Setelah 6 bulan berjuang dan menderita akibat kanser esofagos pelakon dan pelawak vateren  Zaibo akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.30 petang tadi. Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu dia tidak boleh menelan makanan.

“Abang Zaibo dah tiada… minta doakan dia ya,” katanya ringkas sambil menahan sebak di dada tanpa mampu bercakap panjang.

Siti Hawa, 52, berkata, jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

 

Derita Kanser Esofagos Berakhir, Pelakon & Pelawak Zaibo Meninggal Dunia

Derita Kanser Esofagos Berakhir, Pelakon & Pelawak Zaibo Meninggal Dunia

IKLAN

Derita Kanser Esofagos Berakhir, Pelakon & Pelawak Zaibo Meninggal Dunia

Zaibo dahulunya pernah membintangi sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie.

Dia juga memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, Anna and The King.

Zaibo juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.

IKLAN

Derita Kanser Esofagos Berakhir, Pelakon & Pelawak Zaibo Meninggal Dunia

Pada Isnin lalu, Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim meluangkan masa melawatnya bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah.

Info Tentang KANSER ESOFAGUS

Esofagus adalah merupakan satu saluran berbentuk tiub panjang berukuran antara 20 hingga 25 cm (10-12 inci) dari belakang tekak dan bersambung dengan organ perut.Sebahagian besarnya terletak dalam dada, di tengah dan belakang paru-paru serta jantung.

Derita Kanser Esofagos Berakhir, Pelakon & Pelawak Zaibo Meninggal Dunia

IKLAN

-Terbahagi tiga bahagian- atas, tengah dan bawah.
-Terdapat sel-sel kanser(sel malignan) pada tisu saluran pemakanan. Apabila sel-sel ini membiak tanpa kawalan ia akan menyebabkan berlakunya ketumbuhan. Akhirnya ruang saluran esofagus menjadi sempit.

Punca Penyakit/faktor Risiko

-Merokok
-Minum arak
-Bahan-bahan kimia dalam makanan
-Beberapa jenis jeruk
-Genetik
-Status pemakanan yang lemah (poor nutritional status)

Tanda-tanda/Simptom

-Semakin susah untuk menelan
-Terasa makanan tidak turun dan tersangkut pada bahagian dada
-Muntah darah
-Badan rasa tidak sihat dan lemah
-Berat badan semakin kurang
-Selera makan terjejas
-Wajah kelihatan pucat

Takziah buat keluarga Zaibo dan moga rohnya di cucuri rahmat.  Tiada lagi dan selamat jalan buat pak Selamat dalam sitcom sepana jaya.

Sumber : astroawani

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI