Itali kini menjadi antara negara Eropah yang paling serius berdepan dengan ancaman Coronavirus atau kini diberi nama rasminya CORVID-19.
Malah angka jangkitan yang dilaporkan di beberapa negara Eropah meningkat mendadadak dalam tempoh 48 jam yang lalu.
Negara Itali kini telah mencatatkan sebanyak 34 kematian menjadikannya sebagai yang paling teruk di Eropah.
Perkembangan ini secara tidak langsung turut menjejaskan banyak industri di Itali termasuklah bola sepak profesional.
Ads
Terbaru pasukan juara bertahan Serie A iaitu Juventus telah melakukanlockdown dan mengkuarantin pemain bawah 23 tahun mereka. Ini berikutan seramai tiga orang pemain mereka telah disahkan positif membawa Coronavirus.
Ads
Pasukan yang terkenald dengan nama julukan The Old Lady tersebut mengambil keputusan drastik tersebut selepas pasukan mereka bertemu dengan Pianese.
Simptom yang ditunjukkan oleh pemain telah merebak di dalam kelab tersebut dan memberi kesan terhadap pemain serta pengurus mereka.
Ads
Juventus telah memberi arahan agar semua pemain bawah 23 tahun mereka untuk tidak keluar dari rumah sehingga 8 Mac. Namun mereka sedikit lega kerana tiada di antara mereka menghadapi penyakit melibatkan pernafasan.
Kerajaan Itali mengesahkan jangkitan meningkat sehingga 40% dalam tempoh 24 jam dengan sebanyak 1,576 kes.
Foto: Juventus FC
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Trend teknologi di hujung jari sekarang, sering menyebabkan segelintir pengguna laman sosial memuat naik segala perkara yang terjadi dalam kehidupan seharian. Kekadang mungkin kita tak perasan gambar atau status yang kita upload di media sosial tu berbaur riak dan ‘show off’ dan mengundang rasa meluat orang.
Bagi yang bernasib baik, ada juga yang menjadi popular jika perkongsiannya itu menjadi viral.
1- Check in hospital lepas tu siap ambil gambar dengan caption berbunga-bunga kononnya sedih mengalahkan drama kat TV. Padahal motif utama nak bagitahu check in dekat hospital swasta yang gah dan nak tunjuk bilik hospital yang macam hotel.
2- Snap gambar dalam rumah untuk tunjuk perabot dan segala perhiasan dalam rumah. Caption yang tidak berapa sesuai dengan gambar. Gambar tunjuk tangga, cermin besar ala-ala dalam TV tetapi caption ‘letihnya balik kerja’ bla bla bla…
4- Trend menunjuk stereng kereta.Tangkap gambar dalam kereta dan tak boleh tertinggal, mesti nampak stereng sekali. Caption macam biasa, jalan jem, ucap selamat pagi, luahkan rasa letih dan seangkatan dengannya. Tetapi, memang sengaja nak tayang stereng tu. Mahal kononya…
5- Perkara biasa untuk yang suka pusing shopping mall. Mula-mula mesti kena check in dengan status nak canang bahawasanya saya sedang membeli belah. Lepas tu mulalah nak tayang gambar barangan yang dibeli, nak bergambar pun kena pastikan beg barangan tu interframe sekali.
6- Sifat nak berlagak anak dan suami sebab nak tunjuk suami/ isteri dan anak dia yang paling bagus. Anak dia paling comel, paling pandai, paling buat itu ini macam dia seorang sahaja yang ada anak dalam dunia. Kalau suami pun sama, suami dia the best, suami orang lain semua tak best. Memanglah itu akaun sosial sendiri dan siapa tak suka boleh block, tetapi beragak lah sikit jangan sampai ada yang menyampah.
Bukan semua yang berada di laman sosial mempunyai sikap seperti ini dan secara mudah untuk dihadam, riak adalah satu perbuatan yang dilakukan semata-mata untuk mengharapkan pujian, penghormatan dan sanjungan dari orang lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Filem ‘Bohemian Rhapsody’ menjadi salah sebuah filem paling berjaya menutup tirai tahun 2018. Dengan membawakan kisah perjuangan muzik band rock legenda Queen, ‘Bohemian Rhapsody’ menjadi filem biografi muzikal mendapat kutipan paling tinggi dalam sejarah.
Figura utama yang memainkan watak frontman Queen, Freddie Mercury ialah pelakon berusia 37 tahun, Rami Said Malek atau lebih dikenali sebagai Rami Malek. Rata-rata peminat dan pengkritik filem di seluruh dunia seakan tak percaya melihat Rami membawa watak Freddie dengan begitu hidup sekali.
Malah keberkesanan lakonannya menyebabkan ramai yang tak dapat membayangkan orang lain membawakan watak itu. Dan kemuncak pengiktirafan itu telah dinokhtahkan dengan kejayaan Rami Malek memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Drama) Golden Globes Awards hasil lakonan hebatnya menerusi ‘Bohemian Rhapsody’.
Kini dia menjadi figura pelakon lelaki dan ikon buat ramai bakat-bakat baru yang ingin berjaya sepertinya.
Sejauh manakah anda mengenali jejaka yang berbakat besar dalam bidang lakonan ini? Jom kita kenal Rami Malek dengan lebh dekat.
Rami Malek yang dilahirkan di Loas Angeles, California mempunyai darah keturunan Mesir Coptic dan juga Greek.
Dia dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang menganuti agama Kristian Coptic Orthodox.
Mempunyai adik kembar bernama Sami yang lahir empat minit selepasnya dan kini bekerja sebagai seorang guru.
Merupakan seorang graduan Bachelor of Fine Arts dan menamatkan pengajiannya di University of Evansville pada tahun 2003.
Rami pernah membantu Sami dengan menyamar sebagai adik kembarnya untuk menduduki ujian drama di UCLA.
Pada tahun 2016, Rami Malek memenangi anugrah Pelakon Lelaki Terbaik Siri Televisyen menerusi lakonan mantapnya dalam drama thriller, ‘Mr. Robot’.
Mula menjadi pelakon sepenuh masa pad atahun 2004 namun hanya pada tahun 2006 dia mendapat peluang mendapat watak di dalam filem Night at the Museum’.
Sehingga kini dia telah mendapat pencalonan pelakon lelaki terbaik sebanyak tujuh kali menerusi lakonannya dalam ‘Mr. Robot’.
Pernah sama satu sekolah dengan pelakon Kirsten Dunst yang merupakan junior dan mereka juga rakan kelas teater yang sama.
Untuk membawakan watak Freddie Mercury, Rami Malek harus berlatih untuk bercakap dan menyanyi dengan memakai gigi prostetik selama berbulan-bulan lamanya. Maka tak hairanlah ramai yang kagum dengan lakonannya sebagai Freddie Mercury!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pakar pendandan rambut, Bambang Sutrisno Soteto ada idea tersendiri. Jarinya rancak bergerak bersama ideologi tentang dunia dandanan rambut.
KEMAHUAN
Saya pernah tidak bercakap dengan ayah sewaktu melahirkan hasrat untuk menjadi hairdresser dan bukannya jurutera kimia. Akhirnya saya menerima respon positif dari keluarga apabila saya berjaya buktikan bahawa impian saya ini bukan omongan yang kosong.
Mungkin dulu, kerjaya ini bukan kerjaya sesuai untuk seorang lelaki dan ada juga yang rasa segan mengakui minat mereka tetapi kini segalanya berbeza. Asalkan ada minat, perniagaan yang halal dan kita ikhlas menjalankan perniagaan, jadi segalanya OK!
RAHSIA RAMBUT
Orang pertama yang menjadi ‘mangsa’ saya adalah seorang sahabat karib sewaktu masih belajar di asrama penuh, Ali Imran. mungkin kerana kepercayaannya kepada saya, dia membenarkan saya mendandannya dan respon? Not bad!
SIFU
Di awal penglibatan, saya pernah menjalani latihan di Mannheim, Germany, London, dan Vienna selama lima tahun berturut-turut. Semua latihan ini saya ambil sebagai pengalaman dan pengajaran untuk saya menghadapi masa hadapan. Kesempatan dan peluang yang saya terima mungkin sukar diperolehi jadi saya gunakan sebaiknya. Selepas tamat latihan, saya juga pernah bekerja di salah sebuah salon dandanan rambut terkenal di Vienna bernama Headquarters selama dua setengah tahun. Sepanjang berada di sana untuk menjalani latihan dan bekerja, saya mendapat banyak pengalaman hebat dan kemahiran dandanan rambut lazim masyarakat Eropah, pengaruh dari gaya rambut geomatrik zaman 60-an dan 70an. Sedikit demi sedikit saya mula yakin dengan kebolehan yang saya ada dan saya bawa ilmu serta pengalaman ini ke Malaysia.
TERGUNTING JARI
Ya! Saya pernah tergunting jari sewaktu melakukan pertunjukan dandanan rambut di Indonesia. Siapa sangka, ada juga golongan profesional yang melihat kebolehan saya. Saya dihantar ke Jakarta untuk membuat pertunjukkan rambut di hadapan beratus-ratus hairdresser dari seluruh Indonesia. Sewaktu rancak menggunting rambut di pentas utama, saya tergunting jari sendiri! Sakit memang tidak dapat diluah dengan kata-kata tetapi saya teruskan aksi lincah di atas pentas dan cuba menahan sebaik mungkin kerana walau apa pun terjadi, the show must go on!
DETIK TERINDAH
Kelahiran Hairkunst di The Curve, Mutiara Damansara dan juga dipilih menjadi duta jenama Schwarzkopf.
PETUA
Saya akui bidang ini mula menarik perhatian ramai. Ramai yang datang bertanya bagaimana untuk terus maju ke hadapan? Rasanya tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan malah saya akan menjadi orang yang lebih rajin. Saya akan lebih rancak mencari idea baru untuk diketengahkan. Apabila ada saingan yang sihat, saya perlu pastikan saya sentiasa up-to-date dengan trend terkini. Sesungguhnya, kekuatan saya terletak pada pengalaman bekerja di luar negara dan menjadi duta Schwarzkopf. Hubungan yang baik di antara saya dan pelanggan juga merupakan antara sebab saya masih menjadi pilihan mereka dan terus mencipta nama.
IKUT RESMI PADI
Untuk terus mengembangkan sayap dan dikenali lebih meluas, kita perlu sentiasa merendah diri. Teruskan mengambil tahu mengenai perkembangan semasa, jangan ketinggalan dan paling penting jadilah pendengar yang baik. Kadangkala, ada hairdresser yang tidak menghiraukan permintaan pelanggan, hanya ikut kepala sendiri. Jika kena pada gaya, tidak mengapa tetapi sekiranya tidak sesuai dengan kehendak pelanggan, kita juga yang akan dapat nama buruk. Yang penting, kita perlu tahu apa yang kita lakukan!
Biodata & Profile:
Nama: Bambang Sutrisno Soteto
Jawatan: Pedandan Rambut
Pendidikan Kepakaran: Mods Salon, Mannheim, Germany & Headquarters Academy and Salon,Vienna, Austria.
Tahap Pendidikan: Ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Kimia dari Universiti Fachochschule Mannheim, Jerman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.