‘Kalau dah jodoh takkan ke mana’. Itulah frasa indah yang sering diungkapkan ramai orang terutamanya dalam soal perhubungan dan percintaan.
Baru-baru ini di Twitter, tular sebuah kisah sahabat baik yang mengakhiri zaman bujang-masing dengan sebuah ikatan perkahwinan.
Kongsi pengguna Twitter yang menggunakan nama Ainsymm, thread tentang kisah hidup Zati Zaini dan Ammar Azlan mendapat lebih 20,000 retweet.
Manakan tidak, netizen kan memang suka benda-benda yang sweet macam ni :
Alhamdulillah, kawan sampai kahwin
Menerusi laman Instagram Zati Zaini, dilihat instafamous berkenaan menulis kapsyen, “Alhamdulillah, kawan sampai kahwin”. Posting berkenaan kini dilihat mencapai lebih 100,000 tontonan sehingga hari ini.
Maklumlah dulu waktu berkawan, cuma panggil aku dan kau sahaja. Selepas berkahwin, panggilan gelaran tersebut perlulah ditukar sedikit agar nampak manja dan romantik.
Mungkin kerana tidak biasa dengan panggilan manja atau sebagainya, Zati seperti kekok ingin memanggil suaminya, Ammar dengan panggilan baharu.
Tulisnya, “Done kahwin. Mar, nak kena panggil abang ke biy ke daddy?”
Paling kelakarnya, dalam proses memanggil pasangan dengan gelaran baharu itu, ada kalanya Zati secara tidak sengaja masih terbiasa dengan bahasa diri ‘aku dan kau’.
Ads
Undang rasa ‘bersemut’ dalam kalangan netizen
Rata-rata netizen menganggap situasi yang dialami Zati dan Ammar sebagai sesuatu yang sangat sweet dan ‘bersemut’.
Mana tidaknya, daripada cuma sekadar kawan.. dipermudahkan urusan jodoh untuk mendirikan rumah tangga yang bahagia.
Apa-apa pun, Maskulin ingin mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia kepada pasangan pengantin baharu ini, Zati dan juga Ammar.
Kepada pasangan suami isteri di luar sana, ini sekadar gurauan ya. Awas apabila pasangan anda perkenalkan ‘kawan’ berlainan jantina. Takut terkahwin pulak. Hehe!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rosyam Nor, bukan nama asing dalam industri seni Malaysia. Figura dengan nama asal Mohamed Noor bin Shamsuddin, adalah seorang pelakon, penerbit, dan usahawan terkenal di Malaysia.
Walaupun dikenali salah satu ikon dalam industri hiburan tanah air dan berada di puncak jaya, namun beliau tidak malu mengakui agak jahil dalam bab agama suatu ketika dulu.
Rosyam Nor dalam program Rumah No 107 berkongsi kisah pemergian arwah bapanya yang memberikan pengajaran cukup besar untuk dirinya.
Dia mendedahkan sangat menyesal apabila tidak dapat mengaji untuk jenazah arwah bapanya.
“Saya tak salahkan ibu bapa kerana saya pun dibesarkan di Kuala Lumpur dan kami tidak ada sekolah agama pada ketika itu.
“Bila bapa saya meninggal bayangkan saya tidak boleh mengaji untuk jenazah arwah bapa saya sebab saya tak tahu mengaji.
“Saya tengok jenazah bapa saya terbujur kaku tapi saya tak boleh nak mengaji untuk jenazah arwah bapa saya.
“Yang saya tahu nak baca pada ketika itu hanyalah Al-Fatihah dan tiga Qul, itu sahaja dan saya merasakan betapa hinanya saya.
“Nama saya besar, saya diangkat menjadi hero nombor satu Malaysia, hero Malaya tapi bila bapa mati kau tak boleh sedekahkan.
“Dari situ terdetiklah di hati saya… Mak saya selalu pesan apa-apa pun doa. Saya minta pada Allah saya nak mengaji, tolonglah aku Ya Allah
“Akhirnya Allah temukan saya ketika berumur 45 tahun dengan seorang ustaz, bukan di masjid tapi di lokasi KL Gangster,” ceritanya yang menjadi tetamu undangan untuk program berkenaan bersama Zizan Razak.
Sebut sahaja Prosperity Burger, mesti kita terfikirkan Prosperity Burger McDonald. Terasa nikmatnya apabila menggigit padatan daging bersama limpahan sos lada hitam yang menyelerakan.
Kalau anda ingin membeli dan makan Prosperity Burger untuk seisi keluarga apatah lagi jika mempunyai anak yang ramai, tentu sahaja banyak belanjanya.
Rupanya tak susah mana pun nak masak Prosperity Burger Homemade ni.
Kalau dah masak sendiri, bolehlah anda dan seisi keluarga makan sepuas-puasnya kerana rasanya lebih sedap daripada yang ori.
Jom kita try.
Trobek sikit aku buat homemade prosperity. Aku rasa mcm lagi sedap je dari yg ori.
1. Roti gardenia
2. Daging Ramly
3. Bawang besar 1/2 potong dadu
4. Bawang holland hiris nipis
5. Tepung gandum 2 sudu
6. Air 1 gelas
7. Lada hitam serbuk + tumbuk
8. Butter 2sb
9. Sos tiram 2sb
10. Kicap manis 1sb
11. Garam secukup rasa
1. Mula2 letak butter pada roti n goreng dulu kejap.
2. Uli daging ramly n bentuk kan cam bentuk roti (refer gambar)
3. Goreng daging dulu (cucuk2 dgn garfu)
1. Panaskan butter 2sb n masukkan tepung gandum. Kacau smpai jd gold.
2. Pastu masukkan air 1 gelas n kacau. Masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1sb, sos tiram, kicap n garam. Masak sampai pekat mana korang nak.
Bila sebut menu diet, ramai yang sanggup menolak nasi kerana bimbang sumber karbo ini boleh melambatkan lagi proses penurunan berat badan.
Namun lain pula dengan cara pemain ragbi amatur bernama Muhammad Fikri Hakim bin Ramli atau mesra dipanggil Akim ni mengamalkan pemakanan untuk kurus.
Menurut pemilik Instagram akim.back ini kepada MASKULIN, proses dietnya tidak mengehadkan dia untuk mengambil segenggam nasi bersama segenggam protein dan segenggam sayur-sayuran.
Malah cara yang diamalkannya ini bersama rutin senaman dan suplemen memberikan hasil apabila dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram dalam masa 12 minggu.
“Berat badan saya mula naik mendadak selepas terlibat dalam satu kemalangan kira-kira dua tahun yang lalu sehingga ia membataskan pergerakan saya.
Tambahan lagi selepas pelaksanaan PKP tempoh hari, setiap hari saya hanya makan, minum dan tidur yang diulang-ulang setiap hari serta langsung tidak mengamalkan senaman dan gaya hidup yang sihat sehingga berat badan saya naik mencecah 134 kilogram,” ujar lelaki berasal Terengganu ini ketika ditemu bual oleh MASKULIN.
Disebabkan saya mempunyai masalah kesihatan lutut dan telah menjalani beberapa siri pembedahan di bahagian lutut kiri, doktor pakar ortopedik mengesyorkan agar saya ‘lose weight’. Jika saya ingin kembali ke padang untuk bermain ragbi seperti sediakala, saya perlu ‘in shape’ agar stamina dan prestasi saya berada di tahap yang terbaik. Orang sekeliling juga pernah mengejek dan mengutuk saya dengan gelaran ‘Gergasi’, ‘Si Besar’ dan sebagainya. Namun, saya tidak pernah mengambil hati mahupun terasa dengan sindiran sebegitu. Malah, saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri saya ‘improve’ dan bawa diri saya ke tahap yang seterusnya.
Saya mulakan diet dengan mengurangkan portion karbohidrat sedikit demi sedikit setiap hari tapi bukan tak ambil karbohidrat secara mendadak dalam pengambilan diet seharian saya. Saya menggunakan konsep nasi segenggam, protein segenggam dan sayur segenggam dalam gizi pemakanan diet saya. Dan sifu saya iaitu Safwan Othman banyak memberikan kata-kata semangat dan tunjuk ajar yang sangat berguna kepada saya setiap hari.
“Teguran dalam bentuk sindiran adalah perkara biasa kerana saya menerimanya secara positif dan berfikiran terbuka setiap masa”
Antara yang paling ketara adalah bahagian dada dan paha kerana seluar dan baju harian yang saya pakai mulai longgar dan berubah saiz. Mulanya saya terkejut kerana seluar dan baju-baju lama saya yang dahulu sudah boleh dipakai seperti mula-mula saya beli. Ada juga di antara rakan-rakan dan ahli keluarga yang mula menegur perubahan fizikal saya terutamanya di bahagian muka. Kata mereka, muka saya nampak agak cengkung dan ‘jawline’ mula terbentuk.
Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang soalan ini. Apa yang saya boleh kongsi adalah kita perlu kembali kepada asas dan mengawal apa yang kita makan dan perlu melihat balik banyak mana portion yang kita ambil setiap hari. Saya kira berapa pengambilan kalori saya setiap hari agar tidak terbabas dari target saya yang sebenar.
Pemakanan sepanjang 12 minggu diet:
1. Ayam bakar bersama broccoli grill + segenggam nasi (Beras Perang) ataupun segenggam nasi (Beras Basmathi).
2. Menu seterusnya saya tukar dengan ikan kembung bersama bayam kukus + segenggam nasi beras perang ataupun segenggam nasi beras Basmathi.
** Tip pemakanan untuk ‘weight loss’ yang ketara – elak makan daging berwarna merah.
Fokus saya adalah untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal – tidak terlalu kurus ataupun tidak terlalu muscular. Untuk latihan rutin senaman, saya fokuskan pada bahagian muscle secara specific. Maksudnya, rutin senaman dada jangan dicampuradukkan dengan rutin senaman bahu ataupun rutin senaman kaki kerana ia akan mengganggu proses untuk memastikan lemak yang berada di bahagian otot dapat dibakar secara sekata melalui senaman yang kita lakukan.
** Sebelum melakukan senaman, buat regangan dahulu untuk mengurangkan risiko kecederaan. Memadai hanya 10-12 minit regangan.
Perjalanan saya masih jauh kerana selepas ini saya perlu mendapatkan semula stamina dan kekuatan otot yang telah hilang agar saya boleh kembali ke padang seperti sediakala. Selepas proses yang telah saya lalui dalam 12 minggu in, saya mula menunjukkan minat dalam bidang MMA dan Crossfit kerana bidang ini adalah cabang baharu untuk diri saya. Ia lebih mencabar ketahanan mental dan fizikal yang mana ia boleh menimbulkan perasaan teruja apabila mencubanya buat kali pertama.
Saya sentiasa set dalam minda, sampai bila saya hendak berada di takuk yang lama? Kenapa saya tak nak jadi lebih baik dan upgrade diri ke next level? Kalau tidak sekarang, bila lagi? Di situlah saya menanam azam di awal pagi setiap kali saya bangun tidur dan sebelum tidur kerana kita adalah apa yang kita fikirkan. Kita pasti boleh lakukan kalau kita berusaha dengan cara yang betul dan konsisten. Saya meletakkan ejekan dan cacian sebagai pembakar semangat untuk saya menjadi lebih baik lagi dan lagi. Saya buat semua ini bukan kerana saya ingin membalas dendam atau ingin memuaskan hati sesiapa tetapi demi diri saya sendiri dan menganggapnya sebagai satu bentuk kepuasan. Saya bangga dengan pencapaian saya setakat ini.
1. Penting ambil suplemen untuk tenaga kepada tubuh badan. Saya sendiri mengamalkan dua biji I’nur Slimming sebelum melakukan rutin senaman.
2. Pastikan tidur secukupnya kerana waktu itulah badan kita melalui proses recovery yang sangat penting.
3. Pengambilan air kosong penting untuk memastikan badan tidak kering dan dehidrasi lebih-lebih lagi dengan musim cuaca yang tidak menentu.
4. Sentiasa belajar dan belajar daripada orang yang lebih arif dan jangan kekok untuk sentiasa bertanya.
Jika anda mengalami masalah berat badan sehingga mengganggu tugas-tugas harian, boleh jadikan perkongsian Akim ini sebagai inspirasi untuk anda mencapai berat badan ideal.
Memadankan kasut bersama baju Melayu memainkan peranan besar dalam gaya lelaki di pagi Raya. Ketahui 5 jenis kasut paling bergaya yang boleh menaikkan penampilan Baju Melayu anda ke tahap lebih maskulin dan premium.