Kategori entry-level telefon pintar pada masa kini masih lagi mempunyai sambutan yang agak baik daripada pengguna.

Kebiasaannya pengguna telefon pintar ketegori ini mahukan sebuah peranti yang ringkas dan dapat digunakan untuk melakukan tugasan ringkas dan penggunaan laman media sosial yang baik.

Dan salah satu faktor yang cukup penting bagi mereka ialah bateri yang mampu bertahan lama. Itulah yang ditawarkan oleh Huawei Y6p, telefon pintar entry level terbaharu dari Huawei.

Tampil dengan skrin sesentuh beresolusi 1600×720 bersaiz 6.3 inci, Huawei Y6p bakal diperkenalkan sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun muncul dengan tawaran spesifikasi yang sederhana, namun ia masih lengkap dengan tempoh ketahanan bateri yang lama.

BATERI HEBAT & TAHAN LAMA

Dengan bateri 5000mAh, ia boleh memberikan kemudahan kepada pengguna yang berjauhan daripada keluarga dan tidak dapat pulang berhari raya melakukan panggilan video yang lama tanpa perlu risau kehabisan bateri. Bahkan kemampuan bateri telefon pintar ini menjadi antara kekuatan utama yang ditawarkan oleh Huawei.

Cuma RM559 Je, Berbaloi Untuk Anda Miliki Huawei Y6p Kerana Skrinnya Besar & Hayat Baterinya Lama!SELFIE TERBAIK!

Selain itu, Huawei Y6p turut dilengkapi dengan kamera belakang 13MP bersama lensa kamera wide-angle bagi pengalaman momen bergambar di musim perayaan. Manakala kamera hadapan 8MP pula boleh memberikan kualiti panggilan video dan foto selfie yang memuaskan.

IKLAN

Oleh itu, abadikan kenangan terindah Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang jauh berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini dengan pelbagai foto selfie menarik dan rakaman video momen indah keluarga secara digital.

Cuma RM559 Je, Berbaloi Untuk Anda Miliki Huawei Y6p Kerana Skrinnya Besar & Hayat Baterinya Lama!Cuma RM559 Je, Berbaloi Untuk Anda Miliki Huawei Y6p Kerana Skrinnya Besar & Hayat Baterinya Lama!STORAN YANG BESAR

Antara faktor lain yang amat penting untuk sesebuah telefon pintar kategori seperti ini ialah saiz storan dalaman. Huawei Y6p membenarkan pengguna menyimpan foto, video dan data dengan storan dalaman bersaiz 64GB.

Bahkan, Huawei juga menawarkan storan cloud secara percuma sebanyak 15GB untuk tempoh selama 12 bulan. Walaupun ia tergolong dalam kategori entry-level namun Huawei Y6p dikuasakan oleh chipset berkualiti MTK 6765 dengan memori 4GB RAM.

TAWARAN 3 WARNA MENARIK

Huawei Y6p juga menawarkan tiga personaliti warna berbeza iaitu Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black. Ketiga-tiga warna menarik ini semestinya mampu menonjolkan sisi personaliti unik anda menyambut Hari Lebaran.

IKLAN

Cuma RM559 Je, Berbaloi Untuk Anda Miliki Huawei Y6p Kerana Skrinnya Besar & Hayat Baterinya Lama!DIPERKASAKAN HUAWEI APPGALLERY

Huawei kini telah mengembangkan AppGallery dengan cukup giat sekali. Malah, ia telah dibanjiri dengan pelbagai apps menarik dan asas dalam kegunaan harian pengguna. Huawei Y6p bergantung sepenuhnya kepada AppGallery.

Terdapat pelbagai apps yang boleh digunakan dan dimuat naik seperti Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, Touch n go e-wallet, shopee, lazada, Facebook, Whatsapp, Astro Go, Here WeGo dan banyak lagi.

Sekiranya anda pemilik Huawei Y6p, anda tidak perlu lagi risau jika tidak dapat menggunakan Google Play ya!

IKLAN

Ingin mengetahui lebih banyak mengenai Huawei AppGallery, layarilah https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

Cuma RM559 Je, Berbaloi Untuk Anda Miliki Huawei Y6p Kerana Skrinnya Besar & Hayat Baterinya Lama!Selain itu, pengguna juga boleh memuat turun FindApps di AppGallery. Menariknya, ia merupakan hub eksklusif yang menghubungkan pengguna untuk mencari apps yang diperlukan ke sumber sedia ada seperti Grab, Telegram, Facebook Lite dan sebagainya.

TAWARAN HEBAT DI BULAN RAMADAN

Cuma RM559 Je, Berbaloi Untuk Anda Miliki Huawei Y6p Kerana Skrinnya Besar & Hayat Baterinya Lama!Huawei Y6p telah mula dipasarkan di tempatan bermula 16 Mei 2020 yang lalu pada harga RM559 sahaja! Jom, dapatkan Huawei Y6p sekarang juga sini https://bit.ly/2TcxLAB

Selain model Huawei Y6p, Huawei juga memperkenalkan Y5p pada harga lebih murah iaitu RM359. Kedua-dua telefon pintar ini boleh dibeli di kesemua kedai Huawei, pengedar sah dan dalam talian.

Untuk tawaran yang hebat dan menarik Huawei sila layari sini https://bit.ly/2AzwNrJ

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI