lama cara ini diduga
Foto: yanalya - www.freepik.com

Bukan mudah menghapuskan kenangan cinta lama. Biar sudah bergelar suami, kenangan bersama kekasih lama kembali menjelma. Sudah puas cuba memberikan kasih sayang kepada isteri, namun amat sukar melupakannya. Tambah pula diduga kedatangan kekasih lama kembali menagih simpati. Usah biarkan perkara ini berterusan. Lakukan sesuatu untuk kebahagiaan rumah tangga yang sedang terbina sekarang.

Jangan terlalu layan perasaan

Perasaan rindu semakin dilayan semakin menjadi. Jika anda teringat kekasih lama sekalipun, jangan memberi peluang hati anda terbuai-buai sehingga teringat semua kenangan lama bersamanya. Mendengar lagu yang pernah menjadi ceritera cinta kekasih lama bakal membunuh mood isteri yang sedia ada. Jangan biarkan tingkah laku anda disedari pasangan anda. Seelok-eloknya tukar sahaja lagu lain!.

Jangan seksa diri

Jangan paksa diri anda melupakan semua kenangan lama dengan menangis seorang diri atau paling teruk melepaskan tekanan kepada pasangan. Ingatan bukannya boleh luput seperti dokumen yang delete dari sebuah komputer. Langkah paling baik, istighfar banyak-banyak supaya mengingatkan kembali diri bahawa anda sangat bertuah memiliki pasangan yang kini sudah hidup bersama.

BACA: 7 Makanan Terbaik Untuk Bakar Lemak

IKLAN

Akur ketentuan Tuhan

Tiba masanya anda melupakan si dia 100% kerana setelah berkahwin, hak mutlak sememangnya menjadi milik anda dan pasangan. Tiada gunanya membuang masa mengingatnya kembali sedangkan pasangan sekarang sudah ada depan mata.

Hargailah jodoh yang ditetapkan yang mungkin jauh lebih baik daripada kekasih lama. Bagi anda yang belum berkahwin tetapi masih tidak boleh melupakan kekasih yang telah berkahwin, anda berhak cemburu. Mungkin tiba masanya anda juga berhak mencari kebahagiaan untuk diri sendiri.

IKLAN
Diduga Kedatangan Ex-Gf Lama, Lelaki Boleh Kawal Diri Dengan Cara Ini
Foto: nensuria – www.freepik.com

Jangan simpan hadiah kenangan

Biarlah apa sahaja hadiah yang anda peroleh daripada si dia dulu, sama ada jam tangan berjenama atau apa sahaja barangan mahal sekalipun. Jangan simpan atau jadikannya sebagai barang kesayangan peribadi. Jika hendak dibuang sayang, mungkin anda boleh pulangkan kembali kepada bekas kekasih melalui teman lama. Tetapi ingat! Jangan pula ambil peluang jumpa secara sembunyi-sembunyi.

IKLAN

Jaga hati dan perasaan

Jangan sesekali anda bandingkan sikap dan perwatakannya sama seperti kekasih lama. Mungkin kehidupan dulu dan sekarang berbeza dan perwatakan pasangan juga jauh berbeza. Jangan salahkan pasangan anda yang hanya tahu duduk di rumah atau suka bersosial dengan kawan-kawan, tetapi sebaliknya sekali-sekala hormatilah hobi mereka. Jika perlu, berbincanglah untuk kepentingan kedua-dua belah pihak. Perlulah menjaga hati dan perasaan pasangan anda sekarang.

Berfikir dengan realistik

Cuba jangan fikir perkara-perkara yang indah tentang si dia. Pujuk hati anda supaya memikirkan perkara buruk tentang dirinya jika dibandingkan dengan teman hidup yang baru. Misalnya dia sering mengeluarkan kata-kata kesat, tidak menghargai, ego yang menebal ataupun sering kali mengutuk orang lain. Tetapi jangan pula menceritakan keburukan kekasih lama kepada orang lain atau pasangan anda sekarang. Takut anda pula yang mendapat dosa.

Jangan lupa follow IG Maskulin untuk update gaya hidup lelaki terkini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI