Dalam dunia yang semakin global dan pelbagai, penguasaan lebih daripada satu bahasa bukan sahaja menjadi kelebihan, tetapi juga membuka pintu kepada peluang yang lebih luas. Apatah lagi jika bahasa yang dikuasai bukan bahasa pertuturan asal atau mother tongue seseorang. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh penyanyi berbakat, Zubir Khan, atau nama sebenarnya Muhammad Zubir Mohamad Ali.

Zubir sebelum ini pernah mencipta fenomena yang cukup luar biasa menerusi lagu Tamil bertajuk Yennode Macha. Dia  berjaya menambat hati ramai peminat, terutamanya daripada kaum India di Malaysia.

Keunikan dan kepetahan beliau dalam berbahasa Tamil membuktikan bahawa seni boleh menjadi alat perpaduan yang ampuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zubir Khan (@zubirkhan_)

Pengiktirafan Sebagai Ikon Perpaduan

Melihat sumbangannya dalam menyatukan masyarakat melalui muzik, tidak hairanlah apabila Zubir diangkat menerima Anugerah Ikon Perpaduan baru-baru ini.

Penghormatan tersebut merupakan satu pengiktirafan berprestij yang diakui sendiri oleh Zubir sebagai sesuatu yang di luar jangkaannya.

“Anugerah Ikon Perpaduan salah satu perkara yang saya tidak pernah jangka akan dapat dan rasa anugerah itu pun kerana lagu Yennode Macha.

“Kerana lagu tersebut digunakan pada Hari Kebangsaan tahun lalu, dan ramai yang mendengarnya tanpa mengira bangsa. Jadi, secara tidak langsung, lagu itu mampu menyatukan rakyat Malaysia,” jelasnya dalam satu temu bual bersama SinarPlus.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zubir Khan (@zubirkhan_)

Sebagai anak Melayu yang fasih berbahasa Tamil dan biasa bergaul dengan pelbagai kaum, Zubir merasakan keistimewaan itu membantunya diterima dengan baik oleh masyarakat India di Malaysia.

“Saya pula seorang budak Melayu yang fasih berbahasa Tamil dan biasa bergaul dengan pelbagai kaum. Mungkin sebab itu mereka rasa saya layak menerima Anugerah Ikon Perpaduan,” ujarnya sambil tersenyum.

Tanggungjawab di Sebalik Penghormatan

Walaupun bersyukur dengan pengiktirafan yang diterima, Zubir mengakui bahawa gelaran ini membawa tanggungjawab yang besar. Beliau bertekad untuk terus membawa mesej perpaduan melalui karya seninya.

“Bukan senang sebenarnya, sebab menerima anugerah ini bukan seperti mendapatkan sijil selepas tamat belajar, tetapi ia satu pengiktirafan yang dipilih.

Ads

“Jadi, apabila menerimanya, saya sedar ada tanggungjawab besar yang perlu digalas. Saya fikir selepas ini, saya harus lebih mendekati masyarakat pelbagai kaum. Namun, bagi saya, itu bukan satu masalah,” katanya lagi.

Baru-baru ini, insiden melibatkan tiga penyampai Era FM telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, dan sebagai artis yang sentiasa menitikberatkan perpaduan, Zubir Khan turut memberikan pandangannya.

“Saya bukan tak nak bersuara, tapi tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin niat mereka lain, tapi bila sampai ke media sosial, maksudnya jadi berbeza.

“Netizen pula fikir penyampai berkenaan cuba mengejek Tuhan mereka, dan dari situlah timbulnya salah faham,” jelasnya.

Menurut Zubir, perkara yang paling penting adalah berlapang dada dan belajar daripada kesilapan. Beliau percaya bahawa apabila seseorang sudah memohon maaf dengan ikhlas, maka pihak yang terlibat perlu membuka hati untuk memaafkan.

Ads

BACA: Side Mirror Kalau Pandai ‘Setting,’ Lagi Senang Nak Parkir Kereta

“Kalau kita buat salah, kita minta maaf. Kalau orang itu baik hati, dia maafkan kita. Jadi, itu sahaja,” katanya dengan tenang.

Dengan pengiktirafan yang diterima, Zubir berharap agar dapat terus berkarya dan menyampaikan mesej positif melalui muziknya.

Dunia hiburan memerlukan lebih ramai figura sepertinya – seorang artis yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga membawa misi dan nilai yang lebih besar untuk masyarakat.

Kredit: SinarPlus

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI