Nama Conir McGregor tak perlu lagi MASKULIN perkenalkan. Atlet berprestasi tinggi yang merupakan antara ikon paling popular sukan Mixed Martial Art (MMA) ini mencipta sejarah baru dengan pertarungan epiknya sebelum ini dengan Khabib Nurmagomedov.
Perlawanan tersebut telah menjadi anatara pertarungan yang mendapat liputan paling meluas di dunia. Malah ia juga tular di semua laman media sosial pada ketika itu.
Semalam Conor telah mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba mengumumkan persaraannya daripada MMA. Pengumuman yang dilakukan menerusi akauan Twitter-nya semalam telah menjanan perbualan meluas terutamanya daripada peminat serta penggemar sukan MMA.
Menerusi ciapan di TwitterConor berkata dia mengambil keputusan untuk bersara daripada MMA berkuat kuasa serta-merta. “Saya ucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan untuk terus maju dalam pertandingan ini,” jelas Conor lagi.
Ads
Tweet tersebut (ketika artikel ini ditulis) mendapat lebih 80 ribu retweet dan lebih 325 ribu like. Namun rata-rata pengguna Twitter didapati agak skeptikal dengan pengumuman Conor kali ini.
Pengumuman sama sebelum ini yang pernah dinyatakan Conor sebelum kembali beraksi semula.
Sebelum ini juga Conor pernah mengumumkan persaraannya sebelum kembali aktif semula. Mungkin kerana itu ada peminat menganggap ini hanya satu gimik daripadanya untuk mempromosikan namanya semula. Akan tetapi tak kurang juga yang melahirkan rasa sedih dan mengucapkan selamat berjaya kepada Conor.
Pada 2016, Conor turut mengumumkan perasaraannya di Twitter sebelum melakukan comeback dan bertarung menentang Nate Diaz dan Eddie Alvares. Conor yang digelar ‘The Ntorious One’ menjadi atlet MMA pertama bergelar juara dalam dua kelas berat berbeza.
Ads
KATA FOLLOWERS
Antara respons yang ditunggu-tunggu oleh peminat MMA tentang persaraan Conor ini tidak lain tidak bukan dari Khabib Nurmagomedov.
Antara komen paling menarik ialah datang dari Pamela Anderson.
Khabib yang menewaskan Conor dalam pertarungan epik dan penuh kontroversi tahun lalu tidak mengambil masa yang lama. Walaupun ia bukanlah satu kenyataan secara terus namun peminat boleh merasakan ia adalah sebuah statement yang padu dari Khabib untuk Conor.
Ads
INI RESPONS KHABIB
Menerusi akauan Twitter, Khabib memuat naik fotonya dengan kapsyen, “There can be only one king in the jungle. Only one.”
Respons sini Khabib terhadap pengumuman Conor.
Khabib dan Conir sebelum ini telah digantung oleh Nevada State Athletic Commission akibat daripada pergaduhan selepas perlawanan mereka dulu.
Nampaknya impian untuk ramai peminat menyaksikan perlawanan repeat antara Khabib dan Conor sukar menjadi kenyataan. Melainkan ada usaha daripada pihak tertentu menemukan mereka semula.
Untuk Conor, selamat bersara!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan demam campak masih menjadi antara pembunuh utama kanak-kanak kecil, walaupun vaksin pencegahan yang berkesan sudah lama ada.
Tahun lalu (2008) saja 197,000 kes kematian akibat demam campak di seluruh dunia atau hampir 540 kematian sehari atau 22 kematian setiap jam.
Lebih 95% kematian akibat demam campak berlaku di negara miskin yang kekurangan infrastruktur kesihatan. Vaksin demam campak dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat secara keseluruhan dengan pengurangan 74% kematian di seluruh dunia dari tahun 2000 hingga 2007.
Pada 2007, kira-kira 82% kanak-kanak di seluruh dunia menerima satu dos vaksin campak sebelum berumur setahun melalui rutin perkhidmatan kesihatan — peningkatan 10% berbanding pada 2000.
Untuk mendapat imuniti (perlindungan sepenuhnya) terhadap penyakit, setiap kanak-kanak memerlukan 2 dos vaksin kerana hampir 15% tubuh kanak-kanak gagal membentuk imuniti daripada dos pertama.
Dalam sejarah, demam campak pernah dipanggil pembunuh utama kanak-kanak. Walaupun vaksin campak ada sejak 30 tahun lalu, virus campak masih menjangkiti 50 juta kanak-kanak di seluruh dunia.
Tanda dan Gejala
Virus demam campak mengambil masa 7 hingga 14 hari (purata 10 hingga 11 hari) untuk membiak dalam badan sebaik ia menjangkiti seseorang.
Tempoh pembiakan ini dipanggil tempoh inkubasi dan ia boleh menjangkiti orang lain sebelum pesakit pertama mengalami gejala awal seperti ruam.
Gejala awal ini bagaimanapun boleh timbul daripada hari pertama selepas tempoh inkubasi. Gejala awal yang juga dikenal sebagai gejala 3C iaitu batuk (cough), koriza atau selesema dalam kepala (coryza) dan sakit mata (conjunctivitis).
Pesakit juga akan mengalami demam dan menjadi sensitif terhadap cahaya (fotofobia). Kebanyakan gejala biasanya menjadi lebih teruk selama 3 hingga 4 hari sebelum kemunculan bintik-bintik merah campak.
Jika anda perhatikan, bintik merah ini mempunyai pusat berwarna putih kebiruan (juga dipanggil bintik Koplik) biasanya muncul dalam masa 24 hingga 48 jam dan berlanjutan sehingga 2 hingga 4 hari.
Bintik merah ini yang mempunyai garis pusat 0.1 hingga 1 sentimeter, biasanya akan muncul bermula dari muka dan belakang telinga. Dalam masa 24 hingga 36 jam dari kemunculan ruam, ia merebak ke seluruh badan dan hujung tangan serta kaki.
Pada peringkat awal, bintik ini berwarna merah gelap dan menjadi semakin terang dan jelas dalam masa 3 hari. Kemudian ia menjadi pudar perlahan-lahan daripada keunguan kepada kuning kecoklatan selepas 5 hingga 10 hari.
Aturan gejala campak adalah dalam turutan:
Hari 0 hingga 1 : Ruam
Hari 2 hingga 3 : Bintik merah (koplik)
Hari 4 hingga 5 : Ruam campak (timbul)
Hari 6 : Bintik koplik mula pudar
Hari 7 hingga 8 : Ruam menjadi sangat ketara
Hari 10 : Ruam mulai menghilang
Siapa Yang Berisiko Mendapat Campak?
Kanak-kanak kecil yang tidak diberi vaksin campak mempunyai risiko paling tinggi. Mereka juga berdepan komplikasi campak yang teruk, termasuk kematian.
Mana-mana individu yang tidak imun (sama ada tidak pernah mendapat vaksin atau baru sembuh daripada demam campak) juga boleh dijangkiti.
Penyakit ini boleh menjadi wabak yang membunuh di negara yang mengalami bencana alam atau peperangan. Kemusnahan infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan akan mengendalakan rutin imunisasi; meningkatkan risiko jangkitan kepada penduduk yang terpaksa tinggal bersesak di kem perlindungan.
Jangkitan
Virus demam campak sangat mudah berjangkit melalui batuk, bersin dan sentuhan, terutama pada cecair hidung atau mulut individu yang dijangkiti. Virus ini akan kekal aktif dan boleh berjangkit walaupun terapung-apung di udara atau ada di atas mana-mana permukaan selama 2 jam.
Virus ini boleh dipindahkan kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit mengalami gejala pertama atau 4 hari selepas ruam muncul. Jika berlaku wabak, demam campak boleh menyebabkan banyak kematian, khususnya di kalangan kanak-kanak kecil dan tidak cukup zat.
Di negara yang dapat mengatasi penyakit ini, kes demam campak biasanya kes ‘import‘ iaitu dibawa oleh penduduk negara lain yang menjadi punca jangkitan di sana.
Sesetengah kajian menunjukkan vaksin ini hanya boleh memberi perlindungan kepada individu yang mudah dijangkiti jika vaksin itu diberi 72 jam selepas terdedah kepada jangkitan.
Komplikasi
Antara komplikasi yang dialami pesakit akibat demam campak ialah:
Kira-kira 20% daripada kes demam campak yang dilaporkan mempunyai satu atau lebih komplikasi. Komplikasi ini lebih lazim pada pesakit kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun atau orang dewasa melebihi 20 tahun.
Ia menyebabkan jangkitan telinga pada satu daripada 10 kanak-kanak yang menghidap demam campak. Satu daripada 20 kanak-kanak yang demam campak mengalami radang paru-paru dan satu daripada 1,000 kes mengalami keradangan otak.
Keradangan otak ini boleh menyebabkan sawan dan kanak-kanak boleh menjadi pekak atau terencat akal. Lebih menyedihkan, satu atau dua daripada 1,000 kanak-kanak yang mengalami demam campak meninggal dunia.
Rawatan
Komplikasi serius boleh dielak melalui penjagaan rapi dengan mendapat makanan berzat, cukup air dan rawatan dehidrasi (bagi menggantikan cecair serta garam galian yang hilang daripada cirit-birit dan muntah).
Doktor akan memberi antibiotik untuk merawat jangkitan mata, telinga dan paru-paru — yang mesti dihabiskan semuanya.
Pencegahan
Demam campak boleh dicegah dengan suntikan vaksin kepada kanak-kanak, terutama di negara yang banyak kes dan tinggi kadar kematian akibat penyakit ini.
Vaksinasi kanak-kanak menjadi kunci kesihatan masyarakat kerana ia secara tidak langsung boleh mengurangkan kematian kanak-kanak dan orang dewasa. Vaksin campak adalah murah, selamat dan berkesan.
Ada ibu bapa bimbang apabila tercetus kontroversi kononnya vaksin MMR (campak, beguk dan rubela) boleh menyebabkan masalah autisme pada kanak-kanak.
Sebenarnya ia tiada kaitan langsung. Kajian di United Kingdom mengesahkan, virus atau tahap antibodi campak yang dikesan pada kanak-kanak autisme dan normal (kumpulan kawalan) tidak berbeza, sama ada mereka mendapat satu atau dua dos vaksin MMR.
Jadi jangan perjudikan kesihatan anak anda hanya kerana kebimbangan tidak berasas ini.
Campak biasanya sembuh dalam masa 10 hingga 14 hari. Bagi sesetengah pesakit, keadaannya boleh menjadi serius tetapi kebanyakan orang akan pulih sepenuhnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Boleh dikatakan lelaki yang bertubuh sasa dan sado ni menjadi pilihan wanita Malaysia. Hero-hero yang keluar di kaca televisyen kini semuanya sedap mata memandang. Aum! Siapa mereka?
Pedro Pascal bukan lagi nama asing dalam dunia perfileman. Dari peranannya sebagai Oberyn Martell dalam Game of Thrones, kepada wataknya sebagai Din Djarin/The Mandalorian dalam siri Star Wars.
Pedro Pascal telah membuktikan bahawa dia bukan sekadar pelakon biasa. Karismanya, kebolehannya membawa watak dengan penuh emosi, dan kehadiran yang kuat di layar menjadikannya antara pelakon paling berpengaruh hari ini.
Sebelum ini, Pascal memikat hati peminat dengan peranannya dalam Narcos sebagai agen DEA Javier Peña, mempersembahkan kecekapan serta ketegangan dalam kisah dunia kartel dadah.
Sementara itu, peranannya dalam The Last of Us sebagai Joel membawa dimensi emosi yang lebih mendalam, menjadikannya bintang yang boleh membawa naratif yang kompleks dan berat.
Kini, Pascal bersedia untuk menggalas satu lagi peranan epik – Reed Richards/Mister Fantastic dalam The Fantastic Four: First Steps.
Sentuhan Retro-Futuristik
Bersiap sedia untuk satu lagi letupan aksi dalam dunia sinematik Marvel! “The Fantastic Four: First Steps” akhirnya memperlihatkan teaser rasmi yang menjanjikan pengalaman luar biasa dengan sentuhan retro-futuristik.
Ini bukan sekadar kisah adiwira biasa, tetapi sebuah pengembaraan penuh epik yang bakal menggugah imaginasi generasi baharu peminat filem komik.
Selain Pascal sebagai Mister Fantastic, naskhah terbaru ini turut menampilkan barisan pelakon terkenal membawakan watak-watak ikonik The Fantastic Four:
Vanessa Kirby sebagai Sue Storm/Invisible Woman – Wanita misteri dengan kuasa halimunan.
Joseph Quinn sebagai Johnny Storm/Human Torch – Lelaki api yang sentiasa bersemangat.
Ebon Moss-Bachrach sebagai Ben Grimm/The Thing – Raksasa batu dengan hati yang besar.
Bukan itu sahaja, ancaman besar turut diperkenalkan dengan kemunculan semula makhluk kosmik paling digeruni, Galactus yang dilakonkan oleh Ralph Ineson, bersama-sama Silver Surfer (Julia Garner) yang tampil dengan watak lebih kompleks dan menarik.
Kembali Dengan Gaya 1960-an
Berbeza dengan adaptasi sebelumnya, “The Fantastic Four: First Steps” menampilkan latar masa yang berinspirasikan era 1960-an, memberi penghormatan kepada zaman asal komik ini mula diperkenalkan.
Bayangkan suasana dunia yang dipenuhi elemen retro-futuristik dengan teknologi canggih yang masih mengekalkan estetika klasik.
Daripada babak awal teaser, kita dapat melihat bagaimana keluarga adiwira ini bersatu untuk melindungi dunia mereka daripada ancaman luar biasa. Interaksi mereka penuh dinamika, menampilkan hubungan keluarga yang rapat serta semangat perjuangan yang tidak berbelah bahagi.
Jika anda peminat sejati komik Marvel, pasti tahu bahawa Galactus bukan ancaman biasa. Dalam teaser ini, sosoknya yang gergasi serta aura menggerunkan memberikan gambaran betapa besarnya cabaran yang bakal dihadapi oleh The Fantastic Four.
Kehadiran Silver Surfer pula menambahkan elemen misteri – adakah dia sekadar hamba kepada Galactus atau akan beralih arah untuk membantu pasukan ini?
Marvel Studios telah belajar daripada kesilapan filem terdahulu dan kali ini mereka tampil dengan sesuatu yang segar dan lebih menepati citarasa peminat.
Dengan pengarahan oleh Matt Shakman, filem ini bukan sekadar reboot biasa, tetapi satu penghormatan kepada legasi The Fantastic Four dengan sentuhan sinematik yang lebih berani.
Bersiap sedia untuk menyaksikan The Fantastic Four dalam versi paling autentik dan epik yang pernah dihasilkan! “The Fantastic Four: First Steps” bakal menemui penonton di pawagam pada 25 Julai 2025.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki bekas banduan terima Ijazah PhD OUM, dari tirai besi ke pentas konvokesyen. Walaupun telah menghabiskan 23 tahun hidupnya di sebalik jeriji besi, Murad (bukan nama sebenar), 38, tidak pernah memadamkan impian untuk menimba ilmu ke tahap tertinggi.