Cara Buat Ayam Goreng Kunyit Macam Kat Kedai, Orang Bujang Pun Boleh Masak!

Nampak macam mudah tapi kalau buat ayam goreng kunyit di rumah, mesti rasanya tak sama macam kat kedai. Memang tak dinafikan ayam goreng kunyit ini menjadi kegemaran ramai orang jika makan di luar.

Resipinya mudah, malah ayam goreng kunyit ini boleh membangkitkan selera apabila dimakan bersama nasi panas dan diregukan dengan sambal serta timun. Silap-silap boleh bertambah nasi!

Nak masak ayam goreng kunyit ini di rumah pun boleh sebab penyediaan bahan-bahannya mudah. Bahkan sesuai untuk masakan orang bujang yang ingin masakan cepat dan mudah.

Jadi jika ada stok ayam di rumah dan anda kebuntuan untuk masak, apa kata buat ayam goreng kunyit ini. Agar resipi ayam goreng kunyit yang anda masak sama rasanya macam makan di kedai, apa kata ikut cara memasak yang dikongsikan Haja Saleh menerusi laman Facebooknya.

Kalau ikut satu-persatu, pasti jadi dan rasanya sama macam kat kedai! Selamat mencuba.

BACA: Selain Isteri, Lelaki ‘Kaki’ Masak Pun Kena Tahu 17 Petua Dapur Yang Tukang Masak Ini Kongsi!

Ayam goreng kunyit mudah, sedap! ???????????

Lama betul tak share resipi kan. Ayam Goreng kunyit ni Kira feveret anak-anak termasuklah bapak dia sekali? Senang, cepat tapi tetap sedap!

Jom cuba resipi ni ?

Bahan perapan untuk ayam

600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu banyak (sebab dah ada kiub ayam tu).

Cara nak buat

1. Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya.

2. Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak sepenuhnya. Goreng ayam sampai masak.

3. Masukkan carrot, bawang n kacang panjang. Angkat dan toskan.

BACA: Untung Kalau Rajin Makan Kaki Ayam, Sebab Umur 30-an Pun Anda Boleh Nampak Macam 20-an!

Bahan untuk sambal

5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Dalam ni haja guna cili padi hijau je sebab merah yilek)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.

Cara buat sambal

1. Dah agak halus bahan-bahan kat atas?? boleh masak sekejap atas API.

2. Ambik sedikit minyak goreng ayam tadi.

3. Masak sekejap dalam 5-8 minit.

4. Siappp!

Boleh makan dengan nasi panas-panas renjis kicap. Walahhhh sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas BERAPI??

Selamat mencuba resipi SEDAP MUDAH ni?