Sempoi!

Itulah perkara pertama yang menjengah ke minda MASKULIN bila menonton video yang tular ini.

Kebiasaannya bila kita bercakap tentang karier dalam industri penerbangan dan wanita, pasti ramai yang membayangkan pramugari cantik lengkap dengan senyuman penuh berseri.

Captain Marvel versi Malaysia?

Namun zaman sudah berubah. Kini semakin ramai wanita mula menceburkan diri dalam profesion sebagai juruterbang. Disebabkan itulah penampilan mereka sentiasa mendapat tumpuan ramai sama ada di luar dan juga di laman media sosial.

Sebuah video tular di Twitter dengan lebih 14 ribu retweet dan lebih 23 ribu likes menampilkan seorang juruterbang wanita sedang asyik melayan lagu Wings, ‘Taman Rashidah Utama’.

Perkongsian video ini berjaya mencuri perhatian pengguna Twitter

BACA: Wanita Turun 10kg Walaupun Makan Kenyang Ketika Puasa, Rahsianya Dengan Menu Diet Ini!

IKLAN

Ramai warganet tertarik dengan video ini kerana selain kariernya sebagai pilot, gadis dikenali dengan nama Khaysha Faizal ini memiliki wajah yang menawan dan mempunyai taste muzik yang gempak!

Walaupun video tersebut hanya berdurasi hanya 15 saat namun ia telah berjaya mencuri perhatian ramai terutamanya di kalangan pengguna Twitter lelaki.

Malah ada warganet membandingkan wajahnya dengan pelakon popular, Lisa Surihani. Melihatkan lirikan senyumannya memang MASKULIN tak dapat nafikan. Memang ada sedikit persamaan.

IKLAN

Menurut laporan, gadis tinggi lampai ini merupakan salah seorang juruterbang yang berkhidmat bersama Malaysia Airlines Berhad. Ternyata pada zaman kini, wanita mampu melakukan apa sahaja dan menceburi bidang kerjaya yang sebelum ini didominasi oleh golongan lelaki.

IKLAN

Khaysha juga mempunyai jumlah follower yang cukup ramai dengan lebih 200 ribu follower di Instagram.

Jangan pula nanti anda tercari-cari penerbangan manakah yang dikendali oleh beliau pilot jelita ini semata-mata ingin bertemu dengannya.

Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada Khaysha, teruskan memberi perkhidmatan yang terbaik buat penumpang penerbangan MAS.

Sumber: Twitter & Instagram Khaysha Faizal