Selalunya perempuan je kan buat masker untuk putihkan muka. Haa kali ni lelaki pulakk, ingat lelaki tak perlu muka bersih dan putih ke..paling-paling pun bersih la kan..Ini petua orang dulu-dulu yang katanya diamalkan dari dulu lagi..
Hanya perlukan kunyit, tepung beras dan air…
Saudara Wafiy ini kongsikan tip untuk mendapatkan kulit yang bersih tanpa cela menggunkan masker kunyit ini.
Paling sesuai untuk masalah jerawat+parut tapi jgn pakai hari-hari tau..Seminggu sekali sahaja..
Rempah yang mempunyai warna kuning terang ini berasal dari benua Asia khususnya Asia Tenggara dan sesetengah juga berpendapat ia berasal dari India. Kunyit juga dipercayai telah dijadikan sebagai bahan tradisional yang mengubati penyakit pada zaman terdahulu.
Ads
Bahan-bahan:
1- Beras (segenggam – ikut kelebaran muka masing2)
2- Kunyit hidup atau serbuk
3- Air (air kosong okay jangan letak air sirap pulak)
Cara Buat:
1- Rendam beras (30minit atau sampai kembang semangkuk)
Ads
2- Campur beras yang dah kembang tadi dengan kunyit
3- Tumbuk campuran beras kunyit atau blend guna blender sampai lumat.
4- Letak sedikit air (jika terlalu pekat)
Ads
Cara Pakai:
Cuci muka dengan airr bersih dan keringkan dengan towel bersih.
Tempek masker beras kunyit ke seluruh muka.
Biarkan 15 minit / hingga kering
Bilas muka dengan air bersih.
Manfaat: Wajah kelihatan lebih berrsih, segar, lembab dan lembut. Boleh memudarkan kesan jerawat. Wajah pon jadi peloles youallllllls.
Pesanan : Kalau nak senang beli je masker kunyit yang dah siap, tunggu tepek je kat muka tu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun dah berehat panjang dan tidur secukupnya tapi masih rasa letih. Buat kerja sikit dah letih. Bila terlalu letih dan jadi hypo, mulalah nak minum kopi segera atau makanan manis..kononnya nak tambah tenaga…
Toksin atau racun dalam tubuh ini sebenarnya bukan hanya melalui pemakanan tapi juga kesan pengambilan ubat-ubatan, udara kotor, radiasi, dehidrasi dan amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok.
Tapi apa yang menakutkan tak ramai tahu bahawa tubuh mereka sebenarnya penuh dengan toksin atau racun. Jika dibiarkan mampu membahayakan organ penting tubuh terutamanya ginjal yang berfungsi menyaring racun dalam tubuh. Sebelum terlambat ada baiknya kita semak tanda-tanda tubuh yang penuh toksin.
Sistem usus setiap hari bantu tubuh untuk membasmi kandungan toksin. Apabila seseorang diserang sembelit (kesukaran membuang air besar), ini bermakna tubuh kita secara senyap sedang mengumpul toksin sehingga menyebabkan tubuh memberi reaksi negatif llau mengundang sembelit.
Perut juga akan terasa pedih malah akan mempengaruhi penyakit lain timbul seperti sakit kepala, sakit dan lenguh-lenguh badan serta kepenatan yang melampau.
Antara punca utama menyebabkan toksin terkumpul adalah rutin pengambilan makanan proses yang sebenarnya dipenuhi kimia, bahan perosakk serta pengawet.
Dah tidur awal secukupnya pun masih berasa letih keesokan paginya? Ini mungkin merupakan tanda bahawa tubuh anda sukar membebaskan toksin. Setiap hari toksin terkumpul tanpa dikeluarkan membuatkan tubuh anda semakin letih dan kesilapan yang anda lakukan adalah mengambil lebih banyak makanan manis dan minuman kopi untuk terus mengekalkan tenaga. Walhal… makanan sebegitulah yang akan merosakkan hormon dan sistem imunasasi lalu menyebabkan tubuh dilimpahi toksin berbahaya.
Apabila seseorang mengalami tekanan, tubuhnya akan melepaskan sejenis hormon ke dalam saluran darah untuk menstabilkan kembali fungsi normal tubuh (supaya berasa lebih relaks). Tetapi, andainya individu berkenaan terus-menerus berasa tertekan untuk jangka masa yang panjang, hormon itu akan terkumpul lalu menjadi toksin sehingga menyebabkan sakit kepala serta migrain.
Saat berasa tertekan, lekas cari ruangan yang gelap untuk lelap dan berehat menenangkan diri.
Lidah berwarna kuning lazimnya berpunca daripada keadaan organ hati yang terjejas. Sebaik kulit dan bebola mata juga sudah berubah menjadi kuning, sila lekas berjumpa doktor kerana hati dan hempedu anda mungkin sudah berada dalam keadaan kritikal.
Manakala, lidah berwarna putih yang dikaitkan dengan simptom toksin bisa menandakan jangkitan atau kondisi prabarah.
Masalah kulit beruam dan berjerawat adalah angkara yang sering dikaitkan dengan toksin dalam badan.
Untuk pengetahuan umum, jerawat biasanya timbul disebabkan kandungan toksin yang terdapat dalam makanan serta rangkaian penjagaan kulit. Adakalanya, keadaan mata sembab berkantung dan ekzema atau psoriasis juga merupakan simptom tubuh anda mengandungi toksin berlebihan.
Badan kurus tapi perut buncit? Sebuah kajian terbaharu dari Sweden mendapati toksin jenis PCB (polychlorinated biphenyl) mempunyai hubung kait dengan lemak perut. Toksin ini akan menggalak tubuh untuk menyimpan lemak berlebihan pada kawasan sekitar perut.
Cara terbaik untuk membebaskan toksin jika anda mengalami perut buncit sebegini adalah bersenam secara kerap, mengambil makanan sihat, makan dalam kuantiti kecil dan tidur secukupnya.
Seseorang lebih kerap akan berasa panas kerana kandungan toksin dalam tubuh yang semakin meningkat. Cara terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini adalah dengan berpuasa. Ini akan mengurangkan had diri anda untuk makan makanan yang berasaskan lemak tepu serta bergula. Tapi hati-hati kerana kadang-kala apabila berpuasa tubuh akan terdedah kepada masalah dehidrasi.
Minumlah banyak air kerana itu akan bantu mengeluarkan toksin dari tubuh dan boleh makan banyak yogurt serta tempe untuk melancarkan sistem penghadaman.
Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk memberus sekali lidah semasa memberus gigi kerana pada bahagian lidahlah banyak sisa makanan yang tertinggal seterusnya menjadi toksin kerana tidak dibersihkan secara rapi.
Oh! Menghirup udara dalam-dalam sebelum melepaskan juga dapat membebaskan toksin menerusi paru-paru.
Selamat beramal! ❤
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menurut Han’s Frag, seorang penggemar dan reviewer minyak wangi di TikTok, pemakaian perfume terus pada kulit memberikan aura yang lebih dekat dan peribadi.
Ini kerana setiap individu mempunyai body chemistry yang berbeza, menjadikan bau minyak wangi lebih unik dan berkembang mengikut suhu serta pH badan.
Haba dari tubuh membantu perfume menghasilkan lapisan bau yang lebih natural dan memikat.
Antara tempat terbaik untuk menyembur minyak wangi di kulit ialah pulse points seperti pergelangan tangan, leher dan belakang telinga kerana kawasan ini menghasilkan haba yang boleh meningkatkan ketahanan bau.
Namun, bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, ada risiko iritasi, jadi lebih baik menguji perfume terlebih dahulu sebelum menyemburnya terus pada kulit.
Jika anda mahu wangian yang lebih tahan lama, menyembur minyak wangi pada baju adalah pilihan yang lebih baik.
Fabrik mampu ‘memegang’ molekul minyak wangi lebih lama berbanding kulit, menjadikan bau lebih kekal dan boleh bertahan sepanjang hari.
Anda boleh menyembur perfume pada baju, selendang atau blazer untuk memastikan wangian berpanjangan.
Namun, perlu berhati-hati kerana sesetengah minyak wangi boleh meninggalkan kesan kotoran pada fabrik putih atau sutera.
Selain itu, bau perfume pada baju tidak akan berubah seperti di kulit, menjadikannya lebih statik tanpa perkembangan lapisan aroma.
Jika anda mahukan keseimbangan antara bau yang lebih peribadi dan ketahanan yang lebih lama, gabungkan kedua-dua teknik ini.
Semburkan sedikit minyak wangi di kulit, terutama di kawasan pulse points dan juga pada pakaian, seperti bahagian bahu atau dada.
Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat menikmati wangian yang berkembang secara semula jadi di kulit, tetapi juga memastikan bau kekal sepanjang hari pada pakaian anda.
Akhirnya, pilihan antara menyembur minyak wangi di kulit atau baju bergantung kepada keperluan dan keselesaan anda.
Dan jika anda inginkan gabungan terbaik daripada kedua-duanya, gunakan kedua-dua cara ini secara seimbang.
Apa pun pilihan anda, pastikan anda memakai minyak wangi dengan betul agar wangian itu dapat menyerlahkan personaliti dan keyakinan anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun ia tidak jelas sejauh mana genetik kita mempengaruhi berat badan kita, ia diterima bahawa genetik memang memainkan peranan dalam indeks jisim badan (BMI). Berikut adalah beberapa cara bagaimana genetik mempengaruhi berat badan.
Sindrom Genetik
Beberapa keadaan genetik secara langsung boleh menjejaskan tahap berat badan seperti dalam kes mereka yang mempunyai sindrom Prader-Willi,sindrom Bardet-Biedl, sindrom Cohen, sindrom Ayazi atau sindrom MOMO. Walau bagaimanapun, keadaan ini amat jarang berlaku dan ia hanya sebahagian kecil kes obesiti di Amerika Syarikat.
‘Gen Obesiti’
Walau bagaimanapun, terdapat sebab lain, yang lebih biasa, iaitu ciri-ciri genetik seseorang individu itu sendiri yang boleh dikaitkan dengan obesiti.
Pada tahun 2007, penyelidik mengenal pasti genetik berkaitan obesiti dikenali sebagai FTO, yang dikatakan “perkara biasa”. Mereka yang mempunyai genetik ini berisiko sebanyak 20% ke 30% lebih tinggi untuk obesiti berbanding orang yang tidak mempunyai genetik tersebut.
Harus diingat bahawa 40% daripada orang Eropah dan 42% daripada penduduk Asia Tenggara membawa genetik obesiti yang berisiko, manakala hanya 5% daripada Afrika. Jelas sekali, terdapat beberapa perbezaan antara mereka yang membawa genetik dan mereka yang sebenarnya obes.
Ia seolah-olah bahawa tidak semua mereka yang mempunyai genetik obesiti akan menjadi gemuk, dan bahawa banyak kes obesiti dipengaruhi oleh persekitaran (atau lain-lain) origin, bukannya genetik semata-mata.
Hormon dan Obesiti
Hormon memainkan peranan yang besar dalam kesihatan kita, yang mana ia adalah begitu penting untuk memastikan tubuh anda seimbang. Hormon kita bertanggungjawab untuk mengawal selia banyak perkara contohnya selera makan, tidur, penghadaman, mood, kesuburan dan banyak lagi.
Kekurangan leptin dalam badan akan menyebabkan selera makan anda meningkat jadi berat badan anda juga akan bertambah, dan ia juga akan menyebabkan ketidakupayaan untuk mengurangkan berat badan. Mengembalikan tahap leptin dalam badan boleh menyelesaikan masalah-masalah ini.
Genetik yang diwarisi ini dikenali sebagai kekurangan leptin yang wujud sejak lahir – di mana badan yang mempunyai hormon ini pada tahap rendah, akan membawa kepada obesiti di kalangan kanak-kanak.
Malah, satu kajian tahun 2015, pemerhatian ke atas dua adik-beradik – seorang gadis yang berumur 9 tahun dan adik beliau berumur 6 tahun obes tahap kritikal – mendapati bahawa kekurangan leptin sejak lahir adalah sebab utama.
Merawat kedua-dua kanak-kanak tersebut dengan leptin akan membawa kepada “penambahbaikan yang cepat terhadap cara pemakanan dan kehilangan berat badan”. Masalah kekurangan leptin sejak lahir biasanya didiagnosis beberapa bulan pertama dalam kandungan dan ia adalah gangguan yang amat jarang berlaku di mana hanya beberapa kes yang dilaporkan dalam sejarah perubatan.
Adakah Saya Ditakdirkan untuk Menjadi gemuk?
Jika anda salah seorang daripada orang-orang yang secara genetik terdedah kepada penambahan berat badan, anda mungkin akan berasa sukar untuk melakukan perubahan.
Tetapi anda perlu tahu bahawa, hanya kerana anda mempunyai genetik tersebut, anda tidak semestinya ditakdirkan untuk turut mendapat berat badan berlebihan.
Perhatikan kes dua kanak-kanak tadi, para penyelidik mendapati bahawa alam sekitar dan pilihan gaya hidup memainkan peranan yang jauh lebih besar dalam pengurusan berat badan berbanding genetik.
Diet
Sama seperti orang lain yang sedang berusaha untuk mendapat berat ideal, diet seimbang yang bebas daripada makanan segera, makanan berlemak, gula dan garam berlebihan adalah satu kemestian.
Kajian tahun 2014 yang mana dijalankan satu pemerhatian tentang cara pemakanan dan berat badan terhadap 37,000 orang, mendapati bahawa makanan berlemak dan makanan yang digoreng boleh berkait dengan genetik obesiti, dan akan meningkatkan risiko berat badan.
Diet anda hendaklah yang berasaskan biji-bijian, sayur-sayuran hijau dan sayur-sayuran lain, buah-buahan, protein tanpa lemak dan lemak yang baik. Jumlah makanan yang dimakan juga mempengaruhi. Ia kini lebih mudah jika dibanding sebelum ini untuk mendapat makanan ringan atau hidangan drive-thru tidak kira di mana kita berada bukan? Sedangkan kadang-kadang kita sebenarnya tidak memerlukannya pun.
Jadi beri lebih perhatian kepada makanan dan pengambilan kalori anda dan anda akan mendapati ia akan lebih mudah untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Senaman
Untuk setiap orang, tanpa mengira matlamat berat badan anda, anda sebenarnya memang perlukan senaman untuk kesihatan jantung dan tulang anda, serta mengurangkan risiko kemurungan, kanser dan kencing manis.
Kami mencadangkan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu anda lakukan aktiviti aerobik secara sederhana atau 75 minit aktiviti aerobik yang lasak, di selangi dengan senaman latihan kekuatan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Apabila fokus anda kepada proses penurunan berat badan, anda mungkin perlu melakukan lebih daripada ini … tetapi percayalah ia akan menjadi satu usaha yang berbaloi untuk anda!
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa dengan melakukan senaman yang cukup boleh mengatasi beberapa risiko obesiti yang berkaitan genetik. Satu kajian pada tahun 2008 terhadap lebih daripada 17,000 orang, mendapati bahawa orang yang tidak aktif dan mempunyai genetik obesiti mempunyai BMI lebih besar daripada orang yang tidak aktif tanpa genetik tersebut.
Tetapi, orang yang mempunyai genetik tersebut yang kerap membuat senaman mempunyai BMI yang sama dengan mereka yang tidak mempunyai genetik tersebut.
Tambahan lagi, analisis ke atas 54 kajian, pada hampir 240,000 orang, mendapati bahawa mereka yang mempunyai genetik FTO mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk obesiti, tetapi senaman yang dilakukan adalah satu-satunya cara mereka untuk mengurangkan risiko obes.
Orang dewasa yang aktif dan mempunyai genetik obesiti berisiko 30% lebih rendah daripada orang dewasa yang tidak aktif yang mempunyai genetik tesebut.
Sumber : Diarikurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.