Dalam hidup ni, kejayaan tanpa pengorbanan memang mustahil. Tak kisah kau mula dari bawah, janji kau tak putus asa. Itu yang dibuktikan oleh Mohamad Nur Syaaban Md Desa, anak muda berusia 26 tahun yang kini jadi sebutan ramai, viral di media sosial sebab kisah ‘from zero to hero’ dia yang memang padu.
Bukan Lahir Terus Senang
Syaaban, anak jati Ipoh, Perak, habis belajar Tingkatan Lima di SMK Kampung Dato’ Ahmad Said. SPM dia? Biasa-biasa je. Tapi dia tak jadikan keputusan tu sebagai alasan untuk ‘game over’ masa depan dia.
Dia memang minat bidang automotif, tapi sebab keputusan tak cukup kredit, permohonan dia ditolak. Keluarga pun bukan orang senang, jadi dia tak ada pilihan selain mula cari jalan sendiri.
Mula Dengan EX5 & Mesin Rumput
Tahun 2017, dengan hanya motosikal EX5 dan semangat yang tak luntur, dia mula kerja potong rumput, sapu sampah, jaga landskap sekitar Jelapang, Meru. Kerja yang orang pandang sebelah mata, tapi dia tahu itu permulaan.
Lepas tu, dia ambil upah sama di Dataran Ipoh. Bila duit makin cukup, dia ‘upgrade’ skill – belajar tebang pokok kampung-kampung.
Ads
“Masa tu, nak buka harga pun tak tahu. Orang kata kerja ni ada masa depan ke? Aku fikir, kita yang kawal hidup kita. Nak lebih, usaha lebih. Penat? Rehat, jangan berhenti,” kongsi Syaaban.
Dari Penat ke Pendapatan Besar
2020 jadi titik perubahan. Dia dapat subkontrak di kawasan Ipoh, kenal ramai kontraktor, buka lebih banyak peluang. Berkat usaha, doa, dan disiplin, nama Syaaban makin dikenali. Dapat projek besar, termasuk daripada jabatan kerajaan.
Ads
Semuanya dia urus sendiri dulu. Sekarang? Syaaban dah ada pekerja, syarikat sendiri, dan pendapatan stabil hasil titik peluh dia.
SPM Bukan Penentu, Ilmu Tetap Kena Ada
“Siapa kata pelajaran tak penting? SPM tak cantik, tapi kalau nak kendalikan bisnes sendiri, ilmu tetap kena ada,” tegas Syaaban.
Dia urus syarikat, kira akaun, semua perlukan pengetahuan. Ilmu jalan terus walaupun akademik tak sempurna.
Ads
Dari Dipandang Sebelah Mata, Kini Ada Segalanya
Dulu, ada orang cakap dia tiada masa depan. Hari ni? Dia dah ada rumah, ada kereta sendiri, semuanya hasil kerja keras.
“Orang boleh cakap macam-macam, tapi kau yang tentukan siapa kau nanti. Mulakan dari bawah pun tak apa, janji jangan duduk diam,” pesan Syaaban untuk semua lelaki muda di luar sana.
Bro, kalau kau rasa hidup kau susah, tengok kisah Syaaban. Tak ada jalan pintas. Yang ada, usaha, sabar, dan hati kental. Dari mesin rumput, boleh jadi usahawan muda berjaya. Jangan tunggu, jangan bagi alasan. Mula je sekarang.
Kartunis negara, Datuk Lat baru-baru ini mendapat penghargaan apabila Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan Anugerah Seniman Negara kesembilan kepada beliau pada malam Rabu, semalam di Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024.
Datuk Lat Terima Anugerah Seniman Negara 2024 – “Saya Lukis Komik Sudah Hampir 60 Tahun…”
“Saya lukis komik sudah hampir 60 tahun, kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan lapisan usia, mereka ialah pencetus ilham saya selama ini, cerita-cerita masyarakat, isu semasa menjadi antara bahan dalam lukisan komik saya,” kata Datuk Lat melalui laporan Bernama.
Datuk Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid (73) turut menerima wang tunai sebanyak RM60,000, watikah, trofi dan sepersalinan pakaian kebangsaan.
Selain itu, beliau turut dianugerahkan status sebagai Seniman Tamu MOTAC serta insentif untuk meneruskan karya seni dan layak menerima rawatan kelas pertama di hospital kerajaan.
Datuk Lat terkenal menerusi seni kartun yang kaya dengan elemen budaya Malaysia yang pelbagai serta gemar menggunakan pendekatan dekat dengan hati rakyat menerusi karyanya.
Antara karya terkenal beliau adalah seperti Kampung Boy dan Town Boy bukan sahaja menyajikan humor yang menggelikan hati, tetapi juga mencerminkan perubahan sosial di Malaysia sepanjang beberapa dekad.
Dalam pada itu, pada majlis yang sama Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin turut menerima Anugerah Khas Biduan Negara 2024 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus.
Sementara itu, lima pengiat seni tanah air menerima Anugerah Karyawan Seni iaitu Datuk Mokhzani Ismail bagi kategori Karyawan Seni Muzik; Zakaria Ariffin (Karyawan Seni Lakon/Pementasan); Wong Kit Yaw (Karyawan Seni Tari); Bangie Anak Embol (Karyawan Seni Kraf Tangan) dan Wong Hoy Cheong (Karyawan Seni Visual).
Anugerah terakhir, Anugerah Pendukung Seni pula diberikan kepada Radio Televisyen Malaysia bagi kategori media, Yayasan Hasanah bagi kategori korporat dan The Temple Of Fine Arts bagi kategori badan bukan kerajaan.
Sekadar makluman, ASN 2024 merupakan penghormatan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni atas sumbangan mereka dalam kesenian negara dan di peringkat dunia.
Kejayaan dalam industri perfileman bukan sahaja dinilai dari kemahiran lakonan, tetapi juga dari pendapatan yang diperolehi. Berikut adalah 10 pelakon lelaki dengan kekayaan tertinggi pada tahun 2023.
Dwayne ‘The Rock’ Johnson
Dengan sederet filem blockbuster dan kerjasama dengan jenama-jenama besar, The Rock memang menduduki puncak senarai.
Shah Rukh Khan
Dengan empayar hiburan dan perniagaannya yang meluas, “Badshah” Bollywood ini mempunyai kekayaan yang hebat. Nilai Kekayaan: $715 Juta (RM3.22 bilion)
Jackie Chan
Pelakon dan pengarah ini mengumpulkan kekayaan melalui filem, endorsement, dan perniagaan lain di Asia dan di seluruh dunia.
Tom Cruise
Mandatory Credit: Photo by James Veysey/Shutterstock (12946411ci) Tom Cruise’Top Gun: Maverick’ film premiere, London, UK – 19 May 2022
Terkenal dengan siri “Mission: Impossible” dan banyak lagi, Cruise mempunyai portfolio yang memberi kesan dalam dunia hiburan. Nilai Kekayaan: $570 Juta (RM2.57 bilion)
Lee Min-ho
Kekayaan beliau bukan sahaja datang dari lakonan tetapi juga dari endorsement dan bisnes lain yang dikaitkan dengan nama besar beliau.
Amitabh Bachchan
Salah satu ikon Bollywood yang paling legenda, Bachchan mempunyai pelbagai sumber pendapatan dari dunia hiburan. Nilai Kekayaan: $455 Juta (RM2 bilion)
Robert Downey Jr.
(Photo by Neilson Barnard/Getty Images)
Kejayaan sebagai Iron Man dalam MCU telah membawa RDJ ke tahap kekayaan baru, ditambah dengan projek lainnya.
Leonardo DiCaprio
Dengan bayaran per filem yang tinggi dan pilihan projek yang bijak, Leo mempunyai kekayaan yang stabil dan meningkat.
Will Smith
(Photo by Evan Agostini/Invision/AP)
Aktor serba boleh ini telah mendiversifikasi pendapatannya melalui muzik, produksi, dan media sosial.
Daniel Craig
Sebagai James Bond dan dengan peranan-peranan lainnya, Craig mempunyai kekayaan yang signifikan dalam industri.
Pelakon-pelakon ini bukan sahaja mempunyai bakat dalam dunia seni, tetapi juga kebijaksanaan dalam menguruskan karier dan kekayaan mereka. Dengan kombinasi ini, mereka mampu mencipta legasi yang berkekalan dalam dunia hiburan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Kalau Allah tak jemput, selama mana kita pun, kita takkan sampai.”
Itu antara luahan penuh makna oleh pelakon popular tanah air, Amar Baharin, yang kini menyertai satu misi luar biasa dan penuh keberanian mengayuh basikal sejauh 8,000 kilometer dari Padang Besar, Perlis, menuju ke Tanah Suci, Makkah.
Dalam era moden yang serba selesa dan teknologi canggih, misi seperti ini jarang dilakukan, apatah lagi oleh selebriti ternama.
Namun bagi Amar, perjalanan ini bukan tentang populariti, bukan untuk konten media sosial, tetapi satu seruan rohani yang begitu kuat panggilan dari Allah SWT.
Foto : Sinar Harian
Bermula di Padang Besar, Disambut Hangat di Hatyai
Amar memulakan perjalanan penuh simbolik ini pada 29 April 2025, tepat jam 9 pagi, bersama sahabat seperjuangannya yang dikenali sebagai Kobin.
Kayuhan mereka dilepaskan secara rasmi oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang turut memberi restu dan doa agar misi ini berjaya.
Hanya beberapa jam selepas memulakan kayuhan, mereka selamat tiba di Hatyai, Thailand, menandakan permulaan kepada beribu lagi kilometer yang bakal ditempuhi merentasi beberapa buah negara sebelum sampai ke bumi Makkah.
“Saya bersyukur kami selamat sampai ke Hatyai selepas kayuhan yang mencabar. Ini baru permulaan,” kata Amar ketika dihubungi media.
Foto : Harian Metro
Sebuah Pengorbanan Penuh Makna
Dalam video yang dikongsikan di media sosial, Amar mengakui bahawa perjalanan ini bukan semata-mata kerana minat terhadap sukan atau cabaran fizikal, tetapi lebih kepada satu perjalanan spiritual yang telah lama bermain di hatinya.
“Saya percaya ini adalah jemputan dari Allah. Kalau Allah tak jemput, selama mana kita rancang pun, kita takkan sampai. Tapi kali ini, Dia jemput saya… dan caranya adalah dengan menyuruh saya berkayuh,” luah Amar dalam nada penuh keinsafan.
Malah, Amar melihat kayuhan ini sebagai ujian dan cabaran diri, satu peluang untuk mendekatkan diri kepada Tuhan serta mengenal erti sebenar pengorbanan, sabar dan reda.
Isteri dan Anak-Anak Jadi Sumber Kekuatan
Dalam menempuh perjalanan sejauh ini, pastinya pengorbanan paling besar datang daripada isteri dan anak-anak.
Amar sendiri mengakui bahawa meninggalkan keluarga tersayang bukan perkara mudah.
Namun, beliau mendapat sokongan penuh daripada isterinya, pelakon Amyra Rosli, yang dilihat menitipkan doa dan kata-kata semangat di media sosial.
Amyra turut mengakui bahawa walaupun berat hati, dia bangga dengan keazaman suaminya.
Lebih daripada sekadar perjalanan fizikal, kayuhan ini menjadi simbol pengorbanan, keimanan dan perjuangan peribadi.
Amar tidak sekadar mengayuh basikal, tetapi sedang mengayuh semangat dan doa, menuju destinasi yang setiap Muslim impikan Tanah Suci Makkah.
Amar turut menyatakan hasrat untuk berkongsi perkembangan misi ini dari semasa ke semasa melalui platform media sosial.
Ia bukan untuk mendapat perhatian, tetapi sebagai satu bentuk dakwah dan inspirasi, agar lebih ramai orang berani keluar dari zon selesa untuk menyahut seruan Ilahi.
Sumber : Tiktok @amarbahrin
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.