Setiap lelaki sedikit sebanyak memang akan selalu sedar dan mahu kelihatan segak dan bergaya. Sama ada ketara atau tidak itu bergantung kepada individu. Walaupun tidak tidaklah cerewet seperti wanita dalam memilih pakaian, namun namun jangan pula sampai anda sebagai lelaki mengabaikan soal gaya.
Ini kerana penampilan yang kemas melambangkan keperibadian diri lelaki. Jadi, jangan ‘tangkap muat’ apa sahaja fesyen yang anda suka tanpa memikirkan sama ada gaya yang anda pakai itu betul atau tidak.
Bukan apa, bimbang jika cara berpakaian itu menampakkan anda seorang yang pelik di mata orang lain.
Oleh itu, cuba semak kesilapan-kesilapan berfesyen ini. Jangan ulangi dan jadikan habit jika ada di antaranya yang pernah anda buat.
1. Pakai tali leher pendek
Selain jenis tali leher, kepanjangannya juga perlu diambil kira. Jangan pakai tali leher sekejap panjang dan sekejap pendek. Pastikan hujung tali leher anda ngam-ngam berada di atas kepala tali pinggang (belt buckle).
2. Pakai lengan baju yang menutupi jam tangan
Bagi lelaki yang suka memakai jam tangan, pastikan anda melipat lengan baju kemeja agar mudah untuk anda melihat waktu. Jangan biarkan jam tangan di bawah baju kemeja kerana ia nampak tidak kemas dan menggelembung.
3. Pakai baju berkedut-kedut
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan diri. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika. Jadi jangan malas untuk seterika pakaian anda!
Ads
4. Pakai t-shirt berlengan besar dan labuh
Memakai t-shirt dengan lengan besar dan labuh sehingga paras siku akan memburukkan lagi penampilan. Kebiasaannya lengan besar dan labuh sehingga paras siku lebih sesuai dipakai oleh wanita. Untuk lelaki, lebih baik anda memakai lengan t-shirt sehingga paras pertengahan lengan sahaja. Memakai lengan t-shirt yang lebih pendek akan memberi penekanan pada otot lengan anda yang sasa. Sebaliknya, jika anda memakai t-shirt berlengan labuh, anda telah menyembunyikan kesemua otot lengan anda.
5. Pakai tali pinggang dan suspenders serentak
Jangan memakai tali pinggang dan suspenders serentak kerana ia merupakan satu kesalahan dalam berpakaian. Kedua-dua aksesori ini direka untuk fungsi yang sama iaitu memastikan seluar anda terletak di pinggang dan tidak terlucut. Jadi, pilih salah satu sahaja apabila anda ingin memakainya.
6. Salah ketika butangkan blazer atau kot
Jangan butang kesemua jaket atau kot anda melainkan ia hanya mempunyai satu butang sahaja. Biarkan butang di bahagian bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda hendak duduk.
7. Masukkan kemeja ke dalam seluar
Sesetengah daripada anda masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja, coraknya atau sama ada ia berlengan panjang atau pendek; anda harus memasukkan baju kemeja anda ke dalam seluar. Cara berpakaian ini akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
Ads
8. Pakai sut hitam setiap hari
Jangan pakai sut berwarna hitam setiap hari kerana ia menampakkan anda seolah-olah ingin menghadiri majlis pengebumian. Cubal pakai sut berwarna lain selain hitam yang sesuai dengan penampilan anda. Satu lagi, elakkan daripada membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat kerana ia tidak sesuai untuk pemakaian harian.
9. Pakai stoking berlubang atau koyak
Untuk menjaga penampilan, elak daripada memakai stoking yang koyak atau berlubang. Kesilapan anda ini akan nampak ketara lebih-lebih lagi ketika anda membuka kasut. Bimbang orang kata luar nampak segak tapi penampilan gaya yang orang tidak nampak seperti stoking, anda abaikan.
10. Pakai pakaian yang sudah berhari-hari tidak dibasuh
Jangan malas untuk menukar pakaian setiap hari. Mengulangi pakaian yang kotor akan memudahkan kuman dan bakteria daripada peluh yang melekat pada pakaian melekat pada kulit badan sehingga akhirnya menyebabkan masalah kulit.
11. Pakai stoking yang tidak sama jenis dan warna
Jangan main sarung sahaja stoking tanpa memadankan jenis dan warna yang sama melainkan anda sememangnya tidak perasan. Tidak dinafikan stoking lelaki nampak lebih kurang sama warna, jadi untuk memudahkan penyimpanan pastikan anda gulung stoking tersebut agar ia tidak mudah tertukar atau hilang.
Ads
12. Pakai stoking dengan selipar atau sandal
Sandal berfungsi untuk memberikan keselesaan buat kaki terutamanya ketika cuaca panas. Jadi jangan tambahkan rasa panas pada kaki anda dengan memakai stoking pula.
13. Pakai kasut sukan untuk semua gaya
Dah nama pun kasut sukan, sudah semestinya ia digunakan khusus untuk aktiviti sukan. Jangan pula anda menyarungkan kasut sukan untuk setiap penggayaan. Pakailah kasut mengikut gaya yang sesuai. Untuk aktiviti santai misalnya, anda boleh sarungkan sneakers manakala untuk aktiviti formal, anda boleh pakai kasut kulit.
14. Pakai baju berkolar V
Tak perlu nak dapatkan perhatian dengan menayangkan dada atau bulu dada anda untuk tontonan wanita. Sebaiknya sarungkan t-shirt berkolar bulat untuk gaya yang lebih selesa dan sedap mata memandang.
15. Pakai seluar skinny yang terlalu ketat
Pemakaian seluar skinny yang terlalu ketat menampakkan gaya anda seperti sarung nangka. Rasa terseksa kaki menyarungkan seluar yang sendat lebih-lebih lagi jika anda bertubuh besar. Sebaiknya, pakailah seluar yang sesuai dengan bentuk tubuh anda agar penampilan anda lebih selesa dan memudahkan kaki untuk ‘bernafas’.
16. Pakai stoking putih untuk semua gaya
Jangan disebabkan nak mudah, anda sarungkan stoking putih untuk semua gaya fesyen anda. Ia sebenarnya satu kesalahan kerana stoking putih hanya boleh digunakan untuk aktiviti fizikal seperti bersukan, bersenam atau ke gym sahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seperti mana yang anda semua maklum ketika musim cuti perayaan akan ada banyak kenduri kahwin di langsungkan. Ia menjadi masa piliha kerana inilah waktu dan ketikanya di mana ramai sanak-saudara berkumpul.
Kemeriahan kenduri kahwin di musim perayaan memang sedikit berbeza tatkala ramai masih dalam mood beraya. Ketika Hari Raya kita semua segak lengkap dengan Baju Melayu dan bersamping. Tapi bagaimana pula dengan kenduri kahwin.
Sebagai lelaki walaupun anda kasual macam mana sekali pun perlulah ada adab dan etika pemakaian yang betul ketika menghadiri kenduri. Umum menganggap tidak sopan bagi lelaki untuk memakai pakaian atau kasut yang terlalu kasual ketika menghadiri majlis perkahwinan.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis pakaian dan kasut yang sepatutnya dielakkan oleh lelaki ketika menghadiri majlis perkahwinan:
T-shirt atau baju tanpa lengan
Lelaki sepatutnya mengelakkan memakai pakaian kasual seperti t-shirt atau baju tanpa lengan ketika menghadiri majlis perkahwinan. Sebaliknya, mereka sepatutnya memilih kemeja atau pakaian tradisional Melayu seperti baju Melayu.
Seluar pendek
Seluar pendek tidak dianggap sebagai pakaian yang sesuai untuk majlis perkahwinan di Malaysia. Lelaki sepatutnya memakai seluar panjang atau pakaian tradisional Melayu seperti sampin.
Sandal atau selipar jepun
Lelaki sepatutnya mengelakkan memakai kasut berbuka seperti sandal atau selipar jepun ketika menghadiri majlis perkahwinan. Sebaliknya, mereka sepatutnya memakai kasut berjenama atau kasut tradisional Melayu seperti Jutti.
Seluar jean
Lelaki sepatutnya mengelakkan memakai jeans ketika menghadiri majlis perkahwinan, kerana ia dianggap terlalu kasual. Sebaliknya, mereka sepatutnya memilih seluar dress atau pakaian tradisional Melayu seperti baju Melayu.
Jersi bola sepak
Iya, semua orang tahu anda adalah penyokong setia dan peminat fanatatik sesebuah pasukan. Tapi usahlah sampai ke kenduri kahwin pun masih nak mengenakan jersi bola. Apatah lagi jersi itu penuh dengan segala macam corak dan juga logo penaja kelab tersebut.
Semoga perkongsian di atas boleh memberikan manfaat untuk anda semua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila menyebut tentang Warner Bros pastinya anda akan terasa cukup dekat dengan karakter-karakter animasi yang pernah dilahirkan oleh studio gergasi Hollywood tersebut.
Di antara yang paling dikenali ramai ialah Looney Tunes menampilkan karakter duo legenda seperti Tom and Jerry, Bugs Bunny dan Lola Bunny, Sylvester dan Tweety dan juga karakter lain seperti Daffy Duck, Tasmanian Devil dan Yosemite Sam.
Meraikan ulang tahun ke-100 Warner Bros, jenama sukan dan gaya hidup terkenal Skechers menampilkan koleksi khas dengan kolaborasi bersama mereka.
Koleksi dikenali sebagai Skechers x Warner Bros. WB100 menampilkan seleksi pakaian edisi terhad seperti t-shirt, seluar, hoodie dan juga pullover. Lebih menarik, koleksi ini diperkenalkan secara berperingkat bermula bulan Jun dan juga Julai 2023.
“Kerjasama seperti ini sentiasa mengujakan dan ia cukup menggembirakan kami memami kerana Skechers akan bekerjasama sekali lagi dengan pasukan Warner Bros pada ulang tahun ke-100 studio untuk melancarkan koleksi pakaian ini,” jelas Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Zann Lee.
“Dengan rangkaian produk untuk orang dewasa dan kanak-kanak, daripada reka bentuk yang bergaya hingga rupa malar hijau, kami yakin koleksi ini akan mendapat tempat dalam almari pakaian mana-mana peminat sembilan watak kartun yang digemari,” tambahnya lagi.
Di antara karakteristik koleksi WB100 ialah cetakan kerajang pada bahagian terpilih bagi reka bentuk masing-masing.
Di antara warna-warna lain, kerajang perak digunakan secara meluas yang secara menarik mengingatkan kepentingan layar perak yang berkait rapat dengan identiti Warner Bros.
Sebanyak sepuluh reka bentuk membentuk koleksi dewasa dan enam untuk koleksi kanak-kanak. Setiap reka bentuk didatangkan dalam dua warna dari dalam rangkaian Pantone Loden Frost hijau pertengahan, Pantone Orion Blue biru kelabu, hitam dan putih.
Buat anda terutamanya peminat karakter-karakter animasi Warner Bros boleh dapatkan koleksi WB100 ini di beberapa outlet terpilih Skechers di seluruh negara seperti di Pavilion Bukit Jalil, Mitsui Shopping Park Lalaport BBCC, Suria KLCC serta 1Utama Shopping Centre.
Jangan lupa untuk subscribe serta follow YouTube dan TikTok MASKULIN ya!
Sejak sekian lama sneakers merupakan pelengkap gaya seorang lelaki yang ingin tampil dengan imej smart kasual atau gaya streetwear. Jadi amat penting untuk anda tahu tip sneakers agar tidak nampak janggal bila memakainya.
Di pasaran terdapat ratusan jenis dan jenama sneakers ditawarkan kepada pengguna. Kadangkala tidak dapat dinafikan memang sukar untuk membuat pilihan. Bagi sneakers yang edisi khas atau terhad pula pastinya harga sangat tinggi di pasaran jualan semula.
Ingin dapatkan pada harga retail pastinya sukar. Namun gaya anda tidak bergantung kepada sneakers edisi terhad atau tidak. Ia sebenarnya terpulang kepada bagaimana anda menggayakannya.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi tip sneakers untuk anda nampak lebih kacak, trendy dan semestinya tidak kalah dengan gaya!
Jom ikuti tip sneakers bersama kami di bawah!
MULAKAN DENGAN KLASIK
Jika anda baru berjinak-jinak dengan sneakers, mulakan dengan model klasik yang tidak lapuk ditelan zaman. Model seperti Adidas Stan Smith, Converse Chuck Taylor atau Nike Air Force One sentiasa relevan untuk gaya.
Pilih sneakers yang versatil dengan apa juga pakaian anda gayakan. Untuk itu carilah sneakers berwarna putih. Ia bukan sahaja sesuai untuk pelbagai majlis dan acara tetapi nampak lebih kemas dan senang dipadankan dengan apa jua warna pakaian.
CHUNKY SNEAKERS
Trend sneakers yang lebih tebal atau chunky juga cukup menarik. Jika anda memilih untuk memakai sneakers jenis ini pastikan outfit anda sidatnya lebih mute. Jauhi warna-warna terang kerana fokus utama pada diri anda terletak pada sneakers tersebut.
ELAKKAN SELUAR STRAITGH CUT
Ini terutamanya jika anda meanggayakan sneakers jenis high cut atau dalam kategori ‘dad shoes’. Untuk estetika lebih urban anda boleh padankan dengan seluar jenis jogger, rolled up chinos atau jeans yang singkat pada potongan buku lali.
USAH RISAU JIKA KOTOR
Menggayakan sneakers terutamanya dari material jenis kanvas pastinya lebih mudah untuk kotor. Namun anda jangan risau jika ia terpalit sedikit kotoran. Itulah sebenarnya mencerminkan personaliti sneakers itu sendiri. Ia nampal lebih rugged dan bergaya dalam personanya tersendiri.
PIN ROLL
Jika anda memakai seluar jenis khaki, usah segan untuk melakukan pin roll. Lipatan pin roll boleh memberikan gaya estetika lebih menarik kepada sneakers yang anda pakai. Ini terutamanya jika anda menggayakan sneakers jenis low cut.
USAH IKUT HYPE
Anda pasti pernah mendengar istilah hypebeast bukan? Usahlah anda terlalu terikut-ikut dengan trend sehinggakan terpaksa berkejaran ingin mengikuti apakah sneakers paling ‘hype’ masa kini. Ingat anda menggayakan sneakers untuk keselesaan, gaya dan juga menyerlahkan personaliti tersendiri. Bukannya mengejar untuk jadi siapa lebih hebat.
Semoga perkongsian tip fesyen ini boleh memberikan manfaat kepada anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.