Bukan mudah nak hilangkan ketuat kalau tak kena dengan caranya. Ia tidak boleh dicungkil macam itu saja kerana bimbang boleh berlakunya jangkitan lain.
Masalah ketuat ini boleh berlaku sama ada di tapak kaki ataupun di telapak tangan. Apabila ia terjadi, pasti anda ingin membuangnya kerana rasa tidak selesa apabila timbul rasa keras pada permukaan kulit.
Menurut Wikipedia, ketuat merupakan sejenis penyakit kulit di mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ia boleh merebak melalui sentuhan dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Runsing dengan kehadiran ketuat ini dan takut ia semakin merebak, seorang pengguna Facebook bernama Hanis Samsuddin telah berkongsi cara-cara menghilangkan ketuat yang hanya boleh dilakukan di rumah. Dengan menggunakan 4 bahan, caranya juga cukup mudah.
Cara Hilangkan Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah
Kongsikan untuk kebaikan semua. Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?
Punca
Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.
Cara nak atasi
Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
Bahan-bahan yang diperlukan
Apple Cider Vinegar – Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
Ads
Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
Mari lihat pada gambar di bawah untuk mengikuti langkah Rawatan Membuang Ketuat. Selamat mencuba.
2. ☝Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat). ☝Basahkan kapas dengan cuka, letak atas ketuat dan plaster. ☝Biarkan semalaman.
3. ☝Ketuat yang tidak disapu Vaseline. Kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka. Jadi pastikan ada menyapu Vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.
Hari ketiga: ☝Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedu,a tiada rase pape sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rase sedikit pedih.
4. ☝Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel² ketuat mula mati dimakan asid.
Ads
5.☝Kelihatan ketuat dah mati.
6. ☝Apabila ketuat jadi macam ni, boleh la korek sikit demi sedikit.
7. ☝Ketuat yang berjaya dikorek.
8. Kesan sekitar ketuat sudah kering.
9. Ketuat sudah hilang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jangkaan umur bagi rakyat Malaysia bagi tahun 2018 ialah 75 tahun, meningkat sebanyak 2.8 tahun berbanding 72.2 tahun pada 2000. Jika dibahagikan mengikut jantina, ternyata wanita mendahului lelaki hampir 5 tahun (4.9 tahun), iaitu 77.6 tahun berbanding 72.7 tahun bagi lelaki.
Statistik yang sama juga ditunjukkan di negara-negara lain. Di Jepun misalnya, jangka hayat lelaki ialah 81.1 tahun, manakala wanita pula 87.1 tahun (6 tahun perbezaan).
Persoalan yang timbul adalah mengapa lelaki meninggal dunia awal berbanding wanita?
Lewat matang dalam membuat penilaian
Lelaki, terutamanya remaja dan dewasa muda, kebiasaannya mengambil masa lebih lama untuk matang. Bahagian lobus frontal pada otak lelaki (yang berfungsi membuat penilaian dan pertimbangan tentang kesan daripada sesuatu tindakan) berkembang lebih perlahan berbanding wanita.
Oleh sebab itu, lelaki lebih cenderung untuk mengambil langkah-langkah yang berisiko dan terdedah kepada bahaya seperti kemalangan jalan raya, merokok dan alkohol.
Pekerjaan yang lebih berisiko
Kerjaya seperti polis, tentera, bomba dan industri pembinaan adalah majoritinya dipenuhi oleh kaum lelaki. Pekerjaan seperti ini lebih berisiko kepada bahaya dan maut.
Penyakit jantung berlaku lebih awal
Hormon estrogen pada wanita melindungi mereka daripada mengalami penyakit jantung pada usia lebih muda berbanding lelaki. Tambahan pula, lelaki mempunyai kadar lipoprotein ketumpatan rendah yang lebih rendah sehingga meningkatkan lagi risiko serangan jantung.
Lebih 70% daripada serangan jantung mengejut berlaku dalam kalangan lelaki dan mereka meninggal dunia 3 kali lebih kerap disebabkan penyakit jantung berbanding wanita.
Selalu mengelak daripada berjumpa doktor
Wanita kebiasaannya lebih memgambil berat tentang kesihatan dirinya. Lelaki pula suka mengambil mudah dan ‘malas’ bersusah payah untuk pergi mendapatkan pemeriksaan dan bantuan perubatan di hospital. Tabiat ini menyebabkan penyakit tidak dapat dikesan awal dan dicegah dengan baik.
Apa yang boleh dilakukan untuk melanjutkan jangka hayat lelaki?
Meskipun kebanyakan daripada faktor-faktor yang disebutkan di atas adalah tetap dan tidak boleh diubah, masih ada beberapa perkara yang boleh diusahakan. Contohnya, tabiat lelaki yang tidak suka membuat pemeriksaan kesihatan. Usaha ke arah membolehkan penyakit dikesan awal perlu dilakukan dari pihak diri sendiri, pasangan, keluarga dan pihak berkuasa.
Selain itu, tabiat-tabiat kurang sihat yang selalu diamalkan oleh lelaki juga perlu diubah. Ini termasuk merokok, kehidupan tidak aktif dan alkohol berlebihan.
Tidak dinafikan terdapat bermacam jenis senaman yang telah direka dan diperkenalkan untuk memberikan manfaat kesihatan kepada kita. Hampir kesemuanya mampu membuatkan kita melatih diri untuk jadi lebih cergas dan mendapatkan kesihatan fizikal serta mental lebih baik.
Pernahkah anda dengar tentang senaman plyometrik?
Senaman plyometrik merupakan sejenis aktiviti senaman aerobik yang digunakan untuk meningkatkan tahap kelajuan, ketahanan dan juga kekuatan badan. Ia juga menuntut untuk anda melatih pergerakan otot kepada kemamuan maksimum dalam masa yang singkat.
Tururt dikenali sebagai senaman lompatan, plyometrik kebiasaannya menjadi pilihan untuk mereka yang ingin mencapai tahap kecergasan pada tahap tertinggi. Jadi buat mereka yang sudah aktif bersenam inilah cabaran yang harus dicuba!
Kelebihan senaman plyometrik
1. Menghasilkan pembakaran tenaga yang banyak dalam masa yang singkat. Aktiviti ini melibatkan pelbagai pergerakan dan otot, oleh itu tenaga yang banyak digunakan.
2. Melakukan senaman ini dalam pengulangan yang banyak (muscular endurance) dapat meningkatkan kadar metabolisme serta membakar lebih banyak kalori.
3. Aktiviti seperti power push up and throw ball menghasilkan stres pada otot dan tulang, ia meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis. Meningkatkan kekuatan dan membentuk otot.
Plyometric push-ups
Mulakan dengan badan dalam kedudukan tekan tubi.
Menggerakkan badan sehingga bola berada di kedudukan hadapan dada sambil meluruskan tangan.
Menggerakkan badan ke arah yang berlainan dengan kedudukan permulaan.
Plyometric jackknife
Badan di dalam keadaan tekan tubi dengan bola diletakan di bahagian kaki.
Mengangkatkan pinggang/punggung setinggi yang anda mampu dengan tangan dan kaki dikekalkan kelurusannya.
Kembali ke posisi tekan tubi semula dengan tangan dibengkokkan.
Gaya hidup sihat yang moden pada masa kini menyaksikan semakin ramai lebih selesa menggunakan gimnaisum untuk aktiviti senaman mereka. Dan antara perlatan yang cukup popular digunakan ialah mesin treadmill.
Aktiviti larian sememangnya semakin hari semakin popular dan bersesuaian pula dengan cuaca di negera kita yang kadangkala panas terik dan hujan lebat, mesin treadmill adalah option yang paling sesuai.
Tapi sedarkah korang bahawa untuk berlari dengan menggunakan mesin treadmill haruslah dengan teknik yang betul? Jika menggunakan treadmill dengan cara melulu ia boleh mendatangkan kecederaan.
Berikut merupakan 5 kesalahan utama yang dilakukan oleh ramai orang ketika berlari menggunakan mesin treadmill.
1. Memulakan larian dengan kadar kelajuan tinggi
Jangan dera diri sendiri! Relaks dan berlarilah dengan lebih perlahan pada peringkat permulaan. Build up your speed perlahan-lahan agar badan anda mula berasa selesa. Jika terus dengan menggunakan kelajuan treadmill yang tinggi silap haribulan boleh muntah.
2. Tidak panaskan badan sebelum mula
Mungkin anda bertanya, “berlari indoor menggunakan treadmill pun kena warmingup dulu ke”. Ya, memang kamu perlu panaskan badan terlebih dahulu. Sudah banyak kes melibatkan orang yang berlari menggunakan mesin treadmill mengalami kejang otot terutamanya di bahagian betis dan kaki akibat tidak memanaskan badan terlebih dahulu.
3. Rasa tercabar dan bersaing dengan orang sebelah
Menggunakan mesin treadmill di gimnasium merupakan aktiviti yang dilakukan di kawasan yang bukan eksklusif untuk kita sahaja. Jadi besar kemungkinan anda akan sentiasa duduk bersebelah dengan individu tidak dikenali. Treadmill bukan balapan ya. Jangan berasa tercabar dengan orang sebelah dengan pace dia yang laju. Tak guna nak tunjuk hero di tempat yang salah. Hanya buat sakit badan sahaja.
4. Badan terlalu condong ke depan
Antara tip terbaik menggunakan mesin treadmill terutama buat beginner ialah menjaga posisi bahu agar ia selari dengan kaki. Jangan condongkan badan terlalu ke depan kerana ia boleh meningkatkan risiko cedera. Dan sila janga langkah agar kaki tidak terlalu rapat dengan bahagian depan treadmill. Silap langkah kamu boleh memijak bahagian hadapan yang di luar mesin treadmill.
5. Tangan sentiasa di pemegang treadmill
Petanda seseorang itu kepenatan bila menggunakan mesin treadmill ialah tangannya sentiasa di bahagian pemegang. Dan satu lagi kerana menggunakan kadar kelajuan yang tidak sesuai dengan diri lalu untuk elakkan diri daripada terjatuh, tangan secara otomatik akan berada di pemegang. Jika dibiarkan lama otot tangan akan berasa lenguh dan lama-kelamaan boleh kejang!
Teruskan melakukan aktiviti larian tidak kiralah di luar ataupun di treadmill. Sama-sama kita jayakan gaya hidup yang lebih sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.