Malang memang tidak berbau, yelah tengah elok-elok bawak kereta sekali ada pulak batu melayang ke cermin kereta kita akibat daripada brader potong rumput kat tepi jalan tu. Agaknya apa yang korang akan buat?
Jangan Panik. Sila berenti ke tepi.
Jangan panik. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan brader mesin rumput tu. Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor brader yang membuat kerja mesin rumput itu.
Ads
Setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans
Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan cover note insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.
Ads
Setelah dapat nama syarikat, semak dengan pihak syarikat siapa bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit? Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.
Ads
Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, dan nama jalan serta kawasan di mana kejadian berlaku.
Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.
Larrie menyambut ulang tahunnya yang ke-40 pada tahun ini. Bagi meraikan peristiwa istimewa ini, Larrie telah memperkenalkan koleksi bertemakan “Musim Bunga Serbia”. Terkenal dengan bandar yang meriah di Eropah Timur, “City That Never Sleeps” ini popular dengan seni bina sejarahnya, fesyen jalanan dan keceriaan suasana pada waktu malam.
Ciri-ciri yang ditampilkan dalam koleksi “Musim Bunga Serbia” Larrie dapat memberi kelainan kepada si pemakai. Warna-warna utama pada kali ini terdiri daripada ungu, hijau, biru, kelabu dan merah. Kelainan yang ditonjolkan kali ini adalah dari koleksi LaKnit Larrie, yang menampilkan kasut yang berteknologikan LaKnit.
Koleksi Larrie Untuk Lelaki
Dipengaruhi oleh kehidupan moden di bandar lama Belgrade, koleksi untuk lelaki bagi musim ini mengenengahkan rekaan kasual sukan dan sneakers dalam rona-rona gelap seperti coklat gelap, kelabu dan biru gelap. Loafers Larrie juga ditambah perincian seiring dengan transformasi dan pemodenan fesyen di Belgrade, Serbia. Rekaan klasik Larrie ini boleh didapati dalam warna biru laut, kelabu, coklat, dan hijau zaitun.
Rekaan utama bagi lelaki iaitu koleksiLaKnit Larrie direka sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti, serta selesa kerana diperbuat daripada bahan yang ringan dan mempunyai peredaran udara. Diperbuat daripada fabrik yang berkualiti dan bermutu menjadikan ia tampak lebih kemas. Setiap rekaan direka dengan fungsi tertentu bagi memberikan keselesaan dan fleksibiliti kepada pemakai.
Koleksi Larrie Untuk Wanita
Diilhamkan oleh wanita-wanita moden di Belgrade, koleksi Larrie untuk perempuan menampilkan rekaan klasik dari warna-warna terang. Slip-ons, wedges dan sandal terbuka di bahagian jari dengan tapak yang nipis ini boleh didapati dalam warna gangsa, emas, ungu, putih, dan merah. Sandal kasual terbaru juga dilengkapi dengan straps boleh laras untuk keselesaan berganda buat pemakai.
Kasual sukan turut ditawarkan dalam rona-rona seperti merah, biru laut, merah gelap dan ungu. Rekaan Ballet ditambah dengan perincian untuk menambah gaya feminine pada koleksi tersebut. Kesemua kasut diperbuat daripada getah yang lembut dan mempunyai peredaran udara yang baik untuk memberi keselesaan kepada pemakai.
Koleksi terbaru Larrie boleh didapati di gedung-gedung membeli-belah utama di seluruh negara dan dalam talian di www.kutsukutsu.com . Harga bermula dari RM 89.00 hingga RM 179.00 bagi kasut lelaki dan dari RM 39.00 hingga RM 129.00 untuk kasut perempuan. Untuk keterangan lanjut, layari http://www.facebook.com/Larrie78 atau www.larrieshoes.com.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Negara kita bakal menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh lebih kurang seminggu lagi. Mungkin ramai tertanya-tanya adakah PKP akan dilanjutkan ke fasa lebih lama?
Semua bakal terjawab pada 10 April nanti. Buat masa sekarang majoriti rakyat Malaysia telah mematuhi PKP dalam peratusan yang amat baik seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pertananan, Dato’ Sri Ismail Sabri semalam.
Setiap hari pasti kita akan setia menantikan laporan terkini daripada beliau dan juga seorang lagi figura yang sangat hebat pada ketika ini iaitu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Saban hari beliau tampil cukup tenang berdepan dengan media bagi memberikan laporan dan situasi terkini negara menghadapi wabak COVID-19. Tidak cukup di laporan media konvensional, beliau juga aktif memberikan nasihat, peringatan dan informasi yang cukup berguna kepada warganet di laman media sosial.
Terbaru, beliau mengulas mengenai kebimbangan orang ramai terhadap pekerja restoran yang menyediakan perkhidmatan bawa pulang dan potensi untuk dijangkiti menerusi makanan.
“Kita belum dengar yang virus ini merebak menerusi makanan, tapi apa yang penting jika salah seorang pekerja positif, maka kita perlu saring kontak rapat di restoran itu,” katanya pada sidang media harian, di sini.
Terdahulu, terdapat laporan bahawa perkhidmatan makanan bawa pulang di IKEA Tebrau, Johor ditutup sementara sehingga diberitahu kelak kerana salah seorang pekerjanya didapati positif COVID-19.
IKEA Tebrau dalam satu kenyataan di laman webnya, memaklumkan mengenai seorang petugas didapati positif pada 1 April dan pihaknya bekerjasama rapat dengan pegawai kesihatan awam demi memastikan keselamatan petugas dan pelanggan diutamakan.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu garis panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung keperluan memakai penutup mulut dan hidung berada di tempat awam.
“Bagaimanapun, kami menggalakkan agar petugas kesihatan dan juga barisan hadapan seperti polis memakai penutup mulut dan hidung.
“Kepada orang awam pula, jika mereka mempunyai gejala, pakai penutup mulut dan hidung. Sekiranya anda mendedahkan diri kepada orang ramai, mungkin anda perlu memakai penutup tersebut,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
PE bermaksud seseorang lelaki mengalami ejakulasi dengan rangsangan seksual minimum dan lebih awal daripada diingini. Bagi pasangan yang kehidupan seksual mereka aktif, masalah ini boleh menjejaskan hubungan intim. Ia juga memberi impak negatif kepada kualiti hidup dan kepuasan seksual pasangan secara keseluruhan. Ia boleh menyebabkan kekecewaan dan mengganggu keintiman yang juga komponen penting dalam kepuasan hubungan orang dewasa.
Ini sekali gus menyebabkan berlaku tekanan dan kekecewaan ketika melakukan aktiviti itu yang akhirnya memberi kesan kepada kualiti hidup. Ia boleh berlaku pada semua tanpa mengira usia. Kekurangan pendidikan dan kesedaran menyebabkan ramai lelaki menganggap ia perkara biasa sedangkan sebenarnya boleh mengganggu kualiti kehidupan mereka bersama pasangan.
Masyarakat juga sering menganggap perkara ini sebagai tabu (pantang-larang) yang seolah-olah menjadi‚ kesalahan ‘jika dibincangkan secara umum. Sebenarnya, PE boleh dirawat bagi membantu meningkatkan kualiti hidup setiap pasangan.
PE masih dianggap ‘pantang ‘di Asia disebabkan pesakit malu berkongsi masalahnya dengan orang lain. Secara umumnya, lelaki mempunyai jangkaan tidak realistik mengenai prestasi seksual mereka. Dalam kes tertentu, ia menimbulkan kebimbangan secara berlebihan. Wanita pula kebanyakannya sukar meluahkan keperluan seksual mereka yang mengakibatkan kedua-dua pihak tertekan dan bimbang secara bersendirian.
Golongan lelaki boleh mengalami PE walaupun pada kali pertama melakukan hubungan intim atau ia boleh terjadi dalam kehidupan mereka selepas beberapa tahun tidak pernah berdepan masalah itu. Perasaan dialami pesakit PE boleh disamakan dengan bersin, iaitu mereka menyatakan tahu ia akan berlaku tetapi tidak dapat melakukan apa-apa untuk menahannya.
Sehingga kini, pesakit PE sukar dirawat secara terus, malah ramai menderita dalam diam dengan mengelak melakukan hubungan intim dan bergantung pada rawatan kurang berkesan atau membeli produk tidak terkawal secara online.
Dalam satu kajian diterbitkan oleh Journal of Sexual Medicine, hampir 5,000 lelaki berusia 18 hingga 65 tahun di rantau Asia Pasifik menyatakan, masalah PE lebih ketara berbanding mati pucuk (ED). ED memberi kesan kepada 20 peratus lelaki, berbanding PE sehingga 31 peratus.
Kaji selidik mendedahkan, PE ialah kondisi perubatan yang biasa berlaku di rantau Asia Pasifik dengan satu daripada tiga lelaki mengalami beberapa bentuk PE sebagaimana didiagnosis oleh Alat Diagnostik Ejakulasi Pramatang (PEDT). Sebanyak 38 peratus responden lelaki Malaysia yang mengalami PE cenderung mengelak melakukan hubungan intim manakala 20 peratus lagi rasa terpinggir daripada pasangan. Kira-kira 14 peratus wanita menyatakan PE boleh menyebabkan hubungan terputus atau berlaku perceraian.
Perbezaan PE dan ED
Menegangkan alat kelamin
PE: Tiada masalah untuk tegang dan sesuai untuk hubungan intim.
ED: Sukar tegang atau mengekalkan ketegangan yang sesuai bagi tujuan hubungan intim.
Mengekalkan ketegangan
PE: Kekal tegang sehingga berlaku ejakulasi.
ED: Lembik sebelum ejakulasi atau sebelum hubungan intim berakhir.
Ejakulasi
PE: Ejakulasi berlaku sebelum lelaki mahukannya dengan rasa kawalan yang lemah menyebabkan perasaan tertekan.
ED: Lelaki mungkin cuba melakukan ejakulasi dengan cepat sebelum alat kelamin hilang ketegangan atau mungkin ejakulasi ketika lembik.
Siapa yang terkesan
PE: Biasa berlaku kepada lelaki tiada had umur.
ED: Lebih biasa berlaku pada lelaki berusia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang