Jenama yang sinosnim dengan rekaan beg mewahnya, Coach memperkenalkan koleksi baharu yang menampilkan dua selebriti Holywood popular. Mereka tampil sebagai wajah kempen terbaru mereka.
Coach x Coach x Jean-Michel Basquiat Collection menampilkan Michael B. Jordan dan Jennifer Lopez sebagai ikon kempen koleksi terbaru. Selain itu, mereka turut menampilkan Jeremy Lin dan Yang Zi sebagai sebahagian daripada keluarga besar untuk kempen jenamanya kali ini.
Koleksi eksklusif ini yang pertama kali melakukan kemunculannya di pentas peragaan bulan Februari lalu adalah sebahagian daripada koleksi eksklusif Fall 2020. Menariknya ia mengetengahkan kolaborasi bersama pereka terkenal, Jean-Michel Basquait.
Ads
KOLABARASI HEBAT
Kempen bersama selebriti popular ini turut disertai jurufoto fesyen berpengaruh. Beliau ialah Micaiah Carter bersama beberapa individu kreatif yang dipilih seperti Paloma Elsesser, Jon Batiste, Kyemah McEntyre, Diana Gordon. Selain itu, dua jurufoto lain turut melakukan kolaborasi bersama iaitu Fan Xin dan Zhang Meng.
Jelas Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers, “Basquait merupakan hero saya. Dia merupakan ikon kreatif yang membawa semangat eksklusif New York dan memberikan banyak perubahan kepada komunitinya. Jadi semestinya saya cukup gembira dengan kolaborasi ini”.
Ads
Ads
Bagi meraikan kempen ini, Caoch turut memperkenalkan filem pendek sosial yang mengetengahkan dan membincangkan pengaruh serta sumbangan Basquait sekeluarga dalam komuniti fesyen.
Koleksi ini bakal berada di pasaran global bermula pada 15 September 2020.
Sementara itu jangan lupa ikuti pelbagai barangan menarik pada harga hebat sempena 9.9 di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin anda sendiri sudah sedia maklum bahawa majlis perkahwinan merupakan acara yang penuh dengan tradisi, adat, dan yang paling penting, penuh kemeriahan.
Ia merupakan hari yang cukup bermakna bukan sahaja buat pasangan pengantin tetapi kepada seisi keluarga terutamanya ibu dan bapa mereka.
Jadi selain anda memikirkan makanan yang enak bakal menjadi santapan, mestilah kita nak tampil elok di depan orang ramai, kan?
Tapi sayangnya, ada juga yang salah pilih pakaian bila datang ke kenduri kahwin. Apa yang patut dipakai tu terpulang, tapi apa yang tak patut pakai pun penting untuk dielakkan.
Kali ini berdasarkan pandangan kami di MASKULIN, ingin kongsi 5 jenis pakaian yang lelaki tak sepatutnya pakai bila pergi kenduri kahwin.
Salah satu kesilapan terbesar yang lelaki selalu buat adalah pakai t-shirt biasa ke majlis kahwin. T-shirt adalah pakaian paling santai dan memang sesuai untuk keluar lepak, pergi kedai mamak atau jogging.
Tapi bila datang ke majlis formal macam kenduri kahwin, t-shirt nampak terlalu kasual. Bayangkan tuan rumah dah buat majlis gah, tapi kita datang macam nak pergi pasar malam.
Pilihlah pakaian yang lebih formal macam kemeja atau baju Melayu supaya nampak lebih sesuai dengan suasana majlis.
Seluar pendek memang selesa, tapi ia bukanlah pilihan yang bijak untuk acara formal seperti majlis perkahwinan.
Tak kira betapa panas cuaca di Malaysia, seluar pendek akan buat kita nampak macam tak menghormati majlis.
Ingat, kita bukan di pantai atau rumah sendiri, jadi simpan seluar pendek tu untuk percutian atau bersantai di rumah sahaja. Seluar panjang seperti seluar slack atau chinos adalah pilihan yang lebih sopan dan kemas.
Kalau korang jenis yang suka selipar atau sandal, simpan untuk tempat-tempat santai. Pergi kenduri kahwin dengan sandal atau selipar memang nampak mudah, tapi secara visual, ia boleh mencacatkan penampilan.
Kasut formal macam loafers, oxfords atau sneakers yang kemas adalah pilihan terbaik. Ini akan buatkan penampilan kita lebih teratur dan sedap mata memandang.
Lagipun, tuan rumah tentu nak gambar yang cantik untuk kenangan, takkan nak tercalon dalam ‘outfit of the day’ sebagai yang paling selekeh, kan?
Baju bercorak? Boleh. Tapi kalau terlalu berlebihan, dengan warna terang macam neon atau corak pelik-pelik, ia boleh jadi masalah.
Kita nak datang meraikan pengantin, bukan jadi perhatian utama dalam dewan. Fikirkan pakaian yang sederhana, dengan corak minimal atau warna yang lebih neutral. Biarkan pengantin yang menjadi pusat perhatian hari itu, bukan corak pelik di baju kita.
Pakaian sukan? Kecuali majlis kahwin bertemakan sukan atau sportswear, jangan sesekali pakai baju gym, jersey bola atau pakaian atletik ke kenduri kahwin. Antara yang kerap menjadi isu suatu ketika dahulu ialah memakai jersi bola sepak dalam majlis seperti ini.
Ingatlah, majlis perkahwinan adalah acara formal dan perlu menghormati suasana serta tradisi. Pakaian sukan mungkin selesa, tapi ia langsung tak kena dengan suasana formal majlis.
Lagipun, pakaian sukan lebih sesuai untuk bersukan, bukannya untuk menghadiri majlis yang penuh adat dan protokol.
Jadi secara kesimpulannya, bila kita ke majlis perkahwinan, paling penting adalah menjaga adab dan etika berpakaian.
Tak dinafikan cuaca Malaysia boleh jadi panas, tapi tak bermakna kita boleh abaikan kod pakaian yang sesuai.
Tampil kemas dan segak bukan sahaja memberi keyakinan diri, tapi juga menunjukkan kita menghargai jemputan tuan rumah. Ingat, pakaian yang sesuai bukan untuk kita sahaja, tapi untuk menghormati majlis dan pengantin.
Jadi, selepas ni kalau ada jemputan kenduri kahwin, pilihlah pakaian dengan lebih bijak. Elakkan daripada buat kesilapan yang sama dengan memakai pakaian yang tak sesuai. Kalau kita tampil kemas, majlis pun rasa lebih meriah!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kerjasama di antara UNIQLO dan atlet dari negara Sweden bukanlah perkara asing lagi. Sebelum ini kolaborasi sama tleah disaksikan menerusi temasya Sukan Olimpk sebelum ini yang berlangsung di negara Jepun.
Kesinambungan kerjasama tersebut diteruskan dengan pengenalan koleksi pakaian berteraskan sukan yang cukup berkualiti tinggi. Pada 13 Disember 2021, UNOQLO bakal melancarkan koleksi utility wear, +S Sport.
Koleksi terbaru ini merupakan penambahan kepada seleksi untuk 2021 Fall/Winter LifeWear yang merangkumi pakaian pelbagai fungsi. Lebih menarik ia dihasilkan sepenuhnya dengan kerjasama bersama atlet profesional Sweden.
Misi mereka ialah menghasilkan pakaian yang cukup tahan lasak untuk aktiviti sukan dan dalam pada masa yang sama sesuai dipakai setiap hari.
Pengenalan koleksi S+ ini turut dihasilkan bagi memberi sokongan dan galakan kepada gaya hidup aktif. Ia menawarkan bukan sahaja fungsi yang baik malah menampilkan karakter kelestarian terhadap komuniti menerusi aktiviti sukan, kecergasan dan juga pelbagai aktiviti fizikal yang lain.
MAKSUD +S
Terdapat tiga maksud unik di sebalik nama +S dinyatakan oleh UNIQLO. Ia adalah:
+ Sport: koleksin dihasilka untik semua aktviti kecergasan dan kesihatan
+ Sweden: kerjasama di antara atlet profesional dari Sweden
+ Sustainability: rekaan dan penggunaan bahan yang eco-friendly dengan rekaan tersendiri.
UNIQLO juga menyedari bahawa masyarakat pada masa kini telagh memberikan lebih banyak perhatian kepada isu kecergasan dan juga kesihatan mental. Bagi melancarkan dua aktviti berbeza tersebut UNIQLO memberikan tawaran keselesaan, fungsi dan sifat versatiliti.
Koleksi ini bakal berada di pasaran pada 13 Disember 2021 menerusi UNIQLO Fahrenheit dan juga laman sesawang rasminya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tali leher merupakan antara komponen aksesori pakaian yang paling penting buat seorang lelaki. Tali leher dianggap sebagai pelengkap kepada kemeja dan pemakaian kot atau blazer, selain menjadi sebahagian daripada pakaian rasmi lelaki untuk pelbagai majlis.
Bukan itu sahaja, tali leher juga dianggap sebagai mewakili organisasi atau pertubuhan yang diwakili oleh sesetengah daripada anda.
Jadi bab memilih tali leher yang sesuai memang sangat penting. Itu belum lagi kita berceloteh tentang kepelbagaian teknik dan cara mengikat tali leher.
Sebagai lelaki, anda harus pandai memilih tali leher yang sesuai untuk diri sendiri. Ini tipnya.
Panjang tali leher seharusnya mencecah kepala tali pinggang. Atas dari tali pinggang atau panjang melebihi tali pinggang akan terlihat canggung dan kelakar.
Terdapat tiga saiz berbeza tali leher yang perlu anda tahu. Pertama adalah saiz standard yang berukurun 3.75 hingga 4 inci. Tali leher jenis ini sesuai dipakai oleh lelaki plus size atau mereka yang mempunyai badan yang lebar.
Yang kedua pula tali leher dari jenis narrow. Tali leher jenis ini biasanya berukuran antara 2.75 hingga 3 inci. Saiz ini agak istimewa kerana boleh dipakai oleh mereka yang mempunyai saiz badan yang besar, sederhana atau kecil. Lebih-lebih lagi jika yang berbadan besar mengenakan suit.
Dan yang ketiga pula ialah skinny. Dengan ukuran antara 1.75 hingga 2 inci, tali leher ini bukanlah tali leher formal dan tidak sesuai dipakai untuk urusan rasmi atau ke pejabat. Ia biasanya dipakai untuk majlis tak formal atau pasti. Dan biasanya digayakan dengan seluar jenas. Tentunya tali leher skinny sesuai untuk mereka yang berbadan sangat kurus.
Tali leher biasanya digayakan dengan jenis ikatan dimple. Ia merujuk kepada alur tali leher di bahagian atas yang berlekuk. Dimple ini menunjukkan gaya seorang lelaki yang mementingkan kekemasan dan ketelitian.
Antara jenis ikatan lain yang juga popular ialah tie bar atau tie tack. Tie bar merupakan kepingan besi yang dipakai melintang dan dikepitkan pada bahagian placket baju. Tie tack pula pin yang dikenakan pada tali leher dan disematkan sekali dengan bahagian baju. Kedua-dua aksesori ini adalah untuk memastikan kekemasan tali leher yang dipakai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang