Kami senaraikan tanda si egoistik yang mungkin kamu tidak sedar wujud dalam diri
‘Perasan bagus’, itulah yang mampu digelarkan pada si egoistik. Sifat ego tak dapat dilihat di mata kasar, namun kesannya boleh dirasai. Ego juga boleh dikaitkan dengan sombong dan angkuh serta memandang rendah akan orang lain. Adakah kamu seorang yang ego?
Perhatikan tanda-tandanya di bawah.
Keinginan untuk berubah
Kelemahan diri perlu diatasi, namun tidak membataskan kepada identiti diri kamu yang sebenar. Andai kata kamu seorang yang rendah diri, kamu kerap rasa tidak selesa apabila rakan kamu sering dipuji lebih bagus. Situasi ini boleh menyebabkan diri kamu rasa tercabar seterusnya berusaha ingin menutup kelemahan kamu sehingga boleh lupa diri.
Taksub dengan impian
Kamu seorang yang kerap berfikir malah boleh dikatakan mempunyai impian dan matlamat yang besar pada masa hadapan. Namun, kerana terlalu berpegang teguh dengan prinsip sendiri, kamu gemar lakukan semua perkara seorang diri kerana tidak mahu dipandang lemah.
Ads
Bangga diri
Tanda lain kamu seorang yang ego ialah sikap kamu gemar menceritakan hal tidak benar untuk meyakinkan diri kamu istimewa. Namun, suatu hari nanti kamu akan sedar apa saja jalan hidup yang dipilih, kisahnya tak semestinya ditokok tambah hanya sekadar menunjukkan kamu sebenarnya mampu berjaya.
Dahagakan perhatian
Tak salah ingin melawak atau bergurau senda sekali sekala. Namun, ia akan memperlihatkan diri kamu ego jika dilakukan secara berlebihan. Bagi si ego, apa yang penting hanyalah dirinya yang perlu diberi perhatian sepanjang masa.
Ads
Ikut kepala sendiri
Berilmu bukan bermakna kamu berhak menentukan setiap tindakan. Tindakan kamu yang inginkan semuanya dilakukan mengikut cara kamu sebenarnya hanya mencerminkan sikap ego. Sebagai contoh, sekiranya ada perbincangan, kamu akan mengaku hanya idea serta cara kamu yang betul dan menidakkan pandangan orang lain.
Perasan bagus
Ads
Ketika berbual dengan rakan, kamu sering memuji diri kamu seperti fizikal dan penampilan. Hal ini membuktikan kamu membandingkan diri sendiri dengan orang sekeliling. Disebabkan ego, kamu mungkin dijauhi kenalan baik dan sesiapa saja yang ingin rapat dengan kamu.
Penting diri sendiri
Ego bukan saja membabitkan faktor persekitaran, tapi juga emosi. Bagi kamu, perasaan orang lain tak perlu dijaga dan dibiarkan saja disakiti. Yang penting, kamu seorang saja mampu gembira dan ia datang daripada tindakan rakan. Tapi cuba letakkan diri kamu di tempat dia, mungkin kamu akan merasai kesakitan yang sama.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PUTRAJAYA, 5 Mei — Orang awam dibenarkan memandu kenderaan jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam tempoh PKP seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong pada 24 Mac lepas.
Bagaimanapun, JPJ telah membenarkan Pos Malaysia untuk menjalankan urus niaga pembaharuan lesen memandu dan LKM bagi kenderaan persendirian.
“JPJ memahami rungutan orang ramai berkenaan dengan pembukaan kaunter urus niaga di pejabat JPJ hanya untuk urusan kenderaan perdagangan dan beberapa jenis urus niaga sahaja,” menurut kenyataan itu.
Pembukaan urus niaga bagi kaunter JPJ dibuat secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak pandemik COVID-19.
“Bagi menyokong kelangsungan ekonomi, pembukaan urus niaga berperingkat ini adalah memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja.
“Seterusnya, secara beransur-ansur JPJ akan membuka kaunter urus niaga bagi urusan lain termasuk berkaitan dengan kenderaan persendirian,” menurut JPJ.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkategorikan mana-mana kawasan atau daerah yang mempunyai lebih 40 kes COVID-19, sebagai zon merah.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia bagi memastikan pihaknya menumpu kepada daerah-daerah yang terjejas sebagai langkah pencegahan awal.
Foto: Bernama
“Daerah yang dilabelkan warna merah itu bermaksud mempunyai rekod 40 kes ke atas,
“Jadi kalau warna merah tu kita akan pastikan gunakan geolokasi dan kita akan tahu daerah-daerah di setiap negeri yang terlibat.
“Dan usaha kita iaitu Pejabat Kesihatan Negeri akan melihat kepada tempat-tempat yang lebih fokus. maksidnya sekarang ini, kita melaksanakan pencegahan awal kalau kita tahu daerah mana yang terlibat,” jelasnya.
Setakat jam 12 tengah hari (22 Mac), sebanyak enam kawasan atau daerah dari seluruh negara telah dilabelkan sebagai kawasan zon merah akibat wabak COVID-19.
Berikut adalah daerah yang dilabel sebagai kawasan zon merah mengikut taburan kes tertinggi:
Petaling Jaya (96 kes)
Lembah Pantai (90 kes)
Hulu Langat (75 kes)
Johor Bahru (52 kes)
Seremban (42 kes)
Titiwangsa (40 kes)
Sementara itu, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan keupayaan pensampelan sehingga 16,000 sehari menjelang April ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata untuk minggu ini sahaja, setiap hari pihaknya mampu menjalankan 3,500 ujian pensampelan sehari.
Lelaki moden amat mementingkan penampilan diri. Bukan sahaja pakaian, wajah juga menjadi tumpuan. Lelaki kini tidak lagi malu mengunjungi pusat-pusat kecantikan. Bukan sesuatu yang memeranjatkan jika lelaki juga berminat menjalani rawatan kecantikan terutamanya pada wajah.
Kebanyakan lelaki itu di peringkat usia 40-an. Pada usia tersebut lelaki sememangnya semakin matang dan stabil dari sudut kewangan mahupun kerjaya. Gaya hidup yang aktif di kalangan lelaki juga menuntut stamina diri. Saya percaya penampilan yang muda dan bergaya haruslah sejajar dengan peningkatan dalam kualiti kesihatan juga.
Dalam bidang perubatan anti penuaan, setiap masalah mesti dikesan dan dihindari sebelum ia terjadi. Dengan kata lain doktor mengesan dan merawat sebelum terjadinya penyakit. Konsep ini sebenarnya ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Jika lelaki berusia 40-an mengadu letih dan kurang tenaga maka doktor perlu memeriksa paras hormon di dalam darahnya. Doktor juga akan mengesyorkan terapi ozon dan anti-oksida di samping penambahan hormon. Ia dilakukan bagi mengaktifkan kelenjar hormon di dalam badan. Masalah penampilan yang sering dialami lelaki adalah:
PIGMENTASI PADA KULIT
GARIS DAN KEDUTAN
WAJAH JATUH MENGGELEBER DAN TAMPAK TUA
RAMBUT BERUBAN
RAMBUT BOTAK
PORI PORI WAJAH KASAR KERANA KERAP BERCUKUR
KURANG STAMINA DAN KURANG KEINGINAN SEKS
KULIT KUSAM DAN TIDAK SEKATA
KULIT GELAP KERANA PENDEDAHAN MELAMPAU PADA MATAHARI
OBESITI
PERBEZAAN KULIT LELAKI
Lelaki dan wanita mempunyai kulit yang berbeza. Ini kerana kulit manusia dipengaruhi hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala hormon estrogen mempengaruhi kulit Wanita. Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita. Ini menyebabkan kulit mereka 20 peratus lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari. Sebab itu apabila berbanding usia, wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia. Namun begitu, semakin berusia, kulit lelaki menjadi semakin nipis, manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.
Lelaki juga mempunyai pori-pori kulit yang lebih besar, kelenjar sebum yang lebih aktif dan mempunyai saluran darah lebih banyak. Oleh itu kulit lelaki kelihatan lebih kasar, lebih berpeluh dan berminyak. Lelaki yang mempunyai banyak bulu muka dan suka bercukur akan hilang satu lapisan hydrolytic film di permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif.
Apabila usia menganjak ke 40-an lelaki juga tidak dapat lari daripada masalah penuaan. Wajah yang dimamah usia akan menyebabkan mereka tercari-cari rawatan yang sesuai.
1) MODIFIED SERDEV
Oleh kerana lelaki mempunyai wajah yang lebar saya menggunakan teknik Modified Serdev untuk mereka. Melalui teknik ini benang yang diperbuat daripada protein digunakan bagi mengangkat muka dan mengikatnya semula pada satu struktur kepala yang dinamakan temporalis fascia. Melalui cara ini wajah yang jatuh akan diangkat semula dan hasilnya wajah tampak lebih muda dan menarik.
Teknik Modified digunakan kerana wajah lelaki agak lebar. Kawasan yang sering kendur adalah bahagian bawah dagu. Ini membuatkan leher tampak kendur dan menggeleber. Berbanding wanita pula kawasan yang mudah jatuh adalah pada pipi. Rawatan ini mengambil masa selama sejam dan hasilnya dapat dilihat sebaik saja selesai rawatan.
Wajah kita terdiri daripada struktur tulang dan otot-otot muka. Apabila usia meningkat kulit kita turut mengalami perubahan dalam kandungan kolagen di dalamnya. Jalinan kolagen yang sedikit dan tidak kukuh membuatkan kulit menurun, tidak lagi anjal dan tidak tegang. Otot-otot juga mula mengalami kesan penuaan. Ia mula melendut menimbulkan garisan kecil yang menghala ke bawah.
. Dengan menggunakan benang khas yang dimasukkan ke bawah kulit kepala, kulit muka akan diangkat semula tanpa memerlukan pembedahan yang menyakitkan. Keistimewaan teknik ini adalah ia menggunakan benang yang diperbuat daripada protein, tidak memerlukan pembedahan, tidak sakit dan hasilnya tahan lama. Dalam masa beberapa bulan benang itu akan hancur di dalam tubuh kita namun hasilnya tetap cantik selama 10 tahun kerana berlakunya fibrosis pada bahagian muka yang diangkat. Fibrosis adalah proses semula jadi di mana bahagian muka yang diangkat melekat pada tempat yang betul dengan kekal.
2) FILLER
Penggunaan Hyaluronic Filler turut penting dewasa ini. Filler menggantikan struktur lemak muka yang hilang dimamah usia. Ia mengisi ruang kosong yang menyebabkan muka tampak cengkung dan berlekuk seperti yang terdapat di pipi dan juga bawah kelopak mata. Garis halus yang muncul pada dahi di antara kening dan tepi bibir juga dapat diatasi dengan Filler. Terdapat pelbagai jenis Filler di pasaran dan saya suka mencadangkan Filler jenis berasaskan kalsium yang tahan lama dan tampak begitu natural sekali.
Sebenarnya di dalam kulit turut terdapat hyaluronik asid yang dikeluarkan secara semula jadi oleh tubuh kita. Ia bersifat sebagai bahan yang mengisi ruang di dalam kulit membolehkan kulit tampak anjal. Apabila usia meningkat, penghasilannya juga kurang dan wajah tampak berlekuk. Adalah lebih baik bagi kita melakukan penambahan.
Terdapat pelbagai jenis asid hyaluronik di pasaran dan kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri .Bagi saya pemilihan haruslah mengikut kesesuaian dan usia juga. Bagi lelaki berusia 40-an saya mencadangkan penggunaan jenis berasaskan kalsium yang tahan lama.
3) LASER BAGI LELAKI
Bagi kaum lelaki penggunaan laser turut memainkan peranan yang penting. Laser yang saya cadangkan mampu meningkatkan paras kolagen secara semula jadi dan mengaktifkan semula sel-sel kulit. Di Marissa Aesthetik saya menggunakan pixel laser yang baik bagi meninggikan paras kolagen di dalam kulit. Laser sebegini bertindak pada permukaan kulit sahaja. Ia spesifik dan membolehkan pigmentasi turut dirawat dengan baik. Dengan kata lain ia membaiki struktur kulit dan menghasilkan kulit lebih gebu dan cerah. Pori-pori terbuka boleh diatasi dengan lebih berkesan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.