Gambar: Bernama

Jika anda mempunyai saman trafik yang tertunggak, inilah masanya untuk anda mengambil peluang membuat pembayaran dan mendapatkan diskaun sehingga 50 peratus untuk saman-saman tertentu.

Tawaran diskaun untuk saman trafik ini diberikan sebagai langkah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat.

Orang ramai boleh mendapatkan diskaun saman trafik ini selama empat hari bermula 18 Mei hingga 21 Mei 2020.

Pemberitahuan ini dikongsikan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM di Facebooknya.

#OP COVID-19

PEMBUKAAN KAUNTER PERKHIDMATAN PEMBAYARAN SAMAN DAN PEMBEKALAN DOKUMEN KEMALANGAN SERTA TAWARAN DISKAUN 50% DENGAN BAYARAN SAMAN SECARA e-PAYMENT.

Bermula 18 Mei 2020, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan membuka kaunter pembayaran saman secara berperingkat di semua balai polis trafik seluruh negara dengan tujuan memudahkan orang ramai untuk menjelaskan bayaran saman yang tertunggak serta pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan seperti salinan repot, gambar dan rajah kasar bagi tujuan tuntutan insurans.

IKLAN

Orang awam boleh terus berurusan di kaunter pembayaran saman atau pun pembekalan dokumen dengan mengikuti jadual hari dan masa yang telah ditetapkan. JSPT juga telah menetapkan Standart Operasi Prosuder (SOP) Norma baharu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi memastikan tahap keselamatan semua pihak terjamin.

Sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan kadar diskaun sehingga 50 peratus bagi saman-saman tertentu selama (4) hari bermula dari 18 hingga 21 Mei 2020.

Tawaran diskaun hanya terpakai melalui kaedah pembayaran secara e-Payment yang boleh dilakukan melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

Dari 18-21 Mei 2020, Semua Saman Layak Dapat Diskaun Hingga 50% Secara E-Payment Kecuali 6 Saman Ini

IKLAN

Semua saman layak mendapat diskaun KECUALI:

i) Saman kemalangan tahun 2019 & 2020.

ii) Saman dalam perbicaraan.

iii) Saman OP Selamat tahun 2019 & 2020.

IKLAN

iv) Saman berstatus NC (Non Compoundable).

v) Saman berstatus mahkamah & saman berkaitan lori.

vi) Saman berstatus waran tangkap.

JSPT menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi PKPB yang sedang dikuatkuasakan demi kebaikan bersama. Bersama kita hentikan rantaian wabak Covid-19.

#staysafe
#keepsocialdistancing
#JSPTPrihatin

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI