Dalam dunia bola sepak moden, peluang merupakan segalanya. Impian untuk menjejakkan kaki ke padang latihan bertaraf dunia sering menjadi angan-angan besar bagi pemain remaja. Namun buat 120 bakat muda Malaysia, impian itu kini semakin hampir menerusi Kem Pencarian Bakat Biasiswa Bakat DASHING 2025.
Sebagai jenama dandanan lelaki terkemuka, DASHING membuka ruang sebenar kepada generasi baharu pemain bola sepak tempatan untuk melangkah lebih jauh dengan kerjasama kelab Inggeris, Tottenham Hotspur.
Acara sehari yang berlangsung di Arena Sukan Kuala Lumpur ini menghimpunkan pemain berusia 15 hingga 18 tahun dari seluruh negara.
Mereka disenarai pendek melalui proses pemilihan ketat berdasarkan hantaran video, dan diberi peluang dilatih oleh Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Tottenham Hotspur bersama 20 jurulatih tempatan dalam program intensif yang dibina mengikut standard bola sepak profesional.
Kem ini bukan sekadar sesi pemilihan tetapi sebuah platform untuk menguji kemampuan teknikal, kecerdasan permainan dan ketahanan mental pemain muda Malaysia.
Latihan Berintensiti Tinggi Ikut Piawaian Antarabangsa
Sepanjang kem, peserta menjalani latihan menilai kemahiran teknikal, kecergasan dan disiplin taktikal. Menurut Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Global Tottenham Hotspur, Shannon Moloney,:
“Malaysia memiliki potensi besar dalam arena bola sepak dan amat menginspirasikan apabila melihat program seperti ini menyediakan platform sebenar untuk pemain muda menonjolkan bakat mereka. Bakat serta semangat yang ditunjukkan sepanjang kem ini sangat mengagumkan — para pemain ini jelas dahagakan kejayaan.”
Dari sesi pecutan, formasi kecil hingga perlawanan kompetitif singkat, setiap aktiviti direka bagi mencerminkan realiti latihan profesional.
Shannon Moloney, jurulatih dari Tottenham Hotspur
Tekanan tinggi memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan karakter sebenar mereka di bawah bimbingan jurulatih Tottenham Hotspur.
Ads
Suara Peserta Muda
Bagi ramai pemain muda, pengalaman ini bukan sekadar pertandingan tetapi detik penting dalam perjalanan mereka.
Dazzel Emil Haziq, pemain pertahanan 15 tahun dari Selangor, berkata:
“Kem Pencarian Bakat ini berada di tahap yang berbeza. Ia satu pengalaman yang berharga untuk saya menguji kemampuan diri menentang ramai pemain hebat lain dan memberikan motivasi untuk terus memperbaiki permainan saya serta mengejar impian untuk bermain di luar negara.”
Peserta lain, Muhammad Darwisy turut berkongsi pandangan sama:
“Ia merupakan satu pengalaman hebat dapat berlatih bersama pemain-pemain yang sangat berbakat dari seluruh Malaysia. Latihan yang dijalankan bukan sahaja menguji kemahiran kami tetapi juga ketahanan mental.”
Hanya tiga pemain terbaik akan dipilih untuk terbang ke London dan menjalani latihan di Akademi Tottenham Hotspur pada tahun 2026.
DASHING Lebih Daripada Jenama Dandanan Lelaki
Walaupun dikenali sebagai jenama gaya hidup lelaki, DASHING membuktikan komitmennya jauh melangkaui produk penjagaan diri.
Ads
Mereka melabur dalam pembangunan belia, membina keyakinan diri serta menyediakan peluang nyata untuk masa depan generasi muda Malaysia.
Menurut Pengurus Pemasaran DASHING, Devarshi Dalmia, “Di DASHING, kami percaya dalam memberi keyakinan kepada belia Malaysia untuk mengejar impian mereka.
“Kerjasama dengan kelab terkemuka dunia seperti Tottenham Hotspur membolehkan kami menggabungkan semangat tempatan dengan kepakaran bertaraf dunia,” tambahnya lagi.
Kerjasama ini membuka ruang bagi bakat Malaysia mempelajari metodologi bola sepak antarabangsa yang jarang dapat diakses secara langsung oleh pelatih muda di negara ini.
Dengan kem selesai, kini tibalah detik paling mendebarkan — pengumuman tiga pemain terbaik yang akan menyertai latihan intensif di pusat latihan eksklusif Tottenham Hotspur di London.
Pengalaman ini berpotensi menjadi platform yang mengubah masa depan kerjaya mereka dalam arena bola sepak.
Bagi DASHING, program ini bukan usaha jangka pendek tetapi sebahagian daripada misi panjang memartabatkan belia Malaysia melalui keyakinan, disiplin dan peluang sebenar untuk berjaya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda pengguna tegar laman media Instagram, MASKULIN rasa anda pasti sudah terdegar tentang kontroversi melibatkan ikon fesyen popular tempatan, Wak Doyok yang dikatakan telah menggunakan lambang peribadi institusi diraja Johor.
Sebelum itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim telah menegur dan meminta penjelasan daripada Wak Doyok menerusi satu hantaran yang di muat naik di Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, Tunku Idris berkongsi foto sebentuk cincin yang menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor. Dan cincin tersebut dikatakan telah ditempah oleh Wak Doyok.
Buat pengetahuan semua, Johor telah mula menguatkuasakan Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaaan Tidak Wajar) Johor 2017.
Menerusi enakmen tersebut tindakan undang-undang terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah milik Diraja untuk tujuan pekerjaan, persendirian atau perdagangan boleh dikenakan.
Susulan daripada itu, Wak Doyok telah tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan.
“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya dengan rendah diri merafak sembah takzim dan mohon ampun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya.
“Salam kemaafan saya panjatkan juga kepada bangsa Johor yang saya muliakan.
“Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca dari ketidak arifan saya dalam mengenali batas protokol Diraja. Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
“Saya memohon doa kehadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta usrah Diraja,” jelasnya menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram kendaliannya.
Andainya anda hendak mencegah diri daripada terkena penyakit seperti masalah kolestrol yang tinggi, ada pantang-larang yang patut anda ikuti. Contohnya seperti elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak. Andainya anda nak elakkan daripada terkena penyakit seperti diabetis, jangan letakkan terlalu banyak gula dalam makanan ataupun minuman anda. Begitu juga hal penjagaan rambut.
Terdapat pantang-larang yang mesti anda ikut agar rambut anda akan kekal sihat dan mengelakkan daripada berlakunya masalah-masalah rambut terutamanya rambut gugur. Mengapa pantang-larang seperti ini wujud? Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’, di mana ia bermaksud kita mesti elakkan daripada masalah itu berlaku dahulu sebelum ia terjadi.
Masalah yang sudah berlaku, kadangkala sukar untuk diselesaikan dan boleh juga menyebabkan kedatangan masalah-masalah lain. Oleh itu, adalah sangat penting bagi anda untuk mengikuti pantang-larang ini agar anda dapat menjaga dan memelihara rambut dengan baik. Jadi di sini, kami ingin kongsikan 6 pantang larang yang anda harus ikut seandainya anda mahu mengekalkan rambut yang sihat, segar dan menawan.
Jangan basuh rambut guna air panas
Membasuh rambut menggunakan air panas akan menyebabkan rambut anda tidak bersinar, mengerekot dan mudah gugur.
Banyakkan makanan yang mengandungi vitamin A dan D
Makanan seperti ikan dan sayur mengandungi banyak vitamin A dan D di mana ia membantu mengekalkan pertumbuhan rambut yang normal dan sihat.
Bersenam
Dengan bersenam, anda akan melancarkan lagi pengedaran darah agar sampai ke kepala di mana ia membawa nutrient-nutrien yang diperlukan untuk menjaga dan memelihara rambut dan kulit kepala anda.
Elakkan stres
Apabila anda stres, hormon kortisol akan meningkat dengan cepat dan seterusnya menyebabkan perubahan hormon yang mendadak lalu menyebabkan masalah keguguran rambut.
Elakkan minum minuman yang berkafein secara berlebihan
Kafein yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan badan anda kekurangan zat besi dan akan menyebabkan rambut menjadi tidak kuat dan mudah gugur.
Elakkan menggunakan syampu yang banyak bahan kimia
Menggunakan syampu yang banyak bahan kimia boleh merosakkan rambut anda dalam jangka masa panjang. Ia boleh merosakkan zat-zat dan vitamin-vitamin yang diperlukan untuk menyihatkan rambut anda dan menghalang penumbuhan rambut yang sihat.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Orang cakap, kacak macam mana pun kalau duit tak ada, perempuan tetap akan tinggalkan kita. Bukan menyalahkan mereka, ia sudah menjadi realiti hari ini. Kehidupan dan corak hidup sangat berbeza. Jadi guys, market abang-abang yang tak berapa kacak tu tinggi la sikit sebab mereka berduit. Apapun cintailah seseorang itu sepenuh hati bukan kerana rupa ataupun hartanya.
Rupa hensem tak semestinya stabil
Lelaki hensem ni memang ramai wanita keliling pinggang. Tapi tak semuanya mempunyai kewangan yang stabil. Bila dah ada rupa hensem, nak kena bergaya sakan. Semua duit habis untuk diri sendiri je.
Lelaki hensem tidak fikirkan tentang kerjaya
Pada pandangan wanita, lelaki kacak dikatakan kurang berfikir tentang kerjaya mereka dan hanya melihat keseronokan apabil ramai wanita menyukai mereka.
Lelaki hensem memiliki ego yang tinggi
Disebabkan rupa mereka yang menjadi kegilaan ramai wanita, mereka mempunyai sikap ego dan angkuh. Jika wanita bersama lelaki jenis macam ni, memang tak lama lepas tu angkat kaki.
Hidup lelaki yang rupa biasa lebih stabil
Wanita menyedari, rupa pasangan mereka tidak menjamin kebahagiaan. Jadi, mereka akan memilih untuk berkahwin dengan lelaki yang hidupnya stabil dan mempunyai kerjaya yang baik.
Hidup lelaki yang berkerjaya adalah lebih baik
Dari sudut pandangan wanita, lelaki yang berkerjaya dan hidup stabil tidak perlu bersusah payah dan wanita yang bersama mereka akan bahagia selepas berkahwin.
Lelaki kacak hanya bergantung pada wanita
Lelaki yang berkerjaya dikatakan lebih matang dan mereka lebih memahami apa yang wanita inginkan. Manakala lelaki kacak pula mengharapkan wanita untuk lakukan semuanya untuk mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.