Lihat sahaja wajah pelakon ini rasanya sudah ramai yang mengenalinya. Terkenal dengan watak bawaannya menerusi karakter Thor di dalam Marvel Cinematic Universe, Chris Hemsworth merupakan di antara pelakon lelaki yang sentiasa mencuri perhatian.
Penampilannya yang segak yang hadir dengan bentuk badan yang menarik untuk membawakan watak tersebut menuntut Chris untuk pastikan dirinya sentiasa fit.
Jadi tidak hairanlah mengapa ramai menjadikan Chris sebagai di antara selebriti yang cukup dikagumi dan menjadi idola dalam penjagaan badan. Mengekalkan bentuk badan sepertinya tidaklah mudah.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh Chris menerusi laman media sosialnya. Pada byulan lalu, Chris telah mula berkongsi beberapa siri cabaran senaman yang sentiasa dilakukannya kepada peminat dan pengikutnya di Instagram.
Jelasnya, sebanyak lapan siri senaman akan dikongsi olehnya bersama pasukan kecergasan dari Centr, pembangun aplikasi kecergasan. Dalam perkongsian pertama Chris melakukan siri cabaran senaman di atas sebuah kapal.
Siri senaman tersebut diberikan gelaran ’50-rep Challange’ di mana dia melakukan lima jenis senaman dengan setiap satunya sebanyak 10 reps. Rutin senaman itu dilakukan dengan tahap paling sukar hingga ke tahap paling mudah.
“Jangan berhenti sehingga anda capai 50 reps!”, jelas Chris.
Ads
Berikut luma jenis rutin gerakan senaman yang dilakukannya.
Dumbbell burpee curl
Squat curl press
Alternating reverse lunge and curl
Bicep curl
Standing shoulder press
Lakukan lima senaman dengan 10 reps setiap satu. Apabila sudah selesai 50 reps, rehat selama 60 saat atau seminit dan kemudian ulang semula sebanyak lima kali!
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di negara kita dua aktiviti ini sememangnya cukup popular buat penggemar kercergasan. Melakukan sama ada larian atau berbasikal merupakan aktiviti kesihatan yang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Kedua-duanya merupakan aktiviti atau hobi klasik yang telah wujud sejak zaman peradaban moden manusia. Berlari dan berbasikal juga sejenis senaman di dalam bentuk aerobik dan ia boleh dilakukan boleh dikatakan dimana sahaja.
Larian atau berbasikal boleh dilakukan sama ada di dalam gelanggang balapan, trek, jalan raya dan juga denai alam semula jadi.
Secara umumnya ramai yang faham bahawa aktviti larian membakar lebih banyak kalori berbanding berbasikal. Namun dalam masa yang sama ia memberikan impak lebih besar dan keras kepada otot dan juga sendi.
Jadi memilih jenis activiti yang sesuai untuk diri sendiri sangatlah penting. Satu perkara anda harus ingat, sama ada berlari atau berbasikal. Jangan ikut trend semata.
Sebenarnya jumlah kalori yang dibakar bergantung kepada intensity dan juga tempoh ia dilakukan. Tapi secara umumnya berlari membakar lebih banyak kalori kerana ia lebih banyak menggunakan pergerakan otot. Berbanding basikal yang sifatnya lebih ‘lembut’ kepada badan dan juga boleh dilakukan lebih lama berbading larian.
Pembakaran kalori juga akan jadi lebih banyak sekiranya anda melakukan pendakian bukit. Faktor usia, berat badan, jantina dan juga beberapa faktor luaran lain juga boleh menentukan jumlah pembakaran kalori.
Dri segi kesihatan kardiovaskular kedua-dua aktiviti memberikan manfaat yang sangat baik. Senaman jenis aerobik mampu membantu jantung menjadi lebih kuat dan melatihnya untuk pam lebih banyak oksigen ke dalam badan. Jadi tiada masalah sama ada larian atau berbasikal. Masing-masing beri manfaat kepada kesihatan.
Berbasikal mampu membantu bahagian bawah badan seperti paha, kaki, bontot dan juga betis menjadi lebih besar. Manakala berlari pula tidak akan membuatkan otot kaki membesar seperti berbasikal. Larian pula menggunakan hampir semua otot badan dalam waktu yang sama. Jadi ada banyak beza penggunaan otot untuk dua aktiviti popular ini.
Tidak dinafikan ramai yang mula aktif berbasikal atau berlari kerana ingin menurunkan berat badan. Untuk menurunkan berat badan pertama sekali anda perlu mencari keseimbangan dalam pengambilan dan pembakaran kalori.
Larian boleh menurunkan berat badan lebih cepat berbanding basikal. Namun jika melakukan aktiviti berbasikal dengan lama, kalori yang dibakar akan lebih kurang sama dengan larian.
Kesimpulannya, tidak kiralah aktviti berbasikal atau berlari. Selagi ia sesuai dan memberikan manfaat kepada kesihatan anda lakukanlah dengan bersungguh-sungguh. Pilih mana yang sesuai dengan usia serta gaya hidup anda. Malah anda juga boleh bergilir-gilir melakukan kedua-dua aktiviti ini.
Tetapkan sasaran dan cuba capai, pasti anda akan puas hati bila sudah berjaya nanti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Daripada menggunakan produk yang diproses, untuk mendapatkan rambut yang subur, sinar menawan anda perlulah makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Ada beberapa faktor utama yang mempengaruhi rambut kesuburan rambut anda, umur, hormon, kekurangan nutrien dan banyak lagi. Tetapi apa yang anda makan adalah salah satu daripada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengawal kecantikan rambut anda. Lagipun, jika anda terdedah kepada sinar matahari yang terik, akar rambut anda akan menipis dan jika anda makan makanan yang kurang berkhasiat, rambut anda akan lebih kelihatan buruk, walaupun telah menerima rawatan beberapa kali di salon.
Dengan makan makanan yang kaya dengan nutrien yang terbukti secara saintifik untuk membantu rambut anda, ia boleh mengembalikan sinaran dan kelebatan rambut anda. Berikut adalah makanan yang boleh anda nikmati untuk rambut.
Pertama, Makanan Terbaik untuk
Rambut 1. Almond Butter
Mentega badam mengandungi pelbagai nutrien, termasuk protein, lemak sihat, dan vitamin tertentu, yang semuanya dikaitkan dengan kesihatan rambut. Ia mengandungi vitamin E yang terbukti memberi kesihatan pada rambut anda menurut kajian. Satu kajian telah dibuat terhadap seorang lelaki yang memakan almond butter selama lapan bulan mendapati peningkatan pertumbuhan rambut sebanyak 42 peratus. Hanya satu sudu kacang badam yang menyediakan hampir dua pertiga daripada RDA untuk vitamin E.
Tangerines
Mempunyai kandungan vitamin C menjadikan ia lebih mudah menyerap zat besi seperti bayam. Vitamin B12 dalam buah limau kecil ini juga menggalakkan pertumbuhan rambut, mengurangkan keguguran, dan melambatkan proses uban. Sebab itu orang cina rambutnya cantik-cantik.
Bayam
Dalam sesetengah kes (terutamanya di kalangan wanita), kekurangan mineral adalah penyebab keguguran rambut. Menurut Dr. Carolyn Jacob ahli dermatologi dari Eat This Not That, bayam penting untuk memastikan anda tidak mempunyai kekurangan sesuatu dalam diet anda yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Dia juga memastikan tahap protein, besi, vitamin D anda tidak mempunyai kekurangan. Bayam kaya dengan zat besi dan mengandungi sebum, yang bertindak sebagai perapi semula jadi untuk rambut. Hijau daun juga menyediakan asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi. Semua membantu menjaga rambut berkilau, berkilat dan yang paling penting, tidak kering! Bayam merupakan salah satu daripada 8 Superfoods yang Harus Makan Setiap Hari!
Geek Yogurt
Anda selalu tengok patung-patung Yunani berdiri megah dengan rambut lebat bukan? Rambut yang tebal, penuh, rambut berombak. Mungkin menjadi pilihan artistik? Tetapi mungkin ia disebabkan oleh yoghurt pekat dan kaya protein yang golongan ini telah makan sejak 500 B.C. Siapa tahu kan? Haha. Geek Yogurt kaya dengan vitamin B5 (dikenali sebagai asid pantothenic), yang membantu aliran darah ke kulit kepala dan pertumbuhan rambut anda.
Kayu manis
Baunya sahaja cukup memikat. Ia bukan saja untuk anda yang ingin memasak, malah ia membawa oksigen dan nutrien ke folikel rambut anda. Taburkan rempah ini pada roti bakar anda dan kopi anda, atau taburkannya di atas oat anda. Sedap pun sedap jugak.
Jambu
Vitamin C menghalang rambut daripada menjadi rapuh dan pecah. Dalam yang diterbitkan dalam Jurnal Klinikal dan Estetik Dermatologi, penyelidik menguji suplemen oral yang mengandung vitamin C pada wanita dengan rambut menipis. Mereka mendapati peningkatan pertumbuhan rambut yang signifikan pada wanita dengan penipisan rambut berifat sementara apabila wanita itu makan jambu secara harian. Walaupun ada yang mengatakan buah oren sebagai sumber terbaik vitamin C, satu biji jambu merupakan empat hingga lima kali ganda lebih banyak berbanding babuah oren.
Telur
Pernah ke telur tidak memberi impak terhadap anda? Telur kaya dengan vitamin B dipanggil biotin, yang membantu rambut tumbuh dan menguatkan hujung rambut yang rapuh. Tidak cukup vitamin ini boleh menyebabkan keguguran rambut. Sumber biotin lain yang baik, badam, avokado, dan ikan salmon.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita sering mengalami rasa sakit belakang. Tidak kiralah sama ada disebabkan oleh struktur di sekeliling tulang belakang seperti otot, ligamen atau tulang belakang itu sendiri. Ada kalanya sakit belakang seolah-olah menangkap pada bahagian pinggang secara tiba-tiba, sehingga kita rasa terkedu dan tidak boleh bergerak.
Apa yang boleh kita lakukan ialah berbaring dulu, dan meminta pertolongan dari pasangan kita, sama ada suami atau isteri, atau minta pertolongan dari rakan-rakan jika berlaku di padang atau di tempat kerja.
Pertama sekali dapatkan ais. Letakkan dalam tuala bersih. Tuam ais pada bahagian yang sakit selama 20 min. Ini akan mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Lakukan beberapa kali sehingga rasa sakit hilang.
Selepas kira-kira 48 jam, bertukar menggunakan tuam yang hangat untuk merangsang aliran darah dan mengurangkan kekejangan otot. Celup tuala dalam air yang panas, perah keluar, kemudian lipat dan tuamkan ke bahagian pinggang yang sakit. Pastikan tuala itu tidak terlalu panas sebelum diletakkan pada kulit belakang. Biarkan selama sehingga 20 minit. Boleh mengulangi tuaman ini tiga atau empat kali sehari selama beberapa hari.
Selain itu bolehlah buat senaman regangan dengan cara duduk apabila sakit mula berkurangan. Apabila boleh berdiri, cuba luruskan belakang dengan menolak perut atau pinggang ke hadapan, tahan untuk 10-15 saat kemudian boleh rehat kembali.
Apabila bangun dari tidur, haruslah bangkit secara perlahan-lahan. Saya mencadangkan agar buat senaman regangan dulu. Caranya ialah dengan mengangkat tangan ke atas kepala ketika sedang berbaring. Cuba luruskan secara perlahan-lahan. Kemudian cuba tolakkan pinggang ke atas menjauhi tilam. Tahan 10-15 saat. Kemudian rapatkan lutut ke dada dan peluk sekuat yang mungkin.
Bangun perlahan-lahan dari katil dengan gerakkan badan menghampiri tepi katil. Unjurkan kaki ke luar katil dan bangun secara perlahan-lahan dengan menggunakan tangan menolak tilam untuk duduk.
Cara-cara ini mungkin membantu bagi mereka yang mengalami masalah sakit belakang. Jika sakit belakang tidak kurang dengan mengambil ubat penahan sakit atau bertambah kuat atau menyebabkan rasa kebas dan sakit pada kaki, eloklah dapatkan pemeriksaan lanjut dari doktor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.