
Tidak dapat dinafikan setiap hari kita memang banyak menggunakan telefon pintar dalam tempoh yang agak lama.
Apatah lagi jika anda merupakan seorang ‘kaki’ laman media sosial yang sangat aktif. Ketika skrol memang tidak terasa sangat. Namun lama-kelamaan tangan dan jari pasti akan berasa lenguh.
Jadi kali ini MASKULIN ingin membantu anda dengan berkongsi beberapa cara melakukan senaman jari dan tangan bagi mengurangkan rasa lenguh dan sakit tersebut.
1
Pertama sekali genggam tangan anda dengan memasukkan ibu jari ke dalam.Tahan selama 30 hingga 60 saat kemudia buka tangan perlahan-lahan seluas yang mungkin. Ulang beberapa kali.
2
Letakkan tapak tangan anda di atas permukaan rata. Perlahan-lahan rapatkan tapak tangan menjadi serata yang mungkin. Tahan selama 30 saat dan ulang selama dua atau tiga kali.
3
Ini senaman untuk berikan kelegaan pergerakan jari. Buka tapak tangan dan bengkokkan jari ke dalam seperti melakukan cakar. Tahan selama 30 saat kemudian lepas. Ulang sebanyak dua atau tiga kali.
4
Dapatkan stress ball atau anda boleh guna sebarang objek lembut contohnya plush toy. Ini senaman unutk menguatkan otot jari dan ibu jari. Tekan dengan perlahan-lahan di antara celah jari dan tahan selama 30 ke 60 saat.
5
Sekali lagi rapatkan tapak tangan di atas permukaan. Kemudian perlahan-lahan angkat satu demi satu jari ke atas. Ulang sebanyak 10 kali untuk setiap tangan.
6
Senaman tangan dan jari ini pula memerlukan anda seutas getah pengikat. Letakkan tangan di atas meja kemudian letak gelung getah meliliti tangan. Perlahan-lahan buka ibu jari ke luar. Lakukan sebanyak beberapa kali.
Kredit: WebMD
Udara Yang Tidak Baik & Penghawa Dingin Di Restoran Boleh Sebarkan COVID-19 Dari Meja Ke Meja

Seseorang yang batuk akan menyemburkan 3,000 titisan air halus dari mulut lalu melekat di pakaian, permukaan barangan atau terkena pada individu yang berhampiran.
Bayangkan jika individu yang batuk tersebut positif virus COVID-19, pasti virus ini akan mudah tersebar ke individu yang lain.
Ini kerana menurut World Health Organization (WHO), virus COVID-19 boleh tersebar menerusi titisan air daripada individu positif kepada individu yang lain.
Kita semua sedia maklum, bermula hari ini kedai makan dan restoran telah diberi kebenaran untuk memulakan operasi.
Jadi sebagai langkah pencegahan untuk mengelak jangkitan virus COVID-19, pastikan pemilik kedai makan, restoran dan pembeli mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Public Health Malaysia berkongsi satu kejadian kluster di sebuah restoran di Guangzhau, China yang menunjukkan bagaimana kesan pengudaraan yang tidak baik dan penggunaan penghawa dingin boleh menyebabkan penyebaran virus corona lebih jauh dari yang disangka.
Jangkiti 9 pelanggan
Dalam kejadian tersebut, seorang individu yang telah dijangktii Covid 19 tetapi TIDAK BERGEJALA telah menyebabkan jangkitan pada 9 pelanggan restoran yang lain.
Kajian mendapati, tiupan penghawa dingin telah menyebabkan titisan air yang mengandungi virus terbang dari meja C ke meja A dan kemudiannya ke meja B
Semasa sedang makan, pelanggan perlu membuka topeng muka dan biasanya akan berbual. Ini menjadikan restoran satu tempat yang berisko untuk berlaku penyebaran virus.
Kejadian kluster ini menunjukkan
✔️ Kepentingan pengudaraan dalam restoran
✔️ Kepentingan pelanggan restoran untuk memberi maklumat peribadi kpd restoran
✔️ Risiko untuk makan di dalam restoran yang berhawa dingin.
Pilihlah untuk bawa pulang makanan, menggunakan perkhidmatan e hailing, atau masak sendiri di rumah.
Sumber
Lu J, Gu J, Li K, Xu C, Su W, Lai Z, et al. COVID-19 outbreak associated with air conditioning in restaurant, Guangzhou, China, 2020. Emerg Infect Dis. 2020 Jul
Beza Tarian Singa Dan Tarian Naga, Ini 2 Ceritanya Yang Ramai Orang Tak Tahu!

Setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina, tarian singa dan tarian naga akan mudah kelihatan di banyak lokasi.
Tujuannya adalah untuk memeriahkan majlis namun di sebalik tarian yang kini sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat Cina, kedua-duanya ada kisah tersendiri :
Tarian singa
Adat tarian singa ini telah menjangkau usia lebih seribu tahun. Di China, tarian singa terbahagi kepada dua bentuk iaitu Singa Utara dan Singa Selatan. Perbezaannya boleh dilihat menerusi bentuk, corak, warna dan banyak lagi.
Menurut legenda pada awal Dinasti Ming di Guangdong, wujud seekor raksasa yang akan muncul setiap kali tahun baru. Raksasa itu akan keluar lalu merosakkan tanaman, memudaratkan manusia serta haiwan.
Penduduk tempatan amat takut dengan raksasa itu kemudiannya, ada seseorang tampil mencadangkan untuk mereka melakukan tarian singa bagi menakutkan raksasa itu.
Melihat tarian singa dan paluan gendang yang dimainkan, raksasa tersebut akhirnya ketakutan lalu melarikan diri dari kawasan kediaman penduduk tempatan.
Oleh itu, penduduk percaya bahawa singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh membawa nasib baik.
Selepas itu, setiap kali Tahun Baru menjelma, rakyat akan bermain Tarian Singa untuk meraikan Tahun Baru Cina.
Tarian naga
Tarian naga adalah seni unik ketika sambutan Tahun Baru Cina yang berasal daripada budaya Dinasti Han dan ia sudah berusia kira-kira 2,000 tahun.
Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh mengurniakan air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga supaya menurunkan air hujan ketika musim kemarau.
Tarian naga ini kemudiannya menjadi aktiviti budaya dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina sangat memuja naga sebagai simbol tuah.
Untuk Dinasti Tang dan Song, tarian naga telah menjadi aktiviti semasa perayaan penting.
Pada perayaan Tahun Baru Cina, kawasan bandar dan luar bandar di China telah ada adat bermain tarian naga.
Selepas beribu-ribu tahun, tarian naga telah menjadi tarian yang istimewa. Rakyat bukan sahaja berdoa untuk mendapat hujan dan hasil tuaian yang baik, tetapi juga mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan menyampaikan perasaan gembira.
Bahan utama untuk membuat naga adalah rumput, buluh, kertas kayu, kain dan lain-lain. Selepas hiasan, naga akan mempunyai nilai seni yang tinggi menggunakan jalur buluh ditenun silinder untuk membentuk sangkar, kemudian dipakaikan pakaian membentuk naga yang cantik.
Orang ramai menyalakan lilin atau lampu minyak dalam sangkar naga, kemudian menunjukkan tarian naga pada waktu malam yang sangat menarik.
Adat bermain naga telah dibawa ke luar negara dan semasa perayaan tradisional dan perayaan utama orang Cina, mereka akan menari tarian naga untuk menunjukkan semangat orang Cina.
Tip Melancong Secara Solo Ke Luar Negara Dengan Selamat

Sempena hujung tahun dan tahun baru 2019 yang bakal menjelma pasti ramai di kalangan anda mengambil peluang untuk bercuti dan mengembara sama ada di dalam atau di luar negara.
Dengan pelbagai lokasi menarik yang kini boleh disinggahi dengan kos yang cukup berpatutan ramai yang semakin berani mengembara seorang diri.
Bahkan ia kini menjadi salah satu trend yang amat popular terutama di kalangan lelaki muda yang ingin mencari pengalaman dan kelainan dalam hidup mereka.
Akan tetapi walau betapa adventurous dan beraninya anda terdapat beberapa perkara penting yang harus dititik beratkan jika ingin mengembara seorang diri di luar negara. Ikuti 10 tip di bawah!
Research dahulu
Buat perancangan dan kajian yang mendalam sebelum pergi ke sesebuah negara atau lokasi. Ambil tahu kadar jenayah di negara tersebut dan baca review-review yang dikongsikan oleh pengembara sebelum ini di Internet.
Jangan bawa banyak barang berharga
Kalau boleh tinggalkanlah segala barang kemas yang mahal di rumah dan jangan dibawa semasa mengembara secara solo. Ia boleh merendahkan lagi risiko dirompak. Jika memakai barang kemas anda boleh menjadi sasaran penjenayah yang tak berhati perut.
Bawa yang perlu sahaja
Ketika keluar untuk berjalan-jalan tidak perlu membawa duit yang banyak, kad kredit atau segala peralatan elektronik yang mahal. Stay low profile dan bawa apa yang anda rasakan perlu sahaja.
Jangan mudah percaya
Ia kedengaran seolah-olah sangat sinikal dan prejudis. Tapi begitulah lumrah dunia sekarang yang penuh dengan macam-macam jenis orang apatah lagi penjenayah. Ya, anda perlu bersopan dan sentiasa bercakap dengan ramah tetapi ingat jangan mudah percayakan orang asing.
Awasi apa yang anda makan
Jika baru kenal dengan orang asing berhati-hatilah dengan apa yang mereka beri anda makan atau minum.
Simpan dan bawa nombor kecemasan
Setiap negara mempunyai nombor kecemasan yang berbeza. Tidak sukar untuk mencari nombor tersebut kerana ia pasti akan ada di mana-mana sahaja. Selain itu, anda juga perlu simpan nombor telefon kedutaan Malaysia. Just in case kalau ada apa-apa kecemasan berlaku. Dan satu perkara lagi tolonglah inform kepada ibu bapa atau adik-beradik ke mana sahaja anda pergi.
Pilih tempat tinggal selamat
Tempat penginapan juga perlu anda tekankan faktor keselamatan. Carilah hotel atau hostel yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik. Jangan kerana harganya murah anda ketepikan soal keselamatan pula.
Simpan salinan dokumen penting
Untuk worst case scenario, salinan dokumen ini sangat penting sekali. Bawa dan simpan di tempat selamat salinan passport, kad pengenalan dan juga dokumen penting yang lain.
Insurans perjalanan
Ya, insurans perjalanan atau travel insurance sangat penting. Ia merupakan back up kepada anda jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Kita hanya mampu merancang tetapi tidak dapat menjangka apa yang berlaku di masa akan datang.
Sentiasa berhubung
Amatlah penting untuk salah seorang ahli keluarga sentiasa up-to-date akan di mana keberadaan anda. Contohnya nama hotel kamu menginap, nombor penerbangan dan juga lokasi yang bakal dituju.