuh dari Lexus Takumi.
10) Instrumen panel didatangkan dengan versi terkini paparan TFT termasuk Meter Ring yang boleh diubah bersama Paparan Perbezaan Mod Pemanduan. Pada bahagian tengah papan pemuka tersedia skrin paparan 10.3 inci EMV (Electro Multi Vision) serta sistem hiburan dipadankan dengan audio dari Mark Levinson Premium.
11) Kereta coupe sport itu ditawarkan dengan 11 pilihan warna badan bersama tiga pilihan warna kabin.
12) Demi ketenangan minda pemilik, Lexus Malaysia menawarkan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan dan bagi tempoh lima tahun pertama atau 100, 000km (yang mana tiba terdahulu.
Sebagai pengguna kereta mesti anda tahu bahawa antara perkara yang boleh buat kita sakit jiwa adalah bila gearbox rosak!
Kalau rosak memang anda kena sediakanlah wang yang agak banyak juga untuk baiki. Untuk elakkan perkara seperti ini berlaku anda sebenarnya kena sentiasa servis kereta ikut pada masanya.
Dan pastikan kondisi kenderaan terutamanya di bahagian dalaman enjin sentiasa diberikan perhatian. Jadi bagaimanakah untuk kita kesan dari awal sekiranya gearbox mula rosak?
Bagi pengguna kereta, ini merupakan antara tanda-tanda yang boleh anda perhatikan.
Berdepan kesukaran untuk ‘masuk’ gear, ini terutamanya berlaku kepada kereta manual.
Untuk kereta auto, pada awal transmisi berlaku sentakan kuat. Sebagai contoh bila dari N ditukar kepada D. Atau dari P ke D.
Berlakunya ‘freeplay’ iaitu ruang pertukaran gear yang agak lama sama ada dari gear 1 ke gear 2, gear 2 ke gear 3 dan juga gear 3 ke gear 4.
Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku.
Bacaan RPM naik jadi jadi tinggi dan tak kembali kepada asal selepas gear auto bertukar.
Terdapat bunyi hentakan kuat berbunyi ‘dukk‘ setiap kali gear auto bertukar.
Keadaan gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Jika anda dapati perkara di atas berlaku itu bermakna gearbox anda menunjukkan tanda-tanda awal berlakunya kerosakan. Jangan biarkan ia berlarutan kerana dikhuatiri akan jadi lebih teruk.
Bagaimana anda boleh elak tanda-tanda di atas berlaku kepada gearbox kereta? Anda boleh ikuti tip sevis di bawah;
Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
1. Tukar minyak auto
2. Tukar mounting gearbox
3. Tukar pin pada panel gear
4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox
Bagi anda yang menggunakan kereta manual pila anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video auto menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pembukaan Bonia Pavilion KL Concept Store dengan penuh gaya dan craftsmanship, diserikan kehadiran Joong Archen sebagai Brand Muse dalam acara eksklusif yang mencerminkan evolusi luxury lifestyle serantau.