Bak kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kita sebagai manusia terutamanya lelaki jika memiliki keinginan dan motivasi yang tinggi apa sahaja yang diidamkan InsyaAllah akan menjadi.
Dan ia hanya akan menjadi realiti jika hadir bersama usaha keras, minda positif dan mengamalkan hidup yang sihat sama ada dari segi fizikal dan mental.
Itulah yang dilalui oleh seorang lelaki bernama Mohd Zarin yang merupakan seorang ketua perhubungan awam sebuah syarikat animasi terkenal dalam usahanya menurunkan berat badan.
Terlebih dahulu MASKULIN ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi berkongsi pengalaman, tip serta memberi inspirasi bukan sahaja kepada anda tetapi kami di sini.
Inilah bentuk badannya sebelum melakukan senaman jump rope.
Menerusi perkongsiannya di blog peribadinya, Mohd Zarin menyatakan dia sebelum ini tercari-cari akan bentuk senaman yang boleh menurunkan berat badan dengan berkesa. Baginya senaman yang dicari ialah aktiviti fizikal yang mudah untuk dilakukan.
Ads
Ketika ingin mula melakukan perubahan berat badannya ialah 105 kilogram. Dengan berat badan seperti itu pasti agak sukar untuknya melakukan aktiviti seperti larian. Jelasnya dengan berat badan yang berlebihan berlari untuk 1 kilometer pun menjadi sesuatu hal yang agak sukar.
Selepas melakukan menyelidik sendiri dia mendapati senaman lain yang mampu membakar lemak adalah senaman skipping atau jump rope. Bermula dari situ dia terus menggapai tali skipping dan mula bersenam.
TEKNIK SKIPPING JUMP ROPE
Percayalah tiada bentuk senaman yang mudah dilakukan. Begitu juga dengan skipping. Ia memang nampak mudah di mata tapi hakikatnya nak melompat 1,2 pun mungkin ada yang tak mampu. Bagi Mohd Zahrin dia banyak belajar melompat tali skipping dengan menonton tutorial di YouTube. Dari situ dia belajar bagaimana nak dapatkan form yang baik.
Ads
Malah sejak dari itu tali skipping tak pernah berenggang dengannnya. Walau ke mana sahaja dia pergi sama ada ke pejabat ataupun ketika bercuti, tali skipping pasti akan jadi peneman setia.
KESAN SELEPAS 30 HARI
Selepas 30 hari berlatrih melompat prestasinya menjadi semakin baik. Malah mampu melompat dengan jumlah 50 kali tanpa jatuh. Ia satu perkembangan dan pencapaian yang sangat baik memandangkan berat badannya pada ketika itu.
Ads
Kesan positif melakukan jump rope ialah ia memerlukan pergerakan keseluruhan anggota badan. Secara tak langsung pembakaran kalori juga menjadi lebih cepatt. Pada bulan pertama sahaja dia beratnya beraya turun kepada 95 kilogram. Itu bermakna sebanyak 10 kilogram penurunan!
Lihatlah transformasi luar biasa yang berjaya dilakukan oleh beliau!
Walaupun melakukan jump rope, faktor pemakanan juga tidak diketepikan. Sepanjang misi menurunkan berat badan dia menjaga pemakanan dengan seimbang dan minum air masak yang seukupnya. Selepas lompatan menjadi semakin konsisten dan baik dia turut mula melakukan senaman yang lain seperti belari dan senaman di gimanasium.
Namun sehingga ke hari ini senaman jump rope masih menjadi aktviti senaman paling digemarinya. Kini selepas 2 tahun berat badan Mohd Zahrin telah turun sebanyak 30 kilogram dengan berat terkini, 75 kilogram.
Ya, kiri dan kanan adalah orang yang sama. Padu teruk!
Buat anda yang ingin turut sama menyahut misi menurunkan berat badan bolehlah cuba ikuti jejak langkah beliau dengan melakukan senaman jump rope.
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai penerima Global Islamic Finance Leadership Award (GIFA) 2025, anugerah berprestij yang mengiktiraf sumbangan besar beliau dalam memacu perkembangan kewangan Islam di peringkat dunia.
Dalam ucapannya, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa penghargaan tersebut bukan hanya untuk dirinya seorang, tetapi kepada seluruh tenaga penggerak yang berkorban masa dan usaha demi memastikan industri kewangan Islam terus berkembang kukuh.
PM Anwar
“Saya percaya penghargaan ini adalah untuk mereka semua, dan saya hanya mewakili para penggerak yang telah berkhidmat dengan jauh lebih cemerlang serta bermakna daripada apa yang saya lakukan,” katanya merendah diri.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi Global Islamic Finance Awards (GIFA) 2025, Prof Humayon Dar, sekali gus meneguhkan kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan Islam global.
Kewangan Islam Sebagai Agenda Dunia
Ditubuhkan sejak 2011 oleh Edbiz Corporation, GIFA merupakan penarafan tertinggi yang memberi pengiktirafan kepada kerajaan, institusi dan individu atas pencapaian dalam membangunkan sistem perbankan dan kewangan Islam. Ia bukan sahaja soal angka atau aset, tetapi juga komitmen terhadap kelestarian, keadilan sosial dan tanggungjawab terhadap masyarakat.
Dalam ucapan perasmian, Anwar menegaskan bahawa kewangan Islam mesti terus memainkan peranan besar dalam mendukung Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta melahirkan generasi baharu pemimpin beretika. Bagi beliau, kejayaan industri ini tidak wajar hanya diukur pada saiz aset semata-mata, tetapi pada kemampuannya mengubah kehidupan masyarakat dan menjamin masa depan.
Majlis berprestij itu turut dihadiri oleh isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Teladan Kepimpinan Untuk Lelaki Maskulin
Pengiktirafan antarabangsa ini memberi mesej jelas kepada lelaki moden: kepimpinan bukan tentang kedudukan semata-mata, tetapi keberanian memacu perubahan berlandaskan nilai dan prinsip. Anwar membuktikan bahawa konsistensi, visi jelas, serta keupayaan mengimbangi kepentingan dunia dan akhirat mampu menjadikan seorang pemimpin dihormati.
Dalam dunia penuh cabaran hari ini, inilah inspirasi buat lelaki Maskulin – bahawa kejayaan sejati lahir apabila kita berjuang bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi juga untuk manfaat masyarakat dan generasi mendatang.
Tahniah buat Remy Ishak dan Ashraf Muslim kini bergelar Datuk!
Pada sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam ahad lepas, dua bintang besar industri hiburan Malaysia, Remy Ishak dan Ashraf Muslim, telah menerima penghargaan tertinggi atas sumbangan mereka dalam dunia seni.
Acara penuh gemilang ini menyaksikan kedua-dua pelakon tersebut dianugerahkan Darjah, Bintang, dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, yang merupakan penghormatan tertinggi yang diberikan oleh negeri Melaka.
Remy Ishak dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M)
Remy Ishak, atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak, telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Remy Ishak dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M)
Penerimaan anugerah ini bukan sahaja menandakan pencapaian besar dalam kerjaya beliau, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mengejar impian mereka. Ketika ditemui oleh pemberita, Remy menyatakan rasa terharu dan terkejut kerana terpilih untuk menerima anugerah berprestij ini.
Ashraf Muslim dianugerahan Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T)
Sementara itu, Ashraf Muslim turut diraikan dengan penganugerahan Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T), satu pengiktirafan yang mengiktiraf jasa dan sumbangannya dalam dunia seni.
Ashraf Muslim dianugerahan Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T)
Ashraf, yang telah menceburi industri hiburan selama hampir dua dekad, melihat anugerah ini sebagai satu ganjaran besar atas segala usaha dan dedikasi yang telah dicurahkan selama ini.
Janggut memiliki kesan maskulin dan hero pada seseorang. Dari segi sains, janggut memberi kontra pada warna kulit wajah. Begitu juga apa yang berlaku pada pelakon utama drama Meteor Garden si kacak Jerry Yan ini!
Walau lebih 20 tahun fenomena drama bersiri popular tersebut sudah berlalu, namun penangan lakonan mantap aktor berkenaan di samping kumpulan penyanyi lelaki terkenal Taiwan waktu itu, F4 masih memberi kesan di hati penonton termasuk di Malaysia sampai sekarang!
Jerry Yan kini meniti usia 47 tahun. Dilahirkan pada 1 Januari 1977 , pelakon ini merupakan nama besar dalam industri seni Taiwan dan dikenali sebagai pelakon, model, penyanyi dan hos televisyen.
Biarpun kini berusia 47 tahun, kemunculan bintang drama bersiri Meteor Garden, Jerry Yan, tetap mengagumkan. Terbaru dia tampil berbeza dengan misai & janggut.
Rahsia Awet Muda
Ternyata aktor yang berusia pertengahan 40-an itu menjalani kehidupan yang simple untuk memastikan dirinya kelihatan seperti ini. Kata Jerry bergurau, dia memerlukan mekap untuk kelihatan hebat sekarang. Tapi aktor itu mengakui lifestyle yang dijalani simple, sentiasa gembira dan bahagia serta tidak terlalu memikir tekanan hidup.
Di dunia sekarang di mana selebriti sering tunduk pada tekanan, Jerry selesa untuk tidak obses akan media sosial, malah dia juga bukan jenis yang selalu dengan telefonnya. Tak ada media sosial, tak ada hal! Hidup lagi bahagia!
Jerry Yan mempunyai akaun Instagram rasmi (@jerry_yan_official), tetapi jarang dikemas kini, dan hanya digunakan untuk hal kerja sahaja.
Cara Jerry Yan untuk mendapatkan six packs pula ialah dengan menjalani kehidupan dengan positif, bersenam secara teratur dan jaga pemakanan agar tetap sihat dan cergas.
Nampak macam mudah kan tip awet muda dari Jerry Yan ni!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang