
Sebelum ini, ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk memadamkan akaun Facebook milik anda sekiranya anda telah meninggal dunia.
Kedengaran mustahil bukan? Tetapi itulah fungsi terbaharu yang diperkenalkan Facebook bagi membolehkan waris anda memadam akaun Facebook.
Bukan apa.. risau ada gambar yang tidak senonoh dan tidak menutup aurat terus tersebar. Dengan cara ini sekurang-kurangnya, aib anda akan terpelihara.
BACA: 5 Setting Privasi Facebook Yang Jarang Orang Tahu Tapi Sangat Berguna
Mari lihat caranya yang telah dikongsi netizen dalam media sosial :
1. Pergi ke bahagian Setting & Privacy
2. Pergi ke bahagian Personal Information
3. Terus ke ruang Manage account
Anda akan melihat satu ruang yang memerlukan anda klik dan memasukkan pengenalan waris untuk proses penutupan akaun Facebook.
BACA: Corak Bahasa & Guna Sesetengah Perkataan Di Status Facebook, Jadi Insan Kemurungan
4. Tetapkan Legacy Contact
Seksyen ini memerlukan anda memilih waris yang anda percayai untuk menguruskan akaun Facebook anda.
5. Sebab padam akaun
Untuk langkah yang terakhir, sila pilih ‘Delete after death’.
Mudah bukan? Semoga dengan perkongsian ini dapat menghindarkan sebarang aib anda pada masa hadapan di saat anda tidak lagi berada di dunia ini.
Selain Perut Mudah Lawas, Ini 4 Khasiat Lain Anda Elok Amalkan Jus Epal!

Banyak tip diet mencadangkan kita untuk memakan epal sebagai gantian kepada snek lain yang tidak menyihatkan. Ini kerana epal itu sendiri mempunyai banyak khasiat.
Selain makan epal, kita juga boleh ekstrak ia menjadi minuman yang menyihatkan. Harus diingatkan, ambillah jus epal tanpa gula. Kalau tidak, sama sahaja anda membeli jus epal yang ada di pasaran dengan jumlah gula yang tidak diketahui.
Walaupun buah epal bukanlah buah tempatan dan sedikit mahal, namun untuk mendapatkan khasiatnya, tidak salah untuk anda melabur sedikit.
Berikut adalah antara khasiat yang bakal anda peroleh jika mengamalkan jus epal.
1. Perut mudah lawas
Tubuh badan kita memerlukan serat untuk memudahkan proses penghadaman. Buah epal amat kaya dengan serat, ia juga membantu mengurangkan masalah sembelit ketika membuang air besar.
2. Melambatkan proses penyebaran sel barah
Pelbagai kajian telah dilakukan terhadap khasiat buah epal dan salah satunya adalah mengurangkan risiko penyakit barah. Ia mampu mengurangkan kapasiti barah paru-paru serta melambatkan proses penyebaran sel tersebut.
3. Merawat anemia
Seorang lelaki dewasa normal memerlukan 12.5 hingga 18.5g/dL haemogoblin. Jika kurang daripada itu, anda menghidap penyakit Anemia iaitu kekurangan zat besi dalam badan. Buah ini kaya daengan khasiat zat besi serta berupaya menambah kekurangan haemoglobin dalam darah.
4. Mengurangkan risiko kencing manis
Mereka yang mengambil sebiji epal setiap hari mempunyai risiko lebih rendah mendapat diabetes kerana kandungan serat yang tinggi menstabilkan gula dalam darah, selain rasa kenyang lebih lama mengelak makan terlalu banyak.
5. Penjagaan gigi
Memakan epal membantu membersihkan gigi dan gusi. Ia juga mengurangkan kaviti atau gigi berlubang serta membantu membersihkan gigi dan anti-bakteria dalam kandungan buah ini melindungi tubuh daripada kuman.
10 Tip Buat Rumah Lebih Sejuk Pada Musim Panas Seperti Sekarang

Musim panas tahun ini memang agak mencabar terutamanya buat anda yang tinggal di kawasan Utara Semenanjung Malaysia dan juga kawasan Lembah Klang amnya.
Beruntung buat rumah yang mempunyai penghawa dingin. Pasang sahaja masalah kepanasa selesai dan tak perlu mengeluh kepanasan. Tapi tak semua orang mampu untuk memasang penghawa dingin di rumah.
Jadi bagaimana caranya untuk anda sejukkan rumah dan kurangkan haba di dalam rumah? Mungkin 10 tip ini mampu membantu anda agar lebih selesa. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda!
1. LETAK SEBESEN AIR DALAM BILIK
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
2. LETAK AIS KETUL DALAM BILIK
Buat ais dalam pastik atau bekas, letak dalam besen. Letak kat tengah bilik betul-cetul bawah kipas. Kalau kipas berdiri tu letakla depan kipas. Ala-ala alat pendingin hawa bila kipas tu angin dia kena hawa sejuk ais, nyaman je rasa. Sebab kipas angin akan membuatkan udara yang bergerak merentasi air mengewap dan dapat menyejukkan suasana. Cubala, bukan susah pun buat ais ketul tu.
3. HALAKAN KIPAS KE ARAH TINGKAP
Selalu rasa bilik rasa berkuap (rasa cam kepam). Rasa panas angin dalam bilik sebab udara panas tu berlegar dalam bilik je takde tempat nak keluar. Udara yang panas akan bergerak naik keatas, sebab kipas siling pusing cuma buat udara panas tu pusing-pusing dalam bilik je. Cuba halakan kipas berdiri tu ke arah tingkap sekejap. Tujuannya supaya kipas tu dapat sedut udara dalam bilik yang panas tu dan tolak ke luar bilik. Ha, bunyi cam prektikal kan? cer cuba tengok.
BACA: Bosan Rumah Jadi Sarang Cicak, Ini 10 Langkah Mudah Untuk Halau Mereka!
4. PASANG JARING KELAMBU BESI & BUKA TINGKAP
Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.
5. PAPAN FIBER SIMEN UNTUK SILING RUMAH
Fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.
6. LAMPU KURANG HABA
Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.
7. POKOK EKOR KUCING
Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen dari pokok tu dapat menyejukkan rumah juga.
8. CAT WARNA CERAH
Cat rumah mengunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.
9. PASANG AWNING
Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau. Jika rumah kita siang-siang tak memerangkap haba yang banyak, malam tu kita takkan rasa panas yang teramat. Jika ada bajet lebih, bolehla pertimbangkan pasang awning ni.
10. JAUHKAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA TV & KOMPUTER
Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.
Ada Hikmahnya Jodoh Lambat, Allah Nak Kau Baiki Diri Agar Kahwin Nanti Kau Ready!

Jangan bersedih jika anda antara lelaki yang jodoh lambat. Member lain dah ada anak berderet, tapi anda masih tak jumpa jodoh.
Percayalah setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Mungkin rezeki jodoh anda lambat tapi Allah permudahkan rezeki anda pada benda yang lain.
Malah dengan jodoh lambat ini juga, anda berpeluang untuk berbakti pada ibu bapa dan adik-beradik. Malah boleh baiki diri anda sebelum bertemu jodoh dan berumah tangga.
Perkongsian Amir Syahir di laman Facebooknya menyingkap hikmah di sebalik jodoh lambat. Oleh itu banyakkan berdoa semoga Allah permudahkan jodoh anda.
BACA: Jangan Sedih Jika Jodoh Lambat Sebab Kahwin Di Usia 30-an Pun Banyak Untungnya!
Allah nak kau baiki diri dulu
Adakalanya jodoh tak sampai lagi sebab Tuhan nak kau baiki diri sendiri dulu. Kalau kau asyik komplain itu ini, maki sana sini, orang pun takut nak dekat. Nak buat suami lagi lah takut.
Contohnya, lepas kahwin isteri lambat masak, isteri kena marah kaw-kaw. Tak sempat dia nak masak kau dah start enjin pergi kedai makan. Padahal isteri kau tengah sakit kepala.
Kesian isteri nanti. Ada je salah dia. Kau nampak kau je betul. Tu la kau duk maki orang je sebab kau tak nak faham situasi orang.
Kalau isteri tanya sikit mula nak tengking. Bila isteri mengadu kau rasa nak marah-marah. Kalau bukan kau yang jadi pendengar untuk isteri, siapa lagi? Kalau isteri kuat membebel itu perkara biasa. Kalau dia tak membebel kau patut risau. Mesti ada yang tak kena.
Jadi, jangan mudah nak marah-marah, maki-maki bagai. Perangai tu kasi elok sikit. Kesian anak orang. Ayah dia pun tak pernah marah dia. Dapat kat kau, salah sikit pun nak marah.
BACA: Buat 13 Tip Ini Kalau Nak Kahwin Tapi Duit Masih Tak Nampak ‘Bayang’. No 3 Sah Lelaki Suka!
Dah kahwin, kena jaga hati isteri
Dah kahwin nanti, kau kena jaga hati isteri kau. Kau kena lebih sensitif terhadap dia. Kalau kau asyik marah dia je, emosi dia akan terjejas. Banyak air mata dia mengalir sebab kau. Mana kebahagiaan yang kau janjikan saat kau bercinta dengan dia?
Yang perempuan pun, baikilah diri sendiri. Ubahlah sikap tu. Jangan mudah nak emo bagai. Pakwe bluetick WhatsApp sikit pun nak bising. Bangun pun dekat pukul 11 pagi, pinggan sendiri pun malas nak basuh pun payah jugak.
***
Peluang untuk berbakti pada mak ayah
Ada hikmahnya Allah belum temukan jodoh kau. Allah nak bagi kau peluang berbakti untuk mak dan ayah. Peluang untuk kau baiki diri supaya bila kahwin nanti kau telah bersedia sepenuhnya. Mungkin juga hakikatnya kau belum bersedia meskipun kau rasa kau dah cukup bersedia. Hanya Allah tahu segala-galanya. Kau kena fikir secara positif.
Jangan duk susah hati, sedih fikir kenapa kau belum kahwin. Sedangkan kawan-kawan yang sebaya dengan kau dah anak empat. Jalan cerita hidup kita tidak pernah sama.
Jalanilah hidup seperti sedia kala. Hargai dan bersyukurlah dengan apa yang kau ada saat ini. Teruskan usaha dan berdoa. InshaAllah suatu hari nanti kau pasti akan bertemu dengan jodoh yang kau nantikan selama ini. Sesungguhnya kita merancang dan Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah itu yang terbaik.
BACA: Rupanya Suami Yang Pakai Cincin Kahwin Buat Isteri Rasa Bahagia, Pahala Pun Dapat!
Biar lambat asalkan tak tersalah pilih
Jangan malu kahwin lambat asalkan tidak tersalah pilih pasangan hidup. Lambat atau cepat bukan urusan kita. Itu urusan Allah. Sabar dan rilek je. Masanya akan tiba. Yakin dan percaya.
Kesimpulannya, buka mata, buka hati. Tengok diri kita sendiri. Muhasabah diri. Berubahlah ke arah kebaikan. Baikilah mana yang kurang. Takde manusia yang sempurna. Nak kahwin ni banyak tanggungjawab yang kau perlu galas. Kah!
[ASY]
#AmirSyahir