Tidak dinafikan ramai sebenarnya penggemar kereta lama ini. Jadi sebelum anda ada perancangan nak beli kereta lama atau kereta lebih 10 tahun, pastikan anda ambil tahu beberapa perkara penting.
Sebagai persediaan untuk membeli kereta lama, pastikan anda ikuti nasihat yang dikongsikan G Car Care menerusi laman Facebooknya.
Jom baca perkongsiannya.
TIPS PERKONGSIAN KERETA LAMA ATAU KERETA LEBIH 10 TAHUN
Hari ini admin nak kongsi sikit la kepada sesiapa yang beli kereta lama tu.Kereta lama ni kebanyakan pembeli beli cash jer.. Harga pun murah-murah dah tapi ada juga harga tak masuk akal tengok keadaan kereta. Kebanyakan yang harga mahal tu kereta rare la.. Barang-barang pun mahal terutama bahagian engine.
Ads
1. Kepada sesiapa yang ambil kereta lama ni, admin sarankan untuk permulaan korang repair la bahagian bawah dulu atau undercarriage, korang tukar bush, suspension, brake, lower arm, mounting dan sebagainya. Boleh buat sikit-sikit bajet untuk under carriage ni dalam 4 ribu ke 5 ribu juga… Tengok la korang nak pasang suspension apa, kalau adjustable boleh la pilih yang ayam atau yang sangat bagus punya. Lagipun kereta lama ni banyak barang aftermarket juga..
2. Bahagian dalaman kereta interior yang ni makeup ikut korang la,nak cun tukar la seat recaro ke, sparco ke atau acah-acah pakai sscus pun ok dah janji sedap duduk je.. Tukar meter cluster, air cond grill dll yang ni admin rasa bajet dalam 3 ribu ke 4 ribu juga boleh buat sikit-sikit.
Ads
3. Wear and tear atau barangan pakai habis macam clutch, brake, filter, timing belt dan sebagainya ini adalah bahagian boleh dikatakan penting juga tapi boleh la buat sikit-sikit anggaran dalam 2 ribu ke 3 ribu
Ok serba sedikit admin kongsikan untuk anda semua pengguna kereta. Walaupun beli kereta lama ni takde hutang boleh lepak di mc d setiap hari tapi kena ingat maintenance kereta juga.
Apa yang admin boleh kongsikan ni, harga kereta lama yang best-best macam vtec, mivec, 4G93 1.8 dan seangkatan dengannya. Kadang-kadang spepart mahal sangat dari kereta baru sebab barang sudah rare dan sangat limited.
Ads
Tapi ada kos yang rendah lagi. Agak subjektif juga kalau beli kereta lama ini kebanyakan ikut nasib kalau boleh nak beli tu korang beli dengan tuan kereta lagi ok apa-apa senang rujuk.
Mana tau ada rezeki korang beli tinggal cuci kaki jer.. Start engine tekan jer…
Tapi kena paham yer ada kereta lama lagi murah dari honda cup ex5 tapi maintanance bukan macam ex5 kereta tetap harga kereta tak sama harga motosikal…
Admin dengar cerita mau bikin yamaha y15zR pun ada mencecah dekat 8000 ke 9000 belum kereta lagi.. Kalau cecah belas2 ribu tu biasa la…
Fuhhhh ternyata hobi korang mahal… Boys toys….
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MINI bukanlah jenama automotif yang cukup asing di Malaysia. Ia telah menjadi ikon permotoran automotif yang cukup terkenal dan berpengaruh terutamanya di United Kingdom. Tempiasnya juga turut di rasai di Malaysia dengan popularitinya masih relevabn hingga sekarang.
Mereka juga sentiasa mendekatkan diri dengan pelbagai kempen yang bersifat lokaliti bersama pelanggan mereka. Ini dapat disaksikan dengan kempen terbaru yang pastinya memberikan satu nilai tambah menarik buat pengguna di Malaysia.
Terbaru, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia ini telah memperkenalkan kempen ‘Add Independence’ bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63 yang bakal menjelang. Ia merupakan satu kempen penghargaan buat pelanggan mereka di negara ini dengan tawaran yang cukup hebat.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl turut mengambil peluang untuk berkongsi, “MINI Malaysia teruja untuk mempelawa warga MINIacs kembali menyusuri jalan raya dengan kempen ‘Add Independence’ ketika kita melangkah masuk ke era normal baharu dan menyambut bulan Kemerdekaan tahun ini.
“Program-program menarik yang disediakan turut dirumus khas buat warga MINIacs yang mendahagakan pengembaraan baharu, dan tiada jentera yang lebih sempurna daripada MINI Countryman untuk memenuhi citarasa mereka. Tidak kira apa jua destinasi pengembaraan anda, terdapat aneka varian MINI Countryman yang dapat memenuhi setiap keperluan.”
Kempen ‘Add Independence’ memperkenalkan pelbagai tawaran menarik, ia meliputi kadar faedah serendah 0%, pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,315, bantuan pembayaran ansuran sebanyak RM5,000, serta rebat tunai sehingga RM22,000 bagi pembelian model-model MINI terpilih. Tawaran ‘Add Independence’ telah mula dibuka mulai hari ini sehingga 30 September 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
RODA PANAS 2 kini sudah pun memasuki episod yang keenam untuk musim tahun ini. Dalam lima epsiod lalu, RODA PANAS 2 telah menonjolkan pelbagai tema automotif berkaitan kereta dan motosikal seperti pacuan empat roda, kereta klasik, motosikal berkuasa tinggi serta tidak ketinggalam koleksi motosikal klasik.
Bagi episod minggu ini, MASKULIN yakin ramai yang tidak sabar untuk menantikan ia ditayangkan kerena tema untuk episod enam adalah drag dan drift.
Kedua-dua ‘disiplin’ sukan automotif ini cukup semakin popular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia. Ambil contoh sukan drift. Ia telah mula dipelopori dan dipopularkan oleh penggemar kereta di negara Jepun.
Kini ia telah menjadi fenomena yang sangat luar biasa hinggakan menjadi sebahagian daripada filem aksi Hollywood. RODA PANAS 2 menjemput seorang pakar iaitu Loyai bersama keretanya, Nissan S13 dan jemputan Helmy Khalid yang merupakan pemandu kereta drift.
Dalam segmen drift ini, hos Fizo Omar menemubual mereka tentang selok-belok sukan drift yang dilihat memerlukan skil sangat tinggi. Dalam masa yang sama Fizo turut merasai sendiri berada di dalam kereta drift yang sedang beraksi!
Manakala untuk segmen drag pula RODA PANAS 2 menampilkan seorang pelumba muda yang baru berusia 21 tahun, Syahin Danial. Hadir bersama kereta Daihatsu Charade yang diubah suai untuk perlumbaan drag, Daniel turut berkongsi pengalamannya berkecimpung sejak berusia 15 tahun lagi!
Buat anda yang meminati drift dan drag inilah episod RODA PANAS yang tidak harus anda lepaskan. Anda boleh menonton RODA PANAS 2 episod 6 pada Ahad, 20 Februari 2022 jam 6 petang di saluran Astri RIA dan platform Astro GO.
Tukar sport rim kereta merupakan modifikasi paling ringkas seseorang pemilik kereta boleh lakukan untuk nampak lebih sporty.
Keputusan tukar sport rim ini boleh kita anggap sama seperti kita menukar kasut untuk tampil lebih bergaya.
Akan tetapi harus kita ingat dalam apa jua modifikasi atau melakukan pertukaran komponen sekali pun ia perlu selari dengan beberapa faktor atau pertimbangan melibatkan kesesuaian dan paling penting keselamatan.
Ini kerana jika anda tukar sport rim atau pasang dengan tak betul ia boleh menyebabkan bencana kemudian hari.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip tukar sport rim untuk kereta nampak lebih gempak dan mantap.
SAIZ LUBANG RIM DAN PCD
PCD atau Pitch Circle Diameter merupakan saiz lubang rim yang berada di tengah-tengah rim.
Setiap model kereta kadangkala tidak sama PCD terutamanya kereta buatan luar negara. Dan setiap PCD juga bergantung kepada jenis kereta juga. Ada yang mempunyai 4, 5 atau 6 lubang. Saiznya pula pelbagai seperti 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi.
ET merupakan singkatan kepada ‘Einpresstiefe’ atau ‘Offset’, iaitu dalam kefahaman mudah dalam Bahasa Melayu ialah mengimbangi. Ia membawa maksud untuk memberitahu kita jenis rim ini sama ada masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta.
Seterusnya ukuran lebar rim yang sesuai. Ukuran lebar ini akan menentukan kesesuaian tayar yang kita akan gunakan nanti. Kebanyakan trend sekarang ramai yang gemar menggunakan rim lebar tetapi tayarnya tidak lebar.
Ia untuk mengelak tayar terkena pada fender atau body. Jadi ambil tahu tentang ukuran lebar rim yang biasanya tertulis di sebelah dalam atau belakang rim.
SAIZ & WARNA SESUAI
Akhir sekali pilihlah sport rim yang saiznya sesuai untuk kereta anda. Seperti anda juga ukurlah kasut sebelum beli. Begitu juga dengan sport rim.
Selain itu, pilihlah warna rim yang lebih bersifat universal seperti hitam, krom, emas atau merah. Ia merupakan antara warna yang sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis warna cat pada body kereta.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami provider, jadi impian ramai wanita. Dalam kehidupan berkeluarga, suami sering dilihat sebagai provider atau penyedia utama bagi isteri dan anak-anak. Peranan ini bukan sekadar budaya, tetapi sebahagian daripada tanggungjawab yang telah digariskan dalam agama dan norma masyarakat.