Bersenamlah untuk jaga kesihatan jadi lebih baik. Itukah yang selalu kita dengar.
Antara senaman yang baik untuk tujuan tersebut ialah senaman kardio. Ia merupakan senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh masa tertentu, pada intensiti tertentu.
Apa sahaja yang membuatkan jantung kita berdegup lebih laju daripada biasa dan berpeluh dengan banyak berbanding biasa, dipanggil senaman kardio.
Berikut merupakan antara kelebihan melakukan senaman kardio untuk kesihatan.
KESIHATAN JANTUNG
Jantung juga seperti otot-otot lain dalam badan kita. Jadi untuk melakukan kerja dan aktiviti harian kita harus pastikan ia sentiasa kuat. Melakukan latihan kardio dapat melatih jantung menjadi lebih kuat.
METABOLISMA
Peningkatan kadar degupan jantung dapat membantu metabolisma jadi lebih baik. Semakin tinggi kadar metabolisma, semakin meningkat kadar pembakaran kalori. Jadi secara otomatik kita lebih muda untuk jaga berat badan bahkan sentiasa kekal dengan berat ideal.
RANGSANG HORMON
Latihan kardio dapat merangsang hormon yang menimbulkan rasa senang dan gembira. Jadi secara tidak lagsung dapat membantu kita tangani masalah stres dan kepenatan. Ia juga merangsang hormin untuk menurunkan nafsu makan jika dilakukan dengam betul dan terkawal.
Ads
PERCEPATKAN PEMULIHAN BADAN
Pemulihan badan atau ‘recovery’ dapat berjalan dengan lebih cepat jika melakukan senaman kardio. Lebih banyak darah membawa oksien ke badan maka lebih cepat proses pemuilhan badan.
TANGANI KENCING MANIS
Kencing manis atayu diabetes merupakan antara musuh utama rakyat Malaysia. Melakukan latihan kardio dapat membantu anda menggunakan glukosa dalam badan dan mengawal kadar gula dalam darah. Jadi lakukanlah senaman secara rutin untuk kesihatan lebih baik.
BEBERAPA CONTOH SENAMAN NARDIO BOLEH ANDA LAKUKAN:
1. BERLARI
Salah satu senaman kardio yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tak sama dengan berjogging. Berjoging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang cuba untuk menguruskan badan. Kesannya akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama.
Buat senaman kardio ini tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur. Anda boleh joging sama ada di gym, taman ataupun di pantai.
3. BERBASIKAL
Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurangnya 3 bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.
Salah satu senaman kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas. Tak percaya? Search di google tentang kebaikan berenang.
Pilih sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya badminton, bola jaring, futsal, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan.
Ads
6. NAIK TURUN BANGKU
Ini juga cara paling simple untuk melakukan senaman kardio tetapi juga paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya cuba maintain dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Lepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak.
IKUTI TIP INI!
Lakukan dulu dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi. Takut anda tak terikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam senaman kardio. Bila dah bosan, memang anda akan lebih malas nak bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.
Ini bukan cara nak bina badan. Tapi memadai untuk jadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk kurus. Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3-12 bulan. Adalah sia-sia jika anda hilang 3-10 kilogram dalam 1 bulan tapi bulan seterusnya anda jadi gemuk balik dan malas bersenam.
Selamat mencuba!
https://www.youtube.com/watch?v=I4uVqnrby1I&t=25s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
SESETENGAH DIET INI JUGA MEMBAHAYAKAN DIRI. DIET YANG TERLALU RENDAH KALORI BOLEH MENGAKIBATKAN KELETIHAN, KETIDAKSELESAAN DAN KEKEJANGAN OTOT. KEKURANGAN PROTEIN DAN KARBOHIDRAT PULA MENYEBABKAN RASA PENING, KELETIHAN DAN PELBAGAI PENYAKIT LAIN.
Diet fad dikatakan menjadi semakin popular kerana ramai yang suka mencuba diet fad yang menjanjikan hasil yang cepat berbanding berusaha mengurangkan berat badan dengan melakukan perubahan jangka panjang menerusi tabiat pemakanan dan senaman.
Sementara itu, strategi pemasaran yang agresif oleh syarikat pengeluar diet fad juga mengambil kesempatan atas fakta ini.
DIET TERLALU RENDAH KALORI
Diet yang mengandungi kurang daripada 800 kalori sehari. Apabila pengambilan tenaga rendah, tubuh akan mendapatkan tenaga yang diperlukan daripada simpanan lemak. Bagaimanapun, tubuh akan menjadi lebih efisien dan berfungsi menggunakan tenaga yang rendah itu dan kadar metabolisme tubuh akan menurun, juga cenderung untuk menggunakan tisu tanpa lemak daripada otot.
RISIKO:
Diet ini dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan dan komplikasi seperti pembentukan batu dalam pundi hempedu, kehilangan jisim otot, ketosis dan peningkatan asid urik dalam darah akibat ketidakseimbangan tenaga.
Kematian mengejut boleh berlaku pada pesakit yang mempunyai penyakit lain terutama pengambilan kurang daripada 600 kalori sehari.
DIET RENDAH LEMAK
Menghindarkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak akan mengakibatkan pengurangan pengambilan jumlah kalori harian.
RISIKO:
Sesetengah pengikut diet rendah lemak memberi gambaran yang salah seperti menyebarkan mitos bahawa selulit adalah disebabkan bahan toksik dan amalan diet ini boleh membantu mengurangkan lemak terutama pada paha atau pinggang.
DIET TINGGI SERAT
Diet tinggi serat boleh membantu penurunan berat badan kerana ia memberi rasa yang mengenyangkan dengan pengambilan kalori yang sedikit.
RISIKO:
Jumlah serat yang disarankan biasanya terlalu tinggi dan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti senak perut (kembung) dan cirit-birit.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sistem penghadaman, ia akan memburukkan lagi keadaan. Pengambilan bran yang banyak akan mengurangkan penyerapan mineral seperti zat besi dan zink.
DIET TINGGI PROTEIN
Pengambilan karbohidrat dihadkan kepada kurang daripada 30 gram sehari. Pengambilan protein dan lemak yang terlalu tinggi melambatkan perut kosong. Ini mengurangkan keinginan untuk makan dan mengehadkan pengambilan tenaga.
RISIKO:
Diet ini mungkin meningkatkan pengambilan kolesterol dan lemak tepu. Diet ini juga kurang kandungan serat daripada sumber berasaskan karbohidrat terutama bijirin penuh daripada tumbuhan.
Pengamal diet ini mungkin mengalami sembelit dan fungsi kognitif yang terjejas. Pengambilan protein yang tinggi meningkatkan paras asid urik dalam buah pinggang dan berisiko untuk pembentukan batu dalam buah pinggang.
Kesimpulannya, seseorang itu tidak sepatutnya mencuba diet fad tanpa mendapat nasihat daripada doktor. Jika anda berasa sesuatu yang tidak kena, hentikan diet terbabit dengan segera. Tahap keberkesanan diet ini juga rendah malah ia boleh menyebabkan kesan sampingan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita sering kali membincangkan tentang masalah berat badan berlebihan serta aktiviti kecergasan sehinggakan kadangkala terlupa bahawa ramai lelaki di luar sana berdepan masalah lain. Salah satunya ialah masalah kurang berat badan atau kurus keterlaluan.
Lain orang lain kadar metabodilisme mereka. Bagi mereka yang kurus menambah berat badan merupakan satu stuggle yang cukup besar mereka hadapi. Namun ia sebenarnya bukanlah satu masalah yang tidak boleh dihadapi. Salah satu cara terbaik ialah melakukan sedikit ubah suai gaya hidup dan juga corak pemakanan.
Ikuti beberapa tip mudah dan efisien yang boleh anda lakukan untuk tambah berat badan dengan cara yang sihat.
Pengambilan Protein, Karbohidrat dan Serat
Faktor pengambilan protein sangat penting untuk pembinaan otot. Jadi pilihlah makanan tinggi protein tapi rendah lemak antaranya seperti telur, dada ayam, susu rendah lemak,susu soya non-GMO dan sebagainya.
Sumber dari karbohidrat sangat penting untuk membekalkan sumber tenaga berpanjangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang membekalkan vitamin dan mineral untuk badan. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma sangat membantu tambah berat badan. Makan di antara selingan waktu makan utama.
Elak Makanan Berlemak & Bergoreng
Pastikan mengambil makanan yang tinggi kalori dan makan makanan yang dimasak dengan cara yang dikukus, direbus atau dibakar lebih baik daripada digoreng kerana makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak (dari minyak yang digoreng).
Banyak minum air atau jus buah-buahan segar, susu organik atau serbuk protein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan konsisten, ia penting untuk tambah jisim otot dan elak kehilangan tisu-tisu penting. Ini cara terbaik untuk tambah berat badan.
Mempunyai Rutin Bersenam Tetap
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu selama 10- 15 minit sahaja. Untuk senaman tambah berat badan disarankan lebih kepada latihan kardio untuk meningkatkan otot secara tepat. Aktiviti yang sesuai seperti berenang, joging atau boleh dilakukan di mana saja seperti aktiviti squat, sit up, push up, pull up atau senamrobik.
Rehat Mencukupi
Pastikan dapat rehat sekurang-kurangnya 7 ke 8 jam sehari untuk membantu pembentukan otot dan proses pemulihan badan.
Buat anda yang ingin menambah berat badan, satu perkara lagi yang MASKULIN ingin kongsi ialah usahlah anda berasa rendah diri jika memp,unyai fizikal yang kurus. Paling penting diri sendiri selesa dan sentiasa gembira seadanya.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semua orang mahu kurus dan mempunyai bentuk badan yang ideal. Namun tidak semua orang tahu cara-cara untuk membesarkan otot dan membuang lemak dalam badan.
Mana tidaknya, orang kata nak tambah sangat mudah. Tapi kalau nak buang lemak, memang susah.
Lemak memang penting untuk badan, tetapi yang betul-betul diguna pakai oleh badan tidak sebanyak yang kita miliki hingga perut menggeleber.
MASKULIN sempat menemubual dengan seorang jurulatih kecergasan bernama Coach Ariff Kamarul. Beliau berkongsi tip perjalanannya yang suatu ketika dahulu pernah bertubuh gempal dan kini mempunyai bentuk badan yang diimpikan oleh semua lelaki.
Ia disebabkan oleh pengambilan gula, garam dan minyak yang berlebihan.
2. Apa yang memberi motivasi untuk anda menurunkan berat?
Saya memang seorang yang aktif dalam sukan (any sports). Jadi saya ingin kembalikan bentuk badan semasa aktif supaya ketahanan, stamina dan tenaga kembali di tahap yang maksimum.
3. Berikan contoh-contoh menu diet yang anda ambil setiap hari.
Semasa diet, saya fokus pada kalori defisit. Kawal portion makanan dan minum 3 hingga 5 liter air kosong sehari.
4. Bagaimanakah anda menahan diri daripada makan berlebihan ketika diet?
Saya cukupkan meal seharian sebanyak 5 kali. Breakfast pukul 7am, snacking 10am, lunch 12:30pm, snacking 5pm dan dinner 8pm. Dengan cara ini, saya dapat mengawal dan menahan diri daripada selera makan. Memang badan manusia perlu makan setiap 3 hingga 4 jam (makanan yang sihat) untuk mengekalkan metabolisma agar sentiasa tinggi.
5. Bilakah badan anda mula menunjukkan perubahan?
Badan mula menampakkan berurat terutamanya di bahagian lengan. Ini menunjukkan lemak mula mengecil dan otot mula mengembang.
6. Apakah senaman yang anda amalkan?
Saya bersenam seminggu 3 hingga 4 kali. Setiap senaman sehari 1 jam dan saya fokus pada bahagian yang banyak lemak. Pelbagaikan senaman dan kardio sekali.
7. Adakah anda berpuas hati dengan berat terkini?
Alhamdulillah saya sangat berpuas hati sebab apa yang penting adalah ukuran dari segi otot dalam badan. Konsep badan manusia sangat mudah iaitu otot perlu lebih dalam badan barulah lemak akan mula mengecil. Dan barulah badan mula menampakkan perubahan positif yang ketara.
8. Berikan tip untuk anda mengekalkan motivasi diri.
Bagi saya, motivasi ada di mana-mana. Apa yang perlu kita lakukan adalah tindakan terutama bila ia berkenalan dengan badan dan kesihatan. Tidak perlu risau pada sempurna atau tidak dalam tindakan kita. Motto saya iaitu ‘KESEMPURNAAN AKAN HADIR BILA KITA MELAKUKAN TINDAKAN SEKARANG’.
9. Adakah anda membuat rujukan dengan mana-mana pakar senaman?
Saya banyak merujuk kepada pakar- pakar senaman dan majalah senaman juga. Salah satu majalah MASKULIN sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi penggemar muzik dan hiburan pentas berprofil tinggi, Mei 2025 menjanjikan sesuatu yang istimewa di Miri, Sarawak.
Bandaraya petroleum ini bakal menjadi saksi penganjuran dua...