KUALA TERENGGANU, 26 Mac — Demi memastikan dirinya dilindungi dari jangkitan COVID-19, seorang jurutera sanggup memakai pakaian perlindungan diri yang dibuatnya sendiri daripada beg plastik sampah, ketika mengunjungi sebuah pasar raya, di sini.
Bagi melengkapkan set pakaian keselamatannya itu, Zamakhyari Khairiri, 41, turut memakai topeng muka, bercermin mata ‘goggle ski’ dan berkasut ‘but’ getah.
Bapa kepada tiga anak yang tinggal di Kampung Bukit Payong itu berkata, walaupun ada yang memandang pelik apabila melihat penampilannya, namun beliau tidak mengambil kisah mengenainya, asalkan beliau berasa selamat berada di tempat awam.
Gambar: BERNAMA
“Saya tidak kisah dengan keadaan ini, malahan merasa bangga kerana ia boleh menjadi satu cara berkempen, bagi mengingatkan orang awam akan langkah yang perlu dilakukan bagi membendung virus ini.
Ads
“Tempat seperti ini (pasar raya) mempunyai potensi yang tinggi untuk terkena jangkitan virus itu (COVID-19), dan ini adalah ikhtiar kecil yang saya lakukan demi menjaga keselamatan keluarga dan orang sekeliling daripada virus itu,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini.
Beliau mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memakai semua kelengkapan itu dengan dibantu anak-anaknya.
Gambar: BERNAMA
Zamakhyari menambah hari ini merupakan kali pertama beliau keluar dari rumah, untuk membeli barangan makanan dan keperluan keluarganya, setelah lapan hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Ads
Sementara itu tinjauan Bernama di beberapa pasar raya di Kuala Terengganu mendapati orang ramai yang keluar membeli barangan makanan dan keperluan keluarga, tetap mematuhi arahan keselamatan seperti jarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung.
Selain itu beberapa bank dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bandar raya turut menjadi tumpuan, memandangkan penjawat awam menerima gaji semalam.
Ads
Pihak bank dan pasar raya juga dilihat menyediakan pencuci tangan pembasmi kuman di pintu masuk dan pintu keluar premis mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Bernama pada Rabu berkata pihak polis turut membuat kawalan di setiap premis bank bagi memastikan orang ramai mematuhi langkah penjegahan penularan jangkitan COVID-19.
Jantung merupakan organ yang sangat penting dalam badan kita. Ia umpama ‘enjin’ yang menggerakan dan menjadikan tubuh kita sebagai manusia untuk berfungsi dengan baik.
Jadi cuba bayangkan bagaimana kita mampu untuk hidup dan berfungsi dengan baik walaupun dalam tempoh waktu sekejap tanpa jantung. Namun itulah yang berlaku kepada seorang lelaki tidak lama dahulu. Lelaki berusia 25 tahun bernama Stan Larkin dilaporkan telah berjaya untuk hidup tanpa jantung selama lebih setahun.
Lebih menakjubkan lagi dia juga mampu melakukan aktiviti harian seperti bermain sukan dengan rakan-rakannya. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?
Sebenarnya Stan Larkin merupakan seorang pesakit jantung yang sedang menunggu penderma jantung untuk pembedahan permindahan jantung. Jadi sebelum menerima jantung dari senarai penderma, Stan terpaksa bergantung kepada satu alat dikenali sebagai SyncArdia.
Foto: University of Michigan
Sepanjang tempoh 555 hari, Stan terpaksa bergantung kepada ‘jantug artifisial’ tersebut yang harus digalasnya setiap hari di dalam beg sandang. Selama tempoh itulah dia harus membiasakan diri untuk hidup bersama alat tersebut demi meneruskan hidup.
Dengan berat kita-kira 6 kilogram, membawa SyncArcadia merupakan satu cabaran buat dirinya. Berkongsi kisahnya kepada Science Daily, Stan berkata pengalamannya berdepan perkara tersebut merupakan satu perjalanan penuh emosi.
Foto: University of Michigan
“Selepas berjaya melakukan pembedahan pemindahan jantung saya berasa sangat baik dan mampu melakukan pelbagai aktiviti tanpa sebarang masalah. Saya inginmengucapkan terima kasih kepada penderma yang memberikan saya peluang ini. Suatu hari nantui saya ingin berjumpa keluarganya. Semoga mereka ingin berjumpa dengan sata,” jelasnya.
Stan dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit jantung yang dikenali sebagai cardiomyopathy, serangan jantung yang boleh berlaku tanpa sebarang amaran. Malah, abangnya juga berdepan penyakit sama dan terpaksa melalui pembedahan pemindahan jantung.
Kehebatan sains perubatan moden masa kini telah menyelamatkan nyawanya. Semoga kemajuan perubatan ini dapat diperluaskan penggunaannya di serata dunia untuk mereka yang bernasib sama.
Kredit: University of Michigan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cardiff City telah menandatangani penyerang Anwar El Ghazi yang kontraknya di Mainz telah ditamatkan akibat sokongannya terhadap rakyat Palestin.
Kontrak tersebut menyaksikan dia bersetuju dengan perjanjian selama satu tahun, memetik kenyataan kelab Championship itu semalam
Anwar mulanya digantung oleh kelab Bundesliga tersebut pada Oktober lalu kerana satu hantaran media sosial mengenai konflik tersebut.
Dan Mainz kemudiannya menamatkan kontrak pemain itu pada November tahun lalu. Tindakan yang dilakukan oleh kelab tersebut telah mendapat kritikan ramai pihak.
Akhirnya pada bulan lalu, Mahkamah Jerman memutuskan bahawa kontrak Anwar El Ghazi telah ditamatkan dengan cara tidak sah.
“‘Sesungguhnya dengan adanya ujian pasti akan ada kejayaan, ‘ selepas kegelapan beberapa bulan terakhir, saya menantikan bab baru ini di Cardiff,” kata El Ghazi di platform media sosial X.
“Saya akan selama-lamanya mengingati kepercayaan dan kasih sayang anda. Apa pun hasilnya, saya akan memberikan segala-galanya untuk anda di padang dan melakukan yang terbaik untuk memberikan kejayaan dan kebahagiaan.
“Semoga bulan-bulan akan datang membawa kemakmuran dan keamanan untuk semua, termasuk mereka di Gaza.”
El Ghazi yang hanya membuat tiga penampilan untuk kelab Jerman tersebut. Sebelum ini pemain yang berusia 29 tahun ini mempunyai pengalaman sebelumnya dalam Championship bersama Aston Villa, membantu kelab itu memenangi promosi ke Liga Perdana pada tahun 2019.
Menurut tinjauan MASKULIN di laman X kendaliannya, rata-rata peminat bola sepak dari serata dunia memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya.
All the best Anwar!
Biografi Anwar El Ghazi
Nama: Anwar El Ghazi
Tarikh Lahir: 3 Mei 1995
Tempat Lahir: Barendrecht, Belanda
Kerjaya Bola Sepak
Akademi: Memulakan kerjaya di akademi bola sepak tempatan sebelum menyertai Ajax pada tahun 2013.
Ajax: Berjaya di Ajax, membuka jalan untuk perpindahan ke Aston Villa.
Aston Villa: Membantu kelab itu mencapai promosi ke Liga Perdana pada tahun 2019.
‘So, surely with hardship comes ease’ after the darkness of the last few months, I look forward to this new chapter at Cardiff. I am grateful to the club and manager for giving me this opportunity and accepting me for who I am without question and the amazing players and fans 1/2 pic.twitter.com/q5lyyp0Wid
Mainz: Digantung dan kontraknya ditamatkan oleh Mainz pada Oktober lalu akibat hantaran media sosial mengenai konflik Israel-Hamas.
Keputusan Mahkamah: Mahkamah Jerman memutuskan bahawa kontraknya telah ditamatkan dengan tidak sah.
Penglibatan Semasa: Kini meneruskan kerjaya di Cardiff City dengan harapan membawa kejayaan dan kebahagiaan kepada penyokongnya.
Pendirian Kemanusiaan: Dikenali sebagai seorang yang mempunyai pendirian tegas mengenai isu-isu kemanusiaan, menyebarkan mesej keamanan dan kemakmuran.
Sertai kejohanan futsal MASKULIN Beat Boot Battle yang bakal berlangsung pada 25 Ogos 2024. Hadiah utama RM2,000 dan tempat kedua RM1,500. Terhad untuk 8 pasukan sahaja!
Di kalangan peminat acara larian nama Soh Wai Ching pasti tidak asing lagi. Nama pelari ini cukup terkenal kerana kehebatannya dalam melakukan larian menara yang berjaya mencipta nama bukan sahaja di peringkat nasional tetapi antarabangsa.
Dua tahun lalu dia berjaya menjuarai larian menara Empire State Building di Amerika Syarikat dan terbaru Soh Wai Ching sekali lagi mencipta kejayaan luar biasa yang hampir sama.
Jaguh pelari menara ini membuka tirai tahun 2024 dengan cukup cemerlang selepas berjaya meraih kemenangan di Qingdao Vertical Marathon, China.
Menerusi cabaran yang dianggap cukup sukar tersebut, Soh Wai Ching berjaya menguasai cabaran dengan larian mendaki sebanyak 2,121 anak tangga. Menara tersebut mempunyai 81 tingkat dan lebih hebat lagi dia hanya mengambil masa selama 12 minit 17 saat sahaja.
Sekali gus mencipta rekod baru kejohanan!
Ternyata larian dan pendakian yang dilakukannya pada kali ini bukan sekadar kemenangan biasa. Soh Wai Ching yang kini berusia 29 tahun memecahkan rekod kejohanan yang sebelum ini dipegang oleh pelari tempatan, Shi Ai Ai dengan masa 12:45 saat.
Foto: Qingdao Vertical Marathon 2024
Dengan kejayaan ini, Wai Ching telah menoreh rekod baru dalam larian menawan menara setinggi 331 meter tersebut.
Dengan penuh semangat, Wai Ching berkata, “Saya sangat gembira menjadi juara dan lebih lagi kerana berjaya memecahkan rekod lama. Ini adalah sasaran saya dan saya bersyukur atas sokongan semua. Saya berazam untuk terus berjuang dengan semangat yang sama sepanjang tahun 2024!”
Foto: Qingdao Vertical Marathon 2024
Kenyataan ini menunjukkan tekad dan semangat juang Wai Ching yang tinggi, dan pastinya akan menjadi inspirasi untuk ramai.
Tahniah MASKULIN ucapkan buat Soh Wai Ching, atlet unggul yang terus-menerus mengharumkan nama negara!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.