Pertandingan atau acara mencabar kemampuan fizikal seperti kekuatan, kestabilan dan kepantasan kini cukup popular di kalangan penggemar aktiviti kecergasan.
Saban tahun kita dapat melihat pelbagai jenis penganjuran telah dianjurkan yang menarik penyertaan ribuan peserta. Lebih menarik penganjuran aktiviti fizikal ini turut melibatkan sokongan daripada pelbagai syarikat dan jenama komersial.
Untuk pertandingan REDLINE Fitness Games yang bakal diadakan pada 23 dan 24 September nanti, jenama automotif tersohor iaitu Nissan menjadi salah satu nadi penggerak utamanya.
Bersempena penglibatan mereka pada skala besar untuk penganjuran pada edisi kali ini, MASKULIN telah sempat menemubual Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Christopher Tan.
Ikuti temu bual eksklusif MASKULIN bersama beliau tentang apa peranan dan objektif utama jenama NISSAN dalam acara ini.
Untuk pertandingan kecergasan seperti REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN, apakah peranan NISSAN dalam meletakkan jenamanya selari dengan objektif seperti acara ini?
Sebagai Rakan Penaja Utama Rasminya, NISSAN memainkan peranan aktif dalam membentuk keseluruhan pengalaman REDLINE Fitness Games. Prinsip asas jenama NISSAN yang merangkumi semangat prestasi, inovasi dan keterujaan, adalah teras kerjasama ini.
NISSAN percaya dalam mencipta pengalaman yang menghubungkan teknologi canggih dengan kehidupan seharian. Oleh itu, penajaan acara ini adalah langkah strategik dalam menghubungkan jenama dengan individu yang berminat dalam kecergasan, kesihatan dan inovasi. Ini adalah manifestasi misi NISSAN untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada orang ramai.
Komitmen NISSAN untuk memberi inspirasi kepada individu untuk sentiasa mencapai had mereka adalah selaras dengan etos acara ini. Melalui kerjasama ini, NISSAN berharap untuk membantu membina budaya kecergasan dan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia.
Adakah pemerkasaan gaya hidup sihat menjadi salah satu perkara yang cukup signifikan dalam penjenamaan NISSAN?
Ads
Ya, pemerkasaan gaya hidup sihat adalah salah satu perkara yang amat penting dalam penjenamaan NISSAN. Falsafah kami tidak terhad kepada pembuatan kenderaan, tetapi meliputi penglibatan dalam inisiatif yang menyokong gaya hidup aktif dan sihat.
Ini mencerminkan komitmen NISSAN untuk mencipta produk dan perkhidmatan yang menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih baik untuk pelanggan kami.
Di NISSAN, kenderaan bukan sahaja satu alat pengangkutan, tetapi medium untuk mencipta pengalaman yang positif dan memperkaya. REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN adalah simbol dedikasi NISSAN untuk mendorong individu ke arah mencapai matlamat peribadi mereka, sama ada dalam bidang kecergasan atau inovasi.
‘Discover Excitement’ menjadi moto NISSAN pada masa kini. Adakah acara ini mampu membangkitkan penerokaan keseronokan seperti itu?
Moto NISSAN ‘Discover Excitement’ mencerminkan nilai dan misi kita untuk menawarkan produk dan pengalaman yang menarik. Ia juga mencerminkan keinginan NISSAN untuk memberi inspirasi kepada pelanggan melalui inovasi dan reka bentuk.
Ads
Kami percaya bahawa pertandingan kecergasan seperti REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN bukan sahaja mempromosikan jenama, tetapi juga membina hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan dan komuniti.
Adakah sebarang cabaran di dalam acara ini turut menampilkan sebarang penggunaan jentera NISSAN?
Baru-baru ini, kami telah mengumumkan bahawa hadiah cabutan bertuah untuk acara ini ialah NISSAN Almera. Terkenal dengan reka bentuk yang menawan, teknologi canggih terkini dan pengendalian yang unggul, NISSAN Almera adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mementingkan gaya dan teknologi.
Selain itu, pameran atau demonstrasi kenderaan NISSAN akan dipamerkan pada acara tersebut, memberi peluang kepada peserta dan penonton untuk menghayati keunikan dan daya tarikan jentera NISSAN. Sebagai acara kemuncak khas pengaktifan acara, empat peserta terhebat akan menunjukkan kekuatan dan ketahanan mereka dengan menyahut cabaran menarik NISSAN Navara.
Kenapa NISSAN memilih untuk berkolaborasi dan menjadi rakan terbesar REDLINE?
NISSAN memilih untuk bekerjasama dengan REDLINE kerana kami melihat penjajaran yang kukuh antara nilai dan objektif kedua-dua entiti.
Ads
Inovasi, pengembaraan dan mengejar had adalah nilai teras yang memacu NISSAN, dan kami melihat refleksi yang sama dalam REDLINE Fitness Games.
Kerjasama ini juga memberi peluang kepada NISSAN untuk membina komuniti yang mempunyai minat terhadap kecergasan dan kesihatan, sesuatu yang kami rasa amat penting dalam membangunkan gaya hidup sihat dalam masyarakat.
Apakah harapan terbesar dari NISSAN untuk acara REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN pada tahun ini?
Harapan terbesar kami untuk acara REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN tahun ini adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada individu ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Kami melihat ini sebagai peluang untuk memberi impak positif kepada masyarakat melalui peningkatan kesedaran tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental.
Komitmen NISSAN terhadap inisiatif ini juga mencerminkan aspirasi jenama kami untuk menjadi peneraju dalam inovasi dan kemampanan. Acara ini menyediakan platform untuk mengukuhkan lagi jenama NISSAN di Malaysia dan serantau, menyerlahkan komitmen kami terhadap kualiti, prestasi dan kecemerlangan.
Kami juga berharap acara ini akan menjadi sebahagian daripada strategi yang lebih besar untuk mengukuhkan kedudukan NISSAN dalam pasaran. Dengan menyokong acara yang berkongsi nilai yang sama seperti jenama kami, kami ingin mengukuhkan identiti NISSAN sebagai jenama yang dinamik, progresif dan bertanggungjawab dari segi sosial.
Kerjasama ini juga menunjukkan keinginan kami untuk berhubung lebih rapat dengan komuniti kami, membina hubungan dengan pelanggan dan peminat NISSAN, serta memberikan pengalaman yang berkesan dan bermakna.
Secara keseluruhannya, kami berharap acara ini akan menjadi titik permulaan yang menggalakkan lebih ramai individu meneroka potensi mereka, mendorong mereka untuk mencapai yang terbaik, dan membantu membangunkan masyarakat yang lebih sihat dan aktif, selaras dengan misi dan visi NISSAN.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Otot triceps (lower arms) adalah otot yang terletak di bahagian belakang lengan, manakala bahagian hadapan pula dikenali sebagai otot biceps (upper arms).
Kedua-dua otot ini sentiasa menjadi idaman para peminat sukan bina badan serta lelaki kerana ia boleh menaikkan keyakinan seseorang tambah-tambah apabila anda memakai baju tanpa lengan.
Coach Idraki Idrus berkongsikan sebuah video di Instagram tentang variasi senaman lain yang sesuai untuk menaikkan otot di bahagian triceps. Ini kerana ramai orang melakukan senaman yang mana tanpa mereka sedar hanya untuk otot bicep sahaja.
Otot triceps terletak di bawah lengan dan mempunyai tiga bahagian (lateral, medial dan long head). Kebiasaannya, kita buat cable pushdown sahaja untuk melatih triceps kita, jadi bahagian seperti long head of triceps kurang mendapat perhatian berbanding dua bahagian lagi.
Oleh itu, kita kena lakukan lebih variation supaya ketiga-tiga bahagian triceps ini mendapat muscle stimulation yang secukupnya.
Senaman Dumbell Skull Crusher
✅ Pastikan siku lock lebih (“correction”) daripada 90 darjah
Penting untuk anda buat senaman kuatkan kaki sebelum memulakan apa jua senaman. Selain terbukti dapat meningkatkan prestasi larian, senaman kuatkan kaki ini juga dapat mengelakkan berlakunya risiko kecederaan masa bersenam.
Masa yang paling sesuai untuk anda buat senaman kaki ini adalah selepas anda melakukan larian jarak dekat. Ini penting untuk memanaskan otot sebelum anda memulakan sebarang senaman.
Ini 5 senaman kuatkan kaki yang anda kena buat.
CLOCK MOBILIZER
Berdiri tegak menggunakan kaki kiri dalam posisi di pertengahan jam. Kaki kanan di letakkan di posisi jam satu.
Pusingkan pinggang serta bawa kaki kanan dari arah jam 1 ke arah jam 7 dan tahan dalam masa 10 saat. Tangan kanan juga dibawa seiring dengan pergerakan kaki kanan.
INFO: Lakukan senaman ini 5 kali bagi setiap kaki.
SINGLE LEG SQUAT
Imbangkan badan menggunakan kaki kanan dan angkat kaki kiri lurus ke depan.
Rendahkan badan sebaik mungkin dan pastikan lutut kiri tidak melepasi kaki kanan.
Berhenti seketika di posisi paling rendah dan tolak badan ke atas menggunakan tumit kaki kanan.
Sakit kepala yang teruk memang boleh mengganggu aktiviti harian. Malah bila sakit kepala menyerang, badan anda juga akan rasa lemah.
Sebenarnya ada cara tradisional Cina yang boleh anda amalkan untuk mengatasi sakit kepala ini menggunakan teknik terapi titik Feng Fu. Rawatan ini dikongsikan oleh seorang pengguna bernama Yeong Nor Saadah menerusi entri Facebooknya.
Perkongsiannya ini dikatakan berkesan untuk melegakan sakit kepala atau migrain, malah menjadikan badan lebih ringan, bertenaga dan kekal awet muda.
Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama…
Tahukah anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia, jika ditempelkan dengan ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.
Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera. Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.
Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.
Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher atau titik apabila leher dan kepala bersambung.
Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu yang bermaksud “rumah angin”.
Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakkan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi. Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan ‘meremajakan’ seluruh tubuh.
Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.
Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.
Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah.
Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.
Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Menempelkan ais pada titik Feng Fu berkhasiat untuk:
1. Mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. Meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. Mencipta kesan relaks;
4. Meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. Meningkatkan kualitu tidur;
6. Memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. Mengatasi asma;
8. Mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. Mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. Membaiki sistem pencernaan;
11. Menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. Mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
13. Mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. Membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. Menghilangkan selulit;
16. Mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. Mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.
Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum. Oleh itu, sebarkanlah Insha-Allah orang lain juga mendapat manfaat. Semoga berjaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.