
Muammar Gaddafi pernah menjadi nama yang digeruni dunia, sinonim dengan pemerintahan kuku besi, konflik berdarah dan kontroversi politik antarabangsa.
Walaupun lebih sedekad telah berlalu sejak kejatuhannya, legasi nama itu masih memberi kesan bahkan sehingga boleh menjejaskan perjalanan seseorang ke tanah suci.
Itulah yang berlaku kepada Amer Al Mahdi Mansour Al Gaddafi, seorang lelaki Libya yang menyimpan hasrat murni untuk menunaikan ibadah Haji.
Namun, niat suci itu terganggu gara-gara nama keluarga yang diwarisinya.
@hotfm976_ Amer ditahan di kaunter imigresen kerana nama “Al Gaddafi” yang mencetuskan amaran keselamatan. Ketika isu disiasat, pesawat Haji sudah berlepas tanpa beliau. Namun, pesawat itu alami masalah teknikal dua kali dan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang. Selepas juruterbang membuat keputusan untuk bawa Amer, penerbangan kali ketiga akhirnya berjaya. Amer menyifatkan pengalaman ini sebagai satu ujian keimanan yang besar. #HotFM #BekpesHot #IndahkanMemori #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ♬ Take Me In Your Arms (Sped Up + Reverb) – Kawtar
Terkandas Di Kaunter Imigresen
Segala-galanya bermula ketika Amer berada di lapangan terbang untuk memulakan perjalanan suci ke Makkah.
Namun, langkahnya terhenti apabila nama “Al Gaddafi” dikesan dalam sistem keselamatan pihak imigresen.
Dia ditahan serta-merta untuk pemeriksaan lanjut.
“Kami akan cuba selesaikan masalah ini untuk anda, tetapi anda perlu tunggu bersama kami sebentar,” kata petugas imigresen kepadanya.
Ketika kumpulannya sudah menaiki pesawat, Amer masih lagi berada di kaunter keselamatan, menunggu penyelesaian kepada isu yang timbul.
Pesawat Berlepas Tanpa Amer
Walaupun siasatan selesai dan Amer dibenarkan untuk terbang, juruterbang enggan membuka pintu pesawat dan memilih untuk berlepas tanpa dirinya.
Sikap itu mengejutkan, namun Amer kekal tabah dan menolak untuk pulang.
“Saya berniat untuk menunaikan haji, dan Insya-ALLAH saya akan pergi,” katanya penuh yakin.
Namun, takdir seakan berpihak kepadanya. Tidak lama selepas berlepas, pesawat tersebut
mengalami kerosakan teknikal dan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang.
Ujian Berterusan, Akhirnya Terbang Juga
Amer kemudian ditawarkan tempat dalam penerbangan kedua, tetapi juruterbang yang sama masih enggan membenarkannya menaiki pesawat tersebut.
Kali ini, pesawat itu juga berdepan masalah teknikal dan terpaksa mendarat sekali lagi.
Pada percubaan ketiga, akhirnya kapten pesawat bersetuju dan berkata dengan tegas
“Saya bersumpah tidak akan terbang lagi kecuali Amer bersama kami.”
Pihak berkuasa akhirnya memberi kebenaran, dan Amer berjaya menaiki pesawat serta tiba di Makkah seperti yang diimpikannya.
BACA LAGI : Elon Musk Bakal Undur Diri Dari Pentadbiran Trump, Apa Sebenarnya Berlaku?
Ketabahan Jadi Inspirasi
Kisah penuh dramatik ini berakhir dengan kegembiraan dan syukur.
Amer yang hanya mahu menunaikan Haji akhirnya berjaya merealisasikan impiannya.
“Saya hanya mahu menunaikan Haji. Jika Allah dah tetapkan, tiada siapa boleh halang,” ujarnya dengan penuh rasa syukur.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI