Siapa tak kenal dengan bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo yang kini bersama juara Serie A, Juventus. Pemain yang dikatakan antara terbaik pernah disasksikan dalam sejarah bola sepak ini bukan sahaja menjadi ikon kepada sukan ini tetapi kepada aktiviti amal yang sering dilakukannya.
Terbaru Cristiano Ronaldo dilaporkan telah mendermakan sebanyak USD1.5 juta (RM6.26 juta) kepada masyarakat Palestin. Derma yang dilakukan oleh pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or ini dilakukan olehnya bersempena dengan bulan suci, Ramadan.
Dan menerusi derma ini juga Ronaldo berharap ia dapat meringankan sedikit penderitaan yang di alami oleh penduduk Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza.
Ini bukanlah kali pertama Ronaldo melakukan derma seperti ini. Pada tahun 2012 dia pernah melelong kasut emas yang dimenanginya untuk mengutip derma khusus buat anak-anak Palestin.
Ads
Selain itu, Ronaldo juga dikatakan pernah menolak untuk bertukar jersi dengan pemain Israel ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 yang lalu.
Ads
Buat pengetahuan anda, Semenanjung Gaza telah diserang tanpa bels kasihan oleh rejim Zionis sejak tahun 2007 lagi. Malah sekatan yang dilakukan oleh rejim tersebut telah banyak membuat hidup penduduk Palestin di Semenanjung Gaza berdepan kesukaran luar biasa.
Semoga lebih ramai pemian seperti Cristiano Ronaldo tampil ke hadapan untuk membantu rakyat Palestin dan menyuarakan sokongan mereka terhadap negara yang ditindas sejak puluhan tahun ini.
Orang yang berjaya mula dengan visi yang jelas tentang apa yang mereka ingin capai. Begitu juga dengan pelakon popular, Meerqeen yang tampil berkongsi rahsia kejayaannya dan amalan yang dilakukan untuk memperoleh sesuatu di dalam hidup.
Menerusi perkongsian di TikTok milik pengguna bernama Emma, pelakon naskhah Cinta Untuk Sekali Lagi itu mendedahkan dirinya menerapkan amalan memasang matlamat sebagai motivasi diri.
“Saya tak pernah rasa saya dah berjaya tapi rahsia saya dalam perjalanan hidup saya adalah tidak pernah berputus asa. Kena selalu pasang ‘goals’ dalam hidup untuk kita bergerak setiap hari.
“Jadi maksudnya, bila ada ‘goals’ awak akan motivasikan diri sendiri. Benda itu yang saya terapkan sejak sekolah lagi. Saya akan dapatkan apa yang saya mahukan dan apa yang saya ada sekarang.
“Benda itu jadikan pembakar semangat saya hari-hari. Awak kena ada ‘goals’ lepas itu kena bekerja keras. Kalau kita rasa penat, kita kena fikir orang lain kerja lagi penat daripada kita,” katanya.
Dalam pada itu, bekas pesertsa Hero Remaja itu juga memberitahu dia mempunyai ‘goal board’ meletakkan segala impian yang mengingatkan diri kepada objektif bekerja.
“Macam saya ‘goals’ ni kita punya angan-angan tapi kena letak dekat awak punya ‘goal board’. Saya dekat rumah dalam almari ada ‘goal board’.
“‘Goal board’ tu contohnya, saya nak sesuatu barang dalam umur tertentu. Contoh umur saya 23, saya cakap saya nak ada jet peribadi. Saya letak dekat ‘goal board’ itu untuk saya bergerak setiap hari tanpa berputus asa,” ujarnya lagi.
Di samping itu, setiap orang perlu memiliki matlamat dalam hidup dan bergaul dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran yang sama dalam hidup untuk berjaya dalam hidup.
“Semua orang kena ada ‘goals’ sebab untuk motivasikan diri kita setiap hari. Benda itu yang saya terapkan dan duduk dengan orang-orang yang sama dengan awak maksudnya orang-orang yang sama-sama nak berjaya,” tuturnya panjang.
Pereka kandungan digital terkenal negara, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank, sekali lagi mencipta kejutan apabila mengumumkan bakal berkolaborasi dengan bintang ternama Hollywood, Tom Cruise.
Sofyank berkongsi berita tersebut menerusi satu hantaran di Instagram selepas selamat tiba di Tokyo, Jepun bersama rakannya, Muhammad Shaffuan.
Dalam hantaran itu, Sofyank meluahkan rasa syukur dan gementar menjelang sesi penggambaran bersama pelakon utama filem Mission: Impossible itu.
“Bismillah… alhamdulillah selamat mendarat di Tokyo bersama dengan @mshaffuan. Insya-Allah esok (hari ini) kalau tiada halangan, saya akan shoot satu video kesan-kesan khas (VFX) bersama dengan Tom Cruise,” tulisnya.
Sofyank sememangnya dikenali dengan kepakarannya menghasilkan kandungan video berasaskan kesan khas (VFX) yang kreatif dan bertaraf antarabangsa.
Kolaborasi bersama Tom Cruise ini bakal menjadi antara pencapaian terbesar dalam kerjayanya sebagai pencipta kandungan digital.
Menariknya, ini bukanlah kali pertama Sofyank bekerjasama dengan selebriti antarabangsa.
Sebelum ini, beliau pernah menjayakan projek bersama Will Smith ketika promosi filem Gemini Man, dan menghasilkan video magis kreatif bersama bintang media sosial terkenal, Zach King.
Selain itu, Sofyank juga pernah bekerjasama dengan beberapa nama besar lain dari Hollywood dan industri hiburan global untuk pelbagai projek video khas, membuktikan reputasinya sebagai salah seorang pencipta kandungan digital terbaik dari Malaysia.
Menerusi satu lagi hantaran, Sofyank turut meluahkan rasa gementar menjelang penggambaran tersebut, walaupun telah membuat persiapan awal.
Dia turut memohon doa daripada para pengikutnya agar sesi tersebut berjalan lancar.
“Buat masa sekarang, perasaan memang sangat nervous menunggu detik untuk shooting esok. Walaupun dah buat persiapan awal-awal, tapi masih lagi risau untuk sesi esok. Dikesempatan ini, saya nak minta dengan semua doakan proses shooting esok berjalan lancar. Insya-Allah saya akan keep update perjalanan kami di sini. Nantikan tau!” tulisnya lagi.
Kolaborasi ini bukan sahaja menjadi kebanggaan buat Sofyank, malah ia juga membuktikan bahawa anak muda tempatan mampu menembusi industri hiburan antarabangsa.
Projek ini dijangka meraih perhatian besar di peringkat global, terutamanya di kalangan peminat filem aksi dan penggemar kandungan digital kreatif.
Nantikan hasil kolaborasi epik antara Sofyank dan Tom Cruise yang pastinya bakal mencuri tumpuan dunia!
Suhu politik di negara jiran kita seakan semakin reda selepas berakhirnya pilihanraya umum Thailand baru-baru ini. Selepas kira-kira 10 tahun di bawah pemerintahan bertulang belakangkan ketenteraan, rakyat Thailand kini telah bersuara.
Dalam pilihanraya yang berlangsung pada 14 Mei 2023, keputusan yang dikatakan mengejutkan ramai pihak telah dapat disaksikan. Menerusi keputusan rasmi parti yang didukungi oleh pemimpim muda yang dilihat membawa hala tuju lebih progresif, Move Forward mendapat kemenangan yang luar biasa.
Idea yang dibawa parti yang diketuai oleh Pita Limjaroet yang merupakan seorang pemuda berusia 42 tahun, lulusan Harvard mendapat sambutan daripada pengundi terutamanya generasi muda. Dia diramal akan menjadi Perdana Menteri terbaru Thailand dengan perbincangan pembentukan kerajaan masih lagi berlangsung sekarang.
Siapakah pemuda ini yang menjadi ikon baharu anak muda di Thailand?
Pita Limjaroenrat merupakan pemimpin Parti Move Forward (ชาติพัฒนา) di Thailand. Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 1978 di Bangkok, Thailand dan dibesarkan di New Zeland.
Beliau mula dikenali ramai selepas muncul sebagai pemimpin utama Parti Move Forward pada tahun 2020. Parti ini merupakan sebuah parti yang bolehlah dikatakan baru dengan fokus utama pada isu-isu sosial, ekonomi, dan politik yang melibatkan generasi muda dan golongan bawahan di Thailand.
Sebelun menjadi ahli parlimen Thailand pada 2018, beliau pernah berkhidmat di beberapa buah syarikat gergasi seperti Grab dan juga Boston Consulting Group.
Kemudian dia juga pernah menjadi anggota Parlimen untuk parti politik sebelumnya, Pheu Thai, dan telah memegang beberapa jawatan dalam kerajaan Thailand. Beliau juga pernah menjadi Menteri Muda di Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand.
Sebagai pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat dikenali sebagai seorang pembela demokrasi dan suara rakyat. Beliau secara aktif berucap tentang isu-isu penting yang melibatkan hak asasi manusia, keadilan sosial, ketidaksetaraan, dan pembangunan negara.
Beliau mengangkat idea perubahan politik yang progresif dan merangkul idea-idea baharu untuk membawa perubahan positif kepada rakyat Thailand.
Parti Move Forward di bawah pimpinan Pita Limjaroenrat telah mendapatkan sokongan yang besar dari generasi muda Thailand dan golongan bawahan.
Mereka berusaha untuk melindungi hak-hak dan kepentingan golongan tersebut serta membawa perubahan yang positif bagi masyarakat secara keseluruhan.
Beliau juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang sangat bekerja keras demi memperjuangkan keadilan, demokrasi dan kesejahteraan rakyat Thailand.
Beliau berusaha untuk membawa perubahan yang positif dalam politik Thailand dengan menghadapi cabaran dan menggalakkan dialog dan diskusi terbuka.
Sebagai pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat telah menjadi suara penting dalam arena politik Thailand dan mendedikasikan dirinya untuk meningkatkan kehidupan rakyat dan mencapai perubahan yang lebih baik dalam masyarakat.
Jika Pita berjaya mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi PM Thailand seterusnya, ia akan menamatkan pemerintahan tentera selama hampir sedekad di sana. Adakah ini kebangkitan anak muda yang bakal disaksikan berlaku di negara serantau yang lain?
Ia amat menarik untuk kita sama-sama saksikan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
AEON Festive Preview 2026 memperkenalkan platform runcit baharu yang menggabungkan fesyen, gaya hidup, rumah dan komuniti bagi mencipta pengalaman membeli-belah musim perayaan yang lebih menyeluruh di Malaysia.