Pemilihan makanan yang salah boleh menjadi antara punca badan berangin. Jika tidak dirawat dengan segera, badan berangin ini boleh menyebabkan badan lenguh, sengal-sengal, sakit kepala, badan rasa berat, sering sendawa dan sebagainya.
Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyukarkan anda untuk melakukan tugasan harian kerana anda rasa letih dan kurang bertenaga. Sebenarnya ada petua yang boleh anda ikuti untuk menghilangkan lenguh dan sengal-sengal badan.
Petua yang dikongsikan Nurul Diana ini cukup mudah kerana ia hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu susu kotak dan halia. Malah susu buang angin ini sesuai diamalkan oleh lelaki dan perempuan.
#sharing
Kalau korang rasa badan korang lenguh2, sengal2, nk sendawa tapi tak lepas, kaki rasa tak selesa.
Ibu2 mengandung yang tak sedap badan tu. Badan berangin tak elok, tanda2 banyak angin.
Ads
• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
? Susu kotak (brand apa pun boleh). Kalau nak guna susu pekat tin pun boleh.
? Halia (besar ibu jari) lebih kurang 3cm-4cm. Halia ni ikut ketahanan tekak, kalau nak kaw dan pedas masuk banyak sikit. Kalau setakat 3-4cm tak rasa apa2 pun tapi tetap berkesan.
Cara membuatnya:
?? Hiris halia nipis2 reneh dgn susu sampai susu mendidih dgn api pelahan. Sedia untuk diminum ??.
Ads
?? Seeloknye minum ketika susu masih suam.
?? Kesan serta merta. Tiba2 korang sendawa dan kentut non stop.
? Lelaki dan wanita
? Ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak. Cukup 2-3cm je.
Petua ni sgt berkesan. Boleh minum bila2 masa. Pagi boleh, mlm boleh. Seminggu 2-3 kali pun ok.
Kalau makan pulut lemang byk sgt, badan berangin jeee, pening, migraine pun sesuai amalkan susu ni.
Pendapat aku sendiri:
Aku memang kerap minum susu ni. Asal aku rasa badan tak sedap je, terus buat susu ni. Memang berkesan sgt. Terus badan rasa sihat n segar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap orang yang mula aktif dalam aktiviti larian pastinya mempunyai sasaran untuk mencapai jarak 10 kilometer.
10 kilometer bukanlah satu jarak yang dekat Malah ia memerlukan latihan yang intensif serta memerlukan tenaga dan stamina yang tinggi untuk melengkapkan larian sejauh itu.
Jadi bagaimana anda boleh latih diri untuk mencapai jarak tersebut dalam masa hanya sebulan atau 30 hari? Perkara paling penting untuk anda realisasikan misi ini ialah dengan membina ketahanan dan kekuatan tanpa melakukan latihan yang berlebihan.
Ia satu tugas bak kata orang “easier said than done”.
Jadi amatlah penting untuk anda mempunyai disiplin yang tinggi tak kiralah sama ada anda seorang pelari beginner, intermediate atau advanced.
Sama ada anda seorang pelari beginner atau veteran, asas utama latihan larian ini ialah mengikuti latihan larian yang meliputi tiga jenis program iaitu:
Long Runs (LR) – larian melebihi 3 kiloneter yang dilakukan untuk membina stamina. Ini merupakan larian pada kelajuan di mana anda boleh bernafas dengan mudah dan selesa.
Easy Runs (ER) – larian di bawah 3 kiloneter bagi melatih diri untuk berlari dalam kondisi selesa dan senang.
Cross Training (CT) & hari rehat – Tempoh di mana anda boleh ambil untuk rehat atau melakukan aktviti lain seperti berbasikal, berenang atau yoga. Ia bergantung kepada diri anda untuk memastikan stamina berada pada paras sama.
Berikut merupakan latihan larian 10 kiloneter untuk pelari beginner.
Hari 1: 30 minit CT atau rehat
Hari 2: 2 km ER
Hari 3: 30 minit CT atau rehat
Hari 4: 2 km ER
Hari 5: Rehat
Hari 6: 3 km LR
Hari 7: 2 km brisk walk atau rehat
Hari 1: 30 minit CT atau rehat
Hari 2: 2.5 km ER
Hari 3: 30 minit CT atau rehat
Hari 4: 2.5 km ER
Hari 5: Rehat
Hari 6: 4 km LR
Hari 7: 2 km brisk walk atau rehat
Hari 1: 30 minit CT atau rehat
Hari 2: 3 km ER
Hari 3: 30 minit CT atau rehat
Hari 4: 3 km ER
Hari 5: Rehat
Hari 6: 5 km LR
Hari 7: 2 km brisk walk atau rehat
Hari 1: 3 km ER
Hari 2: 30 minit CT atau rehat
Hari 3: 3 km ER
Hari 4: Rehat
Hari 5: 2 km ER
Hari 6: Rehat
Hari 7: HARI TERAKHIR!
Selepas anda sudah dapat capai sasaran tersebut maka bolehlah anda cuba cabar diri untuk masuk pertandingan larian sama ada kompetitif atau fun run.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Keinginan untuk mendapatkan badan yang diidamkan bukanlah perkara baru. Sejak dulu lagi masyarakat disogokkkan dengan pemikiran standard bahawa ‘kurus itu perfect’.
Namun disebabkan tidak mahu menjaga pemakanan dan ingin kurus dalam masa yang singkat, ramai yang sanggup melakukan pelbagai cara ekstrem untuk kurus. Malah ada yang terlalu obsesi untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman hingga sanggup mengabaikan kesihatan.
Kali ini Maskulin kongsikan 4 jenis diet popular yang sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan. Jika mahu kekal langsing dan sihat, jawapannya ialah dengan mengamalkan senaman secara rutin dan mengawal pemakanan dengan baik. Bukanlah mengikat perut dan hanya mengambil nutrisi tertentu sahaja.
Beyonce menjadi selebriti pertama yang mempopularkan diet ini di aman diet ini mengambil masa antara 7-21 hari sahaja. Ia juga dikenali sebagai diet lemonade dengan hanya minum air lemon yang dicampur dengan sirap maple dan serbuk cayenne. Pengamal diet ini tidak boleh mengambil sebarang makanan pejal dan hanya minum air campuran tersebut ketika lapar.
KEBURUKAN: Anda akan mengalami gangguan paras gula dalam tubuh dan keletihan yang melampau. Pening kepala dan lesu adalah antara simptom utama. Malah diet jenis ini juga boleh merosakkan tisu otot dan mengganggu sistem penghadaman kerana kekurangan nutrisi lain.
Jennifer Aniston pernah mengamalkan diet ini yang hanya makan makanan bayi seperti puri sayuran dan buah-buahan. Makanan bayi tidak mempunyai nutrisi yang secukupnya untuk keperluan nutrisi orang dewasa.
KEBURUKAN: Makanan bayi mempunyai kurang protein sedangkan orang dewasa memerlukan sumber tersebut setiap hari. Anda akan mengalami masalah penghadaman juga kadar metabolisme yang berkurangan.
Cuka epal mungkin boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan rasa lapar. Pengamal diet ini perlu makan 2-3 sudu cuka epal setiap kali sebelum makan.
KEBURUKAN: Cuka epal mengandungi kandungan asid makanan yang tinggi dan boleh mencederakan kerongkong dan merapuhkan gigi.
Mungkin kurang popular di Malaysia, tetapi diet ini terkenal di Hollywood dan telah diamalkan oleh selebriti sejak tahun 1970-an. Satu jenama rokok popular pernah mempromosikan rokok sebagai pengganti kepada ketagihan mengambil makanan atau minuman manis. Pengamal perlu menghisap rokok setiap kali mempunyai keinginan untuk mengambil makanan bergula.
KEBURUKAN: Sudah tentu rokok berbahaya kepada kesihatan. Tidak perlu kami terangkan kesannya.
Atkins adalah diet paling popular dan pengamalnya mengakui turun berat badan secara drastik. Mereka hanya dibenarkan makan protein seperti daging, ayam dan ikan yang dipanggang atau rebus. Pengamal diet ini dilarang mengambil sumber karbohidrat, gula (termasuk buah-buahan) dan serat. Atkins mempunyai beberapa fasa dan berat badan mulai menurun pada minggu kedua.
KEBURUKAN: Anda perlukan nutrisi lain seperti serat dan karbohidrat termasuk gula. Ia menyebabkan sistem penghadaman terganggu dan akan mengalami masalah buasir. Malah psikologi kamu juga akan terganggu menyebabkan kamu tertekan. Kulit akan mula menggeleber dan berkedut kerana kurang sumber serat dan vitamin.
Kesimpulannya, janganlah kita mensia-siakan hidup semata-mata untuk cepat kurus. Sebaiknya amalkan gaya hidup sihat dengan kerap bersenam dan menjaga pemakanan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Skuad muda bola tampar lelaki negara mengharapkan tuah di laman sendiri untuk menamatkan penantian 16 tahun tanpa pingat di Sukan Sea 29 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, Ogos nanti.
Tidak meletakkan sasaran warna pingat anak didik Tay Yue Siong kini dilihat memiliki potensi cerah meraih pingat berdasarkan kualiti dimiliki barisan pemainnya berbanding dua tahun lalu di Singapura.
Sudah pasti tanggungjawab utama skuad Yeu Siong adalah untuk mencipta sejarah baharu di hadapan penyokong sendiri kali ini.
Ujar Yue Siong, barisan kali ini lebih berkualiti jika dibandingkan dengan pasukan kendaliannya dalam Sukan Sea Singapura dua tahun lalu, jadi sasaran mahu memastikan pingat bukan sekadar angan-angan kosong.
“Masih berbaki tempoh dua bulan untuk membuat persiapan sebelum menjelang Sukan Sea, kali ini pasukan kebanyakan dibarisi pemain baharu dan hanya tinggal empat pemain yang beraksi di Singapura dua tahun lalu.
“Dengan barisan pemain muda yang memberikan komitmen sepenuhnya, saya percaya misi meraih pingat tanpa mengira warna mampu dicapai,” katanya dalam sidang media program Kita Juara , baru-baru ini yang turut disertai kapten pasukan Sim Jian Qin dan Khairol Shazrime Shamsaimon.
Jian Qin (kiri) dan Khairol Shazrime tekad membuktikan kemampuan meraih pungutan pingat di laman sendiri pada temasya Sukan Sea 29.
Kali terakhir pasukan negara memenangi pingat adalah pada Sukan Sea 2001 di Kuala Lumpur dengan merangkul pingat perak setelah tewas kepada Thailand dalam aksi final.
Skuad negara akan mengharungi Kejohanan Pra Sukan Sea membabitkan sembilan pasukan kelab dan negara Asia Tenggara bermula pada 19 Julai dan mahu menjadikannya sebagai platform untuk menghadapi kejohanan sebenar pada Ogos nanti.
Selepas Kejohanan Pra Sukan SEA, pasukan kebangsaan akan ke Taiwan selama dua minggu sebelum memuktamadkan senarai akhir 12 pemain yang bakal menggalas tanggungjawab untuk merealisasikan sasaran pingat.
Mengulas cabaran yang bakal dihadapi, Yeu Siong menjelaskan pasukan Thailand merupakan pilihan untuk meraih pingat emas selepas muncul juara tiga kali berturut-turut dalam temasya tersebut.
Setakat ini senarai 15 pemain dikemukakan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tetapi hanya 12 akan membawa cabaran. Senarai akhir akan dimaklumkan selepas balik dari Taiwan nanti. Secara keseluruhan saya berpuas hari dengan 15 pemain sedia ada,” ujarnya.
Pada Sukan Sea 2015 di Singapura skuad bola tampar lelaki negara meraih tempat ketujuh daripada lapan negara yang mengambil bahagian.