Ads

Daripada Nu Ideaktiv Ke seeNI, Ini Hala Tuju Baharu Ekosistem Media Digital Malaysia

Landskap media hari ini tidak lagi bergerak dalam satu hala. Audiens bukan sekadar mahu membaca atau menonton kandungan, jenama pula tidak lagi hanya mencari ruang pengiklanan semata-mata. Semuanya semakin berkait antara kandungan, bakat, komuniti dan pengalaman yang mampu membina hubungan lebih dekat dengan pengguna.

Mengambil langkah ke arah itu, Nu Ideaktiv Sdn Bhd secara rasmi menyatukan portfolio jenama medianya di bawah identiti seeNI, menandakan satu fasa baharu buat syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf tersebut.

Daripada Nu Ideaktiv Ke seeNI, Ini Hala Tuju Baharu Ekosistem Media Digital Malaysia

Peralihan berkenaan bukan sekadar melibatkan pertukaran nama atau penampilan visual. Sebaliknya, seeNI dibentuk sebagai sebuah ekosistem lebih menyeluruh yang menghubungkan tiga tunjang utama, iaitu Komuniti, Kandungan dan Komersial.

Strategi tersebut turut membuka ruang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen melibatkan bakat serta pelbagai bentuk kerjasama komersial.

Satu Ekosistem, Pelbagai Jenama

Di bawah seeNI, kekuatan pelbagai jenama media yang selama ini berkembang dengan komuniti masing-masing kini disatukan dalam satu ekosistem lebih besar.

Antaranya termasuk seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma.

Daripada Nu Ideaktiv Ke seeNI, Ini Hala Tuju Baharu Ekosistem Media Digital Malaysia

Penyatuan ini membolehkan seeNI menawarkan capaian kepada kelompok audiens yang lebih luas, merangkumi pelbagai minat serta peringkat kehidupan.

Pendekatannya juga tidak lagi terhad kepada sesuatu jenama secara berasingan atau sekadar menawarkan penempatan iklan konvensional.

Daripada Nu Ideaktiv Ke seeNI, Ini Hala Tuju Baharu Ekosistem Media Digital Malaysia

Daripada Nu Ideaktiv Ke seeNI, Ini Hala Tuju Baharu Ekosistem Media Digital Malaysia

Sebaliknya, pengiklan dan agensi mempunyai satu pintu masuk untuk mengakses jenama media, bakat, komuniti serta kepakaran kreatif yang berada dalam rangkaian seeNI.

Konsep itu memberikan gambaran bagaimana industri media moden sedang berubah. Sebuah kempen hari ini boleh bermula dengan sebuah artikel atau video, berkembang menerusi personaliti dan bakat, kemudian diterjemahkan kepada acara, pengalaman komuniti serta kerjasama komersial yang lebih luas.

Komuniti, Kandungan dan Komersial

Tiga tunjang utama seeNI memainkan fungsi yang saling berkait. Komuniti memberi tumpuan kepada hubungan dengan khalayak berdasarkan minat serta pengalaman yang dikongsi bersama.

Ads

Kandungan pula menggabungkan kekuatan jenama media, penceritaan, produksi serta bakat kreatif.

Manakala Komersial menterjemahkan hubungan yang telah dibina menerusi kandungan dan komuniti kepada peluang seperti kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama strategik.

Gabungan ketiga-tiga elemen tersebut menjadi asas kepada seeNI untuk memadankan objektif pelanggan dengan khalayak yang tepat serta pendekatan komunikasi yang bersesuaian.

Daripada Nu Ideaktiv Ke seeNI, Ini Hala Tuju Baharu Ekosistem Media Digital Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Syamil Fahim Mohamed Fahim

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Syamil Fahim Mohamed Fahim, “Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

“Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna.

“Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan,” jelasnya lagi.

seeNI Collective Buka Ruang Kolaborasi Lebih Luas

Antara komponen yang diperkenalkan dalam ekosistem baharu ini ialah seeNI Collective. Ia diwujudkan dengan menggabungkan kandungan, komuniti, bakat kreatif serta rakan strategik bagi membentuk kerjasama yang tidak hanya tertumpu kepada pengiklanan tradisional.

Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan.

Daripada Nu Ideaktiv Ke seeNI, Ini Hala Tuju Baharu Ekosistem Media Digital Malaysia

seeNI turut bekerjasama dengan Komet Productions melalui seeNI Story Lab bagi membantu memperkasa bakat baharu dalam industri kreatif.

Ads

Dalam bidang fesyen dan gaya hidup pula, kerjasama turut melibatkan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA).

Kesemua bentuk kerjasama tersebut diwujudkan untuk memperluaskan cara sesebuah jenama boleh berhubung dengan audiens, sama ada melalui kandungan, pengalaman fizikal, bakat mahupun platform yang berbeza.

Bakat Turut Menjadi Sebahagian Daripada Ekosistem

Selain kandungan dan jenama media, bakat turut menjadi salah satu komponen penting dalam hala tuju baharu ini menerusi seeNI Talent.

Platform berkenaan dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara serta peluang komersial.

Pemilihan bukan sekadar berdasarkan populariti, tetapi turut mengambil kira rekod kerja, kesesuaian dengan sasaran khalayak dan kesediaan seseorang bakat untuk terlibat dalam sesuatu projek.

Daripada Nu Ideaktiv Ke seeNI, Ini Hala Tuju Baharu Ekosistem Media Digital Malaysia

Dengan pendekatan tersebut, seeNI Collective dan seeNI Talent boleh berfungsi bersama untuk menawarkan penyelesaian yang lebih menyeluruh mengikut keperluan serta objektif sesebuah jenama.

The New World of seeNI Tampilkan Perancangan 2027

Hala tuju baharu itu diperkenalkan menerusi acara The New World of seeNI yang berlangsung di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City.

Acara tersebut bukan sahaja memperkenalkan identiti seeNI, malah memberi gambaran mengenai perancangan kandungan syarikat bagi tahun 2027.

Barisan bakat serta peluang kerjasama turut diperkenalkan kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri.

Ads

Bertemakan “More Begins Here”, seeNI mahu meletakkan dirinya sebagai destinasi bersepadu yang memberikan lebih banyak ruang kepada pelanggan untuk meneroka kandungan, komuniti dan peluang pertumbuhan perniagaan dalam satu ekosistem.

Perubahan Yang Lebih Besar Daripada Sebuah Nama

Dalam industri media yang bergerak pantas, keupayaan memahami audiens sahaja tidak lagi mencukupi.

Jenama media kini perlu tahu bagaimana komuniti berinteraksi, bagaimana bakat boleh menguatkan sesuatu cerita dan bagaimana kandungan boleh diterjemahkan kepada nilai yang lebih besar untuk semua pihak.

Itulah ruang yang cuba diterokai menerusi transformasi Nu Ideaktiv kepada seeNI. Dengan portfolio yang merangkumi hiburan, wanita, gaya hidup, keluarga, permotoran, makanan dan generasi muda, penyatuan di bawah satu identiti memberi peluang kepada seeNI untuk membina hubungan merentasi kelompok audiens yang berbeza.

BACA: seeNI Creator Academy Buka Peluang Hebat Anak Muda Bina Kerjaya Digital

Pada masa sama, ia membuka ruang kepada pengiklan untuk melihat media bukan sekadar sebagai tempat membeli ruang iklan, tetapi sebagai sebuah ekosistem yang menggabungkan penceritaan, komuniti, bakat dan pengalaman.

Daripada Nu Ideaktiv Ke seeNI, Ini Hala Tuju Baharu Ekosistem Media Digital Malaysia

Daripada Nu Ideaktiv Ke seeNI, Ini Hala Tuju Baharu Ekosistem Media Digital Malaysia

seeNI sendiri menghimpunkan artikel, berita, video, drama vertikal serta kandungan janaan pengguna menerusi aplikasi agregator dan hab kandungan digitalnya.

Justeru, perubahan ini boleh dilihat sebagai satu evolusi kepada perjalanan yang telah dibina Nu Ideaktiv sejak ditubuhkan pada 2018.

Kini, melalui seeNI, perjalanan tersebut memasuki satu bab baharu dengan matlamat yang lebih luas, menghubungkan kandungan yang relevan dengan komuniti yang tepat dan seterusnya membuka lebih banyak ruang untuk kolaborasi serta pertumbuhan komersial.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads